Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 1: Ibadat
Bab 6: Adab Al-Quran Al-Karim Dan Kelebihannya
Tajuk Mudarasah: Mukaddimah
Halaman Rujukan Kitab : 66
Nota Mudarasah:
Kelebihan al-Quran yang paling besar ialah ia merupakas kalam Allah Azzawajalla. Allah Taala telah memujinya dalam banyak ayat al-Quran. Umpamanya firman Allah:
وَهَٰذَا كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ مُبَارَكٌ
Dan ini ialah Kitab (al-Quran) yang Kami turunkan, yang mengandungi berkat (banyak faedah dan manfaatnya).
إِنَّ هَٰذَا الْقُرْآنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ
Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam).
لَا يَأْتِيهِ الْبَاطِلُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَلَا مِنْ خَلْفِهِ
Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana mana arah dan seginya.
Al-Bukhari meriwayatkan dari hadis Uthman bin 'Affan r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.⁹⁹
99 Riwayat al-Bukhari (9/66), at-Tirmizi (2909) dan Abu Daud (1452)
Anas r.a. meriwayatkan bahawa Rasululullah s.a.w. bersabda:
إِنَّ ِللهِ أَهْلِينَ مِنَ النَّاسِ، قَالُوا يَا رَسُولَ اللهِ مَنْ هُمْ؟ قَالَ: هُمْ أَهْلُ الْقُرْآنِ أَهْلُ اللهِ وَخَاصَّتُهُ
Sesungguhnya Allah mempunyai golongan-Nya di kalangan manusia. Baginda ditanya: Siapakah mereka itu, ya Rasulullah. Sabda baginda: Ahli al-Quran. Mereka itulah golongan Allah dan yang teristimewa di sisi-Nya.¹⁰⁰
100 Riwayat an-Nasaie dalam al-Kubra sebagaimana dalam kitab Tuhfah al Asyraf (1/98) dan Ibnu Majah (215) serta Ahmad (3/127) daripada Anas r.a. dengan sanad yang sahih.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.
Bab 6: Adab Al-Quran Al-Karim Dan Kelebihannya
Tajuk Mudarasah: Mukaddimah
Halaman Rujukan Kitab : 66
Nota Mudarasah:
Kelebihan al-Quran yang paling besar ialah ia merupakas kalam Allah Azzawajalla. Allah Taala telah memujinya dalam banyak ayat al-Quran. Umpamanya firman Allah:
Dan ini ialah Kitab (al-Quran) yang Kami turunkan, yang mengandungi berkat (banyak faedah dan manfaatnya).
(Al-An'am:92)
Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam).
(Al-Isra': 9)
Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana mana arah dan seginya.
(Fussilat:42)
Al-Bukhari meriwayatkan dari hadis Uthman bin 'Affan r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.⁹⁹
Anas r.a. meriwayatkan bahawa Rasululullah s.a.w. bersabda:
Sesungguhnya Allah mempunyai golongan-Nya di kalangan manusia. Baginda ditanya: Siapakah mereka itu, ya Rasulullah. Sabda baginda: Ahli al-Quran. Mereka itulah golongan Allah dan yang teristimewa di sisi-Nya.¹⁰⁰
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.
No comments:
Post a Comment