Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 1: Ibadat
Bab 3: Zakat: Rahsia Dan Segala Yang Berkaitan Dengannya
Tajuk Mudarasah: Adab-adab Penerima Zakat
Halaman Rujukan Kitab : 49
Nota Mudarasah:
Adab-adab Penerima Zakat
Orang yang menerima zakat mestilah terdiri daripada asnaf yang lapan. Dia juga mempunyai peranannya dalam perkara ini. Antaranya:
i. Memahami bahawa Allah Taala mewajibkan pembahagian zakat kepadanya semata-mata untuk mencukupkan keperluannya dan seterusnya dapat menumpukan perhatiannya kepada satu tujuan sahaja iaitu mencari keredaan Allah Taala.
ii. Berterima kasih kepada pemberi dan mendoakan kebaikan untuknya serta memujinya. Terima kasih itu hendaklah sekadar terima kasih kerana menjadi sebab kepada pemberian tersebut. Sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia seolah olah dia tidak bersyukur kepada Allah, sebagaimaana yang disebutkan dalam hadis.⁷⁴
74 Riwayat Abu Daud (4811), at-Tirmizi (1955) dan Ahmad (2/258, 259, 303, 388, 461, 492) daripada Abu Hurairah r.a. dan sanadnya sahih.
Tanda kesyukuran yang sempurna ialah tidak memandang hina kepada pemberian yang sedikit, tidak mencelanya serta berusaha menutup kecacatan yang ada padanya.
Sebagaimana pemberi hendaklah memandang kecil akan pemberiannya, penerima pula hendaklah memandang besar terhadapnya. Semua itu tidak berlawanan dengan konsep bahawa nikmat itu adalah daripada Allah Taala. Sesiapa yang tidak melihat si pemberi itu hanyalah sebagai pengantara atau orang tengah, dia sebenarnya jahil. Sekiranya dia menganggap orang tengah itu adalah pemberi yang sebenar, dia telah mengingkari nikmat Allah s.w.t..
iii. memerhatikan apa yang diberikan. Sekiranya tidak halal, jangan sekali-kali dia mengambilnya. Ini kerana mengeluarkan harta milik orang lain bukanlah zakat. Sekiranya harta tersebut adalah harta syubhah (diragukan), dia hendaklah bersifat warak iaitu tidak mengambilnya, kecuali jika dia dalam kesempitan dan amat memerlukannya. Sesiapa yang mengeluarkan zakat dalam keadaan kebanyakan hartanya daripada hasil yang haram, sedangkan penerima tidak mengetahui siapakah pemilik harta yang diberikan kepadanya itu, hukumnya ialah dia dikehendaki bersedekah dengannya. Walau bagaimanapun harus bagi sifakir tersebut mengambilnya sekadar keperluan jika dia dalam kesempitan dan sukar mencari harta yang benar-benar bersih.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment