Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 1: Ibadat
Bab 1: Ibadat Ilmu Dan Kelebihannya Serta Yang Berkaitan Dengannya
Tajuk Mudarasah: Kelebihan Solat
Halaman Rujukan Kitab : 35
Nota Mudarasah:
iii. Merasai keagungan dan kehebatan Allah.
Ia terhasil melalui dua perkara iaitu mengenali (makrifah) kebesaran dan keagungan Allah serta mengetahui kehinaan dan perhambaan dirinya. Kedua-dua makrifah ini akan menghasilkan sifat rendah diri dan khusyuk di hadapan Allah.
Dari situ akan timbul perasaan mengharap, hasil daripada perasaan takut kepada Allah. Orang yang takut dan gerun kepada seseorang raja akan merasa bimbang terhadap kemurkaannya sebagaimana dia mengharapkan kebaikan daripadanya. Orang yang bersembahyang seharusnya mengharapkan ganjaran pahala sebagaimana dia bimbang jika kecuaiannya akan mendatangkan seksaan.
Seseorang yang bersembahyang perlu menghadirkan hatinya pada setiap perkara yang berkaitan dengan sembahyang. Apabila dia mendengar azan, hendaklah dia bayangkan seolah-olah ia adalah seruan pada hari kiamat dan dia bersungguh untuk menyahutnya agar dia dapat mengetahui bagaimanakah dia akan dilayan dan keadaan tubuh badannya ketika hadir menyahutnya. Apabila dia menutup aurat, dia hendaklah menyedari bahawa tujuan sebenarnya ialah menutup segala keaiban badannya daripada makhluk lain. Tetapi di waktu yang sama dia hendaklah mengingati bahawa aurat batin dan rahsianya yang buruk tetap diketahui oleh Allah. Tiada apa-apa yang boleh menutupnya dari pengetahuan Allah Taala. Namun begitu, segala keaiban ini dapat ditebus dengan perasaan menyesal, malu dan takut.
Apabila dia menghadap kiblat, bermakna dia hanya berpaling menghadapkan wajahnya ke arah Baitullah, tidak kepada yang lain. Memalingkan hati kepada Allah adalah lebih utama daripada itu. Wajahnya tidak akan menghadap ke arah kiblah kecuali dengan meninggalkan arah yang lain. Begitu juga dengan hati. Ia hanya akan tertumpu kepada Allah dengan memalingkannya dari segala perkara yang lain.
Wahai orang yang bersembahyang, ketika kamu bertakbir, janganlah lidah kamu berkata sesuatu yang bercanggah dengan hati kamu. Apabila di dalam hati kamu ada sesuatu yang lebih besar dari Allah, ini bermakna kamu telah berbohong. Berjaga-jagalah kamu daripada menjadikan hawa nafsu itu lebih besar daripada Allah. Ini boleh berlaku apabila kamu lebih mengikuti kehendaknya daripada mentaati Allah.
ia bererti kamu , أعوذ بالله من الشيطان الرجيم Apabila kamu membaca meminta perlindungan dengan Allah. Namun, apabila hati kamu tidak berlindung dengan-Nya, ucapan kamu itu adalah sia-sia. Cubalah fahami setiap ayat yang dibaca dan hadirkanlah kefahaman itu ketika membaca:
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam
Hayatilah kelembutan Allah kepada hamba-Nya ketika membaca:
ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Kemudian hayatilah keagungan-Nya ketika membaca:
مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ
Yang menguasai pemerintahan hari Pembalasan (akhirat) Begitulah seterusnya ketika membaca ayat-ayat yang lain.
Diriwayatkan bahawa ketika Zurarah bin Aufa r.a.⁵⁶ membaca firman Allah:
56 Dalam cetakan as-Syamiyyah: Zurarah bin Abi Aufa. Pendapat yang betul ialah apa yang telah kami gunakan di atas. Cerita ini terdapat dalam kitab Hilyatul Auliya' (2/258). Dalam sanadnya terdapat 'Aun bin Zakwan. Ad Daruqutni berkata: Beliau adalah perawi yang lemah dan ditolak (matruk).
فَإِذَا نُقِرَ فِي النَّاقُورِ
Kerana apabila telah ditiup sangkakala.
Beliau jatuh tersungkur dan mati. Ini kerana dia dapat menggambarkan dan merasai suasana tersebut sehingga memberi kesan kepada dirinya yang menyebabkan kematiannya.
Ketika kamu rukuk, hayatilah perasaan tawaduk dan ketika sujud, jiwailah perasaan bertambah hina. Ini kerana kamu telah letakkan dirimu itu ditempatnya yang sebenar, iaitu mengembalikannya kepada asal usul kejadiannya apabila sujud ke tanah. Seterusnya, fahamilah makna-makna zikir yang dibaca dengan penuh perasaan.
Ketahuilah bahawa menunaikan sembahyang dengan syarat syarat dalaman ini adalah punca yang boleh menyelamatkan hati daripada berkarat dan juga menghasilkan cahaya. Dengan itu kamu akan merasai kebesaran Allah yang disembah dan meneliti segala rahsianya. Hanya orang yang berilmu sahaja yang mampu memahaminya. Manakala orang yang bersembahyang dari segi zahir sahaja tanpa menghayati makna yang tersirat daripadanya, dia tidak akan dapat merasai semua perkara tersebut bahkan pula tidak percaya ianya boleh berlaku.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

( Al-Fatihah : 2 )
Hayatilah kelembutan Allah kepada hamba-Nya ketika membaca:
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
( Al-Fatihah : 3 )
Kemudian hayatilah keagungan-Nya ketika membaca:
Yang menguasai pemerintahan hari Pembalasan (akhirat) Begitulah seterusnya ketika membaca ayat-ayat yang lain.
( Al-Fatihah : 4 )
Diriwayatkan bahawa ketika Zurarah bin Aufa r.a.⁵⁶ membaca firman Allah:
56 Dalam cetakan as-Syamiyyah: Zurarah bin Abi Aufa. Pendapat yang betul ialah apa yang telah kami gunakan di atas. Cerita ini terdapat dalam kitab Hilyatul Auliya' (2/258). Dalam sanadnya terdapat 'Aun bin Zakwan. Ad Daruqutni berkata: Beliau adalah perawi yang lemah dan ditolak (matruk).
Kerana apabila telah ditiup sangkakala.
( Al-Muddatthir : 8 )
Beliau jatuh tersungkur dan mati. Ini kerana dia dapat menggambarkan dan merasai suasana tersebut sehingga memberi kesan kepada dirinya yang menyebabkan kematiannya.
Ketika kamu rukuk, hayatilah perasaan tawaduk dan ketika sujud, jiwailah perasaan bertambah hina. Ini kerana kamu telah letakkan dirimu itu ditempatnya yang sebenar, iaitu mengembalikannya kepada asal usul kejadiannya apabila sujud ke tanah. Seterusnya, fahamilah makna-makna zikir yang dibaca dengan penuh perasaan.
Ketahuilah bahawa menunaikan sembahyang dengan syarat syarat dalaman ini adalah punca yang boleh menyelamatkan hati daripada berkarat dan juga menghasilkan cahaya. Dengan itu kamu akan merasai kebesaran Allah yang disembah dan meneliti segala rahsianya. Hanya orang yang berilmu sahaja yang mampu memahaminya. Manakala orang yang bersembahyang dari segi zahir sahaja tanpa menghayati makna yang tersirat daripadanya, dia tidak akan dapat merasai semua perkara tersebut bahkan pula tidak percaya ianya boleh berlaku.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.
No comments:
Post a Comment