Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 1: Ibadat
Bab 3: Zakat: Rahsia Dan Segala Yang Berkaitan Dengannya
Tajuk Mudarasah: Adab-adab dalam Menunaikan Kewajipan Zakat
Halaman Rujukan Kitab : 45
Nota Mudarasah:
Adab-adab dalam Menunaikan Kewajipan Zakat
Terdapat beberapa tugas kepada pencinta akhirat ketika menunaikan zakatnya:
i. Memahami tiga maksud kewajipan zakat, iaitu sebagai ujian kepada orang yang mengaku mencintai Allah dengan mengeluarkan sesuatu yang dicintainya, membersihkan diri daripada sifat bakhil yang merosakkan dan bersyukur kepada Allah di atas nikmat harta.
ii. Mengeluarkannya secara sembunyi. Ini menjauhkan dirinya daripada riya' dan bermegah-megah. Menzahirkan pengeluarannya juga boleh menyebabkan penghinaan kepada golongan fakir. Sekiranya dia bimbang akan dituduh tidak mengeluarkan zakat, dia boleh memberikannya secara terangan kepada golongan fakir yang tidak kisah untuk menerimanya di depan khalayak ramai. Manakala golongan fakir yang lain diberikannya secara senyap senyap.
iii. Tidak merosakkannya dengan ungkitan dan menyakiti hati orang yang menerimanya. Ia mungkin berlaku apabila seseorang itu merasakan dirinya telah berlaku baik kepada golongan fakir dan sebagai pemberi nikmat kepada mereka. Namun jika dia perhatikan dengan teliti, nescaya dia dapati bahawa golongan fakir itulah sebenarnya yang berbuat baik kepadanya kerana kesediaan mereka menerima hak Allah yang akan menyucikan dirinya juga.
Sekiranya zakat yang dikeluarkan itu semata-mata kerana mensyukuri nikmat harta, ia bererti dia tidak mempunyai apa apa urusan dan kaitan dengan golongan fakir kerana urusan dan hubungannya ketika itu hanyalah dengan Allah Taala sahaja (ikhlas kepada-Nya). Seseorang tidak harus dipandang hina kerana kefakirannya. Kelebihan bukanlah disebabkan hartanya manakala kekurangan atau kehinaannya pula bukanlah disebabkan ketiadaannya.
iv. Merasakan pemberiannya itu adalah kecil dan tidak seberapa. Seseorang yang merasakan bahawa perbuatannya adalah sesuatu yang besar dan hebat, dia tentu tidak terlepas dari perasaan berbangga diri (ujub). Terdapat kata-kata cerdik pandai: Sesuatu kebajikan tidak akan sempurna melainkan dengan tiga perkara iaitu memandangnya kecil. menyegerakannya dan melakukannya secara sembunyi.
v. Memilih daripada hartanya yang halal, terbaik dan paling dikasihinya. Memilih yang halal kerana Allah itu baik dan dia tidak akan menerima melainkan yang baik⁷³. Memilih yang terbaik kerana Allah Taala berfirman:
73 Sebagaimana dalam hadis Abu Hurairah r.a. yang diriwayatkan oleh Muslim (1015) dan at-Tirmizi (2992).:
وَلَا تَيَمَّمُوا الْخَبِيثَ مِنْهُ تُنْفِقُونَ
Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan (atau kamu jadikan pemberian zakat).
Di sini ada dua perkara yang perlu diperhatikan:
a) Hak Allah Taala yang harus dilaksanakan iaitu dengan mengagung dan membesarkan-Nya. Antaranya ialah dengan memperelokkan cara perlaksanaannya. Kerana Allah lebih berhak untuk dipilih yang terbaik (demi beribadat kepada Nya). Sekiranya seseorang itu menyediakan makanan yang tidak elok kepada tetamunya, dia pasti akan menyakitkan hatinya.
b) Hak dirinya. Harta yang diberikan itulah yang akan ber temu dengannya pada hari kiamat kelak. Oleh itu, dia hendak lah memilih yang terbaik demi kebaikan dirinya sendiri.
Manakala memilih yang paling dikasihi pula adalah kerana mengikut firman Allah Taala::
لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ
Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sehinggalah kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

(Al-Baqarah: 267)

(Aali-Imran: 92)

No comments:
Post a Comment