Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 1: Ibadat
Bab 1: Ibadat Ilmu Dan Kelebihannya Serta Yang Berkaitan Dengannya
Tajuk Mudarasah: Kelebihan Solat
Halaman Rujukan Kitab : 33
Nota Mudarasah:
Kelebihan Sembahyang
Terdapat banyak makna dan pengertian yang tersirat ke arah menghayati sembahyang dengan sempurna. Antaranya ialah:
i Kehadiran hati sebagaimana yang kami telah sebutkan.
Maknanya ialah mengosongkan hati daripada sebarang bentuk yang mengganggu nya. Jalan untuk mencapainya ialah dengan himmah (daya kemahuan yang kuat) kerana apabila kamu benar-benar mahukan sesuatu, dengan sendirinya hati kamu akan ingat kepadanya. Oleh itu, rawatan yang berkesan untuk menghadirkan hati ialah dengan menjuruskan himmah tersebut kepada sembahyang semata-mata. Kemampuan untuk menjuruskan himmah (kepada sembahyang semata-mata) ini kadangkala ia kuat dan kadangkala ia lemah. Semuanya bergantung kepada kuat atau lemahnya iman seseorang kepada hari akhirat dan sejauh mana dia memandang hina kepada dunia. Apabila didapati hati kamu tidak hadir ketika sembahyang, ketahuilah bahawa puncanya ialah iman yang lemah. Oleh itu berusahalah bersungguh-sungguh untuk memperkuatkannya.
ii. Memahami makna bacaan.
la berlaku selepas daripada kehadiran hati. Ini kerana kehadiran hati juga mungkin berlaku bersama dengan lafaz bacaaan walaupun tanpa memahami maknanya. Oleh itu, pemikiran perlu ditumpukan untuk memahami makna bacaan. Ini boleh dilakukan apabila lintasan-lintasan hati yang mengganggu itu dapat ditolak dengan menghapuskan faktor-faktor yang membawa kepada lintasan-lintasan tersebut. Sekiranya faktor-faktor ini tidak dihapuskan, pasti lintasan-lintasan tersebut tidak akan hilang.
Faktor-faktor ini sama ada faktor luaran ataupun dalaman. Faktor luaran ialah apa sahaja yang mengganggu pendengaran dan penglihatan. Manakala faktor dalaman pula ialah hati seseorang yang sentiasa bercelaru dengan urusan dunia. Pemikirannya berserabut dalam banyak perkara dan dia tidak boleh menghilangkannya walaupun dengan memejamkan mata. Ini kerana apa yang menimpa hatinya sudah cukup untuk mengganggunya. Ia lebih dahsyat daripada faktor zahir.
Faktor-faktor luaran boleh diatasi dengan menghapuskan segala perkara yang mengganggu pendengaran dan penglihatan. Antara caranya ialah dengan menghampiri kiblat, melihat ke tempat sujud, mengelakkan diri dari bersembahyang di tempat yang mempunyai ukiran dan tidak meletakkan sesuatu benda di sisinya yang boleh mengganggu kekhusyukan sembahyangnya. Apabila Nabi s.a.w. selesai bersembahyang dengan memakai pakaian yang terdapat gambar-gambar, baginda terus menanggalkannya dan bersabda:
إِنَّهَا أَلْهَتْنِي آنِفًا عَنْ صَلَاتِ
Sesungguhnya ia telah menggangguku dari sembahyangku sebentar tadi.⁵⁵
55 Riwayat al-Bukhari (1/406), Muslim (556), Malik (1/97), Abu Daud (914). (4052) dan an-Nasaie (2/72) daripada Aisyah r.ha...
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment