Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.50 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 32: Niat, Ikhlas, Benar Dan Tafakkur
Tajuk Mudarasah: Larangan Berfikir tentang Zat Allah
Halaman Rujukan Kitab : 672
Nota Mudarasah:
Antara tanda kebesaran Allah juga ialah mutiara-mutiara yang terpendam dan tersembunyi di bukit-bukau serta bahan-bahan galian seperti emas, perak, fairuzaj⁷³⁰, minyak galian, belerang, minyak tar dan sebagainya. Begitu juga dengan kejadian lautan yang besar lagi dalam yang mengelilingi bahagian-bahagian bumi ini. Sekiranya dicantumkan kesemua daratan yang ada di bumi, yang terdiri daripada padang pasir sahara, gunung-ganang dan selainnya, kemudian dibandingkan dengan air, tentu ia akan menjadi seperti sebuah pulau yang kecil dalam lautan yang besar. Alam laut juga mempunyai keajaiban-keajaiban yang berlipat ganda dari apa yang kita dapat saksikan di daratan.
730 Sejenis batu permata yang bernilai. Lihat al-Mu'jam al-Wajiz (486).
Perhatikanlah bagaimana Allah mencipta mutiara dan membulatkannya dalam cengkerang di dasar laut serta menumbuhkan batu karang di atas batu yang pejal di dalamnya. Perhatikan juga ciptaan yang lain seperti ikan paus dan juga lain lain hasil laut. Lihatlah betapa hebatnya kuasa Allah menjadikan kapal-kapal terapung di permukaan lautan, belayar mengikut arah tiupan angin.
Ciptaan yang paling hebat dan menakjubkan ialah air itu sendiri. Ia merupakan sumber kehidupan setiap warga bumi sama ada haiwan mahupun tumbuhan. Jika seseorang yang ingin minum seteguk air itu dihalang, nescaya dia akan mengerahkan segala tenaga dan harta dunia yang dimilikinya untuk mendapatkannya. Malah apabila dia selesai meminumnya tetapi air itu tidak dapat dikeluarkan kembali mengikut salurannya, pasti dia juga sanggup membelanjakan seluruh harta dunianya untuk mengeluarkannya. Seorang hamba tidak sepatutnya melupakan nikmat ini.
Antara tanda kebesaran-Nya juga ialah angin iaitu suatu jisim halus yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Lihatlah kehebatan dan kekuatan angin tersebut. Lihatlah juga kepada keajaiban udara yang lahir darinya suasana mendung, guruh, kilat, hujan, salji, sejuk, tahi bintang, petir dan lain-lain lagi yang menakjubkan. Perhatikan juga kepada burung yang terbang dengan sayapnya di udara sebagaimana haiwan-haiwan lautan berenang-renang di dalam air. Kemudian lihatlah langit dan keluasannya serta bintang bintang, matahari dan bulan yang berada padanya. Setiap bintang mempunyai hikmah penciptaannya sama ada pada warna, bentuk atau kedudukannya. Renungkanlah bagaimana malam dan siang silih berganti. Perhatikan laluan perjalanan matahari dan juga bagaimana berlakunya musim yang berbeza-beza iaitu musim panas, sejuk, bunga dan luruh.
Ada pendapat menyatakan bahawa saiz matahari itu lebih dari 160 kali ganda saiz bumi. Saiz bintang terkecil di langit pula adalah lapan kali ganda bumi. Bayangkan jika itu saiz bintang terkecil, bagaimana pula dengan bintang-bintang yang memenuhi langit. Bayangkanlah juga betapa luasnya langit yang memuatkan seluruh bintang tersebut. Bagaimana kita masih dapat melihat keseluruhannya sedangkan saiz mata yang melihat itu adalah sangat kecil.
Kamu tentu merasa takjub apabila masuk ke dalam rumah orang kaya yang penuh dengan perhiasan dan ukiran cantik yang disaluti emas. Kamu tidak berhenti-henti menyatakan kekaguman kamu setiap kali kamu mengingati rumah hebat itu; mengenai keindahan lantai, bumbung, peralatan, perhiasan dan seni ukirannya yang indah-indah.
Apa yang menghairankan ialah hati kamu boleh merasa takjub setelah melihat ini semua, tetapi tidak terpaut dan merasa takjub apabila melihat kejadian Pencipta kamu yang jauh lebih menakjubkan itu. Bahkan kamu tidak berfikir mengenainya. Apabila perkara ini berlaku, itu bermakna kamu telah melupai diri kamu dan juga melupai Tuhan kamu. Kamu hanya sibuk menjaga tuntutan perut dan runtunan syahwat kemaluan kamu sahaja. Bandingan kamu ketika itu hanyalah seperti seekor semut yang keluar dari sarangnya yang dibuat di tembok sebuah istana raja. Apabila ia bertemu dengan saudara maranya, ia akan bercerita berkenaan kehebatan sarangnya, bagaimana ia membina dan mengumpulkan segala bahan-bahannya. Sedikitpun ia tidak teringat kepada istana tersebut dan siapa yang berada di dalamnya. Begitulah bandingannya jika kamu lupa dan lalai. Apa yang kamu ketahui berkenaan alam langit adalah umpama pengetahuan seekor semut di atas bumbung rumah kamu.
Inilah penjelasan bagi perkara-perkara rumit yang menarik perhatian dan fikiran para ahli fikir. Usia semakin singkat dan ilmu amat sedikit untuk mengetahui secara menyeluruh berkenaan sebahagian makhluk-makhluk. Namun, jika kamu memperbanyakkan usaha untuk mengetahui keajaiban-keajaiban ciptaan Allah ini, pengetahuan kamu berkenaan kebesaran Penciptanya akan lebih lengkap. Oleh itu berfikirlah mengenai apa yang kami kemukakan di sini dan juga dalam bab syukur yang lalu.
Siapa yang melihat semua ini atas dasar ianya adalah perbuatan dan ciptaan Allah, maka dia akan mendapat pengetahuan (makrifat) berkenaan kebesaran dan kehebatan Allah s.w.t.. Sebaliknya siapa yang memfokuskan pemikirannya hanya untuk melihat kesan yang mempengaruhi antara satu sama lain tanpa mengaitkannya kepada Allah yang mencipta segala asbab, dia akan celaka.
Kita berlindung dengan Allah daripada tergelincir dari jalan yang benar sebagaimana ng berlaku kepada orang yang jahil dan berlindung dengan-Nya daripada cenderung kepada punca-punca kesesatan. Sebenarnya, tidak ada ruang untuk bertafakkur pada perkara-perkara yang kita tidak dapat lihat seperti alam malaikat dan jin. Oleh sebab itu kita perlu beralih untuk berfikir tentang perkara yang kita dapat melihatnya.
Wallahu A'lam.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment