Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 1: Ibadat
Bab 5: Haji: Rahsia, Kelebihan Dan Adab-Adabnya
Tajuk Mudarasah: Mukaddimah
Halaman Rujukan Kitab : 60
Nota Mudarasah:
ix. Melantik ketua rombongan di kalangan orang yang paling baik akhlaknya, bertoleransi dan paling berilmu khususnya berkenaan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Ketua rombongan adalah penting kerana pendapat manusia sentiasa berbeza yang mengakibatkan kecelaruan dalam pengurusan. Ketua hendaklah berlemah lembut dengan orang ramai dan sentiasa mengambil berat terhadap kepentingan mereka serta menjadikan dirinya sebagai pemelihara kepada mereka.
x. Seseorang musafir hendaklah memperelokkan percakapannya, memberi makan dan menunjukkan akhlak yang baik. Apabila dia musafir ia akan mendedahkan segala sifat dalamannya yang tersembunyi. Sesiapa yang berakhlak mulia ketika musafir walaupun ia adalah tempoh yang memeritkan, sudah tentu akhlaknya akan lebih mulia ketika tidak musafir. Dikatakan bahawa: Jika seseorang itu sentiasa dipuji oleh orang yang berada disekelilingnya dan juga teman seperjalanannya, janganlah kamu ragu-ragu akan kebaikannya.
xi. Mengucapkan selamat tinggal kepada teman-teman dan saudara-saudaranya yang tinggal, di samping mengharapkan doa dari mereka.
xii. Mula bermusafir pada pagi hari Khamis.
xiii. Bersembahyang dua rakat sebelum keluar dan berdoa agar Allah memelihara keluarga dan hartanya yang ditinggalkan.
xiv. Membaca doa-doa dan zikir-zikir yang ma'thur ketika keluar dari rumahnya, ketika menaiki kenderaan dan juga turun daripadanya. Semua doa dan zikir ini masyhur dan banyak didapati dalam kitab-kitab⁹³ yang membincangkan ibadat haji. Begitu juga zikir-zikir, doa-doa dan adab-adab ketika berihram, tawaf, sa'ie, wukuf di Arafah dan lain-lain amalan haji. Semuanya disebut secara lengkap dalam kitab-kitab fekah dan lain-lainnya. Oleh itu carilah ia di sana.
93 Lihat kitab Muhazzab Amal al-Yaum wa al-Lailah karangan Ibnu Sunni.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment