Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.50 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 32: Niat, Ikhlas, Benar Dan Tafakkur
Tajuk Mudarasah: Muhasabah (Menghitung Diri) dan Muraqabah (Berwaspada dan Merasakan Diri Sentiasa Diawasi oleh Allah)
Sub Tajuk: Prinsip Kedua: Al-Muraqabah (Berwaspada dan Rasa Diawasi Oleh Allah)
Halaman Rujukan Kitab : 657
Nota Mudarasah:
Prinsip Kedua: Al-Muraqabah (Berwaspada dan Rasa Diawasi Oleh Allah)
Setelah seseorang itu memberi wasiat dan mensyaratkan dirinya sebagaimana yang telah kami sebutkan tadi, perkara seterusnya yang perlu dilakukan ialah bersikap waspada dan sentiasa merasai dirinya dalam perhatian Allah s.w.t. (muraqabah). Dalam satu hadis yang sahih, apabila Rasulullah s.a.w. ditanya tentang al-ihsan, baginda menjawab:
َ
أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ
Bahawa kamu menyembah Allah s.w.t. seolah-olah kamu melihat-Nya, jika kamu tidak dapat melihat-Nya, sesung guhnya Dia melihat kamu.⁷¹⁸
718 Riwayat al-Bukhari (1/106) dan Muslim (9) daripada Abu Hurairah r.a.. Imam Muslim telah meriwayatkanya secara seorang diri (8) daripada Umar r.a..
Maksudnya: Menghadirkan keagungan dan pengawasan Allah ketika menunaikan ibadah kepada-Nya.
Diriwayatkan bahawa as-Syibli telah masuk berjumpa dengan Ali bin Abi al-Husain an-Nuri⁷¹⁹ yang sedang duduk dalam keadaan tenang dan tidak bergerak sedikit pun. As-Syibli berkata kepadanya: Bagaimana kamu dapat bermuraqabah sebegini dan mampu berkeadaan tidak bergerak sedikitpun? Beliau menjawab: Aku mengikut keadaan kucing kepunyaanku, di mana ketika ia hendak menerkam mangsanya, ia akan mendiamkan dirinya di hadapan lubang sarang mangsa, sehinggakan sehelai bulunya pun tidak bergerak.
719 Mengikut cetakan as-Syamiah: Ibn Abu al-Husain an-Nuri, sedangkan menurut pendapatku ia tidak benar. Fakta sebenarnya ialah Abu al-Husain Ahmad bin Muhd an-Nuri, di mana biodatanya terdapat kitab Hilyatul Auliya' (10/249). Lihat juga kisah mengenainya dalam Syarah al-Ihya' (10/101).
Seseorang muslim itu hendaklah meneliti dan sentiasa mengawasi dirinya sama ada sebelum atau semasa mengerjakan amal ibadat. Dia hendaklah bertanya adakah amalannya itu atas dorongan hawa nafsu ataupun Allah. Jika sekiranya pen dorong kepada amalannya itu adalah Allah Taala, dia hendak lah meneruskannya tetapi jika sebaliknya, dia hendaklah meninggalkannya. Inilah yang dinamakan ikhlas.
Al-Hasan pernah berkata: Semoga Allah merahmati hamba hamba-Nya yang sentiasa meneliti niatnya ketika mahu melakukan sesuatu amalan: sekiranya kerana Allah, dia meneruskannya tetapi sekiranya kerana selain Allah dia akan menangguhkannya.
Inilah muraqabah seorang hamba dalam melakukan ketaatan. laitu dengan penuh keikhlasan. Manakala muraqabahnya dalam perkara maksiat ialah dengan bertaubat, kesal dan menjauhinya. Bermurqabah dalam perkara harus pula ialah dengan menjaga adab adab dan bersyukur atas segala nikmat, kerana dia sentiasa diberikan nikmat yang perlu disyukurinya. Begitu juga setiap musibah yang menimpanya, perlu sentiasa diatasi dengan kesabaran. Semua ini termasuk dalam konteks muraqabah kepada Allah.
Wahab bin Munabbih menceritakan bahawa antara kata kata hikmah keluarga Nabi Daud ialah setiap yang berakal wajib memelihara diri agar tidak dilalaikan daripada empat waktu iaitu:
i. Waktu bermunajat kepada Tuhannya.
ii. Waktu melakukan muhasabah terhadap diri.
iii. Waktu berjumpa kawan-kawan yang boleh menceritakan kekurangan dirinya, serta sanggup bercakap benar berkenaan dirinya.
iv. Waktu untuk membenarkan jiwanya mendapat keseronokan dalam perkara yang halal dan tidak haram. Waktu ini sebenarnya adalah penolong dan pengumpul kekuatannya dalam melalui waktu-waktu yang lain. Ini merupakan waktu di mana dia makan dan minum. Namun begitu segala perbuatannya itu tidak boleh diasingkan dari amalan yang terbaik iaitu zikir dan berfikir. Ini kerana makanan yang disuap itu mengandungi keajaibannya di mana kalau dia berfikir tentangnya, tentu tafakkur ini menjadi lebih baik (afdal) dari banyak ibadat-ibadat badan yang lain.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment