Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 1: Ibadat
Bab 3: Zakat: Rahsia Dan Segala Yang Berkaitan Dengannya
Tajuk Mudarasah: Adab-adab Penerima Zakat
Halaman Rujukan Kitab : 51
Nota Mudarasah:
iv. Mengambil sekadar yang diperlukan dari sesuatu yang syubhah. Dia hendaklah mengambil pada kadar yang harus kepadanya dan tidak lebih daripada keperluannya. Sekiranya dia seorang yang berhutang, dia hendaklah mengambil sekadar jumlah hutangnya. Sekiranya dia seorang mujahid yang berperang. dia hendaklah mengambil sekadar yang diperlukannya ketika berperang. Orang yang mengambilnya kerana kemiskinan, juga hendaklah mengambilnya secukup keperluannya dan bukan dalam kadar yang menjadikannya kaya. Semuanya itu bergantung kepada ijtihadnya sendiri. Sifat warak ialah meninggalkan segala yang meragukan.
Ulamak berselisih pendapat dalam menentukan kadar kekayaan yang boleh menghilangkan kelayakan seseorang penerima zakat. Pendapat yang sahih ialah apabila dia memiliki harta yang mencukupi secara berterusan sama ada daripada perniagaan, perkilangan, sewa hartanah atau lain-lain. Sekiranya dia memiliki harta yang hanya cukup untuk sebahagian keperluannya, dia boleh mengambil sekadar jumlah yang boleh menampung sebahagian lagi keperluannya yang belum mencukupi itu. Kadar yang di ambil itu hendaklah mencukupi untuk keperluan setahun sahaja, tidak lebih daripada itu. Menghadkan tempoh setahun ini adalah kerana apabila berlalu satu tahun dan hartanya itu telah habis, maka tibalah waktu untuk menerima zakat yang keseterusnya. Sekiranya dia mengambil lebih daripada keperluan setahun, ia boleh menyusahkan golongan fakir miskin yang lain (yang belum menerimanya pada tahun tersebut).
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment