Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 31: Kecintaan, Kerinduan, Kemesraan Dan Keredhaan
Tajuk Mudarasah: Reda terhadap Perkara yang Menyanggahi Hawa Nafsu
Halaman Rujukan Kitab : 623
Nota Mudarasah:
Reda terhadap Perkara yang Menyanggahi Hawa Nafsu
Sifat reda dapat digambarkan ketika berlaku perkara yang bertentangan dengan kehendak diri. Penjelasannya; apabila manusia mengalami kesakitan, kadang-kadang dia merasai kesakitan tersebut tetapi dia reda dengan apa yang berlaku. Bahkan akalnya suka jika kesakitan itu bertambah kerana pahala yang akan diperolehinya, walaupun nalurinya tidak menyukainya.
Contohnya apabila seseorang meminta dibekam dan dibuang darah kotor. Sebenarnya dia menyedari akan kesakitannya namun tetap reda bahkan begitu beriya-iya melakukannya dan menghargai pembekam.
Begitu juga dengan orang yang bermusafir untuk mengaut keuntungan (berniaga). Dia sedar akan menghadapi kesulitan dalam perjalanannya, tetapi keinginannya kepada keuntungan tersebut telah meringankan beban musafirnya dan menjadikan dia reda melakukannya. Setiap orang yang ditimpa musibah oleh Allah dan dia yakin kepada-Nya, sudah tentu dia mengharapkan ganjaran melibihi risiko yang ditanggungnya. Dengan itu dia reda dengan apa yang ditempuhinya bahkan bersyukur kepada Allah s.w.t. atas perkara tersebut.
Mungkin juga perasaan cinta yang menyebabkan bebanannya menjadi ringan kerana untuk memenangi hati kekasihnya. Cinta sejati akan menghapuskan rasa sakit dan ini bukanlah suatu perkara yang pelik. Orang yang berperang dalam keadaan marah atau takut tidak akan menyedari atau mempedulikan luka-luka yang dialaminya. Ketika itu dia tidak merasa sakit kerana hatinya telah tenggelam dalam kemarahan atau ketakutannya. Jika hati sudah tenggelam atau asyik dengan sesuatu perkara, dia tidak lagi menghiraukan perkara lain. Inilah yang berlaku secara realiti.
Al-Junaid r.hm. berkata: Aku telah bertanya kepada Sariyyan¹: Adakah seseorang yang mempunyai perasaan cinta akan merasai kesakitan bencana?. Dia menjawab: Tidak.
1 Iaitu as-Saqati. Beliau seorang yang masyhur.
Kami telah diceritakan berkenaan ramai manusia yang ditimpa musibah dan mereka berkata: Sekiranya badan kami dipotong sepotong demi sepotong sekalipun, nescaya cinta kami kepada Allah semakin bertambah setiap kali dipotong.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment