Saturday, 4 June 2022

SIRI 376 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 1: Ibadat

Bab 5: Haji: Rahsia, Kelebihan Dan Adab-Adabnya

Tajuk Mudarasah: Mukaddimah

Halaman Rujukan Kitab : 60

Nota Mudarasah:

iv. Membawa bekal dari harta yang halal, perbelanjaan yang mengcukupi sepanjang perjalanan pergi dan balik tanpa merasa sayang dan kedekut iaitu dengan membawa lebih sedikit agar dapat bersedekah dan menolong golongan fakir. Membawa sesuatu yang menjadi keperluan dirinya seperti sugi, sikat, cermin dan celak.

vi. Bersedekah sebelum pemergiannya.

vii. Sekiranya mahu menyewa kenderaan, dia hendaklah menunjukkan semua barang yang mahu dibawa sama ada yang sedikit atau banyak kepada tuan punya kenderaan tersebut. Seorang lelaki telah berkata kepada Ibnu al-Mubarak: Tolong bawakan buku ini untuk diberikan kepada si fulan. Beliau berkata: Aku tidak akan membawanya sehingga aku meminta izin terlebih dahulu daripada tuan punya unta.

viii. Mencari rakan seperjalanan yang soleh, suka kepada kebaikan dan boleh membantunya iaitu mengingatkannya apabila dia lupa, menolongnya apabila dia ingat (untuk melakukan sesuatu) dan menyabarkannya apabila berada dalam kesempitan.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment