Thursday, 16 June 2022

SIRI 388 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 1: Ibadat

Bab 7: Zikir, Doa Dan Lain-Lain

Tajuk Mudarasah: Kelebihan Zikir

Halaman Rujukan Kitab : 74

Nota Mudarasah:

Ibadah yang paling afdal yang ditunaikan melalui lidah (lisan) selepas tilawah al-Quran ialah zikir dan doa yang tulus ikhlas memohon segala hajatnya kepada Allah Taala.

Kelebihan Zikir

Dalil-dalil yang menunjukkan kelebihan zikir ialah:

i. Firman Allah Taala:

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ
Oleh itu ingatlah kamu kepada-Ku supaya Aku akan mengingati kamu dengan kebaikan.
(Al-Baqarah:152)

ii. Firman Allah Taala:

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring.¹¹¹
111 Sesetengah golongan menjadikan ayat ini sebagai dalil keharusan menari ketika zikir. Ini adalah pendapat yang sangat jauh menyimpang. Lihat kitab Zad al-Masir (1/527) karangan Ibnul Jauzi.
(Aali-Imran:191)

iii. Firman Allah Taala:

َٱلذَّٰكِرِينَ ٱللَّهَ كَثِيرًۭا وَٱلذَّٰكِرَٰتِ
Dan orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak...
(Al-Ahzab:35)

Nota-Nota Tambahan:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يقول الرب عز وجل: من شغله القرآن وذكري عن مسألتي أعطيته أفضل ما أعطي السائلين، وفضل كلام الله على سائر الكلام كفضل الله على خلقه
Rasulullah s.a.w bersabda, Allah berfirman "Barang siapa yang hidupnya disibukkan dirinya dengan Quran dan Zikir daripada meminta-minta (berdoa) daripadaKu, nescaya Aku akan anugerahkan kepadanya, sesuatu yang lebih baik yang Aku anugerahkan kepada orang yang meminta-minta daripada Aku"
Riwayat Al-Tarmizi, Hadis bersifat hasan ghorib

أفضل الكلام بعد القرآن أربع، وهن من القرآن: سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله أكبر
"Sebaik-baik kalam selepas Al-Quran ialah Subhanallah, Walhamdulillah, Walaila Hailalla, Allahu Akbar"
Riwayat Imam Muslim

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment