Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 31: Kecintaan, Kerinduan, Kemesraan Dan Keredhaan
Tajuk Mudarasah: Doa Tidak Berlawanan dengan Konsep Reda
Halaman Rujukan Kitab : 628
Nota Mudarasah:
Doa Tidak Berlawanan dengan Konsep Reda
Ketahuilah bahawa doa tidak bertentangan dengan konsep reda. Begitu juga membenci maksiat, pelakunya, sebab-sebab yang boleh mendatangkan maksiat dan juga berusaha untuk membenterasnya.
Berkenaan doa, Allah Taala telah meminta kepada kita agar menjadikan doa sebagai suatu ibadat kepada-Nya. Allah telah memuji sebahagian hamba-Nya dengan firman-Nya:

Doa Rasulullah s.a.w. dan rasul-rasul lain telah dimaklumi oleh seluruh umat.¹
1 Ianya masyhur dalam kitab-kitab sunnah. Lihat risalah Muhazzabu Amalil Yaumi wal Lailah oleh Ibnu as-Sunni.
Mengingkari dan tidak reda terhadap sesuatu maksiat adalah termasuk dalam ruang lingkup ibadat kepada Allah. Begitu juga mencemuh dan mencela orang yang senang hati dan reda dengan maksiat serta membenci dan mengingkari orang kafir dan orang jahat. Kesemuanya adalah ibadat. Terlalu banyak dalil dalam al Quran dan as-Sunnah yang membuktikan hal ini.
Jika dikatakan: Terdapat beberapa hadis yang menyebut berkenaan reda terhadap ketentuan Allah. Sekiranya perbuatan maksiat berlaku tanpa takdir, ia adalah sesuatu yang mustahil.
Namun sekiranya ia berlaku dengan takdir Allah dan kita tidak meredai perkara tersebut, ia termasuk dalam hal membenci takdir. Allah. Bagaimana kita boleh satukan pemahaman kita dalam dua keadaan ini?.¹
1 Lihat kitab Syifa' at-Ta'lil (ms 278) karangan al-Hafiz Ibnul Qayyim.
Masalah ini begitu mengelirukan beberapa orang yang kurang sempurna pemahamannya berkenaan rahsia ilmu sehingga menyebabkan orang awam juga terkeliru. Mereka berpendapat bahawa mendiamkan diri dari kemungkaran merupakan satu maqam daripada maqam-maqam reda dengan takdir Allah. Mereka. juga menamakannya sebagai tingkah laku yang baik. Ini adalah: satu kejahilan.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment