Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 1: Ibadat
Bab 1: Ibadat Ilmu Dan Kelebihannya Serta Yang Berkaitan Dengannya
Tajuk Mudarasah: Adab-Adab Sembahyang dan Hari Jumaat
Halaman Rujukan Kitab : 37
Nota Mudarasah:
Adab-Adab Sembahyang dan Hari Jumaat
Ia terdapat lebih kurang lima belas perkara:
i. Bersiap sedia untuknya iaitu bermula dari hari Khamis dan malam Jumaat dengan membersihkan diri dan membasuh pakaian serta semua persediaan yang sesuai untuk hari tersebut.
ii. Mandi pada hari Jumaat sebagaimana terdapat hadis-hadis yang diriwayatkan mengenainya dalam as-Sahihain⁵⁷ dan lain-lain. Waktu yang afdal ialah sejurus sebelum pergi berjumaat.
57 Sebagaimana hadis daripada Abu Sa'id al-Khudri r.a. yang diriwayatkan secara marfu', maksudnya: Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi seorang yang bermimpi (sehingga keluar mani). Riwayat al-Bukhari (2/298). Muslim (846) dan lain-lainnya.
iii. Menghiaskan diri dengan membersihkan badan, memotong kuku, memberus gigi dan lain-lain sebagaimana yang telah disebutkan dahulu. Begitu juga sunat berwangian dan memakai pakaiannya yang paling baik.
iv. Datang awal ke masjid dalam keadaan berjalan kaki. Dia hendaklah berjalan dengan tenang dan khusyuk. Seterusnya berniat iktikaf⁵⁸ di masjid sehingga dia keluar daripadanya.
58 Boleh jadi pengarang bermaksud maknanya dari segi bahasa dan bukannya istilah syarak. Beriktikaf dalam bentuk tersebut (sentiasa berniat iktikaf selama mana berada di dalam masjid) tidak pernah berlaku di kalangan ulamak salafussoleh.
v. Jangan dia melangkah-langkah tengkok orang ramai dan jangan memisahkan antara dua orang. Sekiranya dia dapati ada ruang kosong, barulah dia boleh melangkah ke tempat tersebut.
vi. Jangan melalui di hadapan orang yang sedang bersembahyang.
vii. Berusaha untuk mendapatkan saf pertama kecuali jika dia melihat kemungkaran atau mendengarnya (dan berusaha mencegahnya), maka kelewatannya sehingga menyebabkan dia berada di saf yang akhir adalah dimaafkan.
viii. Hendaklah menghentikan sembahyang sunat atau zikir ketika imam keluar⁵⁹. Dia hendaklah menumpukan kepada menjawab azan kemudiannya mendengar khutbah.
59 Yang afdal ialah dia menyempurnakan solat sunatnya, bukan sebagaimana yang dikatakan oleh pengarang r.hm...
ix. Menunaikan sembahyang sunat selepas Jumaat. Jika dia mahu, dia boleh tunaikan sama ada dua, empat atau enam rakaat.
x. Berada di masjid hingga ke waktu asar. Lebih afdal jika dia boleh menunggu hingga ke waktu maghrib.
xi. Hendaklah dia berusaha mencari waktu mulia yang ada pada hari Jumaat dengan hati yang khusyuk dan sentiasa berzikir.
Ulamak berselisih pendapat mengenai waktu tersebut. Dalam riwayat Muslim daripada hadis Abu Musa r.a. menyebut:
Waktunya ialah bermula ketika imam duduk hingga selesai sembahyang.⁶⁰
60 Riwayat Muslim (853) dan Abu Daud (489). Ulamak telah membincangkan sanadnya. Sebahagian mereka mengatakan ia adalah hadis munqati' dan mudhtorib. Manakala sebahagian yang lain memutuskan ia adalah hadis mauquf. Lihat kitab Fathu al-Bari (2/359).
Dalam hadis lain menyebut yang bermaksud:
Waktunya ialah setelah imam selesai berkhutbah sehingga selesai sembahyang.⁶¹
61 Riwayat at-Tirmizi (490) daripada Amru bin Auf. Pada sanadnya ada Kathir bin Abdullah. Sebahagian ulamak mendakwanya sebagai pembohong. Dia berkata: Sebenarnya ialah ketika imam bangun berdiri. Sanadnya daif. Lihat kitab Syarah al-Thya' (3/280).
Dalam hadis Jabir r.a. bermaksud:
Waktunya ialah di akhir waktu asar.⁶²
62 Riwayat Abu Daud (1048), an-Nasaie (3/99), al-Hakim (1/279) dan sanadnya sahih.
Dalam hadis Anas r.a. bermaksud:
Carilah ia antara waktu sembahyang asar sehingga terbenam matahari.⁶³
63 Riwayat at-Tirmizi (489). Terdapat kelemahan pada sanadnya tetapi dikuatkan dengan hadis Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Malik (1/108), an-Nasaie (3/114), at-Tirmizi (491), Abu Daud (1046) dan sanadnya sahih. Hadisnya juga diriwayatkan oleh Ahmad (2/311) dan sanadnya daif. Tetapi ia dianggap hadis hasan oleh Syeikh al-Albani sebagaimana disebutkan dalam kitab al-Misykah (1360).
Abu Bakar al-Athram r.hm. berkata: Hadis-hadis di atas mempunyai dua kemungkinan iaitu sama ada sebahagiannya lebih sahih dari sebahagian yang lain atau waktu tersebut sentiasa berubah-ubah sebagaimana malam al-Qadar berubah-ubah di antara sepuluh malam terakhir Ramadhan.⁶⁴
64 Pendapat ini perlu diperbincangkan lagi.
xii. Memperbanyakkan ucapan selawat ke atas Nabi s.a.w.pada hari tersebut. Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. bahawa baginda bersabda: Sesiapa yang berselawat ke atasku lapan puluh kali pada hari Jumaat, Allah akan ampunkan dosa-dosanya selama lapan puluh tahun.⁶⁵
65 As-Sakhawi menyebut hadis ini dalam kitab al-Qaulul Badi' (194) dan dia telah menisbahkannya kepada al-Taimi dalam kitab al-Targhib dan Abu as-Syaikh serta ad-Dailami. Sanadnya daif. Lihat Syarh al-Thya' (3/286).
Jika dia mahu, dia boleh menambah doa berikut ketika berselawat ke atas baginda iaitu:
اَلَّلهُمَّ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيْلَةَ وَالْفَضِيْلَةَ وَالدَّرَجَةَ الرَّفِيْعَةَ وَابْعَثْهُ المَقَامَ الْمَحْمُوْدَ الَّذِي وَعَدْتَهُ. اَللَّهُمَّ اَجْزِ نَبِيِّنَا عَنَّا مَا هُوَ أَهْلُهُ
Ya Allah ya tuhanku, kurniakanlah kepada Nabi Muhammad al-wasilah, kemuliaan dan darjat yang tinggi. Kurniakanlah kepada baginda makam terpuji yang telah Engkau janjikan. Ya Allah, tunaikanlah kepada Nabi kami apa yang layak untuknya.⁶⁶
66 Ini sama sekali bukan perbuatan ulamak salaf. Doa tersebut thabit dalam hadis yang masyhur berkenaan doa selepas azan.
Selain berselawat, disunatkan juga beristighfar pada hari tersebut.
xiii. Membaca surah al-Kahfi. Terdapat dalam hadis riwayat Aisyah r.ha.: Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Mahukah Aku beritahukan kamu satu surah yang mana kelebihannya memenuhi langit dan bumi dan ganjaran untuk orang yang menulisnya adalah serupa. Sesiapa yang membacanya pada hari Jumaat, Allah mengampunkan dosanya antara Jumaat ke Jumaat yang lain dan ditambah tiga hari lagi. Sesiapa yang membaca lima ayat yang terakhir daripadanya ketika hendak tidur, Allah akan bangunkannya pada mana-mana waktu malam yang dia kehendaki. Sahabat menjawab: Ya, wahai Rasulullah. Sabda baginda: Surah al Kahfi.⁶⁷
67 As-Syaukani menyebutnya dalam kitab al-Fawaid al-Majmu'ah Fil Ahadith al-Maudhu'ah (m.s.311). Kemudian beliau berkata: Ia adalah hadis yang panjang dan maudhu' (palsu).
Diriwayatkan dalam hadis lain yang bermaksud:
Sesiapa yang membacanya pada hari Jumaat atau malamnya, dia akan terpelihara daripada fitnah.⁶⁸
68 Riwayat Ibnu Marduwaih dan ad-Dhiya' dalam kitab al-Mukhtarah sebagaimana dalam kitab ad-Durru al-Manthur (4/209). Menurut sangkaan yang lebih kuat, hadis ini adalah daif.
Disunatkan banyak membaca al-Quran pada hari Jumaat. Jika mampu, sayugialah mengkhatamkannya pada hari tersebut atau malam Jumaat.
xiv. Bersedekah pada hari Jumaat dengan apa sahaja yang dia mampu. Sedekahnya itu hendaklah berlaku di luar masjid. Di sunatkan juga melakukan solat sunat tasbih pada hari Jumaat.⁶⁹
69 Lebih daripada seorang ulamak yang mengsahihkan sanad hadis mengenai solat tasbih, Lihat dalam kitab al-Athar al Marfuah fil Akhbar al Maudhu'ah (123-143) oleh al-Laknawir hm. Dia telah mengulannya dengan begitu meluas.
xv. Sunat menjadikan Jumaat sebagai hari untuk amal-amal akhirat dan meninggalkan segala kesibukan dunia.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment