Thursday, 17 March 2022

SIRI 298 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.50 pagi.

Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan

Bab 32: Niat, Ikhlas, Benar Dan Tafakkur

Tajuk Mudarasah: Muhasabah (Menghitung Diri) dan Muraqabah (Berwaspada dan Merasakan Diri Sentiasa Diawasi oleh Allah)

Halaman Rujukan Kitab : 654

Nota Mudarasah:

Begitulah seterusnya pesanan-pesanannya yang selayak dengan setiap anggota badannya, terutama sekali lidah dan perut. Terdahulu kami telah menerangkan tentang penyakit-penyakit lidah⁷¹⁵. Oleh itu lidah hendaklah digunakan sesuai dengan tujuan penciptaannya; seperti berzikir, memberi peringatan, mengulangkaji ilmu atau mengajarnya, membimbing hamba-hamba Allah s.w.t. kepada jalan Allah yang lurus, memperbaiki hubungan antara dua pihak yang berpecah belah dan pelbagai kebaikan lagi.
715 Sila lihat risalah bertajuk 'Siyanatul Lisan Min 'Atharatihi, karangan Syeikh Sodiq Hasan Khan yang telah saya semak sendiri.

Berkenaan perut pula, dia hendaklah berusaha untuk mening galkan kerakusan (atau sikap pelahap), menjauhi perkara-perkara syubahat dan nafsu serakah serta menghadkan makan sekadar perlu sahaja. Dia juga mestilah mensyaratkan pada dirinya bahawa jika dia melanggar perkara-perkara itu, ia akan didenda dengan menahan diri dari memenuhi kehendak syahwat perutnya agar ia tidak mendapat lebih daripada apa yang diperolehinya dahulu. Begitulah seharusnya dilakukan pada semua anggota badannya.

Untuk menghalusi perkara ini sudah tentu memerlukan perbincangan yang panjang lebar. Begitulah juga jika dihalusi tentang apa yang tersembunyi di sebalik ketaatan dan keingkaran sesuatu anggota badan.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment