Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.50 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 32: Niat, Ikhlas, Benar Dan Tafakkur
Tajuk Mudarasah: Muhasabah (Menghitung Diri) dan Muraqabah (Berwaspada dan Merasakan Diri Sentiasa Diawasi oleh Allah)
Sub Tajuk: Prinsip Ketiga: Muhasabah (Menghitung Diri) Selepas Beramal
Halaman Rujukan Kitab : 658
Nota Mudarasah:
Prinsip Ketiga: Muhasabah (Menghitung Diri) Selepas Beramal Allah swt berfirman:
َ
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ
Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal amalnya) untuk hari esok (hari akhirat).
Al-Hasan berkata: Orang mukmin adalah pengawas kepada dirinya yang sentiasa menghisab dirinya. Dan katanya lagi: Apa bila seorang mukmin dikejutkan dengan sesuatu perkara yang mengkagumkannya (menarik nafsunya), dia akan berkata: Demi Allah, sesungguhnya aku sangat suka dan berhajat kepadamu. Akan tetapi demi Allah aku tidak mempunyai jalan untuk menuju kepadamu. Jauhnya! Jalan antaraku denganmu, kerana aku telah dihalang oleh syarak. Apabila dia terlanjur melakukan sesuatu dosa, dia akan memuhasabah dirinya dengan berkata: Aku tidak bermaksud untuk melakukannya dan aku tiada kena-mengena dengannya! Demi Allah, aku sekali-kali tidak akan kembali kepadanya selama-lamanya, Insya Allah.
Orang beriman adalah satu kaum yang diikat dengan al-Quran yang akan memelihara mereka dari kebinasaan. Orang mukmin juga seumpama tawanan di dunia yang sentiasa berusaha menyelamatkan diri dan tidak akan merasa selamat sehinggalah dapat bertemu Allah Taala. Dia mengetahui bahawa segala pendengaran, penglihatan, percakapan dan perbuatan anggota badannya, akan diambil kira dan dihisab oleh Allah s.w.t..
Ketahuilah, seseorang hamba selain perlu mempunyai waktu di awal pagi untuk menetapkan syarat-syarat kepada dirinya, dia juga perlu memperuntukkan satu waktu pada akhir harinya untuk bermuhasabah atas segala perkara yang dilakukannya sepanjang hari. Perkara ini bukanlah satu tindakan yang pelik kerana golongan korporat dan peniaga seringkali melakukan hisbah dan post-mortem berkenaan prestasi perniagaan mereka pada setiap akhir tahun, bulan ataupun hari.
Makna muhasabah ialah dia meneliti modal dan untung rugi bagi mengenal pasti sama ada hartanya bertambah atau berkurangan. Modal dalam perkara agama ialah amalan fardu. Keuntungan pula ialah amalan sunat dan baik. Manakala kerugian pula ialah maksiat yang dilakukan. Perkara pertama yang dia perlu muhasabah ialah amalan fardhu, Jika dia terlanjur melakukan maksiat, dia hendaklah mendenda dirinya untuk menampung kelalaian yang dilakukannya itu.
Diceritakan bahawa Taubah bin as-Simmah yang tinggal di ar Raqqah⁷²⁰, sentiasa melakukan muhasabah terhadap dirinya. Pada suatu hari ketika usianya 60 tahun, dia melakukan muhasabah dirinya dengan menghitung jumlah harinya. Dia dapati bahawa dirinya kini telah hidup selama 21,500 hari. Lalu dia berteriak: Celakalah aku! Adakah aku akan berjumpa Tuhan dalam keadaan mempunyai 21,500 dosa?. Bagaimana pula jika dalam satu hari sahaja aku ada melakukan 10,000 dosa? Lalu dia rebah dan pengsan. Rupa-rupanya, beliau terus menghembus nafas terakhirnya di situ. Ketika mereka menguruskan mayatnya, mereka terdengar suara yang berkata: Waaah!, alangkah hebatnya menuju ke Syurga Firdaus yang amat tinggi!.
720 Sebuah bandar yang masyhur di Syria pada hari ini. Sila lihat kitab Marasidul Itla' (2/626) karangan al-Baghdadi.
Begitulah sepatutnya seorang hamba Allah menghitung diri atas setiap nafas dan segala dosanya sama ada dosa hati mahupun anggota badan pada setiap ketika. Kalaulah seorang manusia melemparkan sebiji batu bagi setiap satu maksiat yang dilakukannya ke dalam rumahnya, pasti rumahnya itu akan penuh sarat dengan batu-batan dalam masa yang begitu singkat. Namun begitu manusia tetap mengambil mudah terhadap perkara maksiat ini walaupun dicatat dalam catatan amal mereka. Firman Allah Taala:
َ
أَحْصَاهُ اللَّهُ وَنَسُوهُ
Allah menghitung amal-amal mereka itu satu persatu, sedang mereka melupakannya.
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.
Bab 32: Niat, Ikhlas, Benar Dan Tafakkur
Tajuk Mudarasah: Muhasabah (Menghitung Diri) dan Muraqabah (Berwaspada dan Merasakan Diri Sentiasa Diawasi oleh Allah)
Sub Tajuk: Prinsip Ketiga: Muhasabah (Menghitung Diri) Selepas Beramal
Halaman Rujukan Kitab : 658
Nota Mudarasah:
Prinsip Ketiga: Muhasabah (Menghitung Diri) Selepas Beramal Allah swt berfirman:
Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal amalnya) untuk hari esok (hari akhirat).
( Al-Hasyr : 18 )
Ayat ini merupakan isyarat kepada bermuhasabah setelah beribadat. Oleh sebab itulah Umar r.a telah berkata: Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan.Al-Hasan berkata: Orang mukmin adalah pengawas kepada dirinya yang sentiasa menghisab dirinya. Dan katanya lagi: Apa bila seorang mukmin dikejutkan dengan sesuatu perkara yang mengkagumkannya (menarik nafsunya), dia akan berkata: Demi Allah, sesungguhnya aku sangat suka dan berhajat kepadamu. Akan tetapi demi Allah aku tidak mempunyai jalan untuk menuju kepadamu. Jauhnya! Jalan antaraku denganmu, kerana aku telah dihalang oleh syarak. Apabila dia terlanjur melakukan sesuatu dosa, dia akan memuhasabah dirinya dengan berkata: Aku tidak bermaksud untuk melakukannya dan aku tiada kena-mengena dengannya! Demi Allah, aku sekali-kali tidak akan kembali kepadanya selama-lamanya, Insya Allah.
Orang beriman adalah satu kaum yang diikat dengan al-Quran yang akan memelihara mereka dari kebinasaan. Orang mukmin juga seumpama tawanan di dunia yang sentiasa berusaha menyelamatkan diri dan tidak akan merasa selamat sehinggalah dapat bertemu Allah Taala. Dia mengetahui bahawa segala pendengaran, penglihatan, percakapan dan perbuatan anggota badannya, akan diambil kira dan dihisab oleh Allah s.w.t..
Ketahuilah, seseorang hamba selain perlu mempunyai waktu di awal pagi untuk menetapkan syarat-syarat kepada dirinya, dia juga perlu memperuntukkan satu waktu pada akhir harinya untuk bermuhasabah atas segala perkara yang dilakukannya sepanjang hari. Perkara ini bukanlah satu tindakan yang pelik kerana golongan korporat dan peniaga seringkali melakukan hisbah dan post-mortem berkenaan prestasi perniagaan mereka pada setiap akhir tahun, bulan ataupun hari.
Makna muhasabah ialah dia meneliti modal dan untung rugi bagi mengenal pasti sama ada hartanya bertambah atau berkurangan. Modal dalam perkara agama ialah amalan fardu. Keuntungan pula ialah amalan sunat dan baik. Manakala kerugian pula ialah maksiat yang dilakukan. Perkara pertama yang dia perlu muhasabah ialah amalan fardhu, Jika dia terlanjur melakukan maksiat, dia hendaklah mendenda dirinya untuk menampung kelalaian yang dilakukannya itu.
Diceritakan bahawa Taubah bin as-Simmah yang tinggal di ar Raqqah⁷²⁰, sentiasa melakukan muhasabah terhadap dirinya. Pada suatu hari ketika usianya 60 tahun, dia melakukan muhasabah dirinya dengan menghitung jumlah harinya. Dia dapati bahawa dirinya kini telah hidup selama 21,500 hari. Lalu dia berteriak: Celakalah aku! Adakah aku akan berjumpa Tuhan dalam keadaan mempunyai 21,500 dosa?. Bagaimana pula jika dalam satu hari sahaja aku ada melakukan 10,000 dosa? Lalu dia rebah dan pengsan. Rupa-rupanya, beliau terus menghembus nafas terakhirnya di situ. Ketika mereka menguruskan mayatnya, mereka terdengar suara yang berkata: Waaah!, alangkah hebatnya menuju ke Syurga Firdaus yang amat tinggi!.
720 Sebuah bandar yang masyhur di Syria pada hari ini. Sila lihat kitab Marasidul Itla' (2/626) karangan al-Baghdadi.
Begitulah sepatutnya seorang hamba Allah menghitung diri atas setiap nafas dan segala dosanya sama ada dosa hati mahupun anggota badan pada setiap ketika. Kalaulah seorang manusia melemparkan sebiji batu bagi setiap satu maksiat yang dilakukannya ke dalam rumahnya, pasti rumahnya itu akan penuh sarat dengan batu-batan dalam masa yang begitu singkat. Namun begitu manusia tetap mengambil mudah terhadap perkara maksiat ini walaupun dicatat dalam catatan amal mereka. Firman Allah Taala:
Allah menghitung amal-amal mereka itu satu persatu, sedang mereka melupakannya.
(Al-Mujadalah: 6)
Peringatan Mesra:Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.
No comments:
Post a Comment