Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 31: Kecintaan, Kerinduan, Kemesraan Dan Keredhaan
Tajuk Mudarasah: Reda terhadap Perkara yang Menyanggahi Hawa Nafsu
Halaman Rujukan Kitab : 627
Nota Mudarasah:
3. Reda terhadap perkara itu bukan kerana ada keuntungan di seba liknya, tetapi kerana itulah keinginan kekasihnya.
Oleh itu, perkara yang paling nikmat baginya ialah yang dapat memberikan keredaan kekasihnya walaupun ia mengakibatkan kemusnahan dirinya. Sebagaimana kata sebahagian penyair:
Jika kecederaan itu menjadikan kamu semua reda, maka tiadalah lagi sakitnya
Telah dijelaskan bahawa asyik dalam becinta akan mengatasi segala keperitan. Siapa yang tidak merasainya, tidak boleh mengingkari kewujudannya. Sebenarnya dia tidak mengalaminya kerana dia ketiadaan sebab yang membawa kepadanya iaitu cinta yang amat mendalam. Sesiapa yang tidak merasai nikmat cinta, dia tidak akan mengerti keajaibannya. Sesungguhnya orang yang pekak tidak akan dapat menghayati kepuitisan lagu dan irama. Orang yang tidak mempunyai hati (yang bersih) tentu mengingkari kelazatan kelazatan ini kerana ia adalah cinta yang bersarang di hati.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment