Saturday, 26 February 2022

SIRI 279 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan

Bab 32: Niat, Ikhlas, Benar Dan Tafakkur

Tajuk Mudarasah: Pengenalan

Halaman Rujukan Kitab : 632

Nota Mudarasah:

Telah ternyata kepada orang yang bersih hatinya, yang melihat dengan matahati keimanan dan cahaya al-Quran bahawa kebahagiaan hanyalah boleh dicapai dengan ilmu dan ibadat. Manusia semuanya akan binasa kecuali orang yang berilmu. Orang yang berilmu semuanya akan binasa kecuali yang beramal dengan ilmunya. Orang yang beramal pula semuanya akan binasa kecuali orang yang ikhlas. Manakala Orang yang ikhlas pula sentiasa berada dalam keadaan yang genting dan bahaya.

Beramal tanpa niat hanyalah mendatangkan penat lelah. Niat tanpa ikhlas pula adalah riya'. Ikhlas tanpa mengetahui hakikat sebenarnya adalah sia-sia seumpama debu yang berterbangan. Firman Allah Taala:



Bagaimana orang yang tidak tahu hakikat niat dapat mem baiki niatnya?. Atau bagaimanakah orang yang telah membetul kan niatnya boleh ikhlas jika dia tidak tahu hakikat ikhlas?!. Bagaimanakah pula orang yang ikhlas boleh memastikan dirinya berlaku benar (dalam niatnya) jika dia tidak mengetahui hakikat sebenar berlaku benar dalam niat?.

Oleh itu, tugas pertama setiap hamba yang ingin mentaati Allah ialah mengetahui apakah itu niat agar dia memperolehi makrifah. Setelah memahami hakikat ikhlas dan berlaku benar dalam niat, barulah dia dapat membetulkan niatnya dalam setiap amalannya. Berlaku benar dan ikhlas dalam niat ini merupakan jalan seorang hamba menuju kejayaan. Kita akan menjelaskan perkara ini dalam tiga bahagian:

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment