Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 31: Kecintaan, Kerinduan, Kemesraan Dan Keredhaan
Tajuk Mudarasah: Reda terhadap Perkara yang Menyanggahi Hawa Nafsu
Halaman Rujukan Kitab : 624
Nota Mudarasah:
Terdahulu kita telah nyatakan bahawa cinta yang mendalam boleh menyebabkan hilang rasa derita atau sakit. Ini boleh digambarkan melalui persaan cinta yang berlaku antara sesama manusia. Sebahagian ulamak menceritakan: Kami mempunyai seorang jiran yang amat mencintai jariah (hamba perempuan)nya. Pada suatu ketika jariahnya itu telah jatuh sakit. Oleh kerana sayangkan jariahnya ini, dia tinggal di rumah memasak sup untuknya. Ketika dia sedang mengacau-ngacau sup yang panas tersebut, tiba-tiba jariahnya mengaduh: Ohhh!!!. Kerana terkejut dan bimbang, sudu terjatuh dari tangannya tetapi dia masih tetap mengacau sup tersebut dengan jari jemarinya sehingga luruh daging jari jemarinya sedangkan dia tidak menyedarinya.
Cerita ini diperkuatkan lagi dengan kisah yang berlaku di zaman nabi Yusuf a.s. di mana sekumpulan perempuan yang melihat wajah baginda, telah terpotong jari-jari mereka kerana terlampau asyik. Yang peliknya ketika itu mereka langsung tidak menyedari dan merasa sakit. Berdasarkan apa yang kami telah sebutkan di atas, jelaslah bahawa meredai perkara yang bertentangan dengan kehendak nafsu juga tidak mustahil boleh membawa kesan yang sama. Apabila perkara ini boleh berlaku pada hak manusia kerana habuan yang mereka perolehi dari sesama mereka, maka lebih-lebih lagilah ia boleh berlaku pada hak Allah yang menyediakan segala habuan yang akan dinikmati pada hari akhirat kelak. Tiga acuan boleh merealisasikan perkara ini iaitu:
1. Mengetahui bahawa pentadbiran Allah s.w.t. adalah lebih baik daripada pentadbirannya. Rasulullah s.a.w. bersabda:

1 Ahmad (3/117) meriwayatkan hadis yang seumpamanya daripada Anas r.a.. Al-Haithami menyebut riwayat ini dalam kitab al-Majmak (7/210) dan berkata: Riwayat Ahmad dan Abu Ya'la. Perawi-perawi Ahmad adalah thiqah (dipercayai) manakala pada salah satu sanad Abu Yaala, para perawinya adalah sahih melainkan Abu Tha'labah. Tetapi dia tetap thiqah.
Diriwayatkan daripada Makhul katanya: Aku telah mendengar Ibnu Umar r.a. berkata: Sesungguhnya apabila seseorang memohon pilihan terbaik (istikharah) dari Allah lalu Allah memberikan pilihan terbaik untuknya tetapi dia tidak menyukainya, tentu tidak lama lagi dia akan melihat natijahnya, di mana apa yang telah ditakdirkan padanya itulah yang terbaik baginya.
Masruq pula berkata: Seorang lelaki tinggal di satu perkampungan. Dia memiliki seekor anjing, keldai dan ayam jantan. Ayam jantannya itu sentiasa berkokok untuk mengejutkan mereka daripada tidur untuk menunaikan solat. Keldai digunakan untuk mengangkut air dan khemah manakala anjingnya pula mengawasi keselamatan mereka.
Suatu hari datang seekor musang lalu memakan ayam jantan tersebut. Mereka semua bersedih lalu lelaki itu berkata: Mungkin ada hikmat dan kebaikannya. Kemudian datang pula seekor serigala lalu membunuh keldai tersebut. Mereka sekali lagi bersedih lalu lelaki itu berkata: Moga-moga ada kebaikan dari apa yang berlaku. Selepas itu anjing itu pula mati. Mereka bersedih lagi dan lelaki itu berkata lagi: Moga-moga ada kebaikan dari apa yang berlaku. Kemudian pada suatu pagi, apabila mereka bangun dari tidur, mereka mendapati perkampungan di sekeliling mereka semuanya telah ditawan oleh musuh sedangkan mereka terselamat. Semua perkampungan lain ditawan kerana perkampungan tersebut riuh rendah dan sentiasa bising (dengan suara-suara binatang, menyebabkan musuh tahu kewujudan mereka) sedangkan mereka terselamat kerana anjing, keldai dan ayam mereka telah tiada.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment