Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.50 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 33: Mengingati Mati Dan Hakikat Selepas Mati
Tajuk Mudarasah: Pengenalan
Halaman Rujukan Kitab : 675
Nota Mudarasah:
Mengingati Mati Dan Hakikat Selepas Mati
Orang yang asyik dan leka dengan arus dunia serta hanyut dengan tipudayanya, hatinya tentu akan lalai dari mengingati mati. Kalau dia mengingati mati pun, tentu dia akan benci dan lari darinya (tidak menyebutnya). Manusia (dalam menghadapi mati) terbahagi kepada tiga golongan iaitu orang yang asyik dan leka dengan dunia, orang yang mula bertaubat dan al-'aarif (yang mengenali Allah) yang sentiasa berwaspada.
Orang yang leka dengan arus dunia tidak akan mengingati mati. Jika dia mengingatinya pun, hanya ketika dia berputus asa dari dunia lalu mencemuhnya. Orang yang seperti ini akan bertambah jauh daripada Allah apabila dia mengingati mati.
Orang yang mula bertaubat lebih banyak mengingati mati bagi melahirkan sifat takut dan bimbang lalu dia menyempurnakan taubatnya. Mungkin juga dia benci mati kerana bimbang nyawanya dicabut sebelum dia sempat bertaubat atau sebelum sempat dia melengkapkan bekalannya. Orang seperti ini adalah dimaafkan jika dia bencikan mati. Dia tidaklah termasuk dalam golongan yang dinyatakan oleh sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
Sesiapa yang benci untuk bertemu Allah s.w.t, maka Allah juga benci untuk berjumpa dengannya.
Dia bimbang bertemu dengan Allah (mati) kerana menyedari kekurangan dan kelalaian dirinya. Keadaanya samalah seperti seorang yang sengaja menangguh-nangguhkan perjumpaan dengan kekasihnya kerana sibuk membuat persediaan agar perjumpaannya nanti berlaku dalam keadaan yang disukai oleh kekasihnya. Oleh itu dia tidak dianggap benci kepada kekasihnya. Tanda orang sebegini ialah sentiasa membuat persediaan tanpa mempedulikan perkara perkara lain. Jika dia tidak melakukan persediaan tersebut, dia termasuk dalam golongan pertama tadi iaitu orang yang asyik dan leka dengan arus duniawi.
Golongan ketiga iaitu al-'aarif pula sentiasa mengingati mati kerana itulah janji temunya dengan Kekasihnya. Sudah tentu dia tidak akan melupai janji temunya itu. Bahkan orang yang seperti ini, kebiasaannya merasakan bahawa masa berlalu terlalu perlahan sebelum tiba ajalnya. Dia sukakan mati kerana ia akan membebaskannya dari dunia yang menjadi tempat manusia menderhakai Allah dan dia akan berpindah untuk berada hampir dengan Kekasihnya iaitu Allah, Tuhan sekalian alam. Sebagaimana kata-kata sebahagian dari mereka: Kekasih telah datang dalam keadaan berhajat.
Sebagaimana kebencian orang yang mula bertaubat kepada mati adalah perkara yang dimaafkan, demikianlah juga al-'aarifini dimaafkan kerana terlampau suka dan mengharapkan mati. Terdapat satu lagi maqam yang lebih tinggi iaitu orang yang menyerahkan segala urusannya kepada Allah dan dia tidak memilih sama ada untuk hidup mahupun mati. Dia suka dan meredai apa sahaja yang disukai oleh Tuhannya. Orang sebegini telah sampai ke kemuncak kasih dan wala' iaitu maqam menyerah diri dan reda. Itulah kemuncak dan itulah maqam yang terakhir.
Kesimpulannya, mengingati mati mempunyai pahala dan kelebihannya. Bagi orang yang asyik dan leka dengan urusan duniawi, kadang-kadang dia boleh mengambil manfaat dari mengingati mati untuk menjauhkan dirinya daripada dunia. Ini kerana dengan mengingati mati, ia akan menimbulkan rasa bosan. terhadap keseronokan duniawi dan menjadikannya gelisah.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment