Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 1: Ibadat
Bab 6: Adab Al-Quran Al-Karim Dan Kelebihannya
Tajuk Mudarasah: Adab-adab Membaca al-Quran
Halaman Rujukan Kitab : 70
Nota Mudarasah:
Memperelokkan Suara Ketika Membaca al-Quran
Disunatkan memperelokkan bacaan dan memerdukan suara ketika membaca al-Quran. Sekiranya suara tidak elok, dia hendaklah memperelokkannya sekadar yang mampu. Manakala membaca al Quran dengan berirama, para ulamak salaf memakruhkannya. Sunat membaca al-Quran dengan sembunyi. Dalam satu hadis menyebut yang bermaksud:
Kelebihan membaca al-Quran secara sembunyi berbanding secara terang-terangan adalah seperti kelebihan bersedekah secara sembunyi berbanding sedekah secara terangan.¹⁰⁸
108 Az-Zubaidi berkata dalam kitab Syarh al-Thya (4/493): Tidak terdapat hadis dengan lafaz tersebut. Aku berkata: Terdapat juga hadis yang bermaksud Pembaca al-Quran secara terangan adalah seperti pemberi sedekah secara terangan. Manakala pembaca al-Quran secara sembunyi adalah sepert pemberi sedekah secara sembunyi. Riwayat Abu Daud (1333), at-Tirmin (2920) dan an-Nasaie (5/80) daripada Uqbah bin Amir r.a. dengan sanad hasan.
Walau bagaimanapun dia sendiri hendaklah mendengar bacaannya itu.
Tidak mengapa membaca al-Quran secara terangan pada sesetengah waktu sekiranya dengan tujuan yang betul seperti untuk memperelokkan hafalan atau mengelakkan dirinya daripada malas dan mengantuk atau mengejutkan orang yang banyak tidur.
Semua hukum berhubung dengan bacaan dalam sembahyang kadar bacaan dalam sembahyang fardu, waktu boleh dibaca secara kuat dan perlahan, adalah masyhur dalam kitab-kitab fekah. Sesiapa memiliki mushaf, seharusnya dia membaca beberapa ayat pada setiap hari agar dia tidak tergolong di kalangan mereka yang meninggalkan al-Quran.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment