Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 32: Niat, Ikhlas, Benar Dan Tafakkur
Tajuk Mudarasah: Hakikat Niat, Kelebihan dan Segala Yang Berkaitan Dengannya
Halaman Rujukan Kitab : 634
Nota Mudarasah:
Daripada Abu Habsyah al-Anmari katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Bandingan umat ini adalah seumpama empat jenis manusia: Seorang yang diberikan ilmu dan harta oleh Allah lalu dia beramal dengan ilmunya dengan dia mengsedekahkan hartanya itu kepada yang berhak. Orang kedua ialah orang yang diberikan ilmu tetapi tidak diberikan harta di mana dia berkata: Sekiranya aku ada harta, aku juga akan berbuat sepertinya (orang yang pertama tadi). Rasulullah s.a.w. bersabda: Kedua-duanya sama mendapat pahala. Manusia ketiga ialah orang yang diberikan harta tetapi tidak diberikan ilmu, lalu dia keliru dalam hartanya dan membelanjakannya kepada yang tidak berhak. Manakala manusia keempat pula ialah orang yang tidak diberikan ilmu mahupun harta lalu dia berkata: Sekiranya aku ada harta sepertinya (orang yang ketiga), tentu aku juga akan melakukannya (seperti apa yang dilakukan oleh orang yang ketiga). Sabda Rasulullah s.a.w.: Kedua-duanya sama mendapat dosa.¹
1 Riwayat Ahmad (4/230,231), at-Tirmizi (2427), Ibnu Majah (4228) dan at Tobrani dalam kitab al-Kabir (22/862-870). Sanadnya sahih.
Abu Imran al-Jauni berkata: Malaikat membawa suratan amal ke langit, lalu satu malaikat lain menyeru kepadanya: Campakkan suratan amal itu. Malaikat itu berkata: Wahai Tuhan kami! dia berkata baik dan kami sentiasa menjaganya. Allah Taala pun berfirman: Dia beramal tetapi tidak ikhlas kerana-Ku. Abu Imran seterusnya berkata: Lalu malaikat yang menyeru tadi berkata:
Tulislah kepada si fulan itu sekian sekian. Dia mengulangi seruan itu sebanyak dua kali. Malaikat yang membawa suratan amal itu berkata: Wahai Tuhan, dia tidak pernahpun melakukannya. Allah berfirman: Sesungguhnya dia telah berniat untuk melakukannya.
Saidina Umar bin al-Khattab berkata: Amalan yang paling afdal ialah melaksanakan perkara yang difardukan oleh Allah Taala, bersifat wara' dalam perkara yang diharamkan oleh Allah Taala dan bersifat benar dalam niatnya terhadap apa yang ada di sisi Allah Taala (mengharapkan keredaan-Nya).
Di kalangan manusia ada yang berkata: Tunjukkan aku satu perkara yang menjadikan aku sentiasa beramal untuk Allah Taala. Dikatakan kepadanya: Niatkanlah membuat kebaikan kerana dengannya kamu akan sentiasa beramal walaupun pada zahirnya tidak. Niat akan sentiasa beroperasi walaupun amalannya tiada. Siapa yang sebelum tidurnya berniat untuk bangun malam mengerjakan qiamullail, dia akan diberikan pahala kerana niatnya itu.
Terdapat dalam hadis menyebutkan bahawa:

2 Riwayat Ahmad (6/63) daripada Aisyah r.ha.. Dalam sanadnya terdapat perawi bernama Abu Jaafar ar-Razi di mana hafalannya adalah teruk.
Dalam hadis lain ada menyebut:

702 Riwayat Abu Naim (3/255), al-Khatib (9/237), al-Qudhoie (148) daripada An-Nawwas bin Sam'aan. Dalam sanadnya terdapat perawi yang tidak dikenali. Ia juga diriwayatkan daripada Anas r.a. tetapi riwayat tersebut terlalu daif. Lihat kitab al-Fawaid al-Majmu'ah (250). Tazkiratul Maudhuu aat (218) dan al-Maqaasid al-Hasanah (1260).
Niat, kehendak dan tujuan (qasad) adalah perkataan-perkataan yang sering digunakan dengan membawa maksud yang sama.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment