Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.50 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 33: Mengingati Mati Dan Hakikat Selepas Mati
Tajuk Mudarasah: Kewafatan Rasulullah s.a.w. dan Khulafa' ar-Rasyidin
Sub Tajuk: 2. Kewafatan Abu Bakar as-Siddik r.a.
Halaman Rujukan Kitab : 692
Nota Mudarasah:
2. Kewafatan Abu Bakar as-Siddik r.a.
Abu al-Malih meriwayatkan bahawa ketika Abu Bakar r.a. nazak, beliau memanggil Umar bin al-Khattab r.a. dan berkata: Aku berpesan kepadamu satu pesanan, jika kamu menerimanya: Sesungguhnya Allah s.w.t. mempunyai hak-hak pada malam hari di mana ianya tidak akan diterima jika dilakukan pada waktu siang. Begitu juga hak-hak Allah pada waktu siang, Dia tidak menerimanya apabila ia dilakukan di malam hari. Allah juga tidak akan menerima amalan sunat sehinggalah ditunaikan amalan yang wajib. Timbangan amalan menjadi berat di hari akhirat disebabkan mereka mengikuti kebenaran ketika di dunia walaupun mereka menghadapi kesukaran. Memang sepatutnya timbangan (al-Mizan) ini akan menjadi berat dengan kebenaran. Manakala orang yang ringan timbangan amalannya di akhirat, adalah disebabkan kebatilan yang mereka ikuti dengan mudah dan ringan tanpa sebarang halangan dan kesulitan. Memang sewajarnyalah al Mizan itu menjadi ringan kerana kebatilan tersebut.
Tidakkah kamu melihat bahawa Allah s.w.t. telah menurunkan ayat-ayat pengharapan (ar-raja) di samping ayat-ayat yang keras, begitulah juga sebaliknya. Hikmat di sebaliknya ialah agar seseorang hamba itu sentiasa cenderung dan inginkan keredaan Allah serta gerun terhadap kemurkaan-Nya dan sekali-kali tidak akan mencampakkan dirinya ke lembah kebinasaan. Dia juga hanya mengharapkan kebenaran daripada Allah. Jika kamu menjaga pesananku ini, nescaya perkara ghaib yang paling kamu sukai ialah mati dan ia adalah suatu yang pasti berlaku kepadamu. Jika kamu cuaikan pesananku ini, nescaya perkara ghaib yang kamu paling benci ialah mati sedangkan kamu pasti menghadapinya dan kamu tidak akan mampu mengelakkan diri darinya.
Dikatakan bahawa: Ketika Abu Bakar dalam keadaan nazak, Aisyah r.ha. datang menziarahinya lalu mengungkapkan syair:
Demi kehidupanmu, kekayaan tidak memberikan apa-apa faedah kepada seseorang,
Pada hari ruhnya sudah sampai ke halkum dan dada mula merasa sempit.
Lalu Abu Bakar r.a. membuka kain yang menyelubungi mukanya dan berkata: Bukan begitu, tetapi katakanlah:
وَجَآءَتْ سَكْرَةُ الْمَوْتَ بِالْحَقِّ ذَلِكَ مَاكُنتَ مِنْهُ تَحِيدُ
Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah 'Sakaratulmaut' membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!
Abu Bakar berkata lagi: Lihatlah dua helai bajuku ini. Basuhlah kedua-duanya dan gunakannya untuk mengkafankan aku. Sesungguhnya orang yang masih hidup lebih berhajat kepada sesuatu yang baru berbanding orang yang telah mati.
3. Kewafatan Umar bin al-Khattab r.a.
Ibnu Umar r.a. menceritakan: Selepas Umar r.a. ditikam, aku memangku kepalanya di ribaanku semasa sakitnya yang membawa kepada kematian. Beliau berkata: Letakkan pipiku di atas tanah. Aku berkata: Apa bezanya sama ada di atas riba ataupun di atas tanah? Aku menyangka beliau tidak selesa kerana kesakitan lalu aku tidak menuruti arahannya. Beliau berkata lagi: Letakkan pipiku di atas tanah, celakalah aku dan celakalah ibuku jika Tuhanku tidak merahmati aku.
Diriwayatkan bahawa, setelah Umar r.a. ditikam, beliau terus dibawa balik ke rumahnya. Orang ramai pun datang melawatnya dan memuji-mujinya. Kemudian datang seorang pemuda dan berkata Bergembiralah wahai Amirul Mukminin dengan kegembiraan daripada Allah s.w.t.. Kamu sentiasa mendampingi Rasulullah s.a.w., mempunyai senioriti memasuki Islam sebagaimana yang kamu maklumi. Kamu dilantik sebagai khalifah dan berlaku adil padanya dan kini kamu akan memperolehi kelebihan syahid. Umar menjawab: Aku berharap sudah mencukupi buatku jika amalan baikku sama berat dengan dosaku pada timbangan amal kelak.
Wahai Abdullah bin Umar! Pergilah berjumpa Ummul Mukminin Aisyah r.ha. dan katakan kepadanya: Umar mengucapkan salam. Jangan sebut 'Amirul Mukminin' kepadanya kerana pada hari ini aku bukan lagi ketua kepada orang yang beriman. Beritahu kepadanya bahawa Umar bin al-Khattab meminta izin untuk dikebumikan di sisi dua sahabatnya (Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar r.a.). Abdulllah bin Umar pun pergi menyampaikan salam serta meminta izin untuk masuk. Apabila dia memasuki rumah Aisyah, dia mendapati Aisyah sedang duduk menangis. Abdullah berkata: Umar menyampaikan salam kepadamu dan meminta izin untuk dikebumikan di sisi dua sahabatnya. Aisyah r.ha. berkata: Sebenarnya aku ingin menyimpan tempat itu untukku tetapi pada hari ini aku lebih utamakan dia daripada aku.
Apabila Abdullah bin Umar kembali, seorang lelaki berkata: Itu dia Abdullah bin Umar telah pun kembali. Umar berkata: Bangunkan aku!!! Lalu dia dibangunkan dan disandarkan kepada seorang lelaki. Umarpun bertanya: Bagaimana? Abdullah menjawab: Seperti yang kamu inginkan wahai Amirul Mukminin. Aisyah telah mengizinkan. Umar berkata: Alhamdulillah, itulah perkara yang paling aku sukai. Jika aku mati kelak, bawalah aku ke sana dan kemudian berikanlah salam dan katalah: Umar bin al-Khattab meminta izin. Jika beliau (Aisyah) izinkan, masuklah dan kebumikanlah aku di sana tetapi jika beliau menolak, kebumikanlah aku di perkuburan Islam yang lain.
Dalam riwayat Muslim⁷⁵⁶ daripada al-Miswar bin Makhramah, Umar r.a. telah berkata: Demi Allah, jika sekiranya aku diberi emas seisi dunia, nescaya aku akan tebuskan diriku dengan harta tersebut dari azab Allah sebelum aku melihat azab-Nya.
756 Sebenarnya ia adalah riwayat al-Bukhari (7/42). Aku tidak menjumpainya dalam sahih Muslim.
Dalam riwayat lain menyebut: Demi Allah, jika aku diberikan seluruh kekayaan yang ada di dunia ini, nescaya aku akan gunakannya untuk menebus setiap keperitan yang akan muncul di hari akhirat nanti.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

( Qaf : 19 )

No comments:
Post a Comment