Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 1: Ibadat
Bab 1: Ibadat Ilmu Dan Kelebihannya Serta Yang Berkaitan Dengannya
Tajuk Mudarasah: Kelebihan Solat
Halaman Rujukan Kitab : 32
Nota Mudarasah:
Apabila Ali bin al-Husain r.a.⁵⁴ berwuduk, wajahnya menjadi pucat. Lalu dia ditanya: Apakah yang menyebabkan kamu menjadi sedemikian ketika berwuduk? Jawab beliau: Tidakkah kamu tahu di hadapan siapakah aku akan berdiri?
54 Dalam kitab al-Ihya' dan kitab syarahnya Ittihaf Saadatul Muttaqin menyebut Ali bin al-Husain dan itulah yang betul. Manakala dalam cetakan as-Syamiyyah menyebut: Ali bin al-Hasan
Sembahyang mempunyai rukun-rukun, perkara-perkara wajib dan sunat. Ruhnya ialah niat, ikhlas, khusyuk dan menghadirkan hati. Sembahyang mengandungi zikir-zikir, munajat dan beberapa perbuatan. Tanpa kehadiran hati, zikir dan munajat tidak akan memberikan apa-apa makna. Ini kerana sebutan lidah yang tidak lahir daripada hati yang sedar seumpama orang yang merepek-repek. Begitu juga halnya dengan segala perbuatan dalam sembahyang. Perbuatan berdiri yang membawa maksud sedia berkhidmat dan rukuk yang melambangkan kehinaan diri serta keagungan Tuhan, tidak akan membawa apa-apa maksud dan makna sekiranya dilakukan tanpa kehadiran hati. Apabila perbuatan tersebut terkeluar daripada maksudnya, tinggallah sembahyang tersebut dalam bentuk kerangka atau gambaran yang tidak bernilai.
Firman Allah Taala:
لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَٰكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنْكُمْ
Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu.
Maksudnya, yang sampai kepada Allah adalah sifat yang menguasai hati sehingga mendorong ke arah melaksanakan perintah perintah yang dituntut. Oleh itu kehadiran hati mestilah berlaku ketika sembahyang. Walau bagaimanapun, Allah memaafkan kelalaian yang datang selepas daripada itu dalam keadaan tidak disedari. Ini kerana, kehadiran hati pada permulaan sembahyang boleh manampung kelalaian yang berlaku kemudiannya.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

( Al-Haj : 37 )

No comments:
Post a Comment