Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 1: Ibadat
Bab 6: Adab Al-Quran Al-Karim Dan Kelebihannya
Tajuk Mudarasah: Adab-adab Membaca al-Quran
Halaman Rujukan Kitab : 72
Nota Mudarasah:
Pembaca al-Quran hendaklah membersihkan diri dari faktor faktor yang menghalangnya memahami al-Quran. Contohnya bisikan syaitan yang memberitahunya bahawa dia tidak menye but sesuatu huruf dan makhraj dengan betul, menyebabkan dia mengulanginya berkali-kali sehingga memesongkan tumpuannya untuk memahami makna ayat tersebut.¹¹⁰
110 Sila rujuk huraian Ibnul Jauzi mengenainya dalam kitab Talbisu Iblis.
Antaranya juga (penghalang dari memahami al-Quran) ialah pembaca al-Quran yang berterusan melakukan dosa atau bersifat takabbur atau mentaati hawa nafsu. Ini menyebabkan hatinya gelap dan berkarat. Ia seperti karat pada cermin yang menghalang daripada terserlahnya imej kebenaran. Hati seumpama cermin, manakala syahwat seperti karatnya. Makna dan pengertian al Quran pula seperti imej yang kelihatan pada cermin. Latihan membersihkan hati ialah dengan membuang kehendak nafsu sebagaimana kita menggilap cermin.
Pembaca al-Quran juga hendaklah merasakan bahawa dirinya adalah sasaran kepada setiap ayat dan janji buruk dalam al-Quran. Kisah-kisah yang dibaca bukan sekadar untuk menghiburkan tanpa faedah tetapi untuk diambil pengajaran. Oleh itu, hendaklah dia memberikan perhatian kepada semua perkara tersebut. Ketika itu dia akan membaca seperti bacaan seorang hamba yang dijanjikan pembebasan oleh tuannya dengan syarat-syarat tertentu. Hendaklah dia memerhatikan kandungan al-Quran dan beramal dengannya. Seorang yang masih melakukan maksiat walaupun setelah membaca al-Quran berulang kali adalah seumpama seorang yang berkali-kali membaca surat diraja tetapi masih enggan membantu kerajaannnya dan mengingkari segala perintah yang terkandung dalam surat tersebut. Dengan itu dia hanya seorang yang membaca tetapi derhaka terhadap perintah raja. Sekiranya dia melanggar perintah dalam keadaan tidak membaca arahan sebagaimana dalam surat tersebut, tentunya dia lebih jauh dari sikap mempersenda dan lebih terhindar dari mendapat kecaman atau kemurkaan.
Pembaca juga seharusnya tidak merasakan dirinya mempunyai keupayaan dan kehebatan serta berpuas hati dan memuji diri sendiri dengan kebaikan yang dilakukan. Sesiapa yang melihat dirinya masih dalam kekurangan dan kecuaian, itu akan menjadi sebab yang mendorongnya menghampirkan diri kepada Allah.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment