Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 32: Niat, Ikhlas, Benar Dan Tafakkur
Tajuk Mudarasah: Ketiga: Benar; Hakikat dan Kelebihannya
Sub Tajuk: Benar pada Maqaamat ad-Din (beberapa maqam dalam agama iaitu sifat-sifat terpuji)
Halaman Rujukan Kitab : 649
Nota Mudarasah:
Kelima: Benar pada Maqaamat ad-Din (beberapa maqam dalam agama iaitu sifat-sifat terpuji).
Ini merupakan darjat yang paling tinggi. Seperti benar dalam konsep takut, berharap (ar-Raja), zuhud, reda, cinta dan tawakkal. Ke semua sifat yang disebutkan ini mempunyai tahap-tahap permulaan nya. Dan di sana masih terdapat tahap-tahap seterusnya iaitu tahap kemuncak dan hakikat intipatinya yang murni. Apabila sifat itu sudah dikuasai oleh seseorang dan sampai ke tahap hakikat intipatinya yang tulin, ketika itu barulah dia digelar sebagai seorang yang benar' secara sah tanpa diragui lagi. Firman Allah s.w.t:
َ
لَّيْسَ ٱلْبِرَّ أَن تُوَلُّوا۟ وُجُوهَكُمْ قِبَلَ ٱلْمَشْرِقِ وَٱلْمَغْرِبِ وَلَـٰكِنَّ ٱلْبِرَّ مَنْ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْـَٔاخِرِ وَٱلْمَلَـٰٓئِكَةِ وَٱلْكِتَـٰبِ وَٱلنَّبِيِّـۧنَ وَءَاتَى ٱلْمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِۦ ذَوِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتَـٰمَىٰ وَٱلْمَسَـٰكِينَ وَٱبْنَ ٱلسَّبِيلِ وَٱلسَّآئِلِينَ وَفِى ٱلرِّقَابِ وَأَقَامَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَى ٱلزَّكَوٰةَ وَٱلْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَـٰهَدُوا۟ ۖ وَٱلصَّـٰبِرِينَ فِى ٱلْبَأْسَآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَحِينَ ٱلْبَأْسِ ۗ أُو۟لَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ صَدَقُوا۟ ۖ وَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُتَّقُونَ
Tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang miskin dan orang yang ter lantar dalam perjalanan, dan kepada orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerja nya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. (Orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang yang bertaqwa.
َ
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ
Sesungguhnya orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengannya) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang yang benar (pengakuan imannya).
Sebagai contoh kita ambil sifat takut (al-khauf). Setiap hamba yang beriman kepada Allah akan takut kepada-Nya. Namun sifat takutnya itu hanyalah pada tahap permulaannya sahaja kerana dia sebenarnya belum sampai ke tahap takut yang hakiki. Contohnya apabila kita perhatikan seseorang yang takut kepada raja, dia menjadi pucat dan menggigil kerana takut terjebak dalam perkara yang dimurkai oleh raja tersebut. Namun begitu apabila disebut neraka, perasaan takutnya tidak sampai ke tahap tersebut (pucat dan menggigil) ketika dia melakukan sesuatu maksiat.
Oleh sebab itulah, Amir bin Abdul Qais pernah berkata: Aku sungguh hairan kepada orang yang memohon syurga tetapi masih boleh tidur dengan lena. Orang yang takutkan neraka tetapi dia masih boleh tidur dengan nyenyak.
Bagi mencapai ke tahap yang sempurna pada semua sifat yang disebutkan tadi merupakan sesuatu yang sangat sukar. Ia akan sampai kepada kemuncaknya setelah ia dihadam sepenuhnya. Walau bagaimanapun setiap insan dikira mengikut keadaannya sama ada lemah ataupun kuat. Jika kuat, dia akan dinamakan sebagai seorang yang benar. Apabila Allah mengetahui kebenaran seseorang hamba Nya, Dia akan mendengar segala kata-kata dan doanya.
Namun begitu untuk mencari orang yang mencapai ke tahap benar dalam semua maqam ini adalah perkara yang amat sukar. Mungkin ada yang mencapai tahap tersebut dalam beberapa maqam tetapi tidak pada beberapa maqam yang lain. Antara tanda orang yang bersifat benar dalam maqam-maqam ini ialah menyembunyikan musibah yang menimpa dan juga semua ketaatan yang dilakukannya. Bahkan dia tidak suka jika ada orang lain mengetahuinya.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.
Bab 32: Niat, Ikhlas, Benar Dan Tafakkur
Tajuk Mudarasah: Ketiga: Benar; Hakikat dan Kelebihannya
Sub Tajuk: Benar pada Maqaamat ad-Din (beberapa maqam dalam agama iaitu sifat-sifat terpuji)
Halaman Rujukan Kitab : 649
Nota Mudarasah:
Kelima: Benar pada Maqaamat ad-Din (beberapa maqam dalam agama iaitu sifat-sifat terpuji).
Ini merupakan darjat yang paling tinggi. Seperti benar dalam konsep takut, berharap (ar-Raja), zuhud, reda, cinta dan tawakkal. Ke semua sifat yang disebutkan ini mempunyai tahap-tahap permulaan nya. Dan di sana masih terdapat tahap-tahap seterusnya iaitu tahap kemuncak dan hakikat intipatinya yang murni. Apabila sifat itu sudah dikuasai oleh seseorang dan sampai ke tahap hakikat intipatinya yang tulin, ketika itu barulah dia digelar sebagai seorang yang benar' secara sah tanpa diragui lagi. Firman Allah s.w.t:
( Al-Baqarah : 177 )
( Al-Hujurat : 15 )
Sebagai contoh kita ambil sifat takut (al-khauf). Setiap hamba yang beriman kepada Allah akan takut kepada-Nya. Namun sifat takutnya itu hanyalah pada tahap permulaannya sahaja kerana dia sebenarnya belum sampai ke tahap takut yang hakiki. Contohnya apabila kita perhatikan seseorang yang takut kepada raja, dia menjadi pucat dan menggigil kerana takut terjebak dalam perkara yang dimurkai oleh raja tersebut. Namun begitu apabila disebut neraka, perasaan takutnya tidak sampai ke tahap tersebut (pucat dan menggigil) ketika dia melakukan sesuatu maksiat.
Oleh sebab itulah, Amir bin Abdul Qais pernah berkata: Aku sungguh hairan kepada orang yang memohon syurga tetapi masih boleh tidur dengan lena. Orang yang takutkan neraka tetapi dia masih boleh tidur dengan nyenyak.
Bagi mencapai ke tahap yang sempurna pada semua sifat yang disebutkan tadi merupakan sesuatu yang sangat sukar. Ia akan sampai kepada kemuncaknya setelah ia dihadam sepenuhnya. Walau bagaimanapun setiap insan dikira mengikut keadaannya sama ada lemah ataupun kuat. Jika kuat, dia akan dinamakan sebagai seorang yang benar. Apabila Allah mengetahui kebenaran seseorang hamba Nya, Dia akan mendengar segala kata-kata dan doanya.
Namun begitu untuk mencari orang yang mencapai ke tahap benar dalam semua maqam ini adalah perkara yang amat sukar. Mungkin ada yang mencapai tahap tersebut dalam beberapa maqam tetapi tidak pada beberapa maqam yang lain. Antara tanda orang yang bersifat benar dalam maqam-maqam ini ialah menyembunyikan musibah yang menimpa dan juga semua ketaatan yang dilakukannya. Bahkan dia tidak suka jika ada orang lain mengetahuinya.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.
No comments:
Post a Comment