Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 1: Ibadat
Bab 6: Adab Al-Quran Al-Karim Dan Kelebihannya
Tajuk Mudarasah: Mukaddimah
Halaman Rujukan Kitab : 67
Nota Mudarasah:
Dalam hadis lain, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Allah tidak akan menyeksa hati yang menghayati al-Quran.¹⁰¹
101 As-Suyuti menyebutnya dalam kitab al-Jami' al-Kabir (27013), dan beliau berkata: Hadis ini diriwayatkan oleh ad-Dailami daripada Uqbah bin Amir r.a..
Daripada Ibnu Amru r.a.³, daripada Nabi s.a.w. sabdanya:
102 Dalam cetakan as-Syamiyyah menyebut: Daripada Ibnu Umar. Itu tidak betul.
يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ اقْرَأْ وَارْتَقِ وَرَتِّلْ كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِي الدُّنْيَا فَإِنَّ مَنْزِلَتَكَ عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَؤُهَا
Dikatakan kepada ahli al-Quran: Bacalah dan perelokkanlah bacaan. Bacalah sebagaimana kamu membacanya secara tartil di dunia dahulu. Sesungguuhnya kedudukan kamu adalah di akhir ayat yang kamu baca.
At-Tirmizi telah mensahihkannya.¹⁰³
103 No. (2915), Abu Daud (1464) dan Ahmad (2/192). Sanadnya sahih.
Buraidah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya:
Pada hari kiamat kelak, ketika kubur terbelah, al-Quran akan datang menemui setiap orang yang membacanya dalam bentuk seorang lelaki yang pucat wajahnya. Al-Quran berkata: Adakah kamu mengenaliku?. Dia menjawab: Aku tidak mengenalimu. Al-Quran berkata: Aku adalah al-Quran, temanmu yang telah menyebabkan kamu merasa dahaga ketika panas terik dan berjaga ketika waktu malam. Setiap peniaga akan mempertahankan perniagaannya dan aku pada hari ini akan mempertahankan setiap urusanmu. Lalu dia diberikan kekuasaan (al-mulk) di sebelah kanannya, keberkekalan (al-khuld) di sebelah kirinya dan dipakaikan mahkota kehormatan di kepalanya. Kedua ibubapanya pula dipakaikan dua pakaian yang tak ternilai harganya walaupun dibandingkan dengan seisi dunia. Kedua-dua ibubapanya berkata: Kenapa kami dipakaikan dengan pakaian ini? Dijawab: Kerana anak kamu telah mengambil al-Quran (membaca dan beramal dengannya). Kemudian dikatakan kepadanya: Baca dan naiklah ke tingkat-tingkat syurga serta bilik-biliknya. Dengan itu dia sentiasa naik selama mana dia membaca al-Quran; sama ada secara cepat atau tartil.¹⁰⁴
104 Riwayat Ahmad (5/348)dan ad-Darimi (2/450). Padanya terdapat Basyr bin Muhajir. Dia seorang yang daif
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment