Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.50 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 33: Mengingati Mati Dan Hakikat Selepas Mati
Tajuk Mudarasah: Kewafatan Rasulullah s.a.w. dan Khulafa' ar-Rasyidin
Sub Tajuk: 4. Kewafatan Othman bin Affan r.a.
Halaman Rujukan Kitab : 695
Nota Mudarasah:
4. Kewafatan Othman bin Affan r.a.
Naailah binti al-Farafisoh, isteri Othman bin Affan r.a. telah berkata: Sehari sebelum hari pembunuhannya, Othman r.a. telah berpuasa. Ketika waktu berbuka, beliau meminta agar disediakan untuknya air yang segar tetapi permintaannya tidak ditunaikan. Lalu beliau tertidur dalam keadaan tidak berbuka. Apabila tiba. waktu sahur, aku pergi mendapatkan beberapa orang jiranku lalu aku meminta air yang segar dari mereka. Mereka pun memberikan aku sebekas air segar. Aku membawa air itu kepada Othman r.a., sambil mengejutkannya dan berkata: Ini dia air segar yang kekanda mahu. Othman pun mengangkat kepalanya dan mendapati bahawa fajar telahpun menyingsing lalu berkata: Aku berpagi-pagi dalam keadaan berpuasa. Dalam mimpiku aku berjumpa Rasulullah s.a.w. yang muncul dari atap rumah ini sambil membawa air yang segar bersama baginda⁷⁵⁷. Baginda berkata: Wahai Othman, minumlah!. Lalu aku minum sehingga hilang dahagaku. Baginda berkata lagi: Tambahlah lagi. Akupun minum lagi sehingga puas. Kemudian baginda bersabda kepadaku: Satu kumpulan manusia akan menentang kamu. Kamu pasti akan menang jika kamu memerangi mereka, namun jika kamu biarkan mereka, kamu akan dapat berbuka puasa bersama-sama kami nanti. Naailah menambah: Kumpulan tersebut memecah masuk ke rumahnya pada hari tersebut lalu membunuhnya.
757 Dalam mimpinya, sila lihat kitab Tobaqat Ibn Saad (3/75).
Al-Alaa' bin al-Fudhuil meriwayatkan daripada ayahnya yang telah berkata: Apabila Othman dibunuh, orang ramai memeriksa khazanahnya dan mereka menemui sebuah peti yang berkunci. Apabila dibuka, mereka menemui satu botol yang di dalamnya ada sehelai kertas yang tertulis: Ini adalah wasiat Othman. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Othman bin Affan bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad s.a.w. adalah pesuruh Allah. Sesungguhnya syurga itu adalah benar, neraka itu adalah benar dan Allah akan membangkitkan setiap orang yang ada di dalam kubur pada hari yang tiada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak sekali-kali akan memungkiri janjinya. Dengannya (kalimah syahadah itu) kami hidup dan di atas kalimah itulah kami mati dan dengannya jugalah kami akan dibangkitkan, insya Allah.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment