Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 1: Ibadat
Bab 7: Zikir, Doa Dan Lain-Lain
Tajuk Mudarasah: Kelebihan Doa
Halaman Rujukan Kitab : 76
Nota Mudarasah:
Kelebihan Doa
Antara dalil-dalil yang menyatakan kelebihan doa ialah:
i. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa baginda bersabda:
لَيْسَ شَيْءٌ أَكْرَمَ عَلَى اللهِ تَعَالَى مِنَ الدُّعَاءِ
Tidak ada sesuatu amalan yang paling mulia di sisi Allah Taala selain dari berdoa.¹¹⁶
116 Riwayat at-Tirmizi (3367), Ibnu Majah (3829), Ibnu Hibban (2397), al-Hakim (1/490) dan al-Baghawi (1388) dengan sanad hasan.
ii. Sabda baginda s.a.w.:
أَشْرَفُ الْعِبَادَةِ الدُّعَاءُ
Semulia-mulia ibadat ialah berdoa.¹¹⁷
117 Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad (713) daripada Abu Hurairah r.a. Terdapat juga sanad sehingga kepada al-Hasan.
iii. Baginda juga bersabda:
مَنْ لَمْ يَسْأَلِ اللهَ يَغْضَبْ عَلَيْهِ
Sesiapa yang tidak meminta kepada Allah, Dia akan memurkainya.¹¹⁸
iv. Dalam hadis lain pula menyebut:
سَلُوا اللهَ مِنْ فَضْلِهِ فَإِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ يُحِبُّ أَنْ يُسْأَلَ
Mintalah kepada Allah daripada kurniaan-Nya. Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla suka jika diminta sesuatu dari-Nya.¹¹⁰
110 Riwayat at-Tirmizi (3566) daripada Ibnu Mas'ud r.a.. Pada sanadnya terdapat Hammad bin Waqid. Beliau adalah perawi yang daif. Lihat kitab Salsilah al-Ahadith al-Dha iefah (no:492)
Adab-adab Berdoa
Antara adab-adab berdoa ialah:
i. Mencari waktu yang mulia seperti hari Arafah (dalam setahun). Ramadhan (dari bulan-bulan yang lain), hari Jumaat (dalam seminggu) dan waktu sahur (dalam semalam). Antara waktunya juga ialah antara azan dan iqamah, selepas sembahyang, ketika hujan turun, ketika berperang pada jalan Allah, ketika mengkhatamkan al-Quran, ketika sujud, ketika berbuka dan ketika hati khusyuk atau merasa takut.
Hakikatnya, kemuliaan waktu adalah bergantung kepada kemuliaan keadaan itu sendiri. Contohnya, waktu sahur dimulia kan kerana ketika itu hati masih bersih dan kosong. Bagitu juga waktu sujud. Ia adalah keadaan yang menggambarkan kehinaan kepada Allah s.w.t..
ii. Berdoa dalam keadaan menghadap ke arah kiblat, mengangkat kedua-dua tangan dan menyapu ke muka¹²⁰ serta merendahkan suaranya.
120 Perbuatan tersebut tidak thabit daripada Nabi saw. Lihat huraian mengenainya dalam kitab Iruxa'al-Ghalil (433), (434) dan bhat kitab Takhry al-Ihya' (1/305),
iii. Memulakan doa dengan menyebut nama Allah, kemudian berselawat ke atas Nabi s.a.w. dan tidak terlalu bersajak ketika berdoa.
iv. Bertaubat dan mengembalikan hak-hak orang yang dizalimi. Ini adalah adab batin yang merupakan asas doa dimakbulkan.
Wirid-wirid dan Kelebihannya serta Pembahagian Ibadat Mengikut Waktu
Apabila seseorang itu memiliki makrifatullah, yakin terhadap janji-janji-Nya dan sedar bahawa umurnya pendek, dia mesti berwaspada dari berlaku cuai dan lalai dalam umur yang pendek ini. Jiwa akan merasa bosan dan jemu apabila melakukan satu versi ibadat sahaja. Oleh itu, adalah perlu jika ia dipelbagaikan bentuknya (untuk mengelakkan kejemuan ini).
Allah Taala berfirman:
وَٱذْكُرِ ٱسْمَ رَبِّكَ بُكْرَةًۭ وَأَصِيلًۭا (٢٥) وَمِنَ الَّيۡلِ فَاسۡجُدۡ لَهٗ وَسَبِّحۡهُ لَيۡلًا طَوِيۡلًا
Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang. Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memuji-Nya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam.
Ayat di atas dan juga ayat-ayat yang lain menunjukkan bahawa jalan untuk menuju kepada Allah ialah dengan meneliti waktu waktu yang sesuai dan seterusnya mengisi waktu tersebut dengan wirid-wirid secara berterusan.
Firman Allah Taala:
وَهُوَ ٱلَّذِى جَعَلَ ٱلَّيْلَ وَٱلنَّهَارَ خِلْفَةًۭ لِّمَنْ أَرَادَ أَن يَذَّكَّرَ أَوْ أَرَادَ شُكُورًۭا
Dan Dia lah yang menjadikan malam dan siang silih berganti untuk sesiapa yang mahu beringuit (memikirkan kebesaranNya), atau mahu bersyukur (akan nikmat nikmatNya itu).
Dengan maksud, kedua-duanya saling ganti-mengganti dengan yang lain agar apa yang tercicir pada salah satu daripadanya dapat ditunaikan pada masa yang kedua.
Beberapa Wirid Pada Waktu Siang dan Malam serta Susunannya
Terdapat tujuh waktu di siang hari dan enam waktu pada malamnya yang mempunyai bacaan wiridnya yang tertentu. Kami akan menyebutkan kelebihan setiap satu daripadanya berserta peranan dan perkara-perkara berkaitan dengannya.
Amalan atau Wirid-wirid Pada Waktu-waktu Di Siang Hari
i- Waktu antara terbit fajar kedua sehingga terbit matahari.
Ia adalah waktu yang sangat mulia. Allah Taala telah bersumpah dengannya sebagaimana dalam firmanNya:
وَٱلصَّبْحِ إِذَا تَنَفَّسَ
Dan siang, apabila ia mulai terang.
Ketika bangkit dari tidur, hendaklah menyebut nama Allah dengan membaca:
الحَمْدُ لِلَّهِ الذي أحْيَانَا بَعْدَ ما أمَاتَنَا، وإلَيْهِ النُّشُورُ
Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan setelah mematikan kami dan kepada-Nyalah dikembalikan.
Ini sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Nabi s.a.w..¹²¹
121 Riwayat al-Bukhari (11/96), at-Tirmizi (3413) dan Abu Daud (5049) daripada Huzaifahr a.. Tetapi Imam Muslim meriwayatkannya (2711) daripada al Bara r.a..
Muslim meriwayatkan dari Ibnu Mas'ud r.a. katanya: Apabila waktu petang, Rasulullah s.a.w. berwirid sebagaimana berikut:
أَمْسَيْنَا وَأَمْسَى الْمُلْكُ لِلَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، رَبِّ أَسْأَلُكَ خَيْرَ مَا فِي هَذِهِ اللَّيْلَةِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهَا، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِي هَذِهِ اللَّيْلَةِ وَشَرِّ مَا بَعْدَهَا، رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْكَسَلِ وَسُوءِ الْكِبَرِ، رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابٍ فِي النَّارِ وَعَذَابٍ فِي الْقَبْ
Berpetang-petang kami dalam keadaan kerajaan itu adalah milik mutlak Allah. Segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan segala kepujian. Dia Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu. Tuhanku, aku memohon kepada-Mu kebaikan yang ada pada malam ini dan juga kebaikan selepasnya. Dan aku berlindung dengan Mu daripada kejahatan malam ini dan juga kejahatan selepasnya. Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu daripada sifat malas dan keburukan sifat takabbur. Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu daripada azab api neraka dan juga azab kubur.¹²²
122 Riwayat Muslim (2723), at-Tirmizi (3387) dan Abu Daud (5071)
Pada waktu pagi¹²³ baginda juga berwirid seperti itu. Iaitu:
123 Lafaz adalah wirid pada waktu petang ditukar menjadi wirid pada waktu pagi- pent.
أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ ما في هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُ بِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر.ه
Berpagi-pagi kami dalam keadaan kerajaan itu adalah milik mutlak Allah hingga akhirnya.¹²⁴
124 Doa-doa ini adalah sahih dan masyhur dalam kitab-kitab yang menyebut berkenaan doa-doa Nabi.
Baginda juga membaca sebanyak tiga kali:
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Dengan nama Allah yang mana sesuatu yang disebut nama Allah bersamanya, ia tidak akan memudaratkan, sama ada di bumi atau di langit. Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Juga wirid:
رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا ، وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا ، وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيَّا رَسُولًا
Aku reda bahawa Allah Tuhanku, Islam agamaku dan Muhammad s.a.w. sebagai nabi dan rasul.
Setelah solat subuh, ketika masih dalam keadaan melipatkan kedua-dua kakinya¹²⁵ dan belum bercakap, baginda berwirid dengan wirid berikut sebanyak 10 kali:
125 Perbuatan ini tidak thabit dengan nas
لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Maha Esa yang tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan pujian. Dia yang menghidup dan mematikan, dan Dia Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu.
Baginda juga membaca wirid yang dinamakan sebagai penghulu istighfar iaitu:
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ ،وَأَبُوءُ بِذَنْبِى ، فَاغْفِرْ لِى ، فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا أَنْتَ
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Engkau telah mencipta aku, aku adalah hamba-Mu dan aku sentiasa berpegang dengan janji-Mu sedaya upaya-Ku. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui nikmat-Mu ke atasku dan aku juga mengakui dosaku. Oleh itu, ampunilah dosaku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau sahaja.
Seterusnya baginda membaca:
اصْبَحْنا عَلَى فِطْرَةِ الإسْلاَمِ، وَعَلَى كَلِمَةِ الإِخْلاَصِ، وَعَلَى دِينِ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَعَلَى مِلَّةِ أَبِينَا إبْرَاهِيمَ حَنِيفاً مُسْلِماً وَمَا كَانَ مِنَ المُشْرِكِينَ
Berpagi-pagi kami di atas agama Islam yang fitrah (suci), atas asas keikhlasan, di atas agama nabi kami Muhammad s.a.w. dan agama bapa kami Ibrahim a.s. yang suci dan baginda bukanlah sekali-kali dari kalangan orang yang syirik. Selain itu, baginda juga berdoa dengan doa berikut:
اَللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي اَلَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي، وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ اَلَّتِي فِيهَا مَعَاشِي، وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي اَلَّتِي إِلَيْهَا مَعَادِي، وَاجْعَلْ اَلْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ، وَاجْعَلْ اَلْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ
Ya Allah ya Tuhanku, perbaikilah bagiku agamaku yang menjadi pemelihara urusanku, perbaikilah duniaku yang padanya aku menjalani kehidupan dan perbaikilah akhiratku yang kepadanya tempat kembaliku serta jadikanlah kehidupan ini sebagai tempat aku menambah segala kebaikan dan jadikanlah mati itu sebagai kerehatan kepadaku daripada segala kejahatan.
Dan seterusnya berdoa dengan doa Abu Darda' iaitu:
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنْتَ، عَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ، وَأَنْتَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، مَا شَاءَ اللهُ كَانَ وَمَا لَمْ يَشَأْ لَمْ يَكُنْ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ، أَعْلَمُ أَنَّ اللهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، وَأَنَّ اللهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِي، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا، إِنَّ رَبِّي عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Hanya kepada Engkau aku bertawakkal dan Engkaulah tuhan yang memiliki Arasy yang agung. Apa yang dikehendaki Allah pasti berlaku dan apa yang tidak dikehendaki Allah ia pasti tidak berlaku. Tiada upaya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku meyakini bahawa Allah Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu. Sesungguh nya ilmu Allah meliputi segala-galanya. Ya Allah ya Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari kajahatan diriku dan kejahatan setiap binatang yang Engkau kuasainya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
Doa-doa yang tersebut di atas perlu dihafaz oleh setiap orang yang mahukan kebaikan.
Sebelum keluar dari rumah untuk menunaikan solat subuh, dia seharusnya sembahyang sunat terlebih dahulu di rumahnya. Kemudian keluar menuju ke masjid sambil berdoa:
للَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِحَقِّ السَّائِلِينَ عَلَيْكَ وَأَسْأَلُكَ بِحَقِّ مَمْشَاىَ هٰذَا فَإِنِّي لَمْ أَخْرُجْ أَشَرًا وَلَا بَطَرًا وَلَا رِيَاءً وَلَا سُمْعَةً وَخَرَجْتُ اتِّقَاءَ سُخْطِكَ وَابْتِغَاءَ مَرْضَاتِكَ فَأَسْأَلُكَ أَنْ تُعِيذَنِي مِنَ النَّارِ وَأَنْ تَغْفِرَ لِي ذُنُوبِي إِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
Ya Allah ya Tuhanku, aku memohon kepada Engkau dengan kebenaran mereka yang memohon kepada Engkau dan kebenaran tempat laluanku ini. Sesungguhnya aku tidak keluar dalam keadaan sombong, tidak mengsyukuri nikmat, riya' dan bermegah. Aku keluar dalam keadaan takutkan kemurkaan-Mu dan mencari keredaanMu. Aku memohon kepada Engkau agar Engkau selamatkan aku daripada api neraka. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau sahaja.¹²⁶
126 Riwayat Ahmad (3/21) dan Ibnu Majah (778). Padanya terdapat 'Athiyyah al-Aufa. Beliau adalah daif.
Apabila memasuki masjid, hendaklah dia berdoa sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab Sahihnya bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمُ الْمَسْجِدَ فَلْيُسَلِّمْ عَلَى النَّبِيِّ ﷺ ثُمَّ لْيَقُلِ اللَّهُمَّ افْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ فَإِذَا خَرَجَ فَلْيَقُلِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ
Apabila seseorang kamu memasuki masjid, dia hendaklah mengucap salam ke atas Nabi s.a.w., kemudian berdoa: اللهم افتح لي أبواب رحمتك yang bermaksud: Ya Allah ya Tuhanku, bukakanlah pintu-pintu rahmat-Mu kepadaku. Apabila keluar dia berdoa: اللهم إني أسألك من فضلك yang bermaksud: Ya Allah ya Tuhanku, aku memohon kepada Engkau agar memberikan kurniaan-Mu kepadaku.¹²⁷
127 Riwayat Muslim (713), Abu Daud (465) dan An-Nasaie (2/53) daripada Abu Usaid atau Abu Humaid r.a..
Kemudian dia mendapatkan saf pertama dalam keadaan menunggu jamaah dan berdoa dengan doa-doa dan zikir sebagaimana yang telah disebutkan..
Setelah selesai solat subuh, disunatkan tidak berganjak dari tempat sembahyangnya itu sehingga terbit matahari. Anas r.a. meriwayatkan daripada Nabi s.a.w. bahawa baginda bersabda:
مَنْ صَلَّى الْفَجْرَ فِي جَمَاعَةٍ، ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ، كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ تَامَّةً، تَامَّةً، تَامَّةً
Sesiapa yang solat subuh berjamaah, kemudian dia duduk berzikir kepada Allah sehingga terbit matahari dan kemudiannya dia mengerjakan sembahyang dua rakaat, baginya pahala seumpama pahala menunaikan haji dan umrah yang sempurna, sempurna dan sempurna.¹²⁸
128 Riwayat at-Tirmizi (586) dan al-Baghawi (710) daripada Anas r.a.. Pada sanadnya terdapat Abu Zilal dan dia adalah perawi yang daif. Walau bagaimanapun di sana terdapat beberapa riwayat yang mempunyai maksud seumpamanya yang menguatkan hadis di atas kepada hadis hasan, sebagaimana disebutkan oleh al-Munziri dalam kitab at-Targhib wat-Tarhib (1/164-166). Oleh itu al-Albani telah memutuskan bahawa ia adalah sahih sebagaimana dalam kitab Sahih al-Jami' (6222).
Waktu tersebut hendaklah dimanfaatkan dengan melakukan empat perkara iaitu doa, zikir, bacaan al-Quran dan berfikir. Hendaklah dia melakukannya semampu yang boleh dan berfikirlah bagaimanakah cara untuk mengatasi halangan dan gangguan daripada melakukan kebaikan, supaya dia dapat melaksanakan tugas-tugas hariannya. Berfikirlah juga tentang nikmat Allah agar dia menjadi insan yang sentiasa bersyukur.
ii-Waktu antara terbit matahari sehingga waktu dhuha.
laitu setelah berlalu tiga jam daripada awal siang harinya Jika diandaikan siang hari berjumlah dua belas jam, ia adalah satu perempat daripadanya. Waktu ini adalah waktu yang sangat mulia.
Pada waktu ini, dua perkara yang perlu dilakukan iaitu:
a) Solat dhuha.
b) Melakukan perkara yang berkait dengan orang ramai seperti menziarahi orang sakit, menguruskan jenazah, menghadiri majlis ilmu dan menunaikan hajat orang Islam.
Sekiranya semuanya itu tidak dapat dilakukan, hendaklah dia memenuhi masanya dengan membaca al-Quran dan berzikir.
iii- Dari waktu dhuha sehingga gelincir matahari.
Pada waktu ini, seseorang itu perlu melaksanakan empat perkara yang disebutkan dahulu iaitu doa, zikir, bacaan al-Quran dan berfikir. Kemudian ditambah dua perkara lagi yang perlu dilakukan, iaitu:
a) Berusaha mencari rezeki dan keperluan hidup serta pergi ke pasar-pasar. Sekiranya dia seorang peniaga, dia hendaklah berniaga dengan benar dan amanah. Sekiranya dia mengusahakan sesuatu, dia hendaklah melaksanakan nya dengan memberi tunjuk ajar dan belas kasihan kepada pekerjanya. Jangan dia lupa berzikir mengingati Allah dalam semua pekerjaan dan hendaklah berpada (qana'ah) dengan sedikit.
b) Qailulah. Iaitu tidur sebentar di pertengahan siang hari. Ia dapat membantu untuk qiamullail sebagaimana sahur dapat membantu puasa di siang hari. Sekiranya dia tidur, dia hendaklah bersungguh untuk bangun sebelum gelincir matahari, iaitu sebelum masuk waktu zohor sekadar masa yang membolehkan dia sempat bersedia untuk solat.
Sehari semalam ada dua puluh empat jam. Seseorang itu patut tidur selama satu pertiga daripadanya iaitu lapan jam. Ini adalah suatu kesederhanaan. Sesiapa yang tidur kurang daripada itu, badannya akan menjadi lemah manakala siapa yang lebih tidur pula akan bertambah malas. Sekiranya dia tidur lebih dari jangkamasa tersebut di malam hari, sepatutnya dia tidak boleh tidur lagi di siang hari. Tetapi jika tidurnya itu kurang dari lapan jam, dia boleh sempurnakan jumlah jam yang kurang itu di siang hari.
iv. Antara gelincir matahari sehingga selesai solat zohor.
Ia merupakan waktu yang paling pendek dan paling afdal di siang hari. Pada waktu ini, apabila azan dilaungkan, hendaklah dia menjawabnya sebagaimana lafaz azan tersebut. Kemudian dia sembahyang sunat empat rakaat. Disunatkan dia memanjangkan keempat-empat rakaat tersebut kerana ketika itu pintu-pintu langit sedang terbuka. Kemudian dia sembahyang zohor beserta sunat sunatnya. Selepas itu hendaklah dia mengerjakan sembahyang sunat sebanyak empat rakaat.
v- Waktu selepas itu sehingga sampai waktu asar.
Pada waktu itu disunatkan kepadanya berzikir, bersembahyang serta melakukan pelbagai kebajikan. Amalan yang paling utama ialah menunggu untuk sembahyang seterusnya (waktu asar).
vi- Ketika masuk waktu asar sehingga muncul lembayung matahari (warna kekuningan) di kaki langit.
Pada waktu ini, tiada sembahyang yang perlu dilakukan selain empat rakaat antara azan dan iqamah, kemudian sembahyang fardu asar. Selepas itu dia memenuhkan masanya dengan melakukan doa, zikir, membaca al-Quran dan berfikir seperti mana dalam waktu pertama dahulu. Yang lebih afdal untuknya ialah membaca al-Quran dengan tadabbur dan memahaminya.
vii- Dari waktu lembayung tersebut sehingga tengelam matahari.
Ia juga waktu yang sangat mulia. Berkata al-Hasan al-Basri r.hm.: Mereka begitu memuliakan waktu petang lebih daripada awal pagi. Oleh itu, pada waktu ini disunatkan berzikir khususnya bertasbih dan beristighfar.
Waktu-waktu di siang hari akan berakhir sebaik sahaja masuk waktu maghrib. Ketika itu seseorang hamba hendaklah menilai dan memuhasabah dirinya. Berlalunya hari itu, bermakna dia telah menghabiskan satu peringkat dalam perjalanan hidupnya. Dia hendaklah menyedari bahawa umur merupakan hari-hari yang berlalu. Sehari ia berlalu bermakna sebahagian umurnya telahpun luput.
Al-Hasan berkata: Wahai anak Adam. Sesungguhnya kamu adalah seumpama hari-hari. Apabila satu hari berlalu, berlalulah sebahagian daripada diri kamu.
Hendaklah dia berfikir adakah hari ini sama dengan hari sebelumnya. Sekiranya didapati dia telah melakukan banyak kebaikan pada siang harinya, dia hendaklah bersyukur kepada Allah atas taufik dari-Nya. Sekiranya berlaku sebaliknya, dia hendaklah bertaubat dan berazam untuk menampung kecuaiannya itu pada sebelah malamnya. Sesungguhnya amal kebaikan itu akan menghapuskan dosa-dosa kejahatan.
Dia hendaklah bersyukur kepada Allah di atas kesihatan tubuh badan dan umur yang panjang sehingga dia dapat menampung kecuaiannya. Segolongan ulamak salaf sangat suka menghabiskan harinya dengan bersedekah dan berusaha bersungguh-sungguh melakukan kebajikan sekadar yang termampu.
Amalan atau Wirid Pada Waktu Malam
i. Apabila tenggelam matahari sehingga waktu isya'.
Apabila tenggelam matahari dia hendaklah bersembahyang maghrib. Selepas itu dia sibuk dengan menghidupkan waktu antara maghrib dan isya'. Firman Allah Taala:
تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-Nya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaan Nya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.
Berhubung ayat di atas, Anas r.a. berkata: Ia diturun untuk menceritakan keadaan sahabat Rasulullah s.a.w., di mana mereka mendirikan sembahyang di antara maghrib dan isyak.¹²⁹
129 Riwayat at-Tirmizi (3194) dan at-Tobari (21/63) dengan sanadnya yang baik As-Suyuti menyebutnya dalam kitab ad-Durarul Manthur (5/174) dan menambahkan lagi sanadnya kepada Ibnu Abi Hatim, Ibnu Marduwaih dan Muhammad bin Nasr dalam Kitab as-Solah.
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
مَنْ صَلَّى بَعْدَ الْمَغْرِبِ سِتَّ رَكَعَاتٍ لَمْ يَتكَلَّمْ بَيْنَهُنَّ بِسُوءٍ عُدِلْنَ لَهُ بِعِبَادَةِ ثِنْتَىْ عَشْرَةَ سَنَةَ
Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat selepas maghrib dan dia tidak bercakap perkara yang buruk pada masa tersebut, baginya pahala menyamai ibadat selama dua belas tahun.¹³⁰
130 Riwayat at-Tirmizi (435) dan Ibnu Majah (1374). Pada sanadnya terdapat Umar bin Abdullah bin Abu Khath'am. Beliau adalah daif. Az-Zahabi menyebut tentangnya dalam kitab al-Mizan (3/194) bahawa hadis ini adalah antara kemungkarannya.
ii- Apabila hilang cahaya kemerahan sehingga waktu tidur.
Sunat menunaikan sembahyang sebanyak yang boleh antara azan (waktu isyak) dan iqamah. Dan hendaklah dia membaca surah dalam ( ترك الذي بيده الملك ) dan al-Mulk ( الم تنزيل الكتب ) as-Sajadah sembahyang sunat tersebut. Ini kerana Rusulullah s.a.w. tidak akan tidur sehinggalah baginda membaca kedua-dua surah tersebut terlebih dahulu.¹³¹
131 Riwayat at-Tirmizi (2894) daripada Jabir r.a. dengan sanad yang daif. Pada sanadnya terdapat Laith bin Abi Sulaim.
Dalam hadis lain, Ibnu Mas'ud r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْوَاقِعَةِ كُلَّ لَيْلَةِ لَمْ تُصبهُ فَاقَةٌ
Sesiapa yang membaca surah al-Waaqiah pada setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan.¹³²
132 Hadis ini dikeluarkan oleh Ibnul Jauzi dalam kitab al-'Tlal al-Mutanahiyah (1/105). As-Suyuti telah menyebutnya dalam kitab al-Durru (6/103) dan beliau menambah nisbah sanadnya kepada Ibnu 'Asakir, Abu 'Ubaid, al-Harith, Abu Ya'la dan al-Baihaqi dalam kitab al-Sya'budan dan hadis tersebut adalah daif. Al-Manawi berkata: Pada sanadnya terdapat unsur unsur yang menjadikannya hadis munqati' (terputus sanad), mudhtorib, daif (lemah) dan mungkar (makna yang menyeleweng). Beliau menyebutnya dalam kitab Faidhul Qadir (6/201)) dan kitab Lisanul Mizan (6/392).
iii- Sebelum tidur.
Bagi sesiapa yang tidak biasa berqiamullail, hendaklah ditunaikan solat sunat witir sebelum tidur. Melewatkannya lebih afdal. Berkata Aisyah r.ha.:
مِنْ كُلِّ اللَّيْلِ قَدْ أَوْتَرَ رَسُولُ اللہِ ﷺ مِنْ أَوَّلِ اللَّيْلِ وَأَوْسَطِهِ وَآخِرِهِ فَانْتَهَى وِتْرُهُ إِلَى السَّحّرِ
Bahawa Rasulullah s.a.w. melakukan witir pada setiap malam. Sama ada di awal malam, pertengahannya atau penghujungnya. Witir berakhir dengan berakhirnya waktu sahur.¹³³
133 Riwayat al-Bukhari (2/406), Muslim (745), an-Nasa'ie (3/230), at-Tirmizi (456), (2925) dan Abu Daud (1435), (1437).
Selepas witir hendaklah dia membaca: sebanyak سبحان الملك القدوس tiga kali.
iv- Ketika tidur.
Kita memasukkannya sebagai salah satu daripada waktu-waktu mulia yang enam, kerana sekiranya ia dilakukan dengan adab adabnya dan mempunyai tujuan yang baik, ia juga dianggap sebagai ibadat. Muaz r.a. berkata: Sesungguhnya aku pasti mengharapkan pahala ketika dalam tidurku sebagaimana aku mengharapkan pahala semasa jagaku.
Antara adab-adab tidur ialah:
a) Berada dalam keadaan suci. Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Aisyah r.ha.:
أَنَّ رَسُولَ اللہِ ﷺ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَنَامَ تَوَضَّأَ وُضُوءَهُ لِلصَّلَاةِ
Bahawa ketika Rasulullah s.a.w. mahu tidur, baginda berwuduk sebagaimana wuduk untuk sembahyang.¹³⁴
134 Riwayat Muslim (305) dengan tambahan: Walaupun ketika baginda dalam keadaan berjunub.
Abdullah bin Amru bin al-'As r.a.berkata:
Sesungguhnya ruh akan diangkat ke langit ketika seseorang itu tidur, lalu diperintahkan supaya sujud di sisi Arasy.
Sekiranya dia tidur dalam keadaan suci, ruhnya akan sujud berhampiran dengan Arasy. Jika sebaliknya, ia akan sujud jauh dari Arasy.¹³⁵
135 Terdapat perbincangan ulamak terhadap kedudukan hadis ini sama ada ia adalah hadis ataupun tidak.
b) Bertaubat sebelum tidur. Ini kerana seseorang yang menjaga kesucian zahirnya, sewajarnya sentiasa menyucikan hatinya kerana mungkin dia akan mati ketika tidurnya.
c) Dalam hatinya perlu dihapuskan perasaan ingin menipu saudara muslim yang lain atau ingin menzaliminya dan janganlah berazam melakukan kejahatan setelah bangun dari tidur.
d) Bagi sesiapa yang mempunyai sesuatu untuk diwasiatkan, hendaklah dia menulis wasiatnya itu sebelum tidur.
Dalam kitab as-Sahihain, Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
مَا حَقُّ امْرِئٍ مُسْلِمِ لَهُ شَىْءٌ يُوصَى فِيهِ يَبِيتُ لَيْلَتَيْنِ إِلَّا وَوَصِيَّتُهُ مَكْتُوبَةٌ عِنْدَهُ
Tidak sepatutnya seseorang muslim yang mempunyai sesuatu untuk diwasiatkan, bermalam sehingga dua malam sedangkan wasiatnya belum tertulis.
e) Tidak keterlaluan dalam menyiapkan katil untuk tidur semata mata kerana mahu tidur dalam keadaan nyenyak dan seronok. Ini menjadikan tidurnya terlampau nyenyak dan lama. Ketika hamparan Nabi s.a.w. dilipatkan, baginda terus bersabda yang bermaksud:
Keenakan tidur di atasnya telah menghalang sembahyang malamku tadi.¹³⁶
136 Diriwayatkan oleh Abu Syeikh dalam kitab Akhlak an-Nabi s.a.w.. Sanadnya terlalu lemah.
f) Tidak tidur melainkan setelah mengantuk. Para ulamak salaf, mereka hanya tidur setelah mereka mengantuk.
g) Berada dalam keadaan menghadap ke arah kiblat dan kemudiannya berdoa sebagaimana disebut dalam banyak hadis. Kedudukan tidur hendaklah di atas lambung kanan badannya.
Antara hadis yang menyebut perkara tersebut ialah riwayat Abu Hurairah r.a., daripada Nabi s.a.w., sabdanya:
إِذَا أَوَى أَحَدُكُمْ إِلَى فِرَاشِهِ فَلْيَنْفُضْ فِرَاشَهُ بِدَاخِلَةِ إِزَارِهِ، فَإِنَّهُ لَا يَدْرِي مَا حَدَثَ بَعْدَهُ
Apabila seseorang kamu ingin meletakkan badannya ke tilam untuk tidur, hendaklah dia mengibas-ngibas tilamnya itu dengan selimutnya, sesungguhnya dia tidak mengetahui apa yang telah berlaku selepas dia tinggalkan sebelumnya.¹³⁷
137 Riwayat al-Bukhari (11/107), Muslim (2714), at-Tirmizi (3398) dan Abu Daud (5050).
Apabila dia meletakkan lambung kanannya, dia hendaklah berdoa:
بِاسْمِكَ رَبِّي وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَاغْفِرْ لَهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظَ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ
Dengan nama Engkau wahai Tuhanku, aku letakkan lambungku ini, dan dengan izin Engkau aku bangun. Sekiranya Engkau manahan diriku (mematikannya), ampunilah ia dan sekiranya Engkau melepaskannya (memanjangkan umurnya), peliharalah ia sebagaimana Engkau memelihara hamba-hamba-Mu yang soleh.¹³⁸
138 Riwayat al-Bukhari dan Muslim. Ia adalah sebahagian daripada hadis sebelumnya.
Dalam kitab as-Sahihain, dari hadis Aisyah r.ha. katanya:
إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ فَنَفَثَ فِيهِمَا، وَقَرَأَ فِيهِمَا: قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ وَ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ وَ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ، ثُمَّ مَسَحَ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ، يَبْدَأُ بِهِمَا رَأْسَهُ وَوَجْهَهُ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ، يَصْنَعَ ذٰلِكَ ثَلاثَ مَرَّاتٍ.
Apabila Rasulullah meletakkan tubuhnya untuk tidur setiap malam, baginda akan menadah kedua tapak tangannya dan menghembuskannya sambil membaca 'tiga qul' iaitu قل أعوذ برب الناس dan قل أعوذ برب الفلق , قل هو الله أحد
Kemudiannya baginda menyapukannya ke seluruh badannya, bermula dari kepala, wajah dan bahagian depan badan baginda sebanyak tiga kali.¹³⁹
139 Riwayat al-Bukhari (9/56), Muslim (2192), Malik (2/943), at-Tirmizi (3399) dan Abu Daud (3902)
Dalam kitab as-Sahihain juga, al-Barra' bin 'Azib r.a. meriwa yatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Apabila kamu mendatangi tempat tidur kamu, berwuduklah sebagaimana kamu berwuduk untuk sembahyang, kemudian berbaring di atas lambung kanan dan berdoalah:
اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِي إِلَيْكَ، وَوَجَّهْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ، وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ، رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ، لَا مَلْجَأَ وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ، آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ، وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ. فَإِنَّكَ إِنْ مُتَّ فِي لَيْلَتِكَ مُتَّ عَلَى الْفِطْرَةِ، وَإِنْ أَصْبَحْتَ أَصَبْتَ خَيْرًا
Ya Allah ya Tuhanku, aku serahkan diriku kepada-Mu, aku hadapkan wajahku ke arah-Mu, aku serahkan urusanku kepada-Mu, aku sandarkan belakangku kepada-Mu, dalam keadaan suka dan gerun kepada-Mu, tiada tempat berlindung dan selamat dari-Mu melainkan dengan kembali kepada Mu. Aku beriman dengan Kitab yang Engkau turunkan dan dengan Nabi yang Engkau utuskan.
Rasulullah menyambung lagi: Sekiranya kamu mati pada malam itu, mati kamu adalah dalam keadaan fitrah. Sekiranya kamu bangkit pada paginya, kamu memperolehi kebaikan.¹⁴⁰
140 Riwayat al-Bukhari (11/97), Muslim (2710), at-Tirmizi (3391) dan Abu Daud (5046)
Ali r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepadanya dan Fatimah:
ذَا أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا أَوْ أَوَيْتُمَا إِلَى فِرَاشِكُمَا فَسَبِّحَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ، وَاحْمَدَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ، وَكَبِّرَا أَرْبَعًا وَثَلَاثِينَ، فَهْوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ
Apabila kamu berdua ke tempat tidur untuk tidur, hendaklah kamu berdua bertasbih kepada Allah tiga puluh tiga kali, bertahmid tiga puluh tiga kali dan bertakbir tiga puluh tiga kali. Ia lebih baik kepada kamu berdua daripada (memiliki) seorang khadam.¹⁴¹
141 Riwayat al-Bukhari (7/59), Muslim (2727), at-Tirmizi (3405) dan Abu Daud (2988).
Dalam hadis Abu Hurairah r.a. berkenaan kehilangan harta zakat Ramadhan yang dijaganya ada menyebut bahawa syaitan (berupa seorang lelaki yang mencuri) telah berkata kepadanya:
إِذَا أَوَيْتَ إِلَى فَرَاشِكَ فَاقْرَأْ آيَةَ الْكُرْسِيِّ لَنْ يَزَالَ مَعَكَ مِنَ اللهِ حَافِظٌ وَلَا يَقْرَبُكَ شَيْطَانٌ حَتَّى تُصْبِحَ. وَقَالَ النَّبِيُّ ﷺ " صَدَقَكَ وَهْوَ كَذُوبٌ ذَاكَ شَيْطَانٌ
Apabila kamu menuju ke tempat hamparan tidur kamu, bacalah ayat al-kursi. Dengannya kamu sentiasa berada di bawah pemeliharaan Allah dan syaitan tidak boleh menghampiri kamu. Lalu beliau memberitahunya kepada Rasulullah s.a.w.. Baginda bersabda: Sesungguhnya syaitan itu telah bercakap benar kepada kamu sedang dia sendiri (syaitan yang memberitahunya itu) adalah pembohong.¹⁴²
142 Riwayat al-Bukhari (4/396). Al-Hafiz dalam kitab Hadyu al-Sari (m.s.42) berkata: Al-Mustamli telah menyambung riwayatnya daripada Muhammad bin 'Uqail daripada Abu al-Darda' bin Munib daripada Abu Hurairah r.a.
Muslim meriwayatkan:
انَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ قَالَ: الْحَمْدُ ِللهِ الَّذِي أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَكَفَانَا وَآوَانَا وَكَمْ مِمَّنْ لَا كَافِيَ لَهُ وَلَا مُؤْوِيَ
Apabila Nabi s.a.w. menuju ke tempat tidurnya, baginda berdoa: Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan dan minum kepada kami serta mencukupkan dan melindungi kami. Berapa ramai orang yang tidak mempunyai penjamin dan pelindung kepadanya.¹⁴³
143 Riwayat Muslim (2715), at-Tirmizi (3393) dan Abu Daud (5053) daripada Anas r.a..
Apabila bangun untuk bertahajjud, berdoalah sebagaimana doa Rasulullah s.a.w.:
اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَالأَرضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ الْحَقُّ، وَوَعْدُكَ الْحَقُّ، وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ، وَقَوْلُكَ حَقٌّ، وَالْجَنَّةُ حَقٌ، وَالنَّارُ حَقٌّ، وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ، وَمُحَمَّدٌ ﷺ حَقٌ، وَالسَّاعَةُ حَقٌّ، اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ، وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ، وَبِكَ خَاصَمْتُ، وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ، فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، -وَفي رواية - وَمَا أَنتَ أَعْلَمُ مِنِّي أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ، لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنْتَ
Ya Allah ya Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian, Engkaulah pemelihara langit dan bumi serta segala penghuninya. Bagi Engkau segala pujian. Engkaulah Yang Maha Benar, janji engkau adalah benar, pertemuan dengan Engkau adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, hari kiamat adalah benar, Muhammad adalah benar dan para nabi adalah benar. Ya Allah ya Tuhanku, kepada Engaku aku berserah, dengan Engkau aku beriman, kepada Engkau aku bertawakkal, kepada Engkau aku kembali, dengan sebab Engaku aku berlawan dan kepada Engkau aku menghukum. Ampunilah dosaku yang lalu dan kemudian, dosa yang aku lakukan secara sembunyi dan terang-terangan.
Dalam riwayat lain ditambah:
Bermaksud: Dan apa وما أنت أعلم مني أنت المقدم وأنت المؤخر، لا إله إلا أنت yang Engkau lebih mengetahuinya daripada aku. Engkau Tuhan yang dahulu dan akhir, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.- Muttafaqun 'alaihi.¹⁴⁴
144 Ini adalah sebahagian daripada hadis yang diriwayatkan oleh Ali r.a. yang terdahulu.
Hendaklah berusaha memastikan percakapannya yang terakhir sebelum tidur dan pertama selepas tidur ialah zikrullah. Ia adalah tanda keimanan.
Bermula setelah separuh pertama malam hingga tinggal satu perenam malam..
Ini waktu yang sangat mulia. Abu Zar r.a. berkata: Aku telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: Manakah waktu sembahyang malam yang paling afdal?. Sabda baginda yang bermaksud:
Sembahyang pada separuh malam atau pertengahan malam tetapi hanya sedikit yang mampu melakukannya.¹⁴⁵
145 Riwayat al-Baihaqi dalam kitab al-Sya'bu dan sanadnya daif. Demikian juga terdapat dalam kitab Dhaif al-Jami' al-Soghir (1120) daripada Abu Hurairah r.a..
Diriwayatkan bahawa Nabi Daud a.s. berkata: Wahai Tuhan, pada saat manakah aku perlu bangun berdiri menyembah-Mu? Allah mewahyukan kepada-Nya:
Wahai Daud, jangan kamu bangun berdiri pada awal malam atau penghujungnya, tetapi bangunlah pada pertengahan malam agar Aku dapat bersendirian bersamamu. Dan ketika itu pohonlah hajatmu kepada-Ku.
Apabila bangun bertahajjud, dia hendaklah membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah ali-Imran sebagaimana diriwayatkan dalam as-Sahihain bahawa Rasulullah s.a.w. telah melakukan demikian.¹⁴⁶
146 Riwayat al-Bukhari (1/189), Muslim (763), Malik (1/121, Abu Daud (58) dan an-Nasaie (2/30), (3/210) daripada Ibnu Abbas r.a.
Seterusnya berdoalah dengan doa Rasulullah s.a.w. ketika bangun malam sebagaimana yang telah disebutkan dahulu. Selepas itu mulakanlah qiamullail dengan sembahyang dua rakaat yang ringan. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa baginda telah bersabda:
إِذَا قَامَ أَحَدُكُمْ يُصَلِّي بِاللَّيْلِ فَلْيَبْدَأ بِرَكْعَتَيْنِ خَفِيفَتَيْنِ
Apabila seseorang kamu bangun untuk sembahyang malam, mulakanlah dengan dua rakaat yang ringan.¹⁴⁷
147 Riwayat Muslim (768) dan Abu Daud (1323).
Kemudian baginda sembahyang secara dua rakaat, dua rakaat.
Berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Nabi s.a.w.. jumlah rakaat paling banyak yang didirikan oleh baginda ketika bersembahyang malam ialah sebanyak tiga belas rakaat bersama witir. Manakala jumlah yang paling minima pala ialah tujuh rakaat (termasuk witir).¹⁴⁸
148 Riwayat al-Bukhari (3/27) dan Muslim (738) daripada Aisyah r.ha.. Antara tiga belas rakaat tersebut, termasuklah dua rakaat sembahyang sunat 'Isya'.
Satu perenam akhir iaitu ketika waktu sahur. Firman Allah Taala:
وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).
Dalam satu hadis ada menyebut sabda baginda s.a.w.:
فإن قراءة الرجل آخر الليل محضورة
Sesungguhnya bacaan al-Quran seseorang di akhir malam turut dihadiri dan disaksikan oleh para malaikat.¹⁴⁹
149 Ibnu Adi meriwayatkannya dalam kitab al-Kamil (6/2093) ketika menghuraikan biodata Kalthum. Katanya: hadis ini diceritakan daripada Atho' secara mursal.
Thowus telah datang menemui seorang lelaki ketika waktu sahur. Lalu mereka berkata: Dia sedang tidur. Beliau berkata: Aku tidak pernah melihat seseorang yang tidur pada waktu sahur.
Apabila selesai sembahyang pada waktu sahur, dia hendaklah beristighfar kepada Allah. Diriwayatkan bahawa Ibnu Umar r.a. telah melakukan sedemikian.
Perbezaan Wirid Kerana Perbezaan Situasi
Ketahuilah bahawa orang yang berjalan menuju akhirat terdiri daripada salah satu enam golongan iaitu ahli ibadat, ahli ilmu, penuntut ilmu, pemimpin, orang yang berprofesyen atau orang yang tenggelam dalam kecintaannya kepada Allah sehingga meninggalkan perkara-perkara yang lain.
i- Ahli ibadat
Iaitu orang yang meninggalkan segala kesibukan dunia kerana menumpukan kepada ibadah. Dia berwirid dan beribadah dengan wirid-wirid dan ibadah sebagaimana yang telah disebutkan dahulu. Wirid yang dilakukannya juga berbeza-beza. Keadaan ahli ibadah di kalangan ulamak salaf adalah berbeza-beza. Antara mereka ada yang menghabiskan kebanyakan masanya dengan membaca al Quran sehingga dapat mengkhatamkannya sekali, dua atau tiga kali sehari. Ada yang memperbanyakkan tasbih, sembahyang ataupun tawaf di Baitullah..
Jika ditanya yang mana satukah antara wirid-wirid ini, yang lebih utama yang perlu dihabiskan lebih banyak waktu dengannya?
Jawapannya ialah membaca al-Quran dalam keadaan berdiri ketika sembahyang adalah paling utama kerana ia mencakupi semua perkara yang mulia. Walau bagaimanapun, mungkin sukar melakukannya secara berterusan. Oleh sebab itu, perkara yang afdal adalah bergantung kepada situasi setiap individu yang berbeza-beza. Tujuan wirid atau amalan tersebut ialah membersihkan hati dan menyucikannya. Seseorang itu hendaklah melihat apakah amalan yang benar-benar dapat memberikan kesan terhadap hatinya, maka itulah yang perlu dilakukannya secara berterusan. Apabila dirinya merasa jemu, dia boleh berpindah kepada amalan atau wirid yang lain.
Abu Sulaiman al-Darani berkata: Apabila kamu dapat merasa khusyuk ketika berdiri, jangan kamu terburu-buru rukuk. Apabila kamu khusyuk ketika rukuk, jangan pula kamu terburu-buru untuk bangkit daripadanya.
ii- Ahli ilmu
Iaitu satu golongan di mana orang ramai mengambil manfaat dari ilmunya sama ada melalui fatwa, pengajaran, karangan atau peringatan yang disampaikannya. Susunan atau tingkatan wirid nya adalah berbeza dengan ahli ibadat. Dia memerlukan masa untuk membaca dan mengulangkaji kitab-kitab, mengarang dan menyampaikan pengajaran. Sekiranya dia banyak menghabiskan masa dengan perkara tersebut, itu merupakan amalan yang paling afdal selepas solat fardu. Ilmu yang kami maksudkan sehingga mendahului ibadah-ibadah sunat yang lain ialah ilmu yang berorientasikan hari akhirat dan membantu jalan menuju ke sana sehingga merasa gemar kepadanya.
Ahli ilmu perlu membahagi-bahagikan masanya mengikut keutamaan. Ini kerana jiwa manusia tidak mampu bersabar jika masa dan perhatian ditumpukan kepada ilmu semata-mata. Oleh itu seharusnya dia mengkhususkan masa selepas subuh sehingga terbit matahari dengan berzikir dan berwirid sebagaimana yang telah kami sebutkan dahulu. Kemudian dia hendaklah melaksanakan peranan menyampaikan ilmu bermula terbit matahari sehingga ke waktu dhuha. Sekiranya tiada orang yang mahu belajar, dia dapat gunakan masa tersebut dengan berfikir dalam pelbagai ilmu.
Jiwa yang suci dengan berzikir sebelum mengerjakan urusan duniawi akan menjadikannya bijak dalam menyelesaikan pelbagai masaalah. Bermula dari waktu dhuha sehingga waktu asar, dia hendaklah memenuhkannya dengan mengarang dan mengulangkaji. Janganlah ditinggalkannya kecuali ketika waktu makan, bersuci, sembahyang fardu atau qailulah.
Bermula waktu asar sehingga cahaya matahari kelihatan kekuningan, masanya hendaklah dihabiskan dengan mendengar tafsir, hadis atau ilmu bermafaat yang dibacakan kepadanya. Kemudian dari waktu cahaya lembayung kuning sehingga tenggelam matahari hendaklah digunakan untuk beristighfar dan bertasbih.
Dengan itu, masa pertamanya digunakan untuk amalan lidah, masa kedua untuk amalan hati iaitu berfikir, masa ketiga dengan amalan mata dan tangan iaitu mengulangkaji dan mengarang. manakala masa keempat dengan amalan pendengaran untuk merehatkan mata dan tangan. Ini kerana mengulangkaji dan mengarang selepas asar mungkin boleh memudaratkan penglihatan.
Pada waktu malam pula, sebaik-baik pembahagian waktu ialah seperti yang dilakukan oleh as-Syafie r.hm.. Beliau telah membaha gikannya kepada tiga bahagian, iaitu satu pertiga pertama dengan menulis ilmu, yang kedua dengan sembahyang dan ketiga dengan tidur. Pada musim panas, mungkin kita tidak mampu melakukannya melainkan jika kebanyakan waktu tidur digantikan pada siang hari.
iii Penuntut ilmu
Sesungguhnya belajar itu lebih mulia daripada zikir dan sembahyang-sembahyang sunat yang lain. Jadual dan susunan wirid seorang penuntut ilmu adalah sama dengan ahli ilmu. Cuma pengisiannya sahaja kadang-kadang berbeza. Dia akan sibuk mengambil ilmu daripada orang lain ketika mana orang alim sibuk menyampaikan ilmu. Dis eibak dengan mencatat nota dan menyalin semula kitab ketika orang alt sibuk dengan mengarang. Bagi orang awam pula, mereka perlu menghadiri majlis-majlis zikir, ilmu dan tazkirah daripada mengisi kelapangan mereka dengan wirid-wirid yang disunatkan.
iv. Orang yang mempunyn jawatan atau kuasa (al-Wali)
Iaitu pemerintah, kadi atau orang yang dilantik memegang sesuatu tanggungjawab berkaitan orang Islam. Tugas mereka ialah memenuhi keperluan masyarakat Islam berdasarkan hukum syarak dengan hati yang ikhlas. Tugas ini sebenarnya lebih mulia daripada wirid-wirid atau zikir yang tersebut di atas. Ini kerana manfaat kerjanya secara umum turut dirasai kesannya oleh masyarakat. Oleh itu seharusnya dia membataskan ibadatnya pada siang hari dengan solat-solat fardhu, manakala waktu selebihnya dihabiskan dengan tugas dan tanggunggjawab tersebut. Mereka cukup dan memadai melakukan wirid-wirid pada malam hari.
Golongan pekerja
laitu orang yang bekerja dan berprofesyen untuk menyara hidup diri atau tanggungannya. Dalam keadaan ini dia tidak perlu menghabiskan masa dengan ibadah. Bahkan dia hendaklah bersungguh-sungguh dalam kerjanya di samping berzikir. Apabila dia memperolehi apa yang mencukupi keperluan hidupnya, dia hendaklah komitmen dengan wirid-wirid atau zikir sebagaimana yang telah disebutkan pembahagiannya di atas.
vi- Seseorang yang tenggelam dalam cintanya kepada Allah
Wiridnya selepas sembahyang yang difardukan ialah menghadirkan hati bersama Allah Taala. Ini kerana kehadiran hati itulah yang menggerakkannya untuk berwirid dengan wirid-wirid yang dikehendakinya.
Yang pasti, wirid tersebut seharusnya dilakukan secara berterusan. Ini kerana Nabi s.a.w. bersabda:
أحب الأعمال إلى الله تعالى أدومها وإن قل
Amalan yang paling dikasihi Allah Taala ialah yang dilakukan secara berterusan sekalipun sedikit.¹⁵⁰
150 Riwayat al-Bukhari (1/109) dan Muslim (782) daripada Aisyah r.ha...
Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.ha. yang menceritakan bahawa amalan Nabi s.a.w. adalah seumpama hujan renyai-renyai yang turun berterusan.¹⁵¹
151 Riwayat al-Bukhari (4/206), Muslim (783), Ahmad (6/43 dan Abu Daud (370). Diumpamakan amalan Rasulullah s.a.w. yang berterusan dengan hujan renyai-renyai.
Qiamullail: Kelebihan dan Faktor Perangsang ke Arah Perlaksanaannya
Firman Allah Taala:
تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ
Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal amal soleh).
Nabi s.a.w. bersabda:
عَلَيْكُمْ بِقِيَامِ اللَّيْلِ فَإِنَّهُ دَأْبُ الصَّالِحِينَ قَبْلَكُمْ وَهُوَ قُرْبَةٌ إِلَى رَبِّكُمْ وَمَغْفِرَةٌ لِلسَّيِّئَات وَمِنْهَاةٌ عَنِ الإِثْمِ
Hendaklah kamu melakukan qiamullail, sesungguhnya ia adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, suatu ibadah yang mendekatkan diri kepada Tuhan kamu, pengampunan terhadap kesalahan kamu dan pencegah dari melakukan dosa.¹⁵²
152 Riwayat al-Hakim (1/308) dan al-Baihaqi (2/502) daripada Abu Umamah dan sanad tersebut ada kelemahan. Juga diriwayatkan oleh at-Tirmizi (3543) dan Ibnu Nasr dalam kitab Qiamullail (m.s.18) daripada Bilal r.a. dan pada sanadnya juga terdapat tohmahan. Diriwayatkan juga oleh Ibnu 'Adi dalam kitabnya al-Kamil (4/1597) daripada Salman r.a. dan ia juga ada kelemahan. Dengan jalan riwayat yang banyak ini, Syeikh al-Albani telah meletakkannya sebagai hadis hasan sebagaimana dinyatakan dalam kitab Irwa'ul Ghalil (452).
Terdapat banyak hadis menceritakan kelebihannya.
Al-Hasan al-Basrir.hm. berkata: Aku tidak dapati suatu ibadat yang lebih berat daripada sembahyang di pertengahan malam. Lalu beliau ditanya: Apakah yang menyebabkan wajah orang yang bertahajjud menjadi lebih bercahaya dan berseri daripada manusia lain? Beliau menjawab: Ini kerana mereka telah bersendirian dengan Allah yang bersifat pemurah lalu Dia memberikan cahaya-Nya kepada mereka.
Faktor-faktor Memudahkan Berqiamullail
Mengerjakan qiamullail adalah sukar untuk dilakukan kecuali orang yang diberi taufik oleh Allah melalui faktor-faktor yang mempermudahkannya. Faktor tersebut terbahagi kepada faktor luaran dan faktor dalaman.
Antara Faktor Luaran
Makan tidak terlalu banyak. Sebahagian ulamak berkata: Wahai orang yang mahukan kebaikan, jangan kamu banyak makan, lalu kamu akan minum banyak sehingga kamu banyak tidur seterusnya kamu sendiri yang akan kerugian.
ii. Tidak memenatkan dirinya dengan kerja-kerja berat pada siang hari.
iii. Tidak meninggalkan qailullah (tidur sebentar waktu tengahari), kerana ia dapat membantu untuk qiamullail.
iv. Menjauhi dosa-dosa. At-Thauri berkata: Aku telah terhalang daripada qiamullail selama lima bulan disebabkan satu dosa yang aku lakukan.
Antara Faktor Dalaman
i. Berlapang dada terhadap orang Islam serta mengosongkan hati daripada perkara bid'ah dan keseronokan dunia.
ii. Perasaan takut yang menguasai hati di samping pendek angan-angan.
iii. Mengetahui kelebihan qiamullail.
Namun begitu, dorongan yang paling utama ialah kecintaannya kepada Allah Taala dan kekuatan imannya. Ini kerana apabila dia bangun untuk beribadat, dia akan bermunajat kepada Tuhannya dalam keadaan meyakini bahawa Allah Taala hadir bersamanya serta melihatnya. Munajatnya dalam keadaan sebegitu akan menyebabkan dia berdiri lama.
Abu Sulaiman r.hm. berkata: Ahli ibadat pada malam hari akan merasai kelazatannya lebih dari kelazatan golongan lalai dengan kelalaian mereka. Kalaulah tidak kerana adanya malam, nescaya aku tidak suka tinggal di dunia ini.
Dalam kitab Sahih Muslim daripada Nabi s.a.w. sabdanya;
إِنَّ فِي اللَّيْلِ لَسَاعَةً لَا يُوَافِقُهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللهَ خَيْرًا إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ وَذٰلِكَ كُلَّ لَيْلَةٍ
Sesungguhnya terdapat satu masa pada waktu malam, yang mana jika seseorang hamba meminta kebaikan daripada Allah pada waktu tersebut, Allah pasti akan memakbulkan permintaannya. Masa tersebut wujud pada setiap malam.¹⁵³
153 Riwayat Muslim (274), Ahmad (3/313) dan at-Tobrani dalam kitab as-Soghir (2/29) daripada Jabir r.a..
Peringkat-peringkat Menghidupkan Malam
Terdapat enam peringkat dalam menghidupkan malam. Peringkat-peringkat tersebut ialah:
i. Menghidupkan malam seluruhnya, sebagaimana diriwayatkan daripada segolongan ulamak salaf.
ii. Menghidupkan separuh malam. Ini juga diriwayatkan daripada sebahagian ulamak salaf. Jalan terbaik dalam keadaan ini ialah dia tidur satu pertiga pertama malam dan satu perenam akhirnya.
iii. Menghidupkan satu pertiga malam. Oleh itu seharusnya dia tidur pada separuh pertama malam dan satu perenam akhirnya. Ini adalah cara qiam Nabi Daud a.s.
Dalam kitab as-Sahihain menyebut:
أَحَبُّ الصَّلَاةِ إِلَى اللهِ صَلَاةُ دَاوُدَ، كَانَ يَنَامُ نِصْفَ اللَّيْلِ وَيَقُومُ ثُلُثَهُ وَيَنَامُ شُدُسَهُ
Sembahyang yang paling disukai di sisi Allah ialah sembahyang Nabi Daud. Baginda tidur separuh pertama malam dan bangun menghidupkannya pada satu pertiga malam dan tidur pula pada satu perenam akhirnya.¹⁵⁴
154 Riwayat al-Bukhari (1/286), Muslim (1159), (189), Abu Daud (2448), an Nasa'ie (1/321), Ibnu Majah (1712), ad-Darimi (2/20) dan Ahmad (2/160,206) daripada Ibnu Amru r.a..
Tidur pada akhir malam adalah baik kerana ia boleh menghilang kan rasa mengantuk pada waktu pagi dan mengurangkan kepucatan wajahnya.
iv. Menghidupkan satu perenam atau satu perlima malam. Lebih afdal jika waktu tersebut adalah pada separuh kedua malam. Sebahagian ulamak menyatakan bahawa yang paling afdal ialah satu perenam akhir malam.
v. Menghidupkan malam tanpa menurut ketetapan waktu seperti di atas disebabkan sukar untuk melakukannya. Terdapat dua cara bagi orang yang memilih martabat kelima ini. Iaitu:
a) Dia menghidupkannya pada awal malam sehingga dia terasa mengantuk. Kemudian dia tidur. Apabila bangun darinya dia menghidupkan pula malamnya. Apabila rasa mengantuk dia tidur pula. Ini adalah cara yang sangat membebankan dan in juga merupakan cara segolongan ulamak salaf. Dalam kitab as-Sahihain daripada hadis Anas r.a. katanya:
مَا كُنَّا نَشَاءُ أَنْ نَرَى رَسُولَ اللہِ ﷺ فِي اللَّيْلِ مُصَلِّيًا إِلَّا رَأَيْنَاهُ وَلَا نَشَاءُ أَنْ نَرَاهُ نَائِمًا إِلَّا رَأَيْنَاهُ
Apabila kami mahu melihat Rasulullah s.a.w. bersembah yang pada waktu malam, kami dapat melihatnya. Apabila kami mahu melihatnya dalam keadaan tidur, kami juga dapat melihatnya.¹⁵⁵
155 Ini adalah lafaz An-Nasa'ie (3/213) dan maknanya dalam kitab as-Sahih.
Saidina Umar r.a. pernah bersembahyang pada suatu malam selama yang dikehendaki Allah, sehingga apabila tiba penghujung malam, beliau membangunkan keluarganya dengan berkata: Sembahyang, sembahyang.
Berkata ad-Dhohhak: Aku mendapati beberapa kaum yang merasa malu kepada Allah Taala di waktu malam kerana terlalu lama tidur.
b) Dia tidur pada awal malam. Setelah tidur secukupnya, dia bangun dan menghidupkan baki malamnya.
Sufian at-Thauri berkata: Ia adalah tidur yang pertama. Setelah bangun darinya, dia tidak akan tidur lagi selepas itu.
vi. Menghidupkannya sekadar empat atau dua rakaat.
Telah diriwayatkan kepada kami daripada Nabi s.a.w.bahawa Baginda bersabda:
صَلُّوا مِنَ اللَّيْلِ صَلُّوا أَرْبَعًا صَلُّوا رَكْعَتَيْنِ
Sembahyanglah kamu pada waktu malam. Sembahyanglah empat rakaat, sembahyanglah dua rakaat.¹⁵⁶
156 Diriwayatkan oleh Ibnu Nasr dan al-Baihaqi dalam kitab al-Sya'b daripada 1 Al-Hasan secara mursal. Syeikh al-Albani menyatakan ia adalah hadis daif sebagaimana dalam kitab Dhaif al-Jami' (3487) dan kitab al-Salsilah al-Dha'iefah (3782).
Dalam kitab Sunan Abi Daud katanya, Rasulullah saw. bersabda:
مَنِ اسْتَيْقَظَ مِنَ اللَّيْلِ وَأَيْقَظَ امْرَأَتَهُ فَصَلَّيَا رَكْعَتَيْنِ جَمِيْعًا كُتِبَا مِنَ الذَّاكِرِينَ اللهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ
Siapa yang bangun pada waktu malam dan membangunkan isterinya lalu kedua-duanya bersembahyang dua rakaat, pada malam tersebut nama mereka akan tercatat di kalangan lelaki dan perempuan yang banyak mengingati Allah.¹⁵⁷
157 Riwayat Abu Daud (1309), (1451) daripada Abu Said dan Abu Hurairah dengan sanad yang sahih.
Tolhah bin Musorrif pernah memerintahkan ahli keluarganya supaya bangun menghidupkan malam. Beliau berkata: Bersembahyanglah kamu dua rakaat. Sesungguhnya sembahyang di tengah malam akan menggugurkan dosa-dosa.
Ini adalah cara-cara pembahagian malam. Setiap individu perlu memilih manakah yang lebih mudah untuk dia melakukannya. Sekiranya dia sukar bangun pada waktu malam, dia tidak seharusnya meninggalkan ibadat pada waktu antara Maghrib dan Isya' serta waktu sahur, agar dia menjadi orang yang beribadat kepada Allah pada dua tepian malam (awal dan akhir). Ini adalah peringkat yang ketujuh.
Masalah Orang yang Sukar Bersuci pada Waktu Malam
Sesiapa yang sukar untuk bersuci dan bersembahyang pada waktu malam, dia hendaklah duduk menghadap ke arah kiblat dan berzikir kepada Allah serta berdoa sekadar mampu. Jika tidak mampu duduk, dia berdoa dalam keadaan mengiring..
Sesiapa yang mahu berwirid tetapi terlepas kerana mengantuk dan tertidur, dia boleh lakukannya selepas sembahyang duha. Perkara tersebut ada disebutkan dalam hadis.¹⁵⁸
158 Riwayat Muslim (747), Malik (1/200), at-Tirmizi (581) dan Abu Daud (1313) daripada Umar bin al-Khattab r.a..
Seseorang yang biasa bangun waktu malam berqiamullail hendaklah berwaspada dari meninggalkannya. Dalam kitab as Sahihain menyebut bahawa Rasulullah saw bersabda kepada Abdullah bin Amru r.a.:
لَا تَكُنْ مِثْلَ فُلَانٍ كَانَ يَقُومُ اللَّيْلَ فَتَرَكَ قِيَامَ اللَّيْلِ
Janganlah kamu menjadi seperti si fulan, di mana dahulu dia melakukan qiamullail kemudian meninggalkannya.¹⁵⁹
159 Riwayat al-Bukhari (3/331), Muslim (1159) dan an-Nasa'ie (3/253).
Malam dan Hari-hari yang Mempunyai Kelebihan
Terdapat lima belas malam yang mempunyai banyak keistimewaan dan kita dikehendaki menghidupkannya. Bagi seseorang yang mahukan kebaikan, dia tidak seharusnya cuai, leka dan lalai daripadanya. Jika seorang peniaga leka pada musim yang banyak keuntungan, bilakah lagi dia akan dapat untung?
Antara malam tersebut ialah tujuh malam di bulan Ramadhan. Pertama, malam ke tujuh belas iaitu malam di mana paginya itu tercetusnya peperangan Badar. Enam malam yang lain ialah malam malam ganjil pada sepuluh malam terakhir kerana pada salah satu daripadanya ialah Lailatul Qadar.
Manakala lapan malam yang lain ialah malam pertama bulan Muharram, malam hari asyura', malam pertama bulan Rejab, malam pertengahan Rejab, malam 27 Rejab iaitu malam Isra' Mikraj, malam pertengahan Sya'ban, malam hari Arafah dan malam kedua-dua hari raya¹⁶⁰. Terdapat beberapa jenis sembahyang bagi sebahagian malam tersebut tetapi tidak ada satu pun yang thabit.
160 Tiada dalam sunnah yang sahih menyentuh berkenaan menghidupkan malam-malam tersebut sebagaimana disebutkan oleh pengarang melainkan sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan.
Manakala hari-hari yang mempunyai kelebihan pula ialah sebanyak sembilan belas hari. Iaitu hari Arafah, hari Asyura', hari 27 Rejab¹⁶¹ iaitu hari pertama Jibril turun kepada Nabi s.a.w.¹⁶² hari 17 Ramadhan iaitu hari berlakunya peperangan badar, hari pertengahan Sya'ban, hari Jumaat, kedua-dua hari raya, hari-hari yang disebut al-Ayyam al-Maklumat (hari-hari yang dimaklumi) iaitu sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah dan al-Ayyam al Ma'dudat (hari-hari yang tertentu) iaitu hari-hari Tasyrik.
161 Al-Hafiz Ibnu Hajar telah memutuskan dalam kitab Tabyin al-'ajab fi-ma warada fi fadhl Rajab bahawa kenyataan itu adalah salah. Aku berkata: Bahkan yang betul ialah pada bulan Rabiul awwal. Lihat kitab Syarh Muslim (2/209) dan kitab Tobaqat Ibnu Sa'ad (1/213).
162 Lihat juga kitab Tabyin al-'Ajab.
Antara hari-hari yang mempunyai kelebihan dalam seminggu pula ialah hari Isnin dan Khamis serta hari-hari al-Bidh¹⁶³. Hari-hari tersebut mempunyai kelebihan yang besar sebagaimana disebutkan dalam fadilat berpuasa.
163 Iaitu hari yang ke 13, 14 dan 15 pada setiap bulan Qamariyyah.
Berakhirnya bab ini, maka berakhirlah bahagian ibadat. Kepada Allah jualah kita memohon taufik.
========================
BAB 8
========================
Bab 7: Zikir, Doa Dan Lain-Lain
Tajuk Mudarasah: Kelebihan Doa
Halaman Rujukan Kitab : 76
Nota Mudarasah:
Kelebihan Doa
Antara dalil-dalil yang menyatakan kelebihan doa ialah:
i. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa baginda bersabda:
Tidak ada sesuatu amalan yang paling mulia di sisi Allah Taala selain dari berdoa.¹¹⁶
ii. Sabda baginda s.a.w.:
Semulia-mulia ibadat ialah berdoa.¹¹⁷
iii. Baginda juga bersabda:
Sesiapa yang tidak meminta kepada Allah, Dia akan memurkainya.¹¹⁸
iv. Dalam hadis lain pula menyebut:
Mintalah kepada Allah daripada kurniaan-Nya. Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla suka jika diminta sesuatu dari-Nya.¹¹⁰
Adab-adab Berdoa
Antara adab-adab berdoa ialah:
i. Mencari waktu yang mulia seperti hari Arafah (dalam setahun). Ramadhan (dari bulan-bulan yang lain), hari Jumaat (dalam seminggu) dan waktu sahur (dalam semalam). Antara waktunya juga ialah antara azan dan iqamah, selepas sembahyang, ketika hujan turun, ketika berperang pada jalan Allah, ketika mengkhatamkan al-Quran, ketika sujud, ketika berbuka dan ketika hati khusyuk atau merasa takut.
Hakikatnya, kemuliaan waktu adalah bergantung kepada kemuliaan keadaan itu sendiri. Contohnya, waktu sahur dimulia kan kerana ketika itu hati masih bersih dan kosong. Bagitu juga waktu sujud. Ia adalah keadaan yang menggambarkan kehinaan kepada Allah s.w.t..
ii. Berdoa dalam keadaan menghadap ke arah kiblat, mengangkat kedua-dua tangan dan menyapu ke muka¹²⁰ serta merendahkan suaranya.
120 Perbuatan tersebut tidak thabit daripada Nabi saw. Lihat huraian mengenainya dalam kitab Iruxa'al-Ghalil (433), (434) dan bhat kitab Takhry al-Ihya' (1/305),
iii. Memulakan doa dengan menyebut nama Allah, kemudian berselawat ke atas Nabi s.a.w. dan tidak terlalu bersajak ketika berdoa.
iv. Bertaubat dan mengembalikan hak-hak orang yang dizalimi. Ini adalah adab batin yang merupakan asas doa dimakbulkan.
Wirid-wirid dan Kelebihannya serta Pembahagian Ibadat Mengikut Waktu
Apabila seseorang itu memiliki makrifatullah, yakin terhadap janji-janji-Nya dan sedar bahawa umurnya pendek, dia mesti berwaspada dari berlaku cuai dan lalai dalam umur yang pendek ini. Jiwa akan merasa bosan dan jemu apabila melakukan satu versi ibadat sahaja. Oleh itu, adalah perlu jika ia dipelbagaikan bentuknya (untuk mengelakkan kejemuan ini).
Allah Taala berfirman:
Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang. Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memuji-Nya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam.
(Al-Insan: 25-26)
Ayat di atas dan juga ayat-ayat yang lain menunjukkan bahawa jalan untuk menuju kepada Allah ialah dengan meneliti waktu waktu yang sesuai dan seterusnya mengisi waktu tersebut dengan wirid-wirid secara berterusan.
Firman Allah Taala:
Dan Dia lah yang menjadikan malam dan siang silih berganti untuk sesiapa yang mahu beringuit (memikirkan kebesaranNya), atau mahu bersyukur (akan nikmat nikmatNya itu).
(Al-Furqan:62)
Dengan maksud, kedua-duanya saling ganti-mengganti dengan yang lain agar apa yang tercicir pada salah satu daripadanya dapat ditunaikan pada masa yang kedua.
Beberapa Wirid Pada Waktu Siang dan Malam serta Susunannya
Terdapat tujuh waktu di siang hari dan enam waktu pada malamnya yang mempunyai bacaan wiridnya yang tertentu. Kami akan menyebutkan kelebihan setiap satu daripadanya berserta peranan dan perkara-perkara berkaitan dengannya.
Amalan atau Wirid-wirid Pada Waktu-waktu Di Siang Hari
i- Waktu antara terbit fajar kedua sehingga terbit matahari.
Ia adalah waktu yang sangat mulia. Allah Taala telah bersumpah dengannya sebagaimana dalam firmanNya:
Dan siang, apabila ia mulai terang.
(Al-Takwir: 18)
Ketika bangkit dari tidur, hendaklah menyebut nama Allah dengan membaca:
Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan setelah mematikan kami dan kepada-Nyalah dikembalikan.
Ini sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Nabi s.a.w..¹²¹
121 Riwayat al-Bukhari (11/96), at-Tirmizi (3413) dan Abu Daud (5049) daripada Huzaifahr a.. Tetapi Imam Muslim meriwayatkannya (2711) daripada al Bara r.a..
Muslim meriwayatkan dari Ibnu Mas'ud r.a. katanya: Apabila waktu petang, Rasulullah s.a.w. berwirid sebagaimana berikut:
Berpetang-petang kami dalam keadaan kerajaan itu adalah milik mutlak Allah. Segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan segala kepujian. Dia Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu. Tuhanku, aku memohon kepada-Mu kebaikan yang ada pada malam ini dan juga kebaikan selepasnya. Dan aku berlindung dengan Mu daripada kejahatan malam ini dan juga kejahatan selepasnya. Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu daripada sifat malas dan keburukan sifat takabbur. Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu daripada azab api neraka dan juga azab kubur.¹²²
Pada waktu pagi¹²³ baginda juga berwirid seperti itu. Iaitu:
123 Lafaz adalah wirid pada waktu petang ditukar menjadi wirid pada waktu pagi- pent.
Berpagi-pagi kami dalam keadaan kerajaan itu adalah milik mutlak Allah hingga akhirnya.¹²⁴
Baginda juga membaca sebanyak tiga kali:
Dengan nama Allah yang mana sesuatu yang disebut nama Allah bersamanya, ia tidak akan memudaratkan, sama ada di bumi atau di langit. Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Juga wirid:
Aku reda bahawa Allah Tuhanku, Islam agamaku dan Muhammad s.a.w. sebagai nabi dan rasul.
Setelah solat subuh, ketika masih dalam keadaan melipatkan kedua-dua kakinya¹²⁵ dan belum bercakap, baginda berwirid dengan wirid berikut sebanyak 10 kali:
125 Perbuatan ini tidak thabit dengan nas
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Maha Esa yang tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan pujian. Dia yang menghidup dan mematikan, dan Dia Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu.
Baginda juga membaca wirid yang dinamakan sebagai penghulu istighfar iaitu:
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Engkau telah mencipta aku, aku adalah hamba-Mu dan aku sentiasa berpegang dengan janji-Mu sedaya upaya-Ku. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui nikmat-Mu ke atasku dan aku juga mengakui dosaku. Oleh itu, ampunilah dosaku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau sahaja.
Seterusnya baginda membaca:
Berpagi-pagi kami di atas agama Islam yang fitrah (suci), atas asas keikhlasan, di atas agama nabi kami Muhammad s.a.w. dan agama bapa kami Ibrahim a.s. yang suci dan baginda bukanlah sekali-kali dari kalangan orang yang syirik. Selain itu, baginda juga berdoa dengan doa berikut:
Ya Allah ya Tuhanku, perbaikilah bagiku agamaku yang menjadi pemelihara urusanku, perbaikilah duniaku yang padanya aku menjalani kehidupan dan perbaikilah akhiratku yang kepadanya tempat kembaliku serta jadikanlah kehidupan ini sebagai tempat aku menambah segala kebaikan dan jadikanlah mati itu sebagai kerehatan kepadaku daripada segala kejahatan.
Dan seterusnya berdoa dengan doa Abu Darda' iaitu:
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Hanya kepada Engkau aku bertawakkal dan Engkaulah tuhan yang memiliki Arasy yang agung. Apa yang dikehendaki Allah pasti berlaku dan apa yang tidak dikehendaki Allah ia pasti tidak berlaku. Tiada upaya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku meyakini bahawa Allah Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu. Sesungguh nya ilmu Allah meliputi segala-galanya. Ya Allah ya Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari kajahatan diriku dan kejahatan setiap binatang yang Engkau kuasainya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
Doa-doa yang tersebut di atas perlu dihafaz oleh setiap orang yang mahukan kebaikan.
Sebelum keluar dari rumah untuk menunaikan solat subuh, dia seharusnya sembahyang sunat terlebih dahulu di rumahnya. Kemudian keluar menuju ke masjid sambil berdoa:
Ya Allah ya Tuhanku, aku memohon kepada Engkau dengan kebenaran mereka yang memohon kepada Engkau dan kebenaran tempat laluanku ini. Sesungguhnya aku tidak keluar dalam keadaan sombong, tidak mengsyukuri nikmat, riya' dan bermegah. Aku keluar dalam keadaan takutkan kemurkaan-Mu dan mencari keredaanMu. Aku memohon kepada Engkau agar Engkau selamatkan aku daripada api neraka. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau sahaja.¹²⁶
Apabila memasuki masjid, hendaklah dia berdoa sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab Sahihnya bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
Apabila seseorang kamu memasuki masjid, dia hendaklah mengucap salam ke atas Nabi s.a.w., kemudian berdoa: اللهم افتح لي أبواب رحمتك yang bermaksud: Ya Allah ya Tuhanku, bukakanlah pintu-pintu rahmat-Mu kepadaku. Apabila keluar dia berdoa: اللهم إني أسألك من فضلك yang bermaksud: Ya Allah ya Tuhanku, aku memohon kepada Engkau agar memberikan kurniaan-Mu kepadaku.¹²⁷
Kemudian dia mendapatkan saf pertama dalam keadaan menunggu jamaah dan berdoa dengan doa-doa dan zikir sebagaimana yang telah disebutkan..
Setelah selesai solat subuh, disunatkan tidak berganjak dari tempat sembahyangnya itu sehingga terbit matahari. Anas r.a. meriwayatkan daripada Nabi s.a.w. bahawa baginda bersabda:
Sesiapa yang solat subuh berjamaah, kemudian dia duduk berzikir kepada Allah sehingga terbit matahari dan kemudiannya dia mengerjakan sembahyang dua rakaat, baginya pahala seumpama pahala menunaikan haji dan umrah yang sempurna, sempurna dan sempurna.¹²⁸
Waktu tersebut hendaklah dimanfaatkan dengan melakukan empat perkara iaitu doa, zikir, bacaan al-Quran dan berfikir. Hendaklah dia melakukannya semampu yang boleh dan berfikirlah bagaimanakah cara untuk mengatasi halangan dan gangguan daripada melakukan kebaikan, supaya dia dapat melaksanakan tugas-tugas hariannya. Berfikirlah juga tentang nikmat Allah agar dia menjadi insan yang sentiasa bersyukur.
ii-Waktu antara terbit matahari sehingga waktu dhuha.
laitu setelah berlalu tiga jam daripada awal siang harinya Jika diandaikan siang hari berjumlah dua belas jam, ia adalah satu perempat daripadanya. Waktu ini adalah waktu yang sangat mulia.
Pada waktu ini, dua perkara yang perlu dilakukan iaitu:
a) Solat dhuha.
b) Melakukan perkara yang berkait dengan orang ramai seperti menziarahi orang sakit, menguruskan jenazah, menghadiri majlis ilmu dan menunaikan hajat orang Islam.
Sekiranya semuanya itu tidak dapat dilakukan, hendaklah dia memenuhi masanya dengan membaca al-Quran dan berzikir.
iii- Dari waktu dhuha sehingga gelincir matahari.
Pada waktu ini, seseorang itu perlu melaksanakan empat perkara yang disebutkan dahulu iaitu doa, zikir, bacaan al-Quran dan berfikir. Kemudian ditambah dua perkara lagi yang perlu dilakukan, iaitu:
a) Berusaha mencari rezeki dan keperluan hidup serta pergi ke pasar-pasar. Sekiranya dia seorang peniaga, dia hendaklah berniaga dengan benar dan amanah. Sekiranya dia mengusahakan sesuatu, dia hendaklah melaksanakan nya dengan memberi tunjuk ajar dan belas kasihan kepada pekerjanya. Jangan dia lupa berzikir mengingati Allah dalam semua pekerjaan dan hendaklah berpada (qana'ah) dengan sedikit.
b) Qailulah. Iaitu tidur sebentar di pertengahan siang hari. Ia dapat membantu untuk qiamullail sebagaimana sahur dapat membantu puasa di siang hari. Sekiranya dia tidur, dia hendaklah bersungguh untuk bangun sebelum gelincir matahari, iaitu sebelum masuk waktu zohor sekadar masa yang membolehkan dia sempat bersedia untuk solat.
Sehari semalam ada dua puluh empat jam. Seseorang itu patut tidur selama satu pertiga daripadanya iaitu lapan jam. Ini adalah suatu kesederhanaan. Sesiapa yang tidur kurang daripada itu, badannya akan menjadi lemah manakala siapa yang lebih tidur pula akan bertambah malas. Sekiranya dia tidur lebih dari jangkamasa tersebut di malam hari, sepatutnya dia tidak boleh tidur lagi di siang hari. Tetapi jika tidurnya itu kurang dari lapan jam, dia boleh sempurnakan jumlah jam yang kurang itu di siang hari.
iv. Antara gelincir matahari sehingga selesai solat zohor.
Ia merupakan waktu yang paling pendek dan paling afdal di siang hari. Pada waktu ini, apabila azan dilaungkan, hendaklah dia menjawabnya sebagaimana lafaz azan tersebut. Kemudian dia sembahyang sunat empat rakaat. Disunatkan dia memanjangkan keempat-empat rakaat tersebut kerana ketika itu pintu-pintu langit sedang terbuka. Kemudian dia sembahyang zohor beserta sunat sunatnya. Selepas itu hendaklah dia mengerjakan sembahyang sunat sebanyak empat rakaat.
v- Waktu selepas itu sehingga sampai waktu asar.
Pada waktu itu disunatkan kepadanya berzikir, bersembahyang serta melakukan pelbagai kebajikan. Amalan yang paling utama ialah menunggu untuk sembahyang seterusnya (waktu asar).
vi- Ketika masuk waktu asar sehingga muncul lembayung matahari (warna kekuningan) di kaki langit.
Pada waktu ini, tiada sembahyang yang perlu dilakukan selain empat rakaat antara azan dan iqamah, kemudian sembahyang fardu asar. Selepas itu dia memenuhkan masanya dengan melakukan doa, zikir, membaca al-Quran dan berfikir seperti mana dalam waktu pertama dahulu. Yang lebih afdal untuknya ialah membaca al-Quran dengan tadabbur dan memahaminya.
vii- Dari waktu lembayung tersebut sehingga tengelam matahari.
Ia juga waktu yang sangat mulia. Berkata al-Hasan al-Basri r.hm.: Mereka begitu memuliakan waktu petang lebih daripada awal pagi. Oleh itu, pada waktu ini disunatkan berzikir khususnya bertasbih dan beristighfar.
Waktu-waktu di siang hari akan berakhir sebaik sahaja masuk waktu maghrib. Ketika itu seseorang hamba hendaklah menilai dan memuhasabah dirinya. Berlalunya hari itu, bermakna dia telah menghabiskan satu peringkat dalam perjalanan hidupnya. Dia hendaklah menyedari bahawa umur merupakan hari-hari yang berlalu. Sehari ia berlalu bermakna sebahagian umurnya telahpun luput.
Al-Hasan berkata: Wahai anak Adam. Sesungguhnya kamu adalah seumpama hari-hari. Apabila satu hari berlalu, berlalulah sebahagian daripada diri kamu.
Hendaklah dia berfikir adakah hari ini sama dengan hari sebelumnya. Sekiranya didapati dia telah melakukan banyak kebaikan pada siang harinya, dia hendaklah bersyukur kepada Allah atas taufik dari-Nya. Sekiranya berlaku sebaliknya, dia hendaklah bertaubat dan berazam untuk menampung kecuaiannya itu pada sebelah malamnya. Sesungguhnya amal kebaikan itu akan menghapuskan dosa-dosa kejahatan.
Dia hendaklah bersyukur kepada Allah di atas kesihatan tubuh badan dan umur yang panjang sehingga dia dapat menampung kecuaiannya. Segolongan ulamak salaf sangat suka menghabiskan harinya dengan bersedekah dan berusaha bersungguh-sungguh melakukan kebajikan sekadar yang termampu.
Amalan atau Wirid Pada Waktu Malam
i. Apabila tenggelam matahari sehingga waktu isya'.
Apabila tenggelam matahari dia hendaklah bersembahyang maghrib. Selepas itu dia sibuk dengan menghidupkan waktu antara maghrib dan isya'. Firman Allah Taala:
Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-Nya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaan Nya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.
(Al-Sajadah:16)
Berhubung ayat di atas, Anas r.a. berkata: Ia diturun untuk menceritakan keadaan sahabat Rasulullah s.a.w., di mana mereka mendirikan sembahyang di antara maghrib dan isyak.¹²⁹
129 Riwayat at-Tirmizi (3194) dan at-Tobari (21/63) dengan sanadnya yang baik As-Suyuti menyebutnya dalam kitab ad-Durarul Manthur (5/174) dan menambahkan lagi sanadnya kepada Ibnu Abi Hatim, Ibnu Marduwaih dan Muhammad bin Nasr dalam Kitab as-Solah.
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat selepas maghrib dan dia tidak bercakap perkara yang buruk pada masa tersebut, baginya pahala menyamai ibadat selama dua belas tahun.¹³⁰
ii- Apabila hilang cahaya kemerahan sehingga waktu tidur.
Sunat menunaikan sembahyang sebanyak yang boleh antara azan (waktu isyak) dan iqamah. Dan hendaklah dia membaca surah dalam ( ترك الذي بيده الملك ) dan al-Mulk ( الم تنزيل الكتب ) as-Sajadah sembahyang sunat tersebut. Ini kerana Rusulullah s.a.w. tidak akan tidur sehinggalah baginda membaca kedua-dua surah tersebut terlebih dahulu.¹³¹
131 Riwayat at-Tirmizi (2894) daripada Jabir r.a. dengan sanad yang daif. Pada sanadnya terdapat Laith bin Abi Sulaim.
Dalam hadis lain, Ibnu Mas'ud r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa yang membaca surah al-Waaqiah pada setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan.¹³²
iii- Sebelum tidur.
Bagi sesiapa yang tidak biasa berqiamullail, hendaklah ditunaikan solat sunat witir sebelum tidur. Melewatkannya lebih afdal. Berkata Aisyah r.ha.:
Bahawa Rasulullah s.a.w. melakukan witir pada setiap malam. Sama ada di awal malam, pertengahannya atau penghujungnya. Witir berakhir dengan berakhirnya waktu sahur.¹³³
Selepas witir hendaklah dia membaca: sebanyak سبحان الملك القدوس tiga kali.
iv- Ketika tidur.
Kita memasukkannya sebagai salah satu daripada waktu-waktu mulia yang enam, kerana sekiranya ia dilakukan dengan adab adabnya dan mempunyai tujuan yang baik, ia juga dianggap sebagai ibadat. Muaz r.a. berkata: Sesungguhnya aku pasti mengharapkan pahala ketika dalam tidurku sebagaimana aku mengharapkan pahala semasa jagaku.
Antara adab-adab tidur ialah:
a) Berada dalam keadaan suci. Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Aisyah r.ha.:
Bahawa ketika Rasulullah s.a.w. mahu tidur, baginda berwuduk sebagaimana wuduk untuk sembahyang.¹³⁴
Abdullah bin Amru bin al-'As r.a.berkata:
Sesungguhnya ruh akan diangkat ke langit ketika seseorang itu tidur, lalu diperintahkan supaya sujud di sisi Arasy.
Sekiranya dia tidur dalam keadaan suci, ruhnya akan sujud berhampiran dengan Arasy. Jika sebaliknya, ia akan sujud jauh dari Arasy.¹³⁵
135 Terdapat perbincangan ulamak terhadap kedudukan hadis ini sama ada ia adalah hadis ataupun tidak.
b) Bertaubat sebelum tidur. Ini kerana seseorang yang menjaga kesucian zahirnya, sewajarnya sentiasa menyucikan hatinya kerana mungkin dia akan mati ketika tidurnya.
c) Dalam hatinya perlu dihapuskan perasaan ingin menipu saudara muslim yang lain atau ingin menzaliminya dan janganlah berazam melakukan kejahatan setelah bangun dari tidur.
d) Bagi sesiapa yang mempunyai sesuatu untuk diwasiatkan, hendaklah dia menulis wasiatnya itu sebelum tidur.
Dalam kitab as-Sahihain, Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
Tidak sepatutnya seseorang muslim yang mempunyai sesuatu untuk diwasiatkan, bermalam sehingga dua malam sedangkan wasiatnya belum tertulis.
e) Tidak keterlaluan dalam menyiapkan katil untuk tidur semata mata kerana mahu tidur dalam keadaan nyenyak dan seronok. Ini menjadikan tidurnya terlampau nyenyak dan lama. Ketika hamparan Nabi s.a.w. dilipatkan, baginda terus bersabda yang bermaksud:
f) Tidak tidur melainkan setelah mengantuk. Para ulamak salaf, mereka hanya tidur setelah mereka mengantuk.
g) Berada dalam keadaan menghadap ke arah kiblat dan kemudiannya berdoa sebagaimana disebut dalam banyak hadis. Kedudukan tidur hendaklah di atas lambung kanan badannya.
Antara hadis yang menyebut perkara tersebut ialah riwayat Abu Hurairah r.a., daripada Nabi s.a.w., sabdanya:
Apabila seseorang kamu ingin meletakkan badannya ke tilam untuk tidur, hendaklah dia mengibas-ngibas tilamnya itu dengan selimutnya, sesungguhnya dia tidak mengetahui apa yang telah berlaku selepas dia tinggalkan sebelumnya.¹³⁷
Apabila dia meletakkan lambung kanannya, dia hendaklah berdoa:
Dengan nama Engkau wahai Tuhanku, aku letakkan lambungku ini, dan dengan izin Engkau aku bangun. Sekiranya Engkau manahan diriku (mematikannya), ampunilah ia dan sekiranya Engkau melepaskannya (memanjangkan umurnya), peliharalah ia sebagaimana Engkau memelihara hamba-hamba-Mu yang soleh.¹³⁸
Dalam kitab as-Sahihain, dari hadis Aisyah r.ha. katanya:
Apabila Rasulullah meletakkan tubuhnya untuk tidur setiap malam, baginda akan menadah kedua tapak tangannya dan menghembuskannya sambil membaca 'tiga qul' iaitu قل أعوذ برب الناس dan قل أعوذ برب الفلق , قل هو الله أحد
Kemudiannya baginda menyapukannya ke seluruh badannya, bermula dari kepala, wajah dan bahagian depan badan baginda sebanyak tiga kali.¹³⁹
Dalam kitab as-Sahihain juga, al-Barra' bin 'Azib r.a. meriwa yatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Apabila kamu mendatangi tempat tidur kamu, berwuduklah sebagaimana kamu berwuduk untuk sembahyang, kemudian berbaring di atas lambung kanan dan berdoalah:
Ya Allah ya Tuhanku, aku serahkan diriku kepada-Mu, aku hadapkan wajahku ke arah-Mu, aku serahkan urusanku kepada-Mu, aku sandarkan belakangku kepada-Mu, dalam keadaan suka dan gerun kepada-Mu, tiada tempat berlindung dan selamat dari-Mu melainkan dengan kembali kepada Mu. Aku beriman dengan Kitab yang Engkau turunkan dan dengan Nabi yang Engkau utuskan.
Rasulullah menyambung lagi: Sekiranya kamu mati pada malam itu, mati kamu adalah dalam keadaan fitrah. Sekiranya kamu bangkit pada paginya, kamu memperolehi kebaikan.¹⁴⁰
140 Riwayat al-Bukhari (11/97), Muslim (2710), at-Tirmizi (3391) dan Abu Daud (5046)
Ali r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepadanya dan Fatimah:
Apabila kamu berdua ke tempat tidur untuk tidur, hendaklah kamu berdua bertasbih kepada Allah tiga puluh tiga kali, bertahmid tiga puluh tiga kali dan bertakbir tiga puluh tiga kali. Ia lebih baik kepada kamu berdua daripada (memiliki) seorang khadam.¹⁴¹
Dalam hadis Abu Hurairah r.a. berkenaan kehilangan harta zakat Ramadhan yang dijaganya ada menyebut bahawa syaitan (berupa seorang lelaki yang mencuri) telah berkata kepadanya:
Apabila kamu menuju ke tempat hamparan tidur kamu, bacalah ayat al-kursi. Dengannya kamu sentiasa berada di bawah pemeliharaan Allah dan syaitan tidak boleh menghampiri kamu. Lalu beliau memberitahunya kepada Rasulullah s.a.w.. Baginda bersabda: Sesungguhnya syaitan itu telah bercakap benar kepada kamu sedang dia sendiri (syaitan yang memberitahunya itu) adalah pembohong.¹⁴²
Muslim meriwayatkan:
Apabila Nabi s.a.w. menuju ke tempat tidurnya, baginda berdoa: Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan dan minum kepada kami serta mencukupkan dan melindungi kami. Berapa ramai orang yang tidak mempunyai penjamin dan pelindung kepadanya.¹⁴³
Apabila bangun untuk bertahajjud, berdoalah sebagaimana doa Rasulullah s.a.w.:
Ya Allah ya Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian, Engkaulah pemelihara langit dan bumi serta segala penghuninya. Bagi Engkau segala pujian. Engkaulah Yang Maha Benar, janji engkau adalah benar, pertemuan dengan Engkau adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, hari kiamat adalah benar, Muhammad adalah benar dan para nabi adalah benar. Ya Allah ya Tuhanku, kepada Engaku aku berserah, dengan Engkau aku beriman, kepada Engkau aku bertawakkal, kepada Engkau aku kembali, dengan sebab Engaku aku berlawan dan kepada Engkau aku menghukum. Ampunilah dosaku yang lalu dan kemudian, dosa yang aku lakukan secara sembunyi dan terang-terangan.
Dalam riwayat lain ditambah:
Bermaksud: Dan apa وما أنت أعلم مني أنت المقدم وأنت المؤخر، لا إله إلا أنت yang Engkau lebih mengetahuinya daripada aku. Engkau Tuhan yang dahulu dan akhir, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.- Muttafaqun 'alaihi.¹⁴⁴
144 Ini adalah sebahagian daripada hadis yang diriwayatkan oleh Ali r.a. yang terdahulu.
Hendaklah berusaha memastikan percakapannya yang terakhir sebelum tidur dan pertama selepas tidur ialah zikrullah. Ia adalah tanda keimanan.
Bermula setelah separuh pertama malam hingga tinggal satu perenam malam..
Ini waktu yang sangat mulia. Abu Zar r.a. berkata: Aku telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: Manakah waktu sembahyang malam yang paling afdal?. Sabda baginda yang bermaksud:
Sembahyang pada separuh malam atau pertengahan malam tetapi hanya sedikit yang mampu melakukannya.¹⁴⁵
145 Riwayat al-Baihaqi dalam kitab al-Sya'bu dan sanadnya daif. Demikian juga terdapat dalam kitab Dhaif al-Jami' al-Soghir (1120) daripada Abu Hurairah r.a..
Diriwayatkan bahawa Nabi Daud a.s. berkata: Wahai Tuhan, pada saat manakah aku perlu bangun berdiri menyembah-Mu? Allah mewahyukan kepada-Nya:
Wahai Daud, jangan kamu bangun berdiri pada awal malam atau penghujungnya, tetapi bangunlah pada pertengahan malam agar Aku dapat bersendirian bersamamu. Dan ketika itu pohonlah hajatmu kepada-Ku.
Apabila bangun bertahajjud, dia hendaklah membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah ali-Imran sebagaimana diriwayatkan dalam as-Sahihain bahawa Rasulullah s.a.w. telah melakukan demikian.¹⁴⁶
146 Riwayat al-Bukhari (1/189), Muslim (763), Malik (1/121, Abu Daud (58) dan an-Nasaie (2/30), (3/210) daripada Ibnu Abbas r.a.
Seterusnya berdoalah dengan doa Rasulullah s.a.w. ketika bangun malam sebagaimana yang telah disebutkan dahulu. Selepas itu mulakanlah qiamullail dengan sembahyang dua rakaat yang ringan. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa baginda telah bersabda:
Apabila seseorang kamu bangun untuk sembahyang malam, mulakanlah dengan dua rakaat yang ringan.¹⁴⁷
Kemudian baginda sembahyang secara dua rakaat, dua rakaat.
Berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Nabi s.a.w.. jumlah rakaat paling banyak yang didirikan oleh baginda ketika bersembahyang malam ialah sebanyak tiga belas rakaat bersama witir. Manakala jumlah yang paling minima pala ialah tujuh rakaat (termasuk witir).¹⁴⁸
148 Riwayat al-Bukhari (3/27) dan Muslim (738) daripada Aisyah r.ha.. Antara tiga belas rakaat tersebut, termasuklah dua rakaat sembahyang sunat 'Isya'.
Satu perenam akhir iaitu ketika waktu sahur. Firman Allah Taala:
Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).
(Al-Zariyat: 18)
Dalam satu hadis ada menyebut sabda baginda s.a.w.:
Sesungguhnya bacaan al-Quran seseorang di akhir malam turut dihadiri dan disaksikan oleh para malaikat.¹⁴⁹
Thowus telah datang menemui seorang lelaki ketika waktu sahur. Lalu mereka berkata: Dia sedang tidur. Beliau berkata: Aku tidak pernah melihat seseorang yang tidur pada waktu sahur.
Apabila selesai sembahyang pada waktu sahur, dia hendaklah beristighfar kepada Allah. Diriwayatkan bahawa Ibnu Umar r.a. telah melakukan sedemikian.
Perbezaan Wirid Kerana Perbezaan Situasi
Ketahuilah bahawa orang yang berjalan menuju akhirat terdiri daripada salah satu enam golongan iaitu ahli ibadat, ahli ilmu, penuntut ilmu, pemimpin, orang yang berprofesyen atau orang yang tenggelam dalam kecintaannya kepada Allah sehingga meninggalkan perkara-perkara yang lain.
i- Ahli ibadat
Iaitu orang yang meninggalkan segala kesibukan dunia kerana menumpukan kepada ibadah. Dia berwirid dan beribadah dengan wirid-wirid dan ibadah sebagaimana yang telah disebutkan dahulu. Wirid yang dilakukannya juga berbeza-beza. Keadaan ahli ibadah di kalangan ulamak salaf adalah berbeza-beza. Antara mereka ada yang menghabiskan kebanyakan masanya dengan membaca al Quran sehingga dapat mengkhatamkannya sekali, dua atau tiga kali sehari. Ada yang memperbanyakkan tasbih, sembahyang ataupun tawaf di Baitullah..
Jika ditanya yang mana satukah antara wirid-wirid ini, yang lebih utama yang perlu dihabiskan lebih banyak waktu dengannya?
Jawapannya ialah membaca al-Quran dalam keadaan berdiri ketika sembahyang adalah paling utama kerana ia mencakupi semua perkara yang mulia. Walau bagaimanapun, mungkin sukar melakukannya secara berterusan. Oleh sebab itu, perkara yang afdal adalah bergantung kepada situasi setiap individu yang berbeza-beza. Tujuan wirid atau amalan tersebut ialah membersihkan hati dan menyucikannya. Seseorang itu hendaklah melihat apakah amalan yang benar-benar dapat memberikan kesan terhadap hatinya, maka itulah yang perlu dilakukannya secara berterusan. Apabila dirinya merasa jemu, dia boleh berpindah kepada amalan atau wirid yang lain.
Abu Sulaiman al-Darani berkata: Apabila kamu dapat merasa khusyuk ketika berdiri, jangan kamu terburu-buru rukuk. Apabila kamu khusyuk ketika rukuk, jangan pula kamu terburu-buru untuk bangkit daripadanya.
ii- Ahli ilmu
Iaitu satu golongan di mana orang ramai mengambil manfaat dari ilmunya sama ada melalui fatwa, pengajaran, karangan atau peringatan yang disampaikannya. Susunan atau tingkatan wirid nya adalah berbeza dengan ahli ibadat. Dia memerlukan masa untuk membaca dan mengulangkaji kitab-kitab, mengarang dan menyampaikan pengajaran. Sekiranya dia banyak menghabiskan masa dengan perkara tersebut, itu merupakan amalan yang paling afdal selepas solat fardu. Ilmu yang kami maksudkan sehingga mendahului ibadah-ibadah sunat yang lain ialah ilmu yang berorientasikan hari akhirat dan membantu jalan menuju ke sana sehingga merasa gemar kepadanya.
Ahli ilmu perlu membahagi-bahagikan masanya mengikut keutamaan. Ini kerana jiwa manusia tidak mampu bersabar jika masa dan perhatian ditumpukan kepada ilmu semata-mata. Oleh itu seharusnya dia mengkhususkan masa selepas subuh sehingga terbit matahari dengan berzikir dan berwirid sebagaimana yang telah kami sebutkan dahulu. Kemudian dia hendaklah melaksanakan peranan menyampaikan ilmu bermula terbit matahari sehingga ke waktu dhuha. Sekiranya tiada orang yang mahu belajar, dia dapat gunakan masa tersebut dengan berfikir dalam pelbagai ilmu.
Jiwa yang suci dengan berzikir sebelum mengerjakan urusan duniawi akan menjadikannya bijak dalam menyelesaikan pelbagai masaalah. Bermula dari waktu dhuha sehingga waktu asar, dia hendaklah memenuhkannya dengan mengarang dan mengulangkaji. Janganlah ditinggalkannya kecuali ketika waktu makan, bersuci, sembahyang fardu atau qailulah.
Bermula waktu asar sehingga cahaya matahari kelihatan kekuningan, masanya hendaklah dihabiskan dengan mendengar tafsir, hadis atau ilmu bermafaat yang dibacakan kepadanya. Kemudian dari waktu cahaya lembayung kuning sehingga tenggelam matahari hendaklah digunakan untuk beristighfar dan bertasbih.
Dengan itu, masa pertamanya digunakan untuk amalan lidah, masa kedua untuk amalan hati iaitu berfikir, masa ketiga dengan amalan mata dan tangan iaitu mengulangkaji dan mengarang. manakala masa keempat dengan amalan pendengaran untuk merehatkan mata dan tangan. Ini kerana mengulangkaji dan mengarang selepas asar mungkin boleh memudaratkan penglihatan.
Pada waktu malam pula, sebaik-baik pembahagian waktu ialah seperti yang dilakukan oleh as-Syafie r.hm.. Beliau telah membaha gikannya kepada tiga bahagian, iaitu satu pertiga pertama dengan menulis ilmu, yang kedua dengan sembahyang dan ketiga dengan tidur. Pada musim panas, mungkin kita tidak mampu melakukannya melainkan jika kebanyakan waktu tidur digantikan pada siang hari.
iii Penuntut ilmu
Sesungguhnya belajar itu lebih mulia daripada zikir dan sembahyang-sembahyang sunat yang lain. Jadual dan susunan wirid seorang penuntut ilmu adalah sama dengan ahli ilmu. Cuma pengisiannya sahaja kadang-kadang berbeza. Dia akan sibuk mengambil ilmu daripada orang lain ketika mana orang alim sibuk menyampaikan ilmu. Dis eibak dengan mencatat nota dan menyalin semula kitab ketika orang alt sibuk dengan mengarang. Bagi orang awam pula, mereka perlu menghadiri majlis-majlis zikir, ilmu dan tazkirah daripada mengisi kelapangan mereka dengan wirid-wirid yang disunatkan.
iv. Orang yang mempunyn jawatan atau kuasa (al-Wali)
Iaitu pemerintah, kadi atau orang yang dilantik memegang sesuatu tanggungjawab berkaitan orang Islam. Tugas mereka ialah memenuhi keperluan masyarakat Islam berdasarkan hukum syarak dengan hati yang ikhlas. Tugas ini sebenarnya lebih mulia daripada wirid-wirid atau zikir yang tersebut di atas. Ini kerana manfaat kerjanya secara umum turut dirasai kesannya oleh masyarakat. Oleh itu seharusnya dia membataskan ibadatnya pada siang hari dengan solat-solat fardhu, manakala waktu selebihnya dihabiskan dengan tugas dan tanggunggjawab tersebut. Mereka cukup dan memadai melakukan wirid-wirid pada malam hari.
Golongan pekerja
laitu orang yang bekerja dan berprofesyen untuk menyara hidup diri atau tanggungannya. Dalam keadaan ini dia tidak perlu menghabiskan masa dengan ibadah. Bahkan dia hendaklah bersungguh-sungguh dalam kerjanya di samping berzikir. Apabila dia memperolehi apa yang mencukupi keperluan hidupnya, dia hendaklah komitmen dengan wirid-wirid atau zikir sebagaimana yang telah disebutkan pembahagiannya di atas.
vi- Seseorang yang tenggelam dalam cintanya kepada Allah
Wiridnya selepas sembahyang yang difardukan ialah menghadirkan hati bersama Allah Taala. Ini kerana kehadiran hati itulah yang menggerakkannya untuk berwirid dengan wirid-wirid yang dikehendakinya.
Yang pasti, wirid tersebut seharusnya dilakukan secara berterusan. Ini kerana Nabi s.a.w. bersabda:
Amalan yang paling dikasihi Allah Taala ialah yang dilakukan secara berterusan sekalipun sedikit.¹⁵⁰
Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.ha. yang menceritakan bahawa amalan Nabi s.a.w. adalah seumpama hujan renyai-renyai yang turun berterusan.¹⁵¹
151 Riwayat al-Bukhari (4/206), Muslim (783), Ahmad (6/43 dan Abu Daud (370). Diumpamakan amalan Rasulullah s.a.w. yang berterusan dengan hujan renyai-renyai.
Qiamullail: Kelebihan dan Faktor Perangsang ke Arah Perlaksanaannya
Firman Allah Taala:
Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal amal soleh).
(Al-Sajadah: 16)
Nabi s.a.w. bersabda:
Hendaklah kamu melakukan qiamullail, sesungguhnya ia adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, suatu ibadah yang mendekatkan diri kepada Tuhan kamu, pengampunan terhadap kesalahan kamu dan pencegah dari melakukan dosa.¹⁵²
Terdapat banyak hadis menceritakan kelebihannya.
Al-Hasan al-Basrir.hm. berkata: Aku tidak dapati suatu ibadat yang lebih berat daripada sembahyang di pertengahan malam. Lalu beliau ditanya: Apakah yang menyebabkan wajah orang yang bertahajjud menjadi lebih bercahaya dan berseri daripada manusia lain? Beliau menjawab: Ini kerana mereka telah bersendirian dengan Allah yang bersifat pemurah lalu Dia memberikan cahaya-Nya kepada mereka.
Faktor-faktor Memudahkan Berqiamullail
Mengerjakan qiamullail adalah sukar untuk dilakukan kecuali orang yang diberi taufik oleh Allah melalui faktor-faktor yang mempermudahkannya. Faktor tersebut terbahagi kepada faktor luaran dan faktor dalaman.
Antara Faktor Luaran
Makan tidak terlalu banyak. Sebahagian ulamak berkata: Wahai orang yang mahukan kebaikan, jangan kamu banyak makan, lalu kamu akan minum banyak sehingga kamu banyak tidur seterusnya kamu sendiri yang akan kerugian.
ii. Tidak memenatkan dirinya dengan kerja-kerja berat pada siang hari.
iii. Tidak meninggalkan qailullah (tidur sebentar waktu tengahari), kerana ia dapat membantu untuk qiamullail.
iv. Menjauhi dosa-dosa. At-Thauri berkata: Aku telah terhalang daripada qiamullail selama lima bulan disebabkan satu dosa yang aku lakukan.
Antara Faktor Dalaman
i. Berlapang dada terhadap orang Islam serta mengosongkan hati daripada perkara bid'ah dan keseronokan dunia.
ii. Perasaan takut yang menguasai hati di samping pendek angan-angan.
iii. Mengetahui kelebihan qiamullail.
Namun begitu, dorongan yang paling utama ialah kecintaannya kepada Allah Taala dan kekuatan imannya. Ini kerana apabila dia bangun untuk beribadat, dia akan bermunajat kepada Tuhannya dalam keadaan meyakini bahawa Allah Taala hadir bersamanya serta melihatnya. Munajatnya dalam keadaan sebegitu akan menyebabkan dia berdiri lama.
Abu Sulaiman r.hm. berkata: Ahli ibadat pada malam hari akan merasai kelazatannya lebih dari kelazatan golongan lalai dengan kelalaian mereka. Kalaulah tidak kerana adanya malam, nescaya aku tidak suka tinggal di dunia ini.
Dalam kitab Sahih Muslim daripada Nabi s.a.w. sabdanya;
Sesungguhnya terdapat satu masa pada waktu malam, yang mana jika seseorang hamba meminta kebaikan daripada Allah pada waktu tersebut, Allah pasti akan memakbulkan permintaannya. Masa tersebut wujud pada setiap malam.¹⁵³
Peringkat-peringkat Menghidupkan Malam
Terdapat enam peringkat dalam menghidupkan malam. Peringkat-peringkat tersebut ialah:
i. Menghidupkan malam seluruhnya, sebagaimana diriwayatkan daripada segolongan ulamak salaf.
ii. Menghidupkan separuh malam. Ini juga diriwayatkan daripada sebahagian ulamak salaf. Jalan terbaik dalam keadaan ini ialah dia tidur satu pertiga pertama malam dan satu perenam akhirnya.
iii. Menghidupkan satu pertiga malam. Oleh itu seharusnya dia tidur pada separuh pertama malam dan satu perenam akhirnya. Ini adalah cara qiam Nabi Daud a.s.
Dalam kitab as-Sahihain menyebut:
Sembahyang yang paling disukai di sisi Allah ialah sembahyang Nabi Daud. Baginda tidur separuh pertama malam dan bangun menghidupkannya pada satu pertiga malam dan tidur pula pada satu perenam akhirnya.¹⁵⁴
Tidur pada akhir malam adalah baik kerana ia boleh menghilang kan rasa mengantuk pada waktu pagi dan mengurangkan kepucatan wajahnya.
iv. Menghidupkan satu perenam atau satu perlima malam. Lebih afdal jika waktu tersebut adalah pada separuh kedua malam. Sebahagian ulamak menyatakan bahawa yang paling afdal ialah satu perenam akhir malam.
v. Menghidupkan malam tanpa menurut ketetapan waktu seperti di atas disebabkan sukar untuk melakukannya. Terdapat dua cara bagi orang yang memilih martabat kelima ini. Iaitu:
a) Dia menghidupkannya pada awal malam sehingga dia terasa mengantuk. Kemudian dia tidur. Apabila bangun darinya dia menghidupkan pula malamnya. Apabila rasa mengantuk dia tidur pula. Ini adalah cara yang sangat membebankan dan in juga merupakan cara segolongan ulamak salaf. Dalam kitab as-Sahihain daripada hadis Anas r.a. katanya:
Apabila kami mahu melihat Rasulullah s.a.w. bersembah yang pada waktu malam, kami dapat melihatnya. Apabila kami mahu melihatnya dalam keadaan tidur, kami juga dapat melihatnya.¹⁵⁵
Saidina Umar r.a. pernah bersembahyang pada suatu malam selama yang dikehendaki Allah, sehingga apabila tiba penghujung malam, beliau membangunkan keluarganya dengan berkata: Sembahyang, sembahyang.
Berkata ad-Dhohhak: Aku mendapati beberapa kaum yang merasa malu kepada Allah Taala di waktu malam kerana terlalu lama tidur.
b) Dia tidur pada awal malam. Setelah tidur secukupnya, dia bangun dan menghidupkan baki malamnya.
Sufian at-Thauri berkata: Ia adalah tidur yang pertama. Setelah bangun darinya, dia tidak akan tidur lagi selepas itu.
vi. Menghidupkannya sekadar empat atau dua rakaat.
Telah diriwayatkan kepada kami daripada Nabi s.a.w.bahawa Baginda bersabda:
Sembahyanglah kamu pada waktu malam. Sembahyanglah empat rakaat, sembahyanglah dua rakaat.¹⁵⁶
Dalam kitab Sunan Abi Daud katanya, Rasulullah saw. bersabda:
Siapa yang bangun pada waktu malam dan membangunkan isterinya lalu kedua-duanya bersembahyang dua rakaat, pada malam tersebut nama mereka akan tercatat di kalangan lelaki dan perempuan yang banyak mengingati Allah.¹⁵⁷
Tolhah bin Musorrif pernah memerintahkan ahli keluarganya supaya bangun menghidupkan malam. Beliau berkata: Bersembahyanglah kamu dua rakaat. Sesungguhnya sembahyang di tengah malam akan menggugurkan dosa-dosa.
Ini adalah cara-cara pembahagian malam. Setiap individu perlu memilih manakah yang lebih mudah untuk dia melakukannya. Sekiranya dia sukar bangun pada waktu malam, dia tidak seharusnya meninggalkan ibadat pada waktu antara Maghrib dan Isya' serta waktu sahur, agar dia menjadi orang yang beribadat kepada Allah pada dua tepian malam (awal dan akhir). Ini adalah peringkat yang ketujuh.
Masalah Orang yang Sukar Bersuci pada Waktu Malam
Sesiapa yang sukar untuk bersuci dan bersembahyang pada waktu malam, dia hendaklah duduk menghadap ke arah kiblat dan berzikir kepada Allah serta berdoa sekadar mampu. Jika tidak mampu duduk, dia berdoa dalam keadaan mengiring..
Sesiapa yang mahu berwirid tetapi terlepas kerana mengantuk dan tertidur, dia boleh lakukannya selepas sembahyang duha. Perkara tersebut ada disebutkan dalam hadis.¹⁵⁸
158 Riwayat Muslim (747), Malik (1/200), at-Tirmizi (581) dan Abu Daud (1313) daripada Umar bin al-Khattab r.a..
Seseorang yang biasa bangun waktu malam berqiamullail hendaklah berwaspada dari meninggalkannya. Dalam kitab as Sahihain menyebut bahawa Rasulullah saw bersabda kepada Abdullah bin Amru r.a.:
Janganlah kamu menjadi seperti si fulan, di mana dahulu dia melakukan qiamullail kemudian meninggalkannya.¹⁵⁹
Malam dan Hari-hari yang Mempunyai Kelebihan
Terdapat lima belas malam yang mempunyai banyak keistimewaan dan kita dikehendaki menghidupkannya. Bagi seseorang yang mahukan kebaikan, dia tidak seharusnya cuai, leka dan lalai daripadanya. Jika seorang peniaga leka pada musim yang banyak keuntungan, bilakah lagi dia akan dapat untung?
Antara malam tersebut ialah tujuh malam di bulan Ramadhan. Pertama, malam ke tujuh belas iaitu malam di mana paginya itu tercetusnya peperangan Badar. Enam malam yang lain ialah malam malam ganjil pada sepuluh malam terakhir kerana pada salah satu daripadanya ialah Lailatul Qadar.
Manakala lapan malam yang lain ialah malam pertama bulan Muharram, malam hari asyura', malam pertama bulan Rejab, malam pertengahan Rejab, malam 27 Rejab iaitu malam Isra' Mikraj, malam pertengahan Sya'ban, malam hari Arafah dan malam kedua-dua hari raya¹⁶⁰. Terdapat beberapa jenis sembahyang bagi sebahagian malam tersebut tetapi tidak ada satu pun yang thabit.
160 Tiada dalam sunnah yang sahih menyentuh berkenaan menghidupkan malam-malam tersebut sebagaimana disebutkan oleh pengarang melainkan sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan.
Manakala hari-hari yang mempunyai kelebihan pula ialah sebanyak sembilan belas hari. Iaitu hari Arafah, hari Asyura', hari 27 Rejab¹⁶¹ iaitu hari pertama Jibril turun kepada Nabi s.a.w.¹⁶² hari 17 Ramadhan iaitu hari berlakunya peperangan badar, hari pertengahan Sya'ban, hari Jumaat, kedua-dua hari raya, hari-hari yang disebut al-Ayyam al-Maklumat (hari-hari yang dimaklumi) iaitu sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah dan al-Ayyam al Ma'dudat (hari-hari yang tertentu) iaitu hari-hari Tasyrik.
161 Al-Hafiz Ibnu Hajar telah memutuskan dalam kitab Tabyin al-'ajab fi-ma warada fi fadhl Rajab bahawa kenyataan itu adalah salah. Aku berkata: Bahkan yang betul ialah pada bulan Rabiul awwal. Lihat kitab Syarh Muslim (2/209) dan kitab Tobaqat Ibnu Sa'ad (1/213).
162 Lihat juga kitab Tabyin al-'Ajab.
Antara hari-hari yang mempunyai kelebihan dalam seminggu pula ialah hari Isnin dan Khamis serta hari-hari al-Bidh¹⁶³. Hari-hari tersebut mempunyai kelebihan yang besar sebagaimana disebutkan dalam fadilat berpuasa.
163 Iaitu hari yang ke 13, 14 dan 15 pada setiap bulan Qamariyyah.
Berakhirnya bab ini, maka berakhirlah bahagian ibadat. Kepada Allah jualah kita memohon taufik.
BAB 8
========================
Bahagian 2: Adat Kebiasaan
Bab 8: Adab-Adab Makan, Berkumpul, Menghadap Hidangan Dan Bertemu
Tajuk Mudarasah: Adab-Adab Sebelum Makan
Halaman Rujukan Kitab : 109
Nota Mudarasah:
Adab-adab makan merangkumi adab sebelum makan, ketika makan dan selepas makan.
Adab-adab Sebelum Makan
i. Membasuh kedua tangan sebagaimana disebutkan dalam hadis¹⁶⁴ kerana tangan tidak terlepas daripada kekotoran.
164 Dalam kitab Takhrij al-Ihya' (2/3), al-Hafiz al-'Iraqi telah memutuskan bahawa semua hadis yang menyebut mengenainya adalah daif.
ii. Meletakkan makanan di atas kain hamparan (safrah) yang dihampar di atas lantai. Ia lebih dekat dengan perbuatan Rasulullah s.a.w. berbanding di atas meja makan¹⁶⁵. Ia juga lebih dekat kepada sifat tawaduk.
165 Lihat kitab Mukhtasar as-Syamail Muhammadiyyah lit-Tirmizi, karangan Syeikh al-Albani.
iii. Duduk di atas kain hamparan dalam keadaan menegakkan kaki kanannya dan duduk di atas kaki kirinya.
iv. Makan dengan niat supaya menjadi kuat dan bertenaga untuk mentaati Allah Taala dan bukan dengan tujuan mengecapi nikmat semata-mata. Tanda niat tersebut betul ialah apabila dia makan sekadar yang diperlukan sahaja bukan sehingga kenyang. Nabi s.a.w bersabda:
مَا مَلأَ آدَمِيٌّ وِعَاءَ شَرًّا مِنْ بَطْنٍ حَسْبُ الآدَمِيِّ أُكُلَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ فَإِنْ كَانَ لَا مَحَالَةَ فَثُلُثٌ لِطَّعَامِهِ وَثُلُثٌ لِشَّرَابِهِ وِثُلُثٌ لِنَّفَسِهِ
Seburuk-buruk bekas yang dipenuhkan oleh anak Adam ialah perutnya. Cukuplah bagi anak Adam dengan beberapa suapan yang boleh menegakkan tulang belakangnya. Sekiranya tidak mungkin, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk nafasnya.¹⁶⁶
166 Riwayat at-Tirmizi (2381), Ahmad (4/132), Ibnu Majah (3349), al-Baghawi (4048), Ibnu Hibban (1349:al-Mawarid), Ibnu al-Mubarak dalam az-Zuhd (603), at-Tobrani dalam kitab al-Kabir (20/272-273) dan al-Hakim (4/121) dengan sanad yang sahih.
Bukti adanya niat seumpama itu ialah dia tidak menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan melainkan ketika lapar sahaja dan dia akan berhenti makan sebelum kenyang. Sesiapa yang berbuat demikian, dia hampir-hampir tidak memerlukan doktor lagi (jauh dari penyakit). Di samping itu dia hendaklah reda dengan rezeki yang ada dan tidak menghina rezeki yang sedikit serta berusaha bersungguh-sungguh untuk makan beramai-ramai walaupun bersama keluarga dan anaknya.
Adab-adab Ketika Makan
i. Bermula dengan membaca 'bismillah' dan berakhir dengan memuji Allah Taala.
ii. Makan menggunakan tangan kanan, mengecilkan suapan dan mengunyahnya dengan baik.
iii. Tidak menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan yang lain sehingga dia menelan makanan daripada suapan sebelumnya terlebih dahulu.
iv. Tidak mencerca makanan.
v. Makan makanan yang berhampiran dengannya melainkan jika ia terdiri daripada pelbagai jenis makanan seperti buah-buahan.
vi. Makan dengan menggunakan tiga jari dan sekiranya ada yang jatuh, hendaklah dia mengambilnya.
vii. Tidak meniup pada makanan yang panas, tidak menghimpunkan buah tamar dengan biji atau butir daripada buah buahan lain yang telah di makan ke dalam satu bekas dan tidak mengumpulkannya pada tapak tangannya. Bahkan butir daripada buah-buahan yang dimakannya itu, hendaklah dikeluarkan dari mulutnya dengan meletakkannya di atas belakang tapak tangannya, kemudian dibuangkannya. Begitu juga buah-buahan lain yang berbiji dan seumpamanya.
viii. Tidak meminum air ketika makan kerana ia lebih baik untuk kesihatan. Antara adab minum ialah memegang bekasnya dengan tangan kanan, melihat ke dalamnya sebelum minum dan meminumnya (menghisapnya) sedikit demi sedikit bukan dengan tegukan. Diriwayatkan daripada Ali r.a. katanya: Minumlah (dengan menghisapnya) sedikit demi sedikit dan jangan kamu meneguknya dengan satu tegukan sekaligus. Sesungguhnya sakit yang menimpa hati berpunca dari minum air secara meneguk.
Antara adabnya juga ialah tidak minum dalam keadaan berdiri, dan minum dengan tiga kali bernafas.
Dalam hadis as-Sahihain menyebut bahawa Nabi s.a.w. bernafas pada bekas minumnya sebanyak tiga kali.¹⁶⁷
167 Riwayat al-Bukhari (10/81), Muslim (2028), at-Tirmizi (1885) dan Abu Daud (3727) daripada Anas r.a..
Yang dimaksudkan dengan Nabi s.a.w. bernafas ketika minum ialah baginda menjauhkan bekas minumnya daripada mulutnya terlebih dahulu kemudian baru bernafas. Bukan dengan maksud baginda bernafas dalam bekas tersebut.
Adab-adab Selepas Makan
i. Berhenti sebelum kenyang.
ii. Menjilat jari-jarinya serta menyapu bekas makanannya (sehingga tidak membazirkan makanan).
iii. Mengucapkan pujian kepada Allah. Dalam satu hadis daripada Nabi s.a.w. sabdanya:
إِنَّ اللهَ لَيَرْضَى عَنِ الْعَبْدِ أَنْ يَأْكُلَ الأَكْلَةَ فَيَحْمَدَهُ عَلَيْهَا أَوْ يَشْرَبَ الشَّرْبَةَ فَيَحْمَدَهُ عَلَيْهَا
Sesungguhnya Allah meredai seseorang hamba apabila dia makan, dia memuji-Nya dan apabila dia minum, lalu dia juga memuji-Nya.¹⁶⁸
168 Riwayat Muslim (2734) dan at-Tirmizi (1817) daripada Anas r.a..
iv. Membasuh kedua tangannya dari bauan makanannya.
Adab-adab Tambahan Ketika Berhimpun dan Berkongsi Makan
Antaranya ialah:
Memulakan makan selepas ia dimulakan oleh orang lain yang lebih berhak untuk memulakannya kerana faktor usia yang lebih tua atau kerana memiliki kelebihan. Melainkan sekiranya dia sendiri merupakan ketua masyarakat.
ii. Tidak makan dalam keadaan diam, bahkan hendaklah bercakap mengenai perkara makruf atau menceritakan kisah orang soleh dalam permakanan mereka atau lainnya.¹⁶⁹
169 Yang lebih betul pada mana-mana keadaan ialah sebagaimana sabda Rasulullah saw. yang bermaksud: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, dia hendaklah bercakap baik atau diam sahaja. Riwayat Muslim (48) daripada Abu Syuraih ra..
iii. Masing-masing harus berusaha mementingkan sahabatnya daripada dirinya dan tidaklah pula sehingga sahabatnya terpaksa menjemputnya makan dengan berkata: "Makanlah!". Bahkan hendaklah makan dalam keadaan biasa bukannya buat-buat kenyang dan tidak mahu makan.
iv. Tidak memandang kepada sahabat-sahabatnya yang sedang makan supaya mereka tidak merasa malu.
v. Jangan melakukan sesuatu yang menjijikkan orang lain ketika makan bersama. Jangan mengibas-ngibaskan tangannya dalam talam dan jangan menghulurkan kepalanya ke talam ketika menyuapkan makanan ke mulutnya. Jika mahu keluarkan dan buang sesuatu dari mulutnya, dia hendaklah memalingkan mukanya daripada makanan dan mengambilnya dengan tangan kiri. Jangan celupkan suapan makanan yang berlemak ke dalam cuka dan cuka ke dalam makanan berlemak. Perbuatan tersebut kadang-kadang tidak disukai oleh orang lain. Begitu juga jangan mencelupkan baki makanan yang telah dimakannya ke dalam kuah.
Amalan Memberi Makan kepada Sahabat-sahabat
Sunat memberi makan kepada sahabat yang lain. Diriwa yatkan daripada Ali r.a. katanya: Aku lebih suka mengumpulkan sahabatku untuk sama-sama makan segantang makanan, daripada membebaskan seorang hamba.
Khaithamah r.hm. pernah membuat sejenis kuih Khabis (campuran tamar dan keju) dan makanan yang enak-enak. Beliau menjemput Ibrahim dan al-A'masy seraya berkata: Makanlah. Aku membuatnya khas untuk kamu semua.
Hendaklah dia menghidang apa yang ada tanpa berlebihan lebihan. Dia tidak perlu meminta izin dari mereka untuk meng hidangkan makanan. Antara tanda berlebih-lebihan ialah menyediakan semua apa yang dimilikinya.
Adab seorang yang berziarah pula ialah tidak mencadang kan makanan tertentu yang perlu dihidangkan oleh tuan rumah. Sekiranya diberi pilih antara dua jenis makanan, dia hendaklah memilih yang lebih memudahkan. Dia boleh mengemukakan cadangan sekiranya dia mengetahui bahawa tuan rumah gembira dan mampu menyediakannya.
Imam Syafie r.hm. pernah singgah di rumah az-Za'farani. Pada setiap hari az-Za'farani akan menulis pada sehelai kertas mengenai apa yang perlu dimasak yang terdiri daripada pelbagai jenis masakan. Kemudian beliau menyerahkannya kepada hamba perempuannya untuk disediakan. Imam Syafie lalu mengambil kertas tersebut dan menambah sejenis makanan lain dalam senarai makanan tersebut. Apabila az-Za'farani mengetahuinya, beliau sangat gembira.
Jangan Masuk Ke Satu Tempat yang Terdapat Satu Kumpulan Sedang Makan
Seseorang itu tidak seharusnya masuk ke satu tempat jika dia mengetahui di situ ada kumpulan yang sedang makan. Sekiranya dia terserempak secara kebetulan, lalu mereka mengajaknya makan bersama, hendaklah dia selidiki sama ada ajakan itu kerana mereka segan kepadanya atau sebab-sebab yang lain. Jika mereka menjemputnya kerana rasa malu dan segan, dia hendaklah menolak dengan cara baik. Jika ajakan tersebut kerana mereka sememangnya sangat suka sekiranya dia makan bersama, dia hendaklah menerima dan makan bersama mereka.
Sesiapa yang masuk ke rumah kawannya ketika dia tiada di situ, dia harus makan makanan yang ada jika dia tahu kawannya itu pasti gembira apabila mengetahuinya.
Adab-adab Menerima Tetamu
Antara adab-adab menerima tetamu (menjadi tuan rumah) ialah:
i. Menjemput orang yang bertakwa untuk menjadi tetamu, bukannya orang yang fasik. Sebahagian ulamak salaf berkata: Hendaklah kamu makan makanan orang yang bertakwa dan hendaklah orang yang bertakwa sahaja yang memakan makanan kamu.¹⁷⁰
170 Diriwayatkan secara marfu' daripada hadis Abu Said al-Khudri ra.. Riwayat Abu Daud (4832), at-Tirmizi (2397) dan Ibnu Hibban (2049 mawarid) dengan sanad hasan.
ii. Lebih mengutamakan fakir miskin daripada orang kaya.
iii. Tidak seharusnya mengabaikan kaum kerabatnya dalam melayani mereka sebagai tetamunya. Pengabaian tersebut boleh merenggang dan memutuskan hubungan silaturrahim.
iv. Hendaklah mengambil kira tertib atau susunan jemputan di kalangan rakan dan kenalan.
v. Jemputan dibuat bukan dengan tujuan berbangga-bangga dan bermegah-megah tetapi kerana mengikut sunnah yang menganjurkan supaya memberi makan agar dapat mendekatkan hati sesama muslim dan menggembirakan hati orang beriman.
vi. Jangan menjemput seseorang yang dia tahu bahawa dia berkeberatan untuk menerimanya ataupun seseorang yang boleh menyebabkan dirinya tidak tenang dan sakit hati disebabkan hadirin yang lain dengan sebab-sebab tertentu.
Adab-adab Menyahut Jemputan
Antara adab-adab menyahut jemputan ialah:
i. Jika jemputan untuk menghadiri majlis kenduri hari perkahwinan, wajib dia menyahut dan menghadirinya. Jika jemputan yang lain, hukum menyahutnya adalah harus. Kemudian tidak seharusnya menerima jemputan golongan kaya sahaja sebaliknya menolak jemputan orang miskin.
ii. Jangan menolak sesuatu jemputan semata-mata kerana puasa (sunat). Hendaklah dia menghadirinya. Jika dia berpuasa sunat dan dia tahu jika dia berbuka akan menggembirakan saudaranya yang muslim, dia hendaklah berbuka.
iii. Sekiranya makanan yang disediakan itu haram, dia hendaklah menolak jemputan tersebut. Demikian juga jika majlis tersebut mempunyai perkara-perkara yang haram seperti hamparan-hamparan, bekas-bekas, seruling atau gambar yang diharamkan. Dia juga hendaklah menolak jemputan orang yang zalim, fasik, ahli bid'ah atau seseorang yang hanya ingin bermegah-megah.
iv. Menyahut dan menghadiri jemputan bukanlah kerana mahu makan tetapi hendaklah berniat kerana mengikut sunnah, memuliakan saudaranya yang beriman serta mengelakkan dirinya daripada disangka buruk oleh orang lain. Boleh jadi orang akan berkata "dia ini seorang yang sombong", jika dia menolak jemputan tersebut.
v. Hendaklah bersifat tawaduk ketika berada dalam majlis dan jangan duduk terkehadapan (untuk menonjolkan dirinya). Jika tuan rumah memberikan satu tempat untuknya, jangan pula dia melampauinya.
vi. Jangan selalu memandang-mandang ke arah datangnya makanan kerana ia menggambarkan sikap pelahapnya.
Adab-adab Menyediakan Makanan
Terdapat lima adab menyediakan makanan:
i. Menyegerakan hidangan kerana memuliakan tetamu.
ii. Menyediakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makanan lain. Ia sangat baik dari segi perubatan. Firman Allah Taala:
َفَـٰكِهَةٍۢ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ . وَلَحْمِ طَيْرٍۢ مِّمَّا يَشْتَهُونَ
Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih, serta daging burung dari jenis jenis yang mereka ingini.
Kemudian makanan yang paling baik selepas buah-buahan ialah daging khususnya yang dipanggang kemudiannya roti dan seterusnya manisan. Kemudian diakhiri dengan meminum air sejuk. Kemudian dicurahkan air untuk membasuh tangannya.
iii. Menghidangkan semua jenis makanan yang ada.
iv. Tidak terburu-buru untuk mengangkat hidangan bahkan hendaklah menunggu sehingga tetamu selesai makan terlebih dahulu.
v. Menyediakan makanan dengan kadar yang mencukupi. Jangan terlalu sedikit sehingga tidak mencukupi kerana ia boleh menjejaskan maruah.
Dia juga sepatutnya telah memperuntukkan dan mengasingkan sebahagian makanan untuk ahli keluarganya sebelum dihidangkan kepada tetamu. Apabila tetamu mahu beredar, sunat kepadanya berjalan mengiringinya hingga ke pintu rumah. Ini adalah satu cara memuliakan tetamu. Antara kesempurnaan dalam memuliakan tetamu ialah sentiasa berwajah ceria dan senyum, bercakap dengan baik ketika masuk dan keluar serta semasa hidangan.
Bagi tetamu pula, dia hendaklah keluar dalam keadaan jiwa yang lapang dan tenang sekalipun berlaku kecuaian dari pihak tuan rumah dalam memenuhi dan menunaikan haknya. Ini adalah tanda kemuliaan akhlak dan sifat tawaduk dirinya. Dia hendaklah keluar dari rumah dengan reda dan keizinan dari tuan rumah serta menjaga hatinya sepanjang dia bertamu.
========================
BAB 9

(Al-Waqi'ah: 21-22)

Bab 9: Perkahwinan: Adab-Adab Dan Yang Berkaitan Dengannya
Tajuk Mudarasah: Mukaddimah
Halaman Rujukan Kitab : 117
Nota Mudarasah:
Ulamak bersepakat bahawa hukum berkahwin adalah sunat¹⁷¹. la mempunyai banyak kelebihan dan faedah.
171 Bahkan sebahagian mereka berpendapat hukumnya adalah wajib. Ini berdalilkan kepada sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: Wahai sekelian orang muda, sesiapa di kalangan kamu yang berkemampuan, hendaklah dia berkahwin - Hadis riwayat al-Bukhari (4/106), Muslim (1400), Abu Daud (2046), at-Tirmizi (1081) dan an-Nasaie (4/169) daripada Ibnu Mas'ud r.a.. Mereka berkata: Ini adalah perintah. Dan perintah membawa makna wajib kecuali ada dalil lain yang menyatakan ia tidak bermaksud demikian. Dan di sini tidak ada dalil sedemikian. Oleh itu ia kekal dengan hukum wajib.
Antara faedahnya ialah:
i. Anak. Tujuan perkahwinan ialah mengekalkan keturunan. Sesiapa yang melakukannya, dia akan memperolehi cinta Allah kerana berusaha mengekalkan keturunan manusia. Dia juga akan memperolehi cinta Rasulullah s.a.w. kerana dapat meramaikan umat baginda yang menyebabkan baginda berbangga dengannya kelak. Melalui anak, dia boleh mengharapkan keberkatan doa anak yang soleh atau syafaat sekiranya dia mati semasa kecilnya.
ii. Dapat memelihara diri dari godaan syaitan dengan menolak segala kehendak dan dorongan nafsu. Ia dapat menenangkan jiwa dan menjinakkannya melalui pergaulan dengan isteri.
iii. Dapat menenangkan hati dari memikirkan tentang urusan rumah dan kerja-kerja yang membebankannya seperti memasak, menyapu, membersih bekas-bekas dan menyedia kan keperluan hidup. Jika berseorangan, sudah tentu sese orang itu sukar untuk melakukannya. Jika dia mengurus kerja-kerja rumah tersebut, dia akan menghabiskan banyak masanya di situ dan tidak berpeluang untuk mencari ilmu dan mengerjakan amalan. Jesteru, isteri solehah akan dapat membantunya dalam perkara agama dengan melakukan kerja kerja tersebut. Ini kerana jika perkara-perkara tersebut tidak dapat dilakukan dengan sempurna, ia pasti mengganggu dan meresahkan hati.
iv. Membantunya bermujahadah melawan nafsu dan melatihnya dengan sifat tanggungjawab dan kepimpinan. Begitu juga mendidiknya dalam menunaikan hak-hak ahli keluarga serta bersifat sabar dalam menghadapi tingkah laku dan kerenah mereka yang menyakitkan. Di samping itu, dia berusaha memperbaiki dan membimbing mereka ke jalan agama, berkerja bersungguh-sungguh mencari rezeki halal untuk mereka dan bertanggungjawab mendidik anak-anak. Semua perkara tersebut mengandungi kelebihan yang sangat besar. Ini kerana ia adalah tanggungjawab dan tugas kepimpinan. Orang yang bimbang berlaku kecuaian dalam melaksanakan tanggungjawabnya sudah pasti akan bersikap berhati-hati dan mengambil berat terhadapnya. Ketahanan menghadapi penderitaan dan bersabar kerana mendidik keluarga dan anak adalah sama kedudukannya dengan jihad pada jalan Allah Taala.
Muslim meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., sabdanya:
دِينَارٌ أًنْفَقْتَهُ فِي سَبِيلِ اللهِ وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي رَقَبَةٍ وَدِينَارٌ تَصَدَّقْتَ بِهِ عَلَى مِسْكِينٍ وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ أَفْضَلُهَا الَّذِي أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ
Antara dinar yang kamu belanjakannya pada jalan Allah, dinar yang kamu belanjakan untuk membebaskan hamba, dinar yang kamu sedekahkan kepada orang miskin dan dinar yang kamu belanjakannya untuk keluargamu, maka yang paling afdal ialah dinar yang kamu belanjakan untuk keluarga kamu.¹⁷²
172 Riwayat Muslim (995) daripada Abu Hurairah r.a.
Penyakit-penyakit Perkahwinan
Terdapat beberapa penyakit dalam perkahwinan sepertimana berikut:
i. Tidak mampu mencari rezeki yang halal. Ia akan merumitkan keadaan dan mungkin menyebabkan seseorang yang berkahwin mengambil sesuatu yang bukan haknya.
ii. Cuai dalam menunaikan hak-hak isteri serta tidak sabar dengan perangai dan kerenah mereka yang menyakitkan. Ini suatu perkara yang sangat merbahaya kerana seorang suami adalah pemimpin dan dia akan dipertanggungjawabkan terhadap kepimpinannya.
iii. Apabila isteri dan anak-anak melalaikannya dari berzikir kepada Allah Taala. Justeru, siang dan malamnya dihabiskan dengan berseronok bersama mereka. Hatinya tidak dapat meluangkan masa untuk berfikir dan beramal untuk hari akhirat.
Inilah himpunan faedah dan juga penyakit perkahwinan. Untuk menentukan sama ada seseorang itu lebih baik berkahwin atau tidak, dia perlu mencerminkan dirinya dengan faedah dan penyakit ini. Ia bergantung kepada setiap individu. Sekiranya penyakit tersebut tiada bahkan akan lahir faedah-faedah dalam dirinya seperti memiliki sumber harta yang halal, berakhlak mulia dan pada waktu yang sama dia adalah pemuda yang berhajat untuk meredakan runtunan nafsu syahwat serta memerlukan orang yang membantunya menguruskan rumah tangga, tidak syak lagi bahawa ketika itu berkahwin adalah lebih afdal kepadanya. Sekiranya faedah-faedah ini tiada bahkan boleh menimbulkan pelbagai penyakit pula, maka membujang adalah lebih afdal. Persoalan ini khas kepada seseorang yang tidak berhajat berkahwin. Jika dia berhajat, dia mestilah berkahwin.
Pergaulan yang Baik
Untuk mendapatkan pergaulan yang baik, seseorang calon isteri itu hendaklah memiliki beberapa ciri berikut:
i. Agama. Ini adalah perkara yang paling asas kerana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
Hendaklah kamu memilih perempuan yang beragama (berpegang dengan ajaran agamanya).¹⁷³
173 Riwayat Muslim (715) daripada Jabir r.a. dan selainnya dalam hadis sahihain daripada Abu Hurairah r.a.
Sekiranya dia tidak mempunyai asas agama yang kuat, dia akan merosakkan agama suaminya bahkan boleh membebankan si suami. Apatah lagi sekiranya isteri terlalu kuat cemburu, sudah pasti menimbulkan kekacauan dan mengeruhkan suasana kehidupan.
ii. Berakhlak mulia. Ini kerana akhlak yang buruk lebih banyak mendatangkan mudarat daripada manfaat.
iii. Tubuh badan yang menarik. Ini juga dituntut kerana ia dapat mengukuhkan perkahwinan. Oleh itu syarak memerintahkan supaya melihat perempuan yang ingin dipinang. Sesetengah golongan, mereka tidak melihat kepada kecantikan kerana mereka berkahwin bukan untuk berseronok. Diriwayatkan bahawa Imam Ahmad r.hm. telah memilih seorang perempuan yang juling matanya walaupun perempuan tersebut mempunyai saudarinya yang lebih cantik. Walau bagaimanapun, fenomena ini jarang berlaku kerana kehendak naluri manusia adalah sebaliknya.
iv. Mahar yang sederhana. Sa'id bin al-Musayyib telah mengah winkan anak perempuannya dengan mahar hanya dua dirham. Umar r.a. pernah berkata: Janganlah kamu berlebih-lebihan atau keterlaluan dalam masalah mahar perempuan.
Sebagaimana makruh pihak perempuan melampau dalam menentukan kadar maharnya, demikianlah juga pihak lelaki makruh bertanya tentang harta yang dimiliki pihak perempuan.
At-Thauri berkata: Apabila seorang lelaki berkahwin dan berkata: Manakah harta yang menjadi milik orang perempuan?, ketahuilah dia adalah pencuri.
Dara. Syarak menuntutnya kerana ia akan menyuburkan perasaan cinta. Kemanjaannya terhadap suami adalah lebih kuat berbanding dengan seorang janda. Hasilnya akan termeterailah kasih sayang. Naluri manusia secara semulajadinya akan merasa lebih mesra dengan orang yang baru kali pertama mahu berjinak dan bermesra. Kasih sayang suaminya kepadanya akan menjadi lebih sempurna kerana naluri kebanyakan manusia tidak menginginkan wanita yang sudah disentuh oleh orang lain.
vi. Wanita yang subur.
vii. Keturunan, iaitu dari keluarga yang beragama dan baik.
viii. Dia seorang yang asing.¹⁷⁴
174 laitu bukan dari lingkungan kaum keluarga atau kerabat sendiri-pent.
Jika lelaki disuruh melihat perempuan yang ingin dipinangnya, wali pihak perempuan pula dituntut agar melihat aspek keagamaan, akhlak dan keadaan lelaki yang meminang. Ini kerana dengan perkahwinan, wanita akan dimiliki dan dikawal oleh suami, Sekiranya si wali mengahwinkan anaknya dengan suami yang fasik atau ahli bid'ah, dia telah melakukan satu kesalahan yang besar terhadap anak perempuannya dan juga ke atas dirinya sendiri.
Seorang lelaki telah berkata kepada al-Hassan: Orang yang macam manakah patut aku kahwinkan dengan anak perempuanku? Beliau menjawab: Orang yang bertakwa kepada Allah. Jika dia menyayangi isterinya dia akan memuliakannya tetapi jika dia memarahinya dia tidak akan menzaliminya.
Tanggungjawab Suami Isteri
Tanggungjawab Suami
Seorang suami hendaklah menjaga kesederhanaan dan adab adab dalam dua belas perkara:
i. Mengadakan walimah. Hukumnya adalah sunat.
ii. Berakhlak mulia ketika bersama isteri dan bersabar menghadapi kerenahnya yang lahir dari kelemahan akalnya. Dalam satu hadis sahih menyebut:
وَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا | فَإِنَّهُنَّ خُلِقْنَ مِنْ ضِلَعٍ وَإِنَّ أَعْوَجَ شَيْءٍ فِي اَلضِّلَعِ أَعْلَاهُ فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيمَهُ كَسَرْتَهُ وَإِنْ تَرَكْتَهُ لَمْ يَزَلْ أَعْوَجَ | فَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا
Bergaullah dengan baik terhadap golongan wanita (para isteri). Mereka itu dijadikan daripada tulang rusuk dan tulang rusuk yang paling bengkok ialah di bahagian paling atas. Sekiranya kamu membetulkannya ia akan patah. Sekiranya kamu membiarkannya ia terus menerus dalam keadaan bengkok. Oleh itu bergaullah dengan baik terhadap mereka.¹⁷⁵
175 Riwayat al-Bukhari (5/218), Muslim (1468) dan at-Tirmizi (1188).
Ketahuilah bahawa berakhlak mulia terhadap isteri bukan hanya dengan tidak menyakitinya bahkan bersabar menghadapi segala kerenahnya yang menyakiti hatimu serta bersikap lemah lembut ketika dia dalam keadaan tidak sedar dan marah. Contohilah Rasulullah s.a.w.. Dalam hadis sahih, Umar r.a. meriwayatkan bahawa isteri-isteri Nabi s.a.w. pernah menuntut sesuatu daripada baginda dan salah seorang daripada mereka pernah meninggalkan baginda selama sehari semalam. Hadis ini adalah hadis yang masyhur.¹⁷⁶
176 Riwayat al-Bukhari (9/278), Muslim (1479), at-Tirmizi (3315) dan an-Nasaie (4/137) daripada Umar r.a..
iii. Bermain-main dan bersenda gurau dengannya. Rasulullah s.a.w. pernah berlumba dengan Aisyah r.ha.¹⁷⁷. Baginda juga sentiasa bergurau-senda dengan isteri-isterinya¹⁷⁸. Sabda baginda kepada Jabir r.a.:
177 Riwayat Abu Daud (2578) dan Ibnu Majah (1979) dengan sanad yang sahih.
178 Dalam kitab al-Ihya' (2/44) menyebut: Baginda adalah orang paling banyak bergurau ketika bersama dengan isteri-isterinya. Al-Iraqi berkata: Riwayat al-Hasan bin Sufian dalam kitab Musnadnya daripada hadis Anas r.a. tanpa menyebut: bersama dengan isteri-isterinya. Riwayat al-Bazzar dan at-Tobrani dalam kitab as-Soghir dan al-Ausot menyebut: Ketika bersama kanak-kanak. Dan pada sanadnya terdapat Ibnu Luhai ah.
هَلَّا بِكْرًا تُلَاعِبُهَا وَتُلَاعِبُكَ
Bukankah lebih baik (jika kamu pilih) anak dara yang mana kamu boleh bermain-main dan bermanja dengannya dan dia juga bermain-main dan bermanja dengan kamu.¹⁷⁹
179 Riwayat al-Bukhari (9/104) dan Muslim (715).
iv. Hendaklah senda gurau tersebut berlaku secara sederhana dan pada kadar yang sewajarnya. Jangan keterlaluan sehingga boleh menghilangkan kehebatannya di mata isteri. Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab r.a. bahawa beliau telah memarahi sebahagian daripada pegawai-pegawainya. Lalu isterinya berkata: Wahai Amirul Mukminin, apakah kesalahan yang kamu dapati padanya? Jawab Umar: Wahai musuh Allah, apa kena-mengenanya kamu dengan orang ini? Kamu cuma alat permainan yang akan ditinggalkan selepas digunakan.¹⁸⁰
180 Terdapat perbincangan di kalangan ulamak sama ada riwayat ini thabit atau tidak. Sekiranya thabit, maka perkataan ((wahai musuh Allah)) itu sebenarnya adalah satu ungkapan kebiasaan orang arab yang tidak bermaksud apa-apa. Ia tidak bermaksud sebagaimana makna zahirnya.
v. Sederhana dalam cemburu iaitu tidak sampai mengabaikan perkara-perkara prinsip dan tidak pula berlebih-lebihan sehingga berburuk sangka. Sesungguhnya Nabi s.a.w telah melarang seorang suami pulang secara mengejut pada waktu malam tanpa memaklumkan kepada isterinya terlebih dahulu.¹⁸¹
181 Riwayat al-Bukhari (9/296), Muslim (715), Abu Daud (2776) dan at-Tirmizi (1172) daripada Jabir r.a..
vi. Bersederhana dalam memberi nafkah. Tidak terlalu boros dan tidak pula terlalu kedekut. Seseorang suami tidak seharusnya mementingkan dirinya sendiri ketika menikmati makanan yang baik dan enak tanpa mengajak ahli keluarganya menikmatinya bersama. Ini kerana ia boleh menyakiti hati mereka.
vii. Seorang suami hendaklah mempelajari hukum-hakam yang berkait dengan masalah haid. Melalui ilmu tersebut dia mengetahui bagaimana bentuk pergaulan dengan isteri yang berada dalam keadaan haid. Suami juga bertanggungjawab mengajar akidah yang betul kepada isterinya dan menghilangkan sebarang bentuk bid'ah dari bersarang di lubuk hatinya. Begitu juga hukum-hakam berkenaan dengan sembahyang, haid dan istihadhah. Contohnya: masalah jika darah haid perempuan berhenti sebelum masuk waktu Maghrib sekadar tempoh satu rakaat, dia hendaklah mengqadakan sembahyang Asar dan juga Zohor. Begitu juga jika haidnya berhenti sekadar tempoh satu rakaat sebelum Subuh, dia hendaklah mengqadakan sembahyang Isya' dan Maghrib. Kebanyakan wanita tidak mengambil berat dalam hal ini.¹⁸²
182 Terdapat perbincangan terperinci di kalangan ulamak mengenainya. Sila rujuk kitab-kitab fekah.
viii. Apabila seorang suami mempunyai beberapa orang isteri, dia hendaklah berlaku adil antara mereka. Adil dalam giliran bermalam dan pemberian nafkah. Bukannya dalam masalah kasih sayang dan persetubuhan. Ini kerana perkara tersebut adalah diluar kawalan dan kemampuannya. Sekiranya mahu membawa salah seorang daripada mereka untuk menemaninya ketika musafir, dia hendaklah membuat undian. Sesiapa yang memenangi undian tersebut, dialah yang akan menemaninya.
ix. Nusyuz. Sekiranya isteri nusyuz, suami hendaklah mem bimbing, mengajar serta memaksanya supaya taat. Walau bagaimanapun, ia hendaklah dilakukan secara peringkat-peringkat, didahului dengan nasihat dan amaran. Sekira nya tidak berubah, dia boleh memulaunya dari tempat tidur dengan cara membelakangkan isterinya ketika tidur atau tidur di tempat berasingan. Begitu juga memulaunya daripada bercakap dalam tempoh kurang daripada tiga hari. Sekiranya tidak berkesan, dia hendaklah memukulnya dengan pukulan yang tidak melukakan. Iaitu jangan menyebabkan badannya berdarah atau memukul mukanya..
Adab-adab ketika jimak. Sunat memulakannya dengan membaca bismillah dan berpaling dari arah kiblat. Dia hendaklah menutup diri dan isterinya dengan selimut agar tidak berjimak dalam keadaan bertelanjang. Dimulakan dengan senda gurauan, pelukan dan ciuman. Sebahagian ulamak menggalakkannya pada hari Jumaat. Apabila suami telah merasa puas, dia hendaklah menunggu sehingga isterinya juga merasa puas kerana kepuasan si isteri mungkin sedikit terlewat.
Seseorang isteri yang berada dalam keadaan haid hendaklah memakai kain sarung yang menutupi antara dua punggung sehingga kedua lututnya ketika suami mahu berseronok dengannya. Suami tidak harus menyetubuhi isterinya dalam keadaan haid ataupun pada duburnya. Sesiapa yang mahu menyetubuhi isterinya buat kali kedua, dia hendaklah membasuh kemaluannya terlebih dahulu dan berwuduk.
Antara adab ketika berjunub ialah tidak mencukur rambut atau bulu dan tidak memotong kukunya serta mengeluarkan darah. Manakala al-azl iaitu memancutkan mani di luar rahim (tidak ke dalam rahim isteri) adalah perkara harus yang makruh. xi. Adab-adab bersalin. Terdapat enam perkara iaitu:
a) Tidak terlalu bergembira mendapat anak lelaki dan bersedih jika mendapat anak perempuan. Ini kerana dia tidak tahu mana satukah yang lebih baik kepadanya.
b) Melaungkan azan pada telinga anak setelah dilahirkan.¹⁸³
183 Sunat melaungkan azan pada telinga kanan anak yang baru dilahirkan dan iqamah pada telinga kirinya sama ada anak tersebut lelaki atau perempuan. Lihat Bujairimi 'alal Khatib, oleh Syeikh Sulaiman al-Khatib, juzuk 4.Cetakan Darul Makrifah, 1398H-pent.
c) Menamakannya dengan nama yang baik. Dalam hadis riwayat Muslim ada menyebut:
إِنَّ أَحَبَّ أَسْمَائِكُمْ إِلَى اللهِ عَبْدُ اللهِ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ
Sesungguhnya nama yang paling dikasihi dan disukai Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman.¹⁸⁴
184 Riwayat Muslim (2132), at-Tirmizi (2835) dan Abu Daud (4949) daripada Ibnu Umar r.a..
Sesiapa yang mempunyai nama yang tidak baik, dia digalakkan menukarkannya. Sesungguhnya Nabi saw. telah menukar banyak nama para sahabat.¹⁸⁵
185 Lahat kitab-Jami'ul Usul (1/371). Fasal Ketiga: Orang yang Nabi saw. pernah tukarkan namanya.
Makruh meletakkan nama Aflah, Nafi', Yasar, Rabah dan Barakah¹⁸⁶. Ini kerana bimbang akan dipermainkan dengan kata-kata: Adakah benar dia begitu? Lalu dijawab: Tidak pun!.¹⁸⁷
186 Nama-nama tersebut bermakna yang berjaya, yang memberi manfaat, yang mudah atau yang kaya, yang banyak beruntung dan berkat-pent.
187 Riwayat Muslim (2138) dan Abu Daud (4960) daripada Samurah bin Jundub r.a..
d) Melakukan akikah dengan menyembelih dua ekor kambing untuk anak lelaki dan seekor kambing untuk anak perempuan.
e) Mentahnikkannya (belah mulut) dengan sebiji tamar atau manisan.
f) Berkhatan,¹⁸⁸
188 Lihat kesemua yang disebutkan di atas secara lebih terperinci dalam kitab Tuhfah al-Maudud karangan Ibnu Qayyim r.hm..
xii. Antara perkara yang berkait dengan perkahwinan ialah talak (perceraian). Ia adalah perkara harus yang paling dibenci oleh Allah Taala¹⁸⁹. Makruh kepada seorang suami terburu-buru dalam menceraikan isterinya yang tidak berdosa dan tidak harus bagi seorang isteri mendesak suaminya supaya menceraikannya.
189 Hadis yang bermaksud perkara halal yang paling dibenci di sisi Allah alah talak merupakan hadis yang daif. Dikeluarkan oleh Abu Daud (2178) dan al-Baihaqi (7/322) daripada Ibnu Umar r.a.. Al-'Allamah al-Albani telah memperkatakan tentangnya dalam kitab Irwa'ul Ghalil (2010) dan dirasakan tidak perlulah ditambahkan lagi.
Sekiranya mahu bercerai, dia hendaklah mengambil kira empat perkara:¹⁹⁰
190 Lihat perkara tersebut beserta dengan dalil-dalil ilmiyyah dalam risalah al-Isti'nas li Tashih Ankihati al-Nas oleh al-Qasimi, yang telah aku semak cetakan Dar Ammar lin-Nasyri wat- Tawziek, Amman 1985.
a) Menceraikannya dalam keadaan suci dan belum disetubuhi pada waktu suci tersebut. Ini bagi mengelakkan isterinya beriddah dalam tempoh yang panjang.
b) Menceraikannya dengan talak satu supaya boleh rujuk semula jika dia menyesal.
c) Berlemah lembut dalam perkara yang berkait dengan talak dengan memberikan sesuatu yang boleh menghiburkan untuk merawat kedukaannya. Diriwayatkan daripada al-Hasan bin Ali r.a. bahawa beliau telah menceraikan isterinya dan memberi kepadanya 10 ribu dirham. Isterinya berkata: Harta benda yang sedikit daripada kekasih yang telah berpisah dariku.
d) Tidak mendedahkan rahsia isterinya. Dalam hadis sahih riwayat Muslim menyebut yang bermaksud:
Manusia yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat ialah seorang suami memuaskan nafsunya dengan isterinya dan begitulah juga sebaliknya tetapi selepas itu dia menyebar-nyebarkan rahsia isterinya.¹⁹¹
191 Riwayat Muslim (1437), Abu Daud (4870) dan Ahmad (3/69) daripada Abu Sa'id al-Khudri r.a...
Diriwayatkan bahawa ketika seorang yang soleh mahu menceraikan isterinya, dia telah ditanya: Apakah yang mengelirukan kamu terhadap dirinya? Dia berkata: Seorang yang berakal tidak akan mendedahkan rahsia. Apabila menceraikannya, dia ditanya pula: Kenapa kamu menceraikannya? Jawabnya: Apa kena mengena antaraku dengan perempuan yang bukan lagi menjadi milikku.
Semua penjelasan di atas adalah berkait dengan tanggung-jawab suami.
Tanggunggjawab Isteri
Antaranya ialah sebagaimana berikut:
Daripada Abu Umamah r.a. katanya: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
لَوْ كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ لأَحَدٍ لأَمَرْتُ الْمَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا
Kalaulah seseorang itu diharuskan sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku perintahkan seorang isteri supaya sujud kepada suaminya.¹⁹²
192 Riwayat at-Tirmizi (1159) daripada Abu Hurairah r.a. dan Abu Daud (2140) daripada Qis bin Sa'ad r.a.. Juga diriwayatkan daripada Muaz, Aisyah, Ibnu Umar dan lain-lain r.a.. Hadis sahih.
Ini menggambarkan betapa besarnya tanggungjawab isteri terhadap suaminya.
Terdapat banyak hadis berkenaan dengannya yang menunjukkan betapa tanggunggjawab isteri terhadap suami adalah perkara yang sangat besar dan dititikberatkan.
Terdapat banyak hak suami yang wajib ditunaikan oleh isteri. Antara yang terpenting ialah dua perkara:
i- Menutup dan memelihara dirinya.
ii- Bersifat qana'ah iaitu berpada dengan apa yang ada. Inilah kebiasaan para isteri ulamak salaf. Apabila seseorang suami di kalangan mereka mahu keluar dari rumahnya, isterinya akan berkata: Jauhkan diri kamu daripada mendapatkan hasil yang haram. Sesungguhnya kami boleh bersabar kerana lapar tetapi kami tidak dapat bersabar menanggung azab api neraka.
Antara tanggungjawab isteri terhadap suaminya juga ialah tidak cuai dalam menjaga dan menguruskan harta suaminya. Sekiranya dia memberi makan kepada orang lain dengan keredaan suaminya, dia akan mendapat pahala seumpama pahala suaminya. Sekiranya tanpa keredaannya, suaminya mendapat pahala tetapi dia mendapat dosa.
Kedua ibubapa hendaklah mendidik anak perempuannya sebelum menjadi isteri supaya dia mengetahui adab-adab pergaulan dan seumpamanya. Seorang isteri seharusnya mendiami rumahnya (jangan keluar darinya kecuali untuk perkara yang mesti dilakukannya), kurang bercakap atau berbual dengan jirannya, banyak berdiam diri ketika ketiadaan suaminya, menjaga maruah suaminya sama ada ketika ketiadaaannya atau kehadirannya, berusaha menggembirakannya dalam semua keadaan, jangan mengkhianati sama ada pada diri sendiri dan juga hartanya, tidak membenarkan sesiapa yang tidak disukai oleh suaminya memasuki rumahnya dan tidak mengizinkan sesiapapun memasuki rumahnya tanpa keizinan suaminya. Hendaklah dia berusaha memperbaiki dirinya dan pengurusan rumahtangganya serta sentiasa berkhidmat menguruskannya dalam semua perkara yang termampu. Seorang isteri juga hendaklah mendahulukan hak suaminya daripada haknya dan juga hak seluruh kaum kerabatnya.
========================
BAB 10

Bab 10: Adab-Adab Dalam Kerja Dan Hidup: Kelbihan Dan Cara Muamalah Yang Betul Serta Yang Berkaitan Dengannya
Tajuk Mudarasah: Dorongan Supaya Bekerja Dan Kelebihannya
Halaman Rujukan Kitab : 129
Nota Mudarasah:
Allah Taala dengan hikmah-Nya yang tersembunyi telah menjadikan dunia ini sebagai tempat berusaha dan bekerja sama ada untuk kehidupan dunia ataupun akhirat. Kami kemukakan di sini adab-adab berhubung dengan perniagaan dan perusahaan serta keperluan bekerja dan sebab-sebabnya.
Dorongan Supaya Bekerja dan Kelebihannya
Firman Allah Taala:
وَجَعَلْنَا النَّهَارَ مَعَاشًا
Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) -masa untuk mencari rezeki.
Dalam ayat ini Allah Taala menyebut waktu siang untuk mencari rezeki sebagai mempamirkan anugerah nikmat-Nya.
Firman Allah Taala:
وَجَعَلْنَا لَكُمْ فِيهَا مَعَايِشَ ۗ قَلِيلًا مَا تَشْكُرُونَ
Dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
Ayat ini menunjukkan bahawa Allah Taala menjadikan jalan-jalan penghidupan sebagai satu nikmat dan meminta supaya hamba hambaNya bersyukur di atas nikmat tersebut. Firman Allah Taala lagi:
لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَبْتَغُوا فَضْلًا مِنْ رَبِّكُمْ
Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu
Satu hadis telah menyebutkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Berusaha untuk mencari rezeki yang halal adalah satu jihad.¹⁹³
193 Riwayat al-Qudoie dalam kitab Musnadnya daripada Ibnu Abbas dan Abu Abdul Rahman al-Salmiy dalam kitab Thobaqat as-Sufiyyah (m.s.281) dan Abu Naim dalam kitab al-Hilyah daripada Ibnu Umar r.a.. Pada sanadnya terdapat Muhamad bin Marwan as-Suddi. Az-Zahabi menyebutnya dalam kitab al-Mizan (4/33) dan berkata bahawa ulamak hadis tidak memegang riwayat daripadanya. Kemudian beliau menyebut bahawa hadis ini adalah antara hadis mungkarnya. Lihat kitab Faidhul Qadir (4/270).
Begitu juga hadis yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah kasih kepada seseorang hamba yang bekerja.¹⁹⁴
194 Riwayat Ibnu Adi (1/369) dan at-Tobrani dalam kitab al-Kabir (13200). Pada sanadnya terdapat Asy'ath bin Said as-Siman yang merupakan perawi yang sangat daif. Az-Zahabi menyebut dalam kitab al-Mizan bahawa hadis ini juga adalah antara hadis mungkarnya. Lahat juga kitab Majma' az-Zawaid (426).
Al-Bukhari meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
ما أكل أحد طعاما قط خيرا من أن يأكل من عمل يده، وإن نبي الله داود ـ عليه السّلام ـ كان يأكل من عمل يده
Makanan yang paling baik yang dimakan oleh seseorang ialah makanan daripada hasil usahanya sendiri. Sesungguhnya Nabi Allah Daud makan dari hasil usaha tangannya sendiri.¹⁹⁵
195 Riwayat al-Bukhari (259) daripada al-Miqdam.
Dalam hadis lain menyebut bahawa;
كان زكريا نجارا
Nabi Zakaria a.s. adalah seorang tukang kayu.¹⁹⁶
196 Riwayat Muslim (2379) dan Ibnu Majah (2150) daripada Abu Hurairah r.a.
Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi Adam adalah seorang pembajak, Nabi Nuh merupakan seorang tukang kayu, Nabi Idris seorang tukang jahit, Nabi Ibrahim dan Lut adalah petani. Nabi Soleh adalah seorang peniaga, Nabi Daud seorang tukang besi manakala Nabi Musa, Syuaib dan Muhammad s.a.w. adalah pengembala kambing.
Diriwayatkan dalam athar bahawa Lukman al-Hakim telah berkata kepada anaknya: Wahai anakku, bantulah dirimu dengan bekerja mencari rezeki yang halal. Sesungguhnya apabila seseorang itu bergantung atau berhajat kepada orang lain, dia akan ditimpa dengan tiga perkara; iaitu tipis agamanya, lemah akalnya dan hilang maruah dirinya. Lebih besar lagi apabila manusia memandang hina kepadanya.
Imam Ahmad bin Hanbal pernah ditanya pandangannya berhubung dengan seorang lelaki yang duduk di rumah atau masjid dan berkata: Aku tidak perlu melakukan apa-apa kerana rezekiku akan datang kepadaku juga. Imam Ahmad berkata: Lelaki ini adalah seorang jahil. Apakah dia tidak mendengar sabda Nabi s.a.w..
إن الله جعل رزقي تحت ظل رمحي
Sesungguhnya Allah menjadikan rezekiku di bawah naungan tombakku.¹⁹⁷
197 Hadis riwayat Ahmad (2/50,92) dan at-Tohawi dalam kitab Musykal al-Athar (1/88) daripada Ibnu Umar r.a.. Guru kami al-Albani telah mengesahkannya dalam kitab al-Irwa' (1269).
Juga sabda baginda ketika menyebut tentang keadaan burung:
تغدو خماصا وتروح بطاناً
Keluar waktu pagi dalam keadaan perut kosong dan pulang pada waktu petang dalam keadaan kenyang.¹⁹⁸
198 Hadis riwayat Ahmad (1/30), at-Tirmizi (2345) dan al-Hakim (4/318) daripada Umar r.a. dan sanadnya sahih.
Para sahabat Rasulullah s.a.w. berniaga di daratan, lautan dan bekerja di ladang-ladang kurma mereka. Sewajarnyalah kita mencontohi mereka.
Abu Sulaiman ad-Darani berkata: Pada pandangan kami, ibadat bukannya dengan membetulkan kedua kaki kamu (bersembahyang) dalam keadaan orang lain letih kerana melayani keperluan kamu, tetapi mulakanlah beribadat dengan membuat roti untuk makanan kamu dan kemudian beribadatlah. Sekiranya ada yang berkata: Bukankah Abu Darda' pernah berkata: Aku telah mengusahakan perniagaan dan diwaktu yang sama mahu beribadah tetapi aku tidak mampu melakukannya serentak, lalu aku memilih untuk beribadah, Jawabnya: Kami (yang menyarankan supaya berniaga) bukanlah dengan maksud semata-mata berniaga (mendapatkan keuntungan dan menimbunkannya) tetapi ia bertujuan menjadikannya tidak berhajat dan meminta dari orang lain serta mencukupi keperluan keluarganya dan membelanjakan yang lebih darinya kepada saudara-saudaranya lain. Sekiranya maksud perniagaan itu untuk mengumpulkan harta dan bermegah-megah dengannya, ia adalah suatu yang tercela.
Hendaklah usaha atau kerja kamu itu merangkumi empat perkara iaitu dilakukan secara sah, adil, ihsan dan mengambil berat terhadap agama.
Ciri-ciri Usaha
1. Dilakukan Secara Sah
Akad jual beli yang sah mestilah terdiri daripada tiga rukun. Iaitu orang yang berakad ('aqid), barang yang diakadkan (ma'kud 'alaihi) dan lafaz.
i. Orang yang berakad.
Peniaga tidak boleh berurus niaga dengan orang gila kerana dia tidak mukallaf dan tidak sah jual belinya. Begitu juga dengan seseorang yang perlu kepada keizinan orang lain seperti seorang hamba. Tidak sah bermuamalah dengannya sehinggalah dia mendapat keizinan berbuat demikian. Demikian juga kanak-kanak, kecuali setelah diizinkan oleh bapa atau penjaganya. Kedudukannya sama seperti seorang hamba. Menurut Imam Syafie, akad kanak-kanak adalah tidak sah. Pada pandangan kami, bermuamalah dengan orang buta adalah sah. Oleh itu segala jual belinya adalah sah. Manakala di sisi Imam Syafie, hukumnya tidak sah. Kita juga dilarang bermuamalah dengan orang zalim dan orang yang kebanyakan hartanya adalah haram, melainkan pada sesuatu tertentu yang diketahui halalnya.
ii. Barang yang diakadkan
Iaitu harta yang mahu dipindah milik. Tidak sah penjualan anjing kerana ia adalah najis aini. Manakala baghal dan keldai, hukumnya adalah harus, sama ada kita berpendapat kedua-duanya binatang yang suci atau najis. Tidak sah berjual beli serangga, gitar, seruling dan patung-patung yang diperbuat daripada tanah dan seumpamanya. Tidak harus menjual sesuatu yang tidak boleh diserahkan sama ada secara zahirnya atau secara syarie. Perkara yang tidak boleh diserahkan secara zahir ialah seperti burung di udara, hamba yang melarikan diri dari tuannya dan seumpamanya. Manakala secara syarak pula seperti barang gadaian, menjual seorang ibu (hamba) tanpa anak kecilnya atau anak kecil tanpa ibu. Di sisi syarak, ia adalah dilarang.
iii. Lafaz iaitu ijab dan kabul.
Sekiranya kabul berlaku lebih dahulu daripada ijab, hukumnya tidak sah menurut salah satu riwayat. Satu riwayat lagi menyebut hukumnya adalah sah sama ada dengan menggunakan lafaz madhi (yang memberi makna perbuatan yang telah berlaku) atau dengan lafaz tolab (meminta). Sekiranya jual beli berlaku secara hulur menghulur tanpa lafaz, hukumnya adalah sah menurut zahir pendapat Imam Ahmad.
Kadi Abu Ya'la berkata: Tidak sah jual beli seumpama itu melainkan jika melibatkan barang-barang yang sedikit. Inilah pendapat yang lebih sesuai dan mendatangkan maslahah. Dengan itu jual beli secara hulur menghulur itu hanyalah melibatkan barang barang yang sedikit dan kurang berharga disebabkan adat kebiasaan yang berlaku begitu.
Secara waraknya, seseorang tidak seharusnya meninggalkan ijab dan kabul ketika berjual beli untuk mengelakkan daripada timbul sebarang kekeliruan, kerana berlaku persilisihan pendapat antara ulamak dalam hal tersebut.
Allah Taala juga telah memberi amaran keras berhubung dengan riba. Oleh itu hendaklah berjaga-jaga supaya tidak terjebak dalam muamalah yang berasaskan riba. Riba terbahagi kepada dua, iaitu riba fadhl (tambahan) dan riba nasiiah (tangguhan). Seseorang itu sewajarnya mengetahui berkenaan dengannya dan semua muamalah serta sistem yang berasaskan riba. Di samping itu, perlu diketahui juga berkenaan syarat-syarat jual salam (tempahan), sewaan, mudharabah, syarikat dan lain-lain. Segala proses yang berkaitan dengan jual beli tidak akan terlepas daripada akad-akad yang tersebut di atas.
2. Keadilan
Seseorang yang bermuamalah perlu berlaku adil dan menjauhi perbuatan zalim atau menganiayai orang lain. Yang dimaksudkan dengan zalim ialah suatu tindakan yang memudaratkan orang lain. Kemudaratan tersebut terbahagi kepada dua iaitu yang bersifat umum dan yang bersifat khusus.
Kemudaratan yang bersifat umum ialah seperti jual beli secara al-ihtikar (monopoli) iaitu membeli barangan dengan banyak untuk disimpan dengan tujuan memanipulasi harga ketika orang ramai memerlukannya nanti. Syarak melarangnya kerana ia boleh menyebabkan harga barangan tersebut melambung tinggi dan menyusahkan orang ramai untuk mendapatkan makanan harian mereka.
Gambaran bentuk ihtikar ialah membeli gandum dengan jumlah yang banyak untuk disimpan dan menunggu harga barangan tersebut naik untuk dijual semula di pasaran. Jika dia menyimpan barangan untuk keperluan dirinya, ia tidak termasuk dalam perkara ini. Begitu juga jika dia membeli barangan yang banyak di pasaran tetapi tidak menyusahkan orang ramai untuk mendapatkannya. Umumnya, makruh berniaga makanan keperluan harian dalam keadaan tidak dikawal harganya kerana ia adalah keperluan asasi manusia.
Manakala kemudaratan yang bersifat khusus pula seperti menceritakan kebaikan dan keelokan sesuatu barangan sedangkan ia indah khabar dari rupa, ataupun menyembunyikan kekurangan dan kecacatan yang ada pada barangan tersebut. Ini boleh memudaratkan pembeli itu sendiri. Rasulullah s.a.w. bersabda:
من غشنا فليس منا
Sesiapa yang menipu kami, dia bukan dari kalangan kami.¹⁹⁹
199 Riwayat Muslim (101), at-Tirmizi (1315), Abu Daud (3452) dan Ibnu Majah (2224) daripada Abu Hurairah r.a..
Hukum menipu dalam jual beli adalah haram. Begitu juga dalam sektor perusahaan. Imam Ahmad pernah ditanya tentang baju yang diperbaiki atau diperelokkan semula sehingga tidak nampak kesan pembaikian tersebut. Beliau berkata: Sesiapa yang ingin menjualnya, dia tidak boleh menyembunyikannya.
Seorang peniaga hendaklah memastikan timbangan adalah betul. Dia hanya dapat berbuat demikian dengan melebihkan sedikit timbangan ketika menjual dan mengurangkannya apabila membeli. Apabila dia menimbang makanan ternakan yang bercampur dengan tanah untuk dijual, dia termasuk dalam golongan mutoffif (menipu dalam timbangan dan sukatan). Demikian juga penjual daging yang mencampurkannya dengan tulang sekiranya pada kebiasaannya ia dijual secara berasingan dan tidak bercampur.
Syarak juga melarang daripada perbuatan an-Najasy, iaitu melobi harga barang bukan kerana mahu membeli tetapi untuk memperdayakan pembeli yang sebenar supaya membelinya dengan harga yang lebih tinggi. Begitu juga dilarang melakukan at-Tasriyah.²⁰⁰
200 Menjual unta atau binatang ternakan betina lain yang tidak diperah susunya beberapa hari sehingga kelihatan mengandungi banyak susu. Dengan itu pembeli menyangka unta atau binatang ternakan betina tersebut boleh mengeluarkan susu yang banyak setiap kali diperah.
3. Ihsan dalam Muamalah
Allah Taala telah memerintahkan manusia supaya berlaku adil dan ihsan. Antara ciri ihsan dalam muamalah ialah bertolak ansur dalam jual beli dan tidak mengambil keuntungan lebih daripada kebiasaan. Pada asasnya, mengambil keuntungan adalah dibenarkan oleh Islam kerana tujuan jual beli ialah untuk mendapat untung.
Walau bagaimanapun keuntungan tersebut seharusnya munasabah dan tidak melampau. Sekiranya pembeli tetap mahu membeli dengan harga yang lebih tinggi kerana terlalu suka dan berhajat, sewajarnya penjual menolak dan tidak menerima lebihan tersebut. Ini termasuk dalam erti kata ihsan dalam berjual beli.
Antara ihsan dalam muamalah juga ialah ketika mahu membayar harga barang atau hutang, lebih baik jika ia berlaku secara bertolak ansur atau mengurangkan sedikit jumlah bayaran yang sepatutnya atau menangguhkan tempoh pembayaran atau bermudah-mudah dengannya atau membuat bayaran dengan matawang yang bermutu.
Ihsan juga berlaku apabila penjual menerima tawaran harga sebagaimana yang ditawarkan oleh pembeli. Ini kerana orang yang menawar-nawarkan harga, tentunya sangat berhajat untuk membelinya. Banyak hadis yang menceritakan kelebihan perkara-perkara tersebut serta ganjaran pahala kepada orang yang melakukannya.
4. Mengambil Berat Terhadap Agama
Peniaga hendaklah mengambil berat terhadap agamanya sama ada yang bersifat khusus pada dirinya atau meliputi akhiratnya. Dia tidak seharusnya lalai dan lupa kepada hari akhirat kerana sibuk dengan urusan kehidupannya di dunia. Bahkan dia sepatutnya lebih mengambil berat terhadap agamanya. Mengambil berat terhadap agama akan terlaksana dengan menyempurnakan enam perkara berikut:
i. Berniat baik dalam perniagaan.
Dia hendaklah berniat untuk memelihara dirinya daripada meminta-minta daripada orang ramai, menahan diri daripada sifat tamakkan hak orang lain dan bertanggungjawab menanggung sara hidup keluarganya supaya dia juga termasuk di kalangan mereka yang berjihad. Dia juga hendaklah berniat memberi nasihat dan kebaikan kepada orang Islam yang lain.
ii. Perniagaan atau perusahaan yang diusahakannya itu hendak lah bertujuan melaksanakan salah satu daripada tuntutan fardu kifayah.
Sekiranya ditinggalkan perniagaan atau industri tersebut, kehidupan manusia lain akan menjadi sempit dan susah. Di sini, dia perlu melihat produk yang mahu diusahakan sama ada ia penting ataupun tidak, kerana ada perkara yang sememangnya penting dan ada yang tidak diperlukan kerana hanya berkait dengan perhiasan atau sifat ingin bermewah dan berseronok-seronok. Oleh itu dia hendaklah menumpukan kepada perkara yang lebih penting dan diperlukan agar tugas dan tanggungjawabnya itu dapat memenuhi keperluan orang Islam seluruhnya. Jauhkan diri dari melakukan kerja pereka seni dan objek, mengukir, menghiaskan bangunan dengan kapur putih dan membuat peralatan-peralatan hiasan. Hukum kesemua perkara ini adalah makruh.
Antara kerja maksiat ialah menjahit pakaian sutera bagi lelaki. Antara kerja yang makruh pula ialah menjual daging kerana boleh membawa kepada keras hati. Demikian juga tukang bekam, tukang sapu dan tukang samak kerana penglibatan langsung dengan najis.
Seseorang itu juga tidak harus mengambil upah kerana menga jar al-Quran serta dalam perkara ibadah dan fardu kifayah.²⁰¹
201 Ulamak berselisih pendapat berkenaan mengambil upah kerana mengajar al-Quran. Pendapat di sisi jumhur ulamak, antaranya Imam Syafi'e, Malik, Ahmad dan Abu Thaur, hukumnya adalah harus. Manakala pendapat Imam Abu Hanifah, hukumnya adalah makruh. Lihat huraian al-Qurtubi r.hm dalam tafsirnya ketika mentafsirkan ayat 41, surah al-Baqarah-pent.
iii. Dalam kesibukannya di pasar dunia, janganlah dia terhalang dari memasuki pasar akhirat.
Pasar akhirat ialah masjid-masjid. Oleh itu pada awal pagi, sebelum tiba waktu pergi ke pasar, dia seharusnya komitmen dengan amalan dan wirid untuk akhiratnya. Peniaga yang soleh di kalangan ulamak salaf, telah memperuntukkan masa di awal dan penghujung siang untuk amal akhiratnya. Antara kedua masa tersebut digunakan untuk perniagaan. Apabila mendengar azan Zohor dan Asar, mereka meninggalkan semua aktiviti perniagaan untuk menunaikan kewajipan sembahyang.
iv. Sentiasa berzikir mengingati Allah ketika di pasar di samping bertasbih dan bertahlil.
v. Jangan terlalu mengambil berat dan prihatin dengan pasar dan perniagaan.
Oleh itu janganlah dia menjadi orang yang pertama memasuki pasar dan paling akhir keluar daripadanya.
vi. Tidak hanya menjauhi perkara-perkara haram, bahkan menjaga diri dari perkara-perkara syubhah dan meragukan.
Begitu juga dia tidak seharusnya berpada dengan fatwa-fatwa yang diberikan sahaja bahkan dia hendaklah meminta fatwa dari hatinya dalam setiap perkara yang meragukannya.
Halal dan Haram
Hukum mencari perkara yang halal adalah wajib ke atas setiap muslim. Kebanyakan golongan yang jahil mendakwa bahawa perkara yang halal sudah tiada. Mereka berkata: Kini, hanya tinggal air yang jernih, rumput rampai dan tumbuh-tumbuhan sahaja yang halal. Selain dari itu, semuanya telah dicemari oleh sistem muamalah yang rosak. Apabila mereka yakin mengenainya sedangkan mereka menyedari bahawa mereka sangat memerlukan keperluan harian, mereka mula menceburi perkara-perkara syubhah dan haram. Fenomena ini berlaku kerana kejahilan dan kecetekan ilmu manusia sedangkan dalam hadis as-Sahihain, Nu'man bin Basyir r.a. telah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
الحلال بين، والحرام بين، وبينهما أمور مشتبهات
Yang halal itu adalah jelas dan yang haram itu juga jelas, namun antara keduanya terdapat perkara syubhah (hukumnya diragui dan tidak jelas).²⁰²
202 Riwayat al-Bukhari (1/117), Muslim (1599), Abu Daud (3329) dan an-Nasaie (7/241).
Oleh kerana dakwaan golongan jahil ini merupakan satu bid'ah yang mudaratnya telah tersebar luas dan kejahatannya telah menyelinap masuk ke dalam agama, maka wajiblah dibongkarkan segala kerosakan dan keburukannya itu berdasarkan Madrak (sebab-sebab)²⁰³ yang membezakan antara perkara halal, haram dan syubhah. 203 Dalam kitab Misbahul Munir (192) ada menyebut: Madaarik as-Syar'iyyah bererti punca-punca untuk mendapatkan hukum-hakam, berdalilkan nas nas dan ijtihad hingga akhir.
Kami akan menjelaskan perkara tersebut dalam beberapa bahagian seperti mana berikut.
1. Kelebihan Mencari yang Halal dan Menjauhi yang Haram serta Peringkat Halal dan Haram
Firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا
Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh.
Perkataan at-Toyyibat di sini bermakna sesuatu yang halal. Dalam ayat tersebut, Allah Taala telah memerintahkan supaya mendapatkan makanan yang halal sebelum perintah beramal soleh. Allah Taala berfirman ketika mencela perkara haram:
وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ
Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah.
Begitulah seterusnya dalam ayat-ayat yang lain.
Dalam satu hadis, daripada Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
يا أيها الناس إن الله طيب ولا يقبل إلا طيبا ، وذكر الرجل يطيل الشفر أشعث أغبر يمد يده إلى السماء يا رب يا رب ومطعمه حرام ومشربه حرام ومليشه حرام وعدي بالحرام فأتى يستجاب لذلك
Wahai manusia, sesungguhnya Allah Taala itu baik dan Dia tidak menerima melainkan yang baik-baik. Kemudian baginda menyebut tentang seorang lelaki yang bermusafir jauh dalam keadaan kusut masai rambutnya dan berdebu badannya, lalu mengangkat kedua tangannya ke langit sambil berdoa: Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku. Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan diberi makan dengan sesuatu yang haram. Maka bagaimana doanya itu akan diperkenankan.²⁰⁴
204 Riwayat Muslim (1015) dan at-Tirmizi (2992).
Perkara tersebut telah diriwayatkan lebih dari satu hadis. Diriwayatkan bahawa Sa'ad telah meminta kepada Rasulullah s.a.w. agar doanya diperkenankan. Lalu baginda bersabda kepadanya:
Pastikan makanan kamu halal, nescaya doa kamu akan diperkenankan.²⁰⁵
205 Berkata al-'Iraqi dalam kitab Takhrij al-Ihya' (2/89): Telah dikeluarkan oleh at-Tobrani dalam kitab al-Ausot dan pada sanadnya terdapat perawi yang tidak ku kenali.
Para ulamak salaf sentiasa teliti dan sangat berhati-hati dalam memastikan sesuatu perkara benar-benar halal. Abu Bakar r.a. pernah termakan sesuatu yang syubhah kemudian beliau memuntahkannya kembali setelah menyedarinya.²⁰⁶ 206 Ini kerana ia adalah hasil daripada pekerjaan tukang tilik dan ia termasuk perkara buruk dan keji.
Peringkat-peringkat Halal dan Haram
Ketahuilah bahawa semua perkara halal adalah baik. Walau bagaimanapun sebahagiannya ada yang lebih baik daripada yang lain. Begitu juga sesuatu yang haram. Semuanya adalah buruk atau keji tetapi ada sebahagiannya yang lebih buruk daripada yang lain. Samalah seperti seorang doktor yang memutuskan bahawa semua makanan yang manis boleh memanaskan badan. Tetapi dia akan huraikan bahawa ini kepanasan tahap pertama, yang itu pada tahap kedua, yang ini pada tahap ketiga dan yang itu tahap keempat. Begitulah juga dalam perkara yang haram. Sesuatu yang haram disebabkan akad yang rosak tidak sama darjat atau tingkatannya dengan sesuatu yang haram kerana merampas secara paksa. Bahkan perbuatan merampas itu lebih buruk dan keji kerana ia menyakitkan orang lain dan meninggalkan usaha yang diizinkan syarak. Manakala dalam akad yang rosak, ia hanya meninggalkan jalan ta'abbud sahaja.²⁰⁷
207 Iaitu tidak melakukan akad dengan kaedah yang telah ditetapkan oleh syarak sahaja tetapi dia tidak merampas-pent.
Demikian juga mengambil sesuatu secara zalim daripada orang fakir atau orang soleh atau anak yatim adalah lebih buruk dan keji berbanding dengan mengambilnya daripada orang kuat atau kaya atau fasik.
Tahap-tahap Warak
Terdapat empat tahap warak sebagaimana berikut:
i. Berpaling daripada semua perkara yang telah difatwakan sebagai haram. Ini jelas dan tidak perlu kepada contoh.
ii. Meninggalkan perkara syubhah yang tidak wajib menjauhinya,
tetapi disunatkan. Ini akan dijelaskan ketika membincangkan bahagian-bahagian syubhah akan datang. Berhubung dengan perkara ini, Rasulullah s.a.w. bersabda:
دع ما يريبك إلى ما لا يريبك
Tinggalkan apa-apa yang meragukan kamu kepada apa-apa yang tidak meragukan kamu.²⁰⁸
208 Riwayat at-Tirmizi (2520) dan an-Nasaie (8/327) daripada Hasan bin Ali dengan sanad yang sahih. Ia juga diriwayatkan daripada Ibnu Mas'ud ra..
iii. Meninggalkan sebahagian daripada yang halal kerana bimbang terjatuh ke dalam perkara yang haram.
iv. Meninggalkan semua perkara yang bukan kerana Allah Taala. Ini adalah tahap warak golongan siddiqin (yang benar imannya kepada Allah). Contohnya sebagaimana diriwayatkan daripada Yahya bin Yahya an-Naisaburi r.hm. bahawa beliau telah meminum ubat. Lalu isterinya berkata kepadanya: Lebih baik engkau berjalan jalan sedikit dalam rumah supaya ubat itu berfungsi. Jawab beliau: Perbuatan berjalan ini, aku tidak mengetahuinya sedangkan aku sentiasa menghisah diri (berhati-hati dari melakukan perkara seperti itu) semenjak tiga puluh tahun yang lalu. Lelaki ini tidak berjalan seperti mana yang dicadangkan kerana melihat ia tidak ada kaitan dengan agama. Ini adalah tahap warak yang sangat tinggi dan halus.
Apa yang pasti bahawa warak itu ada peringkat awal dan peringkat kemuncaknya. Di pertengahannya terdapat beberapa peringkat ihtiyat (berwaspada). Apabila seseorang insan itu mengambil berat terhadap sifat warak ini, dialah orang yang paling cepat melintasi titian Sirot dan lebih ringan bebanannya. Perbezaan darjat dalam syurga adalah berdasarkan perbezaan darjat kewarakan yang ada pada seseorang. Begitulah juga perbezaan tingkatan azab api neraka bagi orang zalim adalah mengikut tahap perkara haram yang dilakukannya. Jika kamu mahu, maka tingkatkan tahap kewaspadaan kamu dan jika kamu mahu kamu juga boleh memandang ringan terhadapnya. Sikap berwaspada akan mendatangkan kebaikan kepada kamu sementara mengambil jalan mudah akan membawa keburukan.
2. Peringkat-peringkat Syubhah dan Perbezaannya dengan Perkara yang Halal dan Haram
Hadis Nu'man bin Basyir r.a. tadi telah menegaskan wujudnya tiga bahagian tersebut iaitu halal, haram dan pertengahan antara keduanya iaitu perkara yang dimusykilkan kedudukannya. Itulah yang dikatakan pertengahan antara halal dan haram yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Ia dikenali sebagai perkara syubhah.
Bagi menjelaskan perkara tersebut, kami menegaskan bahawa perkara yang halal secara mutlak ialah sesuatu yang tidak mempunyai sifat yang membawa kepada pengharamannya secara khusus (zat sesuatu benda itu sendiri adalah halal) dan tidak ada sebab atau faktor luaran yang membawanya kepada hukum haram atau makruh. Contohnya ialah air hujan yang diambil oleh seseorang sebelum ia jatuh ke dalam bekas milik orang lain.
Manakala haram secara mutlak pula ialah sesuatu yang mempunyai sifat yang diharamkan seperti sifat mabuk pada arak dan najis pada air kencing. Mungkin juga kerana berlakunya sesuatu yang dilarang oleh syarak seperti ia melalui cara zalim dan riba. Kedua-dua tahap ini adalah terang dan nyata. Begitulah seterusnya dalam perkara-perkara lain, ia perlu dibandingkan (dikiaskan) dengan kedua-dua perkara tersebut.
Walau bagaimanapun, situasinya mungkin berubah tetapi tidak ada dalil atau petunjuk yang jelas mengenai perubahan tersebut. Contohnya, memburu binatang di daratan dan lautan adalah halal. Namun kijang yang diburu atau ikan yang ditangkap mungkin telah menjadi milik pemburu lain yang terlepas. Kebarangkalian seperti ini tidak berlaku kepada air hujan yang ditadah di udara.
Sebenarnya membuat kemungkinan seperti itu (dalam masalah berburu tadi) adalah sikap warak golongan was-was, kerana ia hanyalah sangkaan semata-mata yang tidak ada dalil. Sekiranya terdapat dalil yang menunjukkan sedemikian, seperti kesan luka pada kijang atau kesan cop besi panas pada badannya (yang menunjukkan ia telah ditangkap dan dimiliki terlebih dahulu), ketika itu barulah dia sepatutnya bersikap warak.
Takrif syubhah ialah dua pegangan atau tanggapan yang bertentangan berpunca dari dua sebab yang memungkinkan berlakunya perbezaan tanggapan tersebut. Contoh syubhah terlalu banyak. Yang paling penting untuk diutarakan di sini ialah dua contoh sebagaimana berikut:
Contoh Pertama: Ragu terhadap sebab yang menghalal atau mengharamkan sesuatu. Ia terbahagi kepada empat bahagian:
i. Sesuatu perkara tersebut telah diketahui halal, tetapi berlaku keraguan pada sebab yang menghalalkan itu. Perkara syubhah seperti ini wajib dijauhi dan haram mengambilnya. Contohnya jika dia berjaya mencederakan binatang buruan lalu binatang tersebut terjatuh ke dalam air. Tidak lama kemudian dia menemuinya dalam keadaan telah mati. Namun begitu, dia tidak mengetahui adakah ia mati kerana luka ataupun lemas. Oleh itu, hukumnya adalah haram kerana mengikut hukum asalnya iaitu haram.
ii. Sesuatu perkara yang telah diketahui halal kemudian dia ragu mengenai sebab pengharamannya. Hukumnya adalah halal kerana pada asalnya dia mengetahui ia adalah halal. Contohnya: Ketika melihat seekor burung yang sedang terbang, seorang lelaki berkata: "Sekiranya burung itu burung gagak. isteriku akan tercerai". Kawannya pula berkata: "Sekiranya burung itu bukan burung gagak, isteriku akan tercerai". Namun begitu burung tersebut tidak dapat dipastikan jenisnya. Dalam keadaan ini, kita tidak menghukum cerai pada salah seorang daripada keduanya, walaupun dari segi waraknya, kedua duanya hendaklah menjauhi dan menceraikan isteri masing masing.
iii. Hukum asalnya adalah haram, tetapi terdapat sesuatu sebab yang boleh menjadikannya halal secara dzan (sangkaan) yang kuat. Perkara ini diragui hukumnya tetapi lebih berat kepada halal. Contohnya: Seseorang memanah binatang buruannya kemudian binatang tersebut hilang dari pandangannya. Apabila menemuinya, dia dapati ia telah mati. Tidak terdapat apa-apa kesan padanya selain kesan anak panahnya. Pada zahirnya, hukum binatang tersebut adalah halal kerana andaian lain yang tidak mempunyai dalil adalah perasaan was-was. Namun begitu, jika terdapat kesan berlaga atau luka yang lain, hukumnya adalah sama seperti bahagian pertama.
iv. Hukum halal telah dimaklumi, tetapi berlaku sesuatu sebab yang diiktiraf syarak boleh mengharamkannya dengan dzan yang kuat.
Contohnya: Seseorang berijtihad bahawa salah satu bekasnya adalah najis berdasarkan tanda tertentu dengan sangkaan yang kuat. Oleh itu haram dia minum atau berwuduk darinya.
Contoh Kedua: Berlaku percampuran antara halal dan haram yang menyebabkan berlaku kekeliruan. Contohnya seperti mana berikut: i. Apabila seekor bangkai bercampur dengan seekor atau sepuluh ekor binatang yang telah disembelih ataupun dalam jumlah lain yang terbatas dan dapat dihitung, ia wajib dijauhi. Demikian juga apabila berlaku kekeliruan untuk membezakan antara adik perempuannya dengan perempuan-perempuan lain yang boleh dinikahinya. Syaratnya, jumlah perempuan ajnabiyyah itu terbatas dan dapat dihitung.
ii. Percampuran antara perkara haram yang terhad jumlahnya dengan perkara halal yang jumlahnya tidak terhad. Contohnya: Kekeliruan untuk membezakan antara adik perempuannya ataupun sepuluh saudari perempuan susuannya dengan ramai perempuan lain dalam negeri yang luas.
Dalam keadaan ini, dia tidak wajib menjauhkan dirinya daripada mengahwini perempuan-perempuan negeri tersebut. Bahkan dia bebas berkahwin dengan sesiapa sahaja di kalangan perempuan yang dikehendakinya. Pengharaman akan men datangkan kesempitan dan kesusahan yang besar kepadanya.
Demikian juga apabila seseorang yang tahu bahawa seluruh harta dunia telah bercampur dengan sesuatu yang haram secara qat'ie. Dia tidak wajib mengelakkan dirinya dari jual beli atau memakannya, kerana ia suatu yang membebankan. Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya mengetahui bahawa di kalangan masyarakat ada yang mengamalkan riba tetapi mereka tidak meninggalkan dirham (urusan kewangan) seluruhnya. Pada zaman tersebut juga berlaku kecurian perisai perang²⁰⁹, tetapi ia tidak menghalang para sahabat untuk membelinya di pasaran. Meninggalkan perkara seperti ini adalah sifat warak golongan was-was (bukan warak sebagaimana dituntut).
209 Riwayat al-Bukhari (6792), Muslim (1686), Malik (2/832), at-Tirmizi (1445). Abu Daud (4383) dan an-Nasai ie (8/77) daripada Aisyah r.ha...
iii. Percampuran yang berlaku antara perkara haram dan halal di mana jumlah kedua-duanya tidak terhitung, seperti berlaku dalam hukum harta-benda di zaman kita hari ini. Percampuran ini tidak mengharamkan kita mengambil sesuatu perkara yang tertentu kecuali terdapat tanda atau bukti yang menunjukkan pengharamannya. Contohnya seperti menerima satu pemberian daripada raja yang zalim. Sekiranya tidak terdapat bukti ia adalah haram, mengambilnya adalah harus walaupun meninggalkannya merupakan sifat warak.
Ini kerana di zaman Rasulullah s.a.w. dan Khulafa' ar-Rasyidin dahulu, banyak harta yang bercampur aduk dengan harta hasil arak, hasil riba dan harta rampasan perang yang dikhianati. Para sahabat juga mengetahui tentang rampasan yang berlaku di Madinah dan wujudnya muamalah atau aktiviti orang yang zalim. Namun ia tidak menghalang mereka berjual beli di pasar. Sekiranya semua itu haram, nescaya semua pintu muamalah dan aktiviti sesama manusia bagi memenuhi keperluan harian akan tertutup. Ini kerana perbuatan fasik telah berleluasa di kalangan masyarakat.
Hukum asal harta benda adalah halal. Apabila berlaku pertentangan antara hukum asal dengan perkara yang lumrah berlaku dalam masyarakat, tetapi tidak mempunyai bukti yang menunjukkan pengharamannya, maka hukumnya adalah seperti hukum yang asal iaitu halal.
Demikian juga dalam masalah tanah di jalan raya dan bekas bekas kepunyaan golongan musyrikin. Saidina Umar r.a. telah berwudhuk menggunakan bekas kepunyaan seorang perempuan nasrani, sedangkan mereka adalah kaum yang meminum arak dan memakan babi di mana bekas itu tidak terjamin selamat dari najis. Para sahabat memakai pakaian berbulu dari kulit binatang yang disamak dan pakaian-pakaian yang telah dicelup. Sesiapa yang memerhatikan proses penyamakan kulit binatang dan pencelupan pakaian ini pasti lebih maklum bahawa ia sentiasa bergelumang dengan najis. Ini menunjukkan bahawa para sahabat hanya berwaspada dan berjaga-jaga daripada najis yang jelas kelihatan sahaja atau terdapat tanda-tanda yang menunjukkan kenajisannya. Manakala sangkaan yang berasaskan kepada kebiasaan yang dijangka berlaku, tidak diambil kira.
Sekiranya ditanya: Para sahabat mengambil mudah dalam perkara bersuci dan begitu berhati-hati dalam perkara syubhah, maka apakah perbezaannya di sini?
Kita menjawab: Sekiranya pertanyaan itu bermaksud bahawa mereka bersembahyang dalam keadaan najis, itu adalah perkara yang batil. Sekiranya kamu maksudkan bahawa mereka memelihara diri dari setiap najis yang wajib dijauhi, itu adalah perkara yang betul. Sifat warak mereka dalam perkara syubhat adalah dengan menahan diri daripada perkara yang tidak menjadi kesalahan pada syarak, semata-mata kerana bimbang terjebak ke dalam perkara yang terlarang. Hakikatnya jiwa manusia sentiasa cenderung kepada harta benda walau bagaimana keadaan pun harta tersebut. Ini berbeza dengan najis. Para sahabat meninggalkan perkara halal yang boleh melalaikan hati mereka. Wallahu a'lam.
3. Berkenaan Halal dan Haram serta Hukum Mengkaji dan Bersoal jawab Mengusulkannya
Sekiranya kamu diberikan makanan, dihadiahkan sesuatu atau membeli sesuatu daripada seseorang individu, kamu tidak boleh berkata: Barang ini saya belum pasti halal, saya mahu mengkajinya terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, kamu juga tidak boleh meninggalkan langsung pengkajiannya. Bahkah tindakan mengkaji dan menyoal boleh menjadi sama ada wajib, haram, sunat atau makruh.
Punca timbulnya persoalan ialah keraguan sama ada berkaitan harta benda atau tuan punya harta. Keraguan terhadap tuan punya harta ialah seperti orang yang tidak dikenali dan tiada tanda menunjukkan kezalimannya seperti berpakaian dengan pakaian tentera atau tanda yang menunjukkan kebaikannya seperti pakaian sebagai ahli ilmu dan zuhud. Di sini kita tidak wajib bahkan tidak harus menyoal, kerana ia boleh mencabuli maruah dan menyakiti hati seseorang muslim. Tidak boleh dikatakan: Sesungguhnya dia seorang yang disyaki, kerana seorang yang disyaki ialah orang yang meragukan atau mengcurigakan berdasarkan tanda-tanda atau dalil yang ada padanya. Contohnya orang yang berperangai kasar seperti tentera dari bangsa Turki²¹⁰ ataupun berasal dari tempat yang tersohor dengan perbuatan zalim dan samun. Harus bermuamalah dengan orang seperti di atas kerana barang yang ada pada tangan seseorang menunjukkan dia sebagai pemiliknya dan dalil atau bukti mengenai sebaliknya adalah lemah. Walau bagaimanapun, meninggalkannya adalah perbuatan warak.
210 Ini berlaku pada zamannya sebagaimana dikatakan oleh az-Zubaidi dalam Syarh al-Ihya' (6/81).
Keraguan terhadap harta pula ialah seperti berlaku percampuran antara perkara yang haram dan halal. Contohnya, apabila berpikul pikul makanan yang dirampas dimasukkan ke pasar lalu dibeli oleh mereka yang mengunjunginya. Pembeli tersebut tidak wajib menyoal atau bertanya tentang kedudukan makanan yang dibelinya melainkan jika jelas kebanyakan yang ada di tangan mereka adalah haram. Ketika itu, dia wajib bertanya. Jika sekiranya barangan tersebut tidak banyak, menyoal siasat adalah kerana sifat warak dan bukannya kerana wajib berbuat demikian.
Demikian juga halnya dengan orang yang mempunyai harta yang halal bercampur dengan yang haram. Umpamanya seorang peniaga yang berniaga dengan betul tetapi pada waktu yang sama dia beramal dengan sistem riba. Sekiranya kebanyakan daripada hartanya adalah haram, kita tidak harus menerima pelawaannya atau hadiah darinya kecuali setelah memeriksanya secara teliti.
Sekiranya ternyata bahawa barang tersebut adalah halal. dia harus menerimanya tetapi jika sebaliknya, dia hendaklah menolaknya. Sekiranya perkara yang haram itu sedikit, maka apa yang diambilnya itu termasuk dalam perkara syubhah. Lebih baik dan warak jika dia meninggalkannya.
Soal siasat timbul kerana adanya keraguan dan ia tidak berlaku lagi setelah hilangnya keraguan, seperti seorang yang jauh dari tuduhan atau diragui. Sekiranya dia sememangnya diragui dan kamu mengetahui bahawa dia mempunyai matlamat tertentu di sebalik kehadiran kamu menerima pelawaannya atau penerimaan kamu akan hadiahnya, ketika itu kata-katanya tidak boleh dipercayai. Oleh itu kamu sepatutnya bertanya kepada orang lain (berkenaan hartanya).
4. Cara Bertaubat Orang yang Melakukan Kezaliman Harta
Sesiapa yang bertaubat sedangkan di tangannya masih ada harta yang bercampur halal dan haram, dia hendaklah mengasingkan yang haram dan mengeluarkannya. Sekiranya bahagaian harta yang haram itu dapat ditentukan, ia lebih mudah. Tetapi sekiranya ia bercampur aduk dan tidak dapat dibezakan serta dari jenis yang sama seperti biji-bijian, duit dan minyak tetapi diketahui kadarnya, dia hendaklah mengasingkan kadar tersebut. Sekiranya tidak diketahui kadarnya, dia mempunyai dua cara:
a) Mengikut sangkaan kuat.
b) Dengan cara yang meyakinkan²¹¹ dan itulah cara yang warak.
211 laitu mengeluarkannya lebih daripada kadar yang berasaskan kepada sangkaan kuat. Sekiranya jumlah atau kadar menurut sangkaan kuatnya 15%, maka dia keluarkannya 20% atau seumpamanya-pent
Setelah bahagian yang haram itu dikeluarkan dan diketahui pemiliknya, dia hendaklah mengembalikan kepadanya atau ahli warisnya. Sekiranya berlaku pertambahan pada harta atau ada manfaat dari harta tersebut (seperti hasil sewaan), hendaklah diserahkan kesemuanya kepada tuannya. Sekiranya pemiliknya tidak dapat dikesan dan jalan untuk menemuinya sudah buntu serta tidak diketahui (sekiranya dia mati) sama ada dia mati meninggalkan ahli waris atau tidak, harta tersebut hendaklah disedekahkan. Sekiranya harta itu merupakan harta fai dan harta yang disimpan untuk kepentingan umum, ia hendaklah digunakan untuk membina jambatan, masjid dan jalan-jalan raya di Mekah serta apa sahaja yang mendatangkan manfaat kepada mereka yang melaluinya.
Masalah: Sekiranya terdapat harta yang halal dan syubhah pada seseorang itu, maka dia hendaklah mengambil yang halal sahaja dan lebih mengutamakan perbelanjaan dari harta yang halal itu untuk keperluan makanan dan pakaian hariannya. Kemudian barulah dia gunakannya sebagai upah tukang bekam, membeli minyak, menyalakan pelita dan sebagainya. Asal pada perkara ini ialah sabda Rasulullah s.a.w. mengenai upah dari berbekam:
اغلفه ناضحك
Berilah untamu makan dari hasil upah berbekam kamu.²¹²
212 Riwayat at-Tirmizi (1277), Abu Daud (3422), Ibnu Majah (2166), al-Baghawi (2134) dan Ahmad (5/436) daripada Muhaisah. Sanadnya sahih.
Sekiranya harta kedua ibubapanya haram, dia hendaklah mengelak daripada makan bersama mereka. Sekiranya harta mereka meragukan (shubhah), dia hendaklah memperingatkan mereka. Sekiranya mereka tidak menerima peringatan tersebut, dia boleh makan dengan jumlah sekadar yang diperlukan sahaja.
Diriwayatkan bahawa ibu kepada Bisyr al-Hafi telah memberikan sebiji tamar kepadanya lalu dia (Bisyr al-Hafi) memakannya, kemudian beliau naik ke biliknya dan memuntahkannya.
5. Pemberian Pemerintah yang Zalim dan Had Pergaulan Bersama Mereka yang Diharuskan
Sesiapa yang menerima harta daripada raja atau pemerintah, dia mestilah memerhatikan dari manakah sumber harta tersebut, sifat harta yang boleh diambil, kadar yang patut diambil serta adakah dia layak atau berhak mengambilnya?
Terdapat segolongan ulamak yang bersifat warak dalam masalah ini, di mana mereka mengambilnya dan selepas itu menyedekahkannya.
Pada zaman ini, sikap berhati-hati dan berwaspada adalah lebih baik kerana telah dimaklumi bahawa satu-satunya cara untuk mendapat kurniaan dari pihak pemerintah ialah dengan menghinakan diri, meminta-minta dan mendiamkan diri walaupun mereka melakukan kemungkaran. Sebahagian ulamak salaf langsung tidak mengambilnya dengan alasan bahawa masih ada lagi orang yang lebih berhak menerimanya.
Sebenarnya mereka boleh mengambilnya kerana itu adalah haknya. Manakala mereka yang tidak diberikan itu kekal dalam keadaan di zalimi (tanggungjawab pemerintah tersebut). Tambahan pula, harta tersebut bukan milik bersama.
Keadaan Mereka yang Bergaul dengan Pemerintah, Hakim dan Golongan Zalim.
Terdapat tiga keadaan sebagaimana berikut:
Keadaan Pertama: Kamu masuk mengadap mereka (tanpa disuruh). Ini adalah seburuk-buruk keadaan.
Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. bahawa baginda s.a.w. bersabda:
من أتى أبواب السلاطين افتين، وما ازداد أحد من السلطان قرباً، إلّا ازداد من الله بغدا
Sesiapa yang pergi ke pintu-pintu pemerintah untuk mendekatkan diri dengan mereka, dia akan terfitnah. Semakin hampir seseorang hamba dengan pemerintah, bermakna semakin jauhlah dia dari Allah Taala.²¹³
213 Riwayat Abu Daud (2860) daripada Abu Hurairah r.a. dan pada sanadnya ada perawi yang tidak dikenali (majhul). Terdapat riwayat lain yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas yang mempunyai maksud seumpama ayat pertama hadis di atas (laitu: Sesiapa yang pergi ke pintu-pintu pemerintah untuk mendekatkan diri dengan mereka, dia akan terfitnah). Dengan itu petikan pertama tersebut adalah sahih.
Huzaifah berkata: Jauhkan diri kamu daripada tempat-tempat fitnah. Dia ditanya: Apakah tempat-tempat fitnah itu? Jawab beliau: Pintu-pintu pemerintah. Seseorang kamu masuk bertemu dengannya lalu kamu membenarkan apa yang dusta dan berkata apa yang tidak benar.
Sebahagian pemerintah berkata kepada sebahagian ahli zuhud: Mengapakah kamu tidak datang kepada kami? Dia berkata: Aku bimbang, sekiranya kamu meletakkan aku di sampingmu, kamu akan membawa fitnah kepadaku dan sekiranya kamu jauhkan aku darimu, aku tidak akan dapat sesuatupun daripadamu. Harta milikmu bukanlah menjadi keinginanku dan aku juga tidak memiliki sesuatu yang menyebabkan aku perlu takut kepadamu. Sesungguhnya orang yang datang mengadapmu ialah orang yang lebih mengharapkan kurniaanmu daripada kurniaan Allah. Aku tidak berhajat kepadamu kerana aku hanya berhajat kepada Allah yang telah menjadikan kamu tidak berhajat kepadaku.
Athar-athar ini menjelaskan bahawa mencampuri atau bergaul dengan pemerintah adalah makruh. Di samping itu, orang yang berulang alik bertemu dengan pemerintah akan terdedah melakukan maksiat kepada Allah Taala sama ada melalui perbuatan, perkataan atau diamnya.
Maksiat dari segi perbuatan berlaku kerana kebanyakan pertemuan dengan pemerintah dilangsungkan di tempat-tempat yang dirampas. Sekiranya di tempat yang tidak dirampas, mungkin maksiat itu berlaku disebabkan khemah dan segala peralatannya adalah daripada hartanya yang haram. Mengguna atau memanfaatkan sesuatu yang haram adalah haram. Sekiranya sumber harta tersebut adalah halal, dia mungkin juga akan terjebak melakukan perkara haram yang lain seperti tunduk sujud kepadanya atau berdiri menampilkan diri untuk berkhidmat serta tunduk kepadanya kerana kekuasaan yang dimilikinya, sedangkan dengan kekuasaan itulah dia melakukan kezaliman.
Bersikap tawaduk atau tunduk kepada orang zalim adalah maksiat. Bahkan tunduk kepada orang kaya hanya kerana kekayaan dan bukan dengan sebab lain yang dibenarkan, boleh menghapuskan dua pertiga agamanya. Justeru, bagaimana pula jika tunduk kepada orang yang zalim. Mencium tangan pemerintah yang zalim juga merupakan perkara maksiat kecuali kerana takut berlaku kemudaratan. Manakala mencium tangan pemerintah yang adil atau alim ulamak yang layak untuk diperlakukan sedemikian, hukumnya adalah diharuskan. Golongan yang lain daripada itu. hanya bersalaman sahaja yang diharuskan.
Maksiat dalam perkataan pula berlaku jika dia berdoa untuk pemerintah yang zalim, memujinya dan membenarkan kata-katanya yang batil sama ada dengan ucapannya, menggerakkan kepalanya atau menampakkan kegembiraan melalui wajahnya. Ia juga berlaku apabila dia menzahirkan rasa rindu untuk bertemu dengannya dan sangat gembira jika kekuasaannya kekal lebih lama. Kebiasaannya dia tidak hanya bersalaman tetapi dia akan bercakap dengan percakapan yang mengandungi perkara-perkara tersebut di atas.
Disebut dalam athar yang bermaksud: Sesiapa yang mendoakan agar kekuasaan orang yang zalim terus kekal dengan lebih lama, bererti din suka Allah Taala terus diderhakai.²¹⁴
214 Al-Iraqi berkata dalam kitab Takhrij al-Ihya' (2/87): Aku mendapati athar ini bukan hadis marfu' tetapi ia adalah riwayat Ibnu Abid Dunia dalam kitab al-Somt daripada kata-kata al-Hasan.
Doa yang diharuskan untuk pemerintah ialah semoga Allah memperbetulkan jalanmu atau semoga Allah memberi taufik kepada kamu atau seumpamanya.
Manakala maksiat melalui diamnya pula ialah apabila dia mendiamkan diri ketika melihat permaidani-permaidani sutera, bekas-bekas perak, pakaian-pakaian sutera yang dipakai oleh pelayan-pelayannya dan seumpamanya. Sesiapa yang mendiamkan diri ketika melihat perkara-perkara tersebut, dianggap sama-sama bersekongkol dengannya. Demikian juga apabila dia mendengar percakapan yang keji, bohong, mencela dan menyakitkan. Mendiamkan diri tanpa mencegahnya juga adalah haram, kerana dia wajib menyuruh kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar.
Sekiranya kamu berkata: Dia mendiamkan diri kerana bim bangkan keselamatan dirinya, maka diamnya itu boleh dimaafkan.
Kami menjawab: Benar sebagaimana yang kamu kata, tetapi dia tidak perlu menampilkan dirinya kepada pemerintah tersebut sehingga terpaksa melakukan sesuatu yang tidak diharuskan melainkan kerana keuzuran-keuzuran tertentu sahaja. Ini kerana, sekiranya dia tidak masuk ke majlis pemerintah itu tentu dia tidak akan menyaksikan kesemua perkara mungkar tersebut.
Justeru, tidak wajiblah kepadanya menyuruh atau mencegah. Sesiapa yang tahu bahawa kemungkaran berlaku di suatu tempat dan sedar dia tidak mampu untuk mencegahnya jika berada di situ. dia tidak harus pergi ke tempat tersebut.
Bertemu Pemerintah yang Zalim dengan Alasan yang Diizinkan Syarak
Sekiranya seseorang itu terselamat daripada fitnah yang tersebut di atas-jauh sekali dari selamat-, dia tidak akan terselamat daripada kerosakan yang menyelinap masuk ke dalam hatinya dan boleh mempengaruhinya kerana melihat kenikmatan yang melimpah ruah di sana. Ini menyebabkan dia memandang rendah nikmat Allah kepadanya. Kemudian orang lain juga akan mengikut jejak langkahnya untuk mendampingi pemerintah yang kaya raya. Ini akan menambahkan lagi pengaruh komuniti zalim tersebut.
Diriwayatkan bahawa Said bin al-Musayyib telah diperintah untuk memberi bai'ah taat setia kepada al-Walid dan Sulaiman. Kedua-duanya anak khalifah Abdul Malik. Beliaupun berkata: Selama mana malam dan siang silih berganti, selagi itulah aku tidak akan memberi bai'ah kepada kedua-dua mereka²¹⁵. Mereka berkata: Kamu masuklah melalui pintu ini dan keluarlah melalui pintu lain. Beliau berkata: Demi Allah, aku tidak akan berbuat demikian agar orang ramai nanti tidak akan mengikuti tindakanku itu. Lalu beliau disebat seratus kali sebatan dan dipakaikan dengan pakaian yang berbulu kasar.
215 Ini adalah pengajaran yang sangat baik. Lihat risalahku al-Bai'ah Baina as-Sunnah wal Bid'ah. Cetakan Maktabah Islamiyyah, Amman.
Berdasarkan keterangan di atas, maka tidak harus masuk menemui pemerintah yang zalim melainkan kerana dua alasan iaitu:
a) Perintah daripada mereka yang wajib dipatuhi di mana dia bimbang akan disiksa jika menolaknya.
b) Bertujuan untuk menghalang kezalimannya terhadap orang Islam. Hukumnya harus selagi mana dia tidak bercakap bohong, tidak memuji-mujinya dan tidak meninggalkan nasihat yang sepatutnya. Inilah hukum masuk menemui pemerintah.
Keadaan Kedua: Pemerintah masuk menziarahinya. Ketika itu dia wajib menjawab salam. Manakala berdiri dan memuliakannya adalah tidak haram sebagai balasan di atas kesediaannya (pemerintah tersebut) datang menemui dan memuliakannya. Memuliakannya kerana ilmu dan agama adalah perkara yang terpuji tetapi memuliakannya kerana kezaliman adalah tercela. Sekiranya pemerintah masuk seorang diri dan dia merasakan perlu berdiri kerana memuliakan agama, maka itu adalah lebih utama. Sekiranya dia masuk bersama rombongannya, maka meraikannya dengan cara yang layak dengan kedudukannya di kalangan rakyat yang bersamanya adalah perkara yang terpuji dan patut dicontohi. Tidak salah berdiri menghormatinya kerana niat dan tujuan tersebut.
Sekiranya menyambut kedatangan pemerintah tanpa berdiri tidak membawa kesan negatif kepada orang ramai dan dia tidak dimurkai, maka lebih baik dia tidak berdiri. Kemudian dia wajib menasihatkannya dan memberitahu kepadanya tentang perkara haram yang berlaku, jika dia tidak mengetahuinya.
Memberitahu pemerintah berkenaan haramnya kezaliman dan minum arak tidak membawa apa-apa makna dan faedah. Dia sepatutnya menggerunkan si pemerintah dari melakukan maksiat jika dia menyangka bahawa tindakan menakutkannya itu memberi kesan. Dia juga perlu membimbingnya ke arah kebaikan. Apabila pemerintah yang zalim menggunakan cara yang menyimpang untuk mencapai sesuatu matlamat sedangkan dia mengetahui bahawa di sana terdapat cara yang dibenarkan oleh syarak yang boleh mencapai matlamat tersebut, dia hendaklah menjelaskannya.
Keadaan Ketiga. Memutuskan hubungan dengan pemerintah secara total. Dia tidak berjumpa dengan mereka (pemerintah) dan mereka juga tidak berjumpa dengannya. Inilah jalan yang lebih selamat. Kemudian dia juga seharusnya yakin bahawa pemerintah itu sendiri benci terhadap kezaliman mereka. Oleh kerana itulah maka dia tidak berkeinginan untuk berjumpa dengan mereka, memuji-muji dan bertanya khabar mengenai mereka. Dia juga tidak akan menghampiri golongan yang rapat dengan mereka dan tidak akan menyesal lantaran tidak mendapat apa yang seharusnya dia perolehinya kerana menjauhkan diri dari mereka.
Salah seorang ulamak berkata: Antara diriku dan pemerintah hanyalah satu hari. Satu hari telah berlalu (semalam) maka mereka tidak dapat merasai keseronokan hari tersebut atau hari besok yang mana aku dan mereka dalam keadaan bimbang (tiada kepastian sama ada hidup atau mati). Maka tinggallah hari ini. Apakah agaknya yang mungkin berlaku pada hari ini?
Permasalahan.
Apabila sultan atau pemerintah mengirimkan harta kepada kamu untuk diagih-agihkannya kepada golongan fakir miskin, kamu hendaklah melihat; sekiranya harta tersebut adalah hak milik orang tertentu, maka haram kamu mengambilnya. Sekiranya ia bukan hak milik sesiapa, ia hendaklah disedekahkan sebagaimana yang telah dijelaskan dahulu dan dia boleh menguruskan pembahagiannya kepada fakir miskin.
Di kalangan ulamak ada yang enggan menerima kiriman tersebut. Sekiranya kebanyakan harta yang ada pada mereka adalah haram, bermuamalah dengan mereka adalah haram. Berkenaan jambatan-jambatan, masjid-masjid dan tali air-tali air yang dibina oleh pemerintah yang zalim, dia hendaklah memperincikan keadaannya. Sekiranya semua yang dibina itu diambil daripada harta atau bahan-bahan yang menjadi hak milik orang tertentu, dia tidak boleh menggunakannya melainkan dalam keadaan terpaksa. Sekiranya tidak diketahui pemiliknya, dia boleh menggunakannya. Namun lebih warak jika dia tidak menggunakannya. Wallahu a'lam.
========================
BAB 11
========================
Bab 10: Adab-Adab Dalam Kerja Dan Hidup: Kelbihan Dan Cara Muamalah Yang Betul Serta Yang Berkaitan Dengannya
Tajuk Mudarasah: Dorongan Supaya Bekerja Dan Kelebihannya
Halaman Rujukan Kitab : 129
Nota Mudarasah:
Allah Taala dengan hikmah-Nya yang tersembunyi telah menjadikan dunia ini sebagai tempat berusaha dan bekerja sama ada untuk kehidupan dunia ataupun akhirat. Kami kemukakan di sini adab-adab berhubung dengan perniagaan dan perusahaan serta keperluan bekerja dan sebab-sebabnya.
Dorongan Supaya Bekerja dan Kelebihannya
Firman Allah Taala:
Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) -masa untuk mencari rezeki.
(An-Naba':11)
Dalam ayat ini Allah Taala menyebut waktu siang untuk mencari rezeki sebagai mempamirkan anugerah nikmat-Nya.
Firman Allah Taala:
Dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
(Al-A'raf:10)
Ayat ini menunjukkan bahawa Allah Taala menjadikan jalan-jalan penghidupan sebagai satu nikmat dan meminta supaya hamba hambaNya bersyukur di atas nikmat tersebut. Firman Allah Taala lagi:
Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu
(Al-Baqarah: 198)
Satu hadis telah menyebutkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Berusaha untuk mencari rezeki yang halal adalah satu jihad.¹⁹³
193 Riwayat al-Qudoie dalam kitab Musnadnya daripada Ibnu Abbas dan Abu Abdul Rahman al-Salmiy dalam kitab Thobaqat as-Sufiyyah (m.s.281) dan Abu Naim dalam kitab al-Hilyah daripada Ibnu Umar r.a.. Pada sanadnya terdapat Muhamad bin Marwan as-Suddi. Az-Zahabi menyebutnya dalam kitab al-Mizan (4/33) dan berkata bahawa ulamak hadis tidak memegang riwayat daripadanya. Kemudian beliau menyebut bahawa hadis ini adalah antara hadis mungkarnya. Lihat kitab Faidhul Qadir (4/270).
Begitu juga hadis yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah kasih kepada seseorang hamba yang bekerja.¹⁹⁴
194 Riwayat Ibnu Adi (1/369) dan at-Tobrani dalam kitab al-Kabir (13200). Pada sanadnya terdapat Asy'ath bin Said as-Siman yang merupakan perawi yang sangat daif. Az-Zahabi menyebut dalam kitab al-Mizan bahawa hadis ini juga adalah antara hadis mungkarnya. Lahat juga kitab Majma' az-Zawaid (426).
Al-Bukhari meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
Makanan yang paling baik yang dimakan oleh seseorang ialah makanan daripada hasil usahanya sendiri. Sesungguhnya Nabi Allah Daud makan dari hasil usaha tangannya sendiri.¹⁹⁵
Dalam hadis lain menyebut bahawa;
Nabi Zakaria a.s. adalah seorang tukang kayu.¹⁹⁶
Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi Adam adalah seorang pembajak, Nabi Nuh merupakan seorang tukang kayu, Nabi Idris seorang tukang jahit, Nabi Ibrahim dan Lut adalah petani. Nabi Soleh adalah seorang peniaga, Nabi Daud seorang tukang besi manakala Nabi Musa, Syuaib dan Muhammad s.a.w. adalah pengembala kambing.
Diriwayatkan dalam athar bahawa Lukman al-Hakim telah berkata kepada anaknya: Wahai anakku, bantulah dirimu dengan bekerja mencari rezeki yang halal. Sesungguhnya apabila seseorang itu bergantung atau berhajat kepada orang lain, dia akan ditimpa dengan tiga perkara; iaitu tipis agamanya, lemah akalnya dan hilang maruah dirinya. Lebih besar lagi apabila manusia memandang hina kepadanya.
Imam Ahmad bin Hanbal pernah ditanya pandangannya berhubung dengan seorang lelaki yang duduk di rumah atau masjid dan berkata: Aku tidak perlu melakukan apa-apa kerana rezekiku akan datang kepadaku juga. Imam Ahmad berkata: Lelaki ini adalah seorang jahil. Apakah dia tidak mendengar sabda Nabi s.a.w..
Sesungguhnya Allah menjadikan rezekiku di bawah naungan tombakku.¹⁹⁷
Juga sabda baginda ketika menyebut tentang keadaan burung:
Keluar waktu pagi dalam keadaan perut kosong dan pulang pada waktu petang dalam keadaan kenyang.¹⁹⁸
Para sahabat Rasulullah s.a.w. berniaga di daratan, lautan dan bekerja di ladang-ladang kurma mereka. Sewajarnyalah kita mencontohi mereka.
Abu Sulaiman ad-Darani berkata: Pada pandangan kami, ibadat bukannya dengan membetulkan kedua kaki kamu (bersembahyang) dalam keadaan orang lain letih kerana melayani keperluan kamu, tetapi mulakanlah beribadat dengan membuat roti untuk makanan kamu dan kemudian beribadatlah. Sekiranya ada yang berkata: Bukankah Abu Darda' pernah berkata: Aku telah mengusahakan perniagaan dan diwaktu yang sama mahu beribadah tetapi aku tidak mampu melakukannya serentak, lalu aku memilih untuk beribadah, Jawabnya: Kami (yang menyarankan supaya berniaga) bukanlah dengan maksud semata-mata berniaga (mendapatkan keuntungan dan menimbunkannya) tetapi ia bertujuan menjadikannya tidak berhajat dan meminta dari orang lain serta mencukupi keperluan keluarganya dan membelanjakan yang lebih darinya kepada saudara-saudaranya lain. Sekiranya maksud perniagaan itu untuk mengumpulkan harta dan bermegah-megah dengannya, ia adalah suatu yang tercela.
Hendaklah usaha atau kerja kamu itu merangkumi empat perkara iaitu dilakukan secara sah, adil, ihsan dan mengambil berat terhadap agama.
Ciri-ciri Usaha
1. Dilakukan Secara Sah
Akad jual beli yang sah mestilah terdiri daripada tiga rukun. Iaitu orang yang berakad ('aqid), barang yang diakadkan (ma'kud 'alaihi) dan lafaz.
i. Orang yang berakad.
Peniaga tidak boleh berurus niaga dengan orang gila kerana dia tidak mukallaf dan tidak sah jual belinya. Begitu juga dengan seseorang yang perlu kepada keizinan orang lain seperti seorang hamba. Tidak sah bermuamalah dengannya sehinggalah dia mendapat keizinan berbuat demikian. Demikian juga kanak-kanak, kecuali setelah diizinkan oleh bapa atau penjaganya. Kedudukannya sama seperti seorang hamba. Menurut Imam Syafie, akad kanak-kanak adalah tidak sah. Pada pandangan kami, bermuamalah dengan orang buta adalah sah. Oleh itu segala jual belinya adalah sah. Manakala di sisi Imam Syafie, hukumnya tidak sah. Kita juga dilarang bermuamalah dengan orang zalim dan orang yang kebanyakan hartanya adalah haram, melainkan pada sesuatu tertentu yang diketahui halalnya.
ii. Barang yang diakadkan
Iaitu harta yang mahu dipindah milik. Tidak sah penjualan anjing kerana ia adalah najis aini. Manakala baghal dan keldai, hukumnya adalah harus, sama ada kita berpendapat kedua-duanya binatang yang suci atau najis. Tidak sah berjual beli serangga, gitar, seruling dan patung-patung yang diperbuat daripada tanah dan seumpamanya. Tidak harus menjual sesuatu yang tidak boleh diserahkan sama ada secara zahirnya atau secara syarie. Perkara yang tidak boleh diserahkan secara zahir ialah seperti burung di udara, hamba yang melarikan diri dari tuannya dan seumpamanya. Manakala secara syarak pula seperti barang gadaian, menjual seorang ibu (hamba) tanpa anak kecilnya atau anak kecil tanpa ibu. Di sisi syarak, ia adalah dilarang.
iii. Lafaz iaitu ijab dan kabul.
Sekiranya kabul berlaku lebih dahulu daripada ijab, hukumnya tidak sah menurut salah satu riwayat. Satu riwayat lagi menyebut hukumnya adalah sah sama ada dengan menggunakan lafaz madhi (yang memberi makna perbuatan yang telah berlaku) atau dengan lafaz tolab (meminta). Sekiranya jual beli berlaku secara hulur menghulur tanpa lafaz, hukumnya adalah sah menurut zahir pendapat Imam Ahmad.
Kadi Abu Ya'la berkata: Tidak sah jual beli seumpama itu melainkan jika melibatkan barang-barang yang sedikit. Inilah pendapat yang lebih sesuai dan mendatangkan maslahah. Dengan itu jual beli secara hulur menghulur itu hanyalah melibatkan barang barang yang sedikit dan kurang berharga disebabkan adat kebiasaan yang berlaku begitu.
Secara waraknya, seseorang tidak seharusnya meninggalkan ijab dan kabul ketika berjual beli untuk mengelakkan daripada timbul sebarang kekeliruan, kerana berlaku persilisihan pendapat antara ulamak dalam hal tersebut.
Allah Taala juga telah memberi amaran keras berhubung dengan riba. Oleh itu hendaklah berjaga-jaga supaya tidak terjebak dalam muamalah yang berasaskan riba. Riba terbahagi kepada dua, iaitu riba fadhl (tambahan) dan riba nasiiah (tangguhan). Seseorang itu sewajarnya mengetahui berkenaan dengannya dan semua muamalah serta sistem yang berasaskan riba. Di samping itu, perlu diketahui juga berkenaan syarat-syarat jual salam (tempahan), sewaan, mudharabah, syarikat dan lain-lain. Segala proses yang berkaitan dengan jual beli tidak akan terlepas daripada akad-akad yang tersebut di atas.
2. Keadilan
Seseorang yang bermuamalah perlu berlaku adil dan menjauhi perbuatan zalim atau menganiayai orang lain. Yang dimaksudkan dengan zalim ialah suatu tindakan yang memudaratkan orang lain. Kemudaratan tersebut terbahagi kepada dua iaitu yang bersifat umum dan yang bersifat khusus.
Kemudaratan yang bersifat umum ialah seperti jual beli secara al-ihtikar (monopoli) iaitu membeli barangan dengan banyak untuk disimpan dengan tujuan memanipulasi harga ketika orang ramai memerlukannya nanti. Syarak melarangnya kerana ia boleh menyebabkan harga barangan tersebut melambung tinggi dan menyusahkan orang ramai untuk mendapatkan makanan harian mereka.
Gambaran bentuk ihtikar ialah membeli gandum dengan jumlah yang banyak untuk disimpan dan menunggu harga barangan tersebut naik untuk dijual semula di pasaran. Jika dia menyimpan barangan untuk keperluan dirinya, ia tidak termasuk dalam perkara ini. Begitu juga jika dia membeli barangan yang banyak di pasaran tetapi tidak menyusahkan orang ramai untuk mendapatkannya. Umumnya, makruh berniaga makanan keperluan harian dalam keadaan tidak dikawal harganya kerana ia adalah keperluan asasi manusia.
Manakala kemudaratan yang bersifat khusus pula seperti menceritakan kebaikan dan keelokan sesuatu barangan sedangkan ia indah khabar dari rupa, ataupun menyembunyikan kekurangan dan kecacatan yang ada pada barangan tersebut. Ini boleh memudaratkan pembeli itu sendiri. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa yang menipu kami, dia bukan dari kalangan kami.¹⁹⁹
Hukum menipu dalam jual beli adalah haram. Begitu juga dalam sektor perusahaan. Imam Ahmad pernah ditanya tentang baju yang diperbaiki atau diperelokkan semula sehingga tidak nampak kesan pembaikian tersebut. Beliau berkata: Sesiapa yang ingin menjualnya, dia tidak boleh menyembunyikannya.
Seorang peniaga hendaklah memastikan timbangan adalah betul. Dia hanya dapat berbuat demikian dengan melebihkan sedikit timbangan ketika menjual dan mengurangkannya apabila membeli. Apabila dia menimbang makanan ternakan yang bercampur dengan tanah untuk dijual, dia termasuk dalam golongan mutoffif (menipu dalam timbangan dan sukatan). Demikian juga penjual daging yang mencampurkannya dengan tulang sekiranya pada kebiasaannya ia dijual secara berasingan dan tidak bercampur.
Syarak juga melarang daripada perbuatan an-Najasy, iaitu melobi harga barang bukan kerana mahu membeli tetapi untuk memperdayakan pembeli yang sebenar supaya membelinya dengan harga yang lebih tinggi. Begitu juga dilarang melakukan at-Tasriyah.²⁰⁰
200 Menjual unta atau binatang ternakan betina lain yang tidak diperah susunya beberapa hari sehingga kelihatan mengandungi banyak susu. Dengan itu pembeli menyangka unta atau binatang ternakan betina tersebut boleh mengeluarkan susu yang banyak setiap kali diperah.
3. Ihsan dalam Muamalah
Allah Taala telah memerintahkan manusia supaya berlaku adil dan ihsan. Antara ciri ihsan dalam muamalah ialah bertolak ansur dalam jual beli dan tidak mengambil keuntungan lebih daripada kebiasaan. Pada asasnya, mengambil keuntungan adalah dibenarkan oleh Islam kerana tujuan jual beli ialah untuk mendapat untung.
Walau bagaimanapun keuntungan tersebut seharusnya munasabah dan tidak melampau. Sekiranya pembeli tetap mahu membeli dengan harga yang lebih tinggi kerana terlalu suka dan berhajat, sewajarnya penjual menolak dan tidak menerima lebihan tersebut. Ini termasuk dalam erti kata ihsan dalam berjual beli.
Antara ihsan dalam muamalah juga ialah ketika mahu membayar harga barang atau hutang, lebih baik jika ia berlaku secara bertolak ansur atau mengurangkan sedikit jumlah bayaran yang sepatutnya atau menangguhkan tempoh pembayaran atau bermudah-mudah dengannya atau membuat bayaran dengan matawang yang bermutu.
Ihsan juga berlaku apabila penjual menerima tawaran harga sebagaimana yang ditawarkan oleh pembeli. Ini kerana orang yang menawar-nawarkan harga, tentunya sangat berhajat untuk membelinya. Banyak hadis yang menceritakan kelebihan perkara-perkara tersebut serta ganjaran pahala kepada orang yang melakukannya.
4. Mengambil Berat Terhadap Agama
Peniaga hendaklah mengambil berat terhadap agamanya sama ada yang bersifat khusus pada dirinya atau meliputi akhiratnya. Dia tidak seharusnya lalai dan lupa kepada hari akhirat kerana sibuk dengan urusan kehidupannya di dunia. Bahkan dia sepatutnya lebih mengambil berat terhadap agamanya. Mengambil berat terhadap agama akan terlaksana dengan menyempurnakan enam perkara berikut:
i. Berniat baik dalam perniagaan.
Dia hendaklah berniat untuk memelihara dirinya daripada meminta-minta daripada orang ramai, menahan diri daripada sifat tamakkan hak orang lain dan bertanggungjawab menanggung sara hidup keluarganya supaya dia juga termasuk di kalangan mereka yang berjihad. Dia juga hendaklah berniat memberi nasihat dan kebaikan kepada orang Islam yang lain.
ii. Perniagaan atau perusahaan yang diusahakannya itu hendak lah bertujuan melaksanakan salah satu daripada tuntutan fardu kifayah.
Sekiranya ditinggalkan perniagaan atau industri tersebut, kehidupan manusia lain akan menjadi sempit dan susah. Di sini, dia perlu melihat produk yang mahu diusahakan sama ada ia penting ataupun tidak, kerana ada perkara yang sememangnya penting dan ada yang tidak diperlukan kerana hanya berkait dengan perhiasan atau sifat ingin bermewah dan berseronok-seronok. Oleh itu dia hendaklah menumpukan kepada perkara yang lebih penting dan diperlukan agar tugas dan tanggungjawabnya itu dapat memenuhi keperluan orang Islam seluruhnya. Jauhkan diri dari melakukan kerja pereka seni dan objek, mengukir, menghiaskan bangunan dengan kapur putih dan membuat peralatan-peralatan hiasan. Hukum kesemua perkara ini adalah makruh.
Antara kerja maksiat ialah menjahit pakaian sutera bagi lelaki. Antara kerja yang makruh pula ialah menjual daging kerana boleh membawa kepada keras hati. Demikian juga tukang bekam, tukang sapu dan tukang samak kerana penglibatan langsung dengan najis.
Seseorang itu juga tidak harus mengambil upah kerana menga jar al-Quran serta dalam perkara ibadah dan fardu kifayah.²⁰¹
201 Ulamak berselisih pendapat berkenaan mengambil upah kerana mengajar al-Quran. Pendapat di sisi jumhur ulamak, antaranya Imam Syafi'e, Malik, Ahmad dan Abu Thaur, hukumnya adalah harus. Manakala pendapat Imam Abu Hanifah, hukumnya adalah makruh. Lihat huraian al-Qurtubi r.hm dalam tafsirnya ketika mentafsirkan ayat 41, surah al-Baqarah-pent.
iii. Dalam kesibukannya di pasar dunia, janganlah dia terhalang dari memasuki pasar akhirat.
Pasar akhirat ialah masjid-masjid. Oleh itu pada awal pagi, sebelum tiba waktu pergi ke pasar, dia seharusnya komitmen dengan amalan dan wirid untuk akhiratnya. Peniaga yang soleh di kalangan ulamak salaf, telah memperuntukkan masa di awal dan penghujung siang untuk amal akhiratnya. Antara kedua masa tersebut digunakan untuk perniagaan. Apabila mendengar azan Zohor dan Asar, mereka meninggalkan semua aktiviti perniagaan untuk menunaikan kewajipan sembahyang.
iv. Sentiasa berzikir mengingati Allah ketika di pasar di samping bertasbih dan bertahlil.
v. Jangan terlalu mengambil berat dan prihatin dengan pasar dan perniagaan.
Oleh itu janganlah dia menjadi orang yang pertama memasuki pasar dan paling akhir keluar daripadanya.
vi. Tidak hanya menjauhi perkara-perkara haram, bahkan menjaga diri dari perkara-perkara syubhah dan meragukan.
Begitu juga dia tidak seharusnya berpada dengan fatwa-fatwa yang diberikan sahaja bahkan dia hendaklah meminta fatwa dari hatinya dalam setiap perkara yang meragukannya.
Halal dan Haram
Hukum mencari perkara yang halal adalah wajib ke atas setiap muslim. Kebanyakan golongan yang jahil mendakwa bahawa perkara yang halal sudah tiada. Mereka berkata: Kini, hanya tinggal air yang jernih, rumput rampai dan tumbuh-tumbuhan sahaja yang halal. Selain dari itu, semuanya telah dicemari oleh sistem muamalah yang rosak. Apabila mereka yakin mengenainya sedangkan mereka menyedari bahawa mereka sangat memerlukan keperluan harian, mereka mula menceburi perkara-perkara syubhah dan haram. Fenomena ini berlaku kerana kejahilan dan kecetekan ilmu manusia sedangkan dalam hadis as-Sahihain, Nu'man bin Basyir r.a. telah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
Yang halal itu adalah jelas dan yang haram itu juga jelas, namun antara keduanya terdapat perkara syubhah (hukumnya diragui dan tidak jelas).²⁰²
Oleh kerana dakwaan golongan jahil ini merupakan satu bid'ah yang mudaratnya telah tersebar luas dan kejahatannya telah menyelinap masuk ke dalam agama, maka wajiblah dibongkarkan segala kerosakan dan keburukannya itu berdasarkan Madrak (sebab-sebab)²⁰³ yang membezakan antara perkara halal, haram dan syubhah. 203 Dalam kitab Misbahul Munir (192) ada menyebut: Madaarik as-Syar'iyyah bererti punca-punca untuk mendapatkan hukum-hakam, berdalilkan nas nas dan ijtihad hingga akhir.
Kami akan menjelaskan perkara tersebut dalam beberapa bahagian seperti mana berikut.
1. Kelebihan Mencari yang Halal dan Menjauhi yang Haram serta Peringkat Halal dan Haram
Firman Allah Taala:
Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh.
(Al-Mukminun: 51)
Perkataan at-Toyyibat di sini bermakna sesuatu yang halal. Dalam ayat tersebut, Allah Taala telah memerintahkan supaya mendapatkan makanan yang halal sebelum perintah beramal soleh. Allah Taala berfirman ketika mencela perkara haram:
Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah.
(Al-Baqarah: 188)
Begitulah seterusnya dalam ayat-ayat yang lain.
Dalam satu hadis, daripada Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
Wahai manusia, sesungguhnya Allah Taala itu baik dan Dia tidak menerima melainkan yang baik-baik. Kemudian baginda menyebut tentang seorang lelaki yang bermusafir jauh dalam keadaan kusut masai rambutnya dan berdebu badannya, lalu mengangkat kedua tangannya ke langit sambil berdoa: Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku. Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan diberi makan dengan sesuatu yang haram. Maka bagaimana doanya itu akan diperkenankan.²⁰⁴
Perkara tersebut telah diriwayatkan lebih dari satu hadis. Diriwayatkan bahawa Sa'ad telah meminta kepada Rasulullah s.a.w. agar doanya diperkenankan. Lalu baginda bersabda kepadanya:
Pastikan makanan kamu halal, nescaya doa kamu akan diperkenankan.²⁰⁵
205 Berkata al-'Iraqi dalam kitab Takhrij al-Ihya' (2/89): Telah dikeluarkan oleh at-Tobrani dalam kitab al-Ausot dan pada sanadnya terdapat perawi yang tidak ku kenali.
Para ulamak salaf sentiasa teliti dan sangat berhati-hati dalam memastikan sesuatu perkara benar-benar halal. Abu Bakar r.a. pernah termakan sesuatu yang syubhah kemudian beliau memuntahkannya kembali setelah menyedarinya.²⁰⁶ 206 Ini kerana ia adalah hasil daripada pekerjaan tukang tilik dan ia termasuk perkara buruk dan keji.
Peringkat-peringkat Halal dan Haram
Ketahuilah bahawa semua perkara halal adalah baik. Walau bagaimanapun sebahagiannya ada yang lebih baik daripada yang lain. Begitu juga sesuatu yang haram. Semuanya adalah buruk atau keji tetapi ada sebahagiannya yang lebih buruk daripada yang lain. Samalah seperti seorang doktor yang memutuskan bahawa semua makanan yang manis boleh memanaskan badan. Tetapi dia akan huraikan bahawa ini kepanasan tahap pertama, yang itu pada tahap kedua, yang ini pada tahap ketiga dan yang itu tahap keempat. Begitulah juga dalam perkara yang haram. Sesuatu yang haram disebabkan akad yang rosak tidak sama darjat atau tingkatannya dengan sesuatu yang haram kerana merampas secara paksa. Bahkan perbuatan merampas itu lebih buruk dan keji kerana ia menyakitkan orang lain dan meninggalkan usaha yang diizinkan syarak. Manakala dalam akad yang rosak, ia hanya meninggalkan jalan ta'abbud sahaja.²⁰⁷
207 Iaitu tidak melakukan akad dengan kaedah yang telah ditetapkan oleh syarak sahaja tetapi dia tidak merampas-pent.
Demikian juga mengambil sesuatu secara zalim daripada orang fakir atau orang soleh atau anak yatim adalah lebih buruk dan keji berbanding dengan mengambilnya daripada orang kuat atau kaya atau fasik.
Tahap-tahap Warak
Terdapat empat tahap warak sebagaimana berikut:
i. Berpaling daripada semua perkara yang telah difatwakan sebagai haram. Ini jelas dan tidak perlu kepada contoh.
ii. Meninggalkan perkara syubhah yang tidak wajib menjauhinya,
tetapi disunatkan. Ini akan dijelaskan ketika membincangkan bahagian-bahagian syubhah akan datang. Berhubung dengan perkara ini, Rasulullah s.a.w. bersabda:
Tinggalkan apa-apa yang meragukan kamu kepada apa-apa yang tidak meragukan kamu.²⁰⁸
iii. Meninggalkan sebahagian daripada yang halal kerana bimbang terjatuh ke dalam perkara yang haram.
iv. Meninggalkan semua perkara yang bukan kerana Allah Taala. Ini adalah tahap warak golongan siddiqin (yang benar imannya kepada Allah). Contohnya sebagaimana diriwayatkan daripada Yahya bin Yahya an-Naisaburi r.hm. bahawa beliau telah meminum ubat. Lalu isterinya berkata kepadanya: Lebih baik engkau berjalan jalan sedikit dalam rumah supaya ubat itu berfungsi. Jawab beliau: Perbuatan berjalan ini, aku tidak mengetahuinya sedangkan aku sentiasa menghisah diri (berhati-hati dari melakukan perkara seperti itu) semenjak tiga puluh tahun yang lalu. Lelaki ini tidak berjalan seperti mana yang dicadangkan kerana melihat ia tidak ada kaitan dengan agama. Ini adalah tahap warak yang sangat tinggi dan halus.
Apa yang pasti bahawa warak itu ada peringkat awal dan peringkat kemuncaknya. Di pertengahannya terdapat beberapa peringkat ihtiyat (berwaspada). Apabila seseorang insan itu mengambil berat terhadap sifat warak ini, dialah orang yang paling cepat melintasi titian Sirot dan lebih ringan bebanannya. Perbezaan darjat dalam syurga adalah berdasarkan perbezaan darjat kewarakan yang ada pada seseorang. Begitulah juga perbezaan tingkatan azab api neraka bagi orang zalim adalah mengikut tahap perkara haram yang dilakukannya. Jika kamu mahu, maka tingkatkan tahap kewaspadaan kamu dan jika kamu mahu kamu juga boleh memandang ringan terhadapnya. Sikap berwaspada akan mendatangkan kebaikan kepada kamu sementara mengambil jalan mudah akan membawa keburukan.
2. Peringkat-peringkat Syubhah dan Perbezaannya dengan Perkara yang Halal dan Haram
Hadis Nu'man bin Basyir r.a. tadi telah menegaskan wujudnya tiga bahagian tersebut iaitu halal, haram dan pertengahan antara keduanya iaitu perkara yang dimusykilkan kedudukannya. Itulah yang dikatakan pertengahan antara halal dan haram yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Ia dikenali sebagai perkara syubhah.
Bagi menjelaskan perkara tersebut, kami menegaskan bahawa perkara yang halal secara mutlak ialah sesuatu yang tidak mempunyai sifat yang membawa kepada pengharamannya secara khusus (zat sesuatu benda itu sendiri adalah halal) dan tidak ada sebab atau faktor luaran yang membawanya kepada hukum haram atau makruh. Contohnya ialah air hujan yang diambil oleh seseorang sebelum ia jatuh ke dalam bekas milik orang lain.
Manakala haram secara mutlak pula ialah sesuatu yang mempunyai sifat yang diharamkan seperti sifat mabuk pada arak dan najis pada air kencing. Mungkin juga kerana berlakunya sesuatu yang dilarang oleh syarak seperti ia melalui cara zalim dan riba. Kedua-dua tahap ini adalah terang dan nyata. Begitulah seterusnya dalam perkara-perkara lain, ia perlu dibandingkan (dikiaskan) dengan kedua-dua perkara tersebut.
Walau bagaimanapun, situasinya mungkin berubah tetapi tidak ada dalil atau petunjuk yang jelas mengenai perubahan tersebut. Contohnya, memburu binatang di daratan dan lautan adalah halal. Namun kijang yang diburu atau ikan yang ditangkap mungkin telah menjadi milik pemburu lain yang terlepas. Kebarangkalian seperti ini tidak berlaku kepada air hujan yang ditadah di udara.
Sebenarnya membuat kemungkinan seperti itu (dalam masalah berburu tadi) adalah sikap warak golongan was-was, kerana ia hanyalah sangkaan semata-mata yang tidak ada dalil. Sekiranya terdapat dalil yang menunjukkan sedemikian, seperti kesan luka pada kijang atau kesan cop besi panas pada badannya (yang menunjukkan ia telah ditangkap dan dimiliki terlebih dahulu), ketika itu barulah dia sepatutnya bersikap warak.
Takrif syubhah ialah dua pegangan atau tanggapan yang bertentangan berpunca dari dua sebab yang memungkinkan berlakunya perbezaan tanggapan tersebut. Contoh syubhah terlalu banyak. Yang paling penting untuk diutarakan di sini ialah dua contoh sebagaimana berikut:
Contoh Pertama: Ragu terhadap sebab yang menghalal atau mengharamkan sesuatu. Ia terbahagi kepada empat bahagian:
i. Sesuatu perkara tersebut telah diketahui halal, tetapi berlaku keraguan pada sebab yang menghalalkan itu. Perkara syubhah seperti ini wajib dijauhi dan haram mengambilnya. Contohnya jika dia berjaya mencederakan binatang buruan lalu binatang tersebut terjatuh ke dalam air. Tidak lama kemudian dia menemuinya dalam keadaan telah mati. Namun begitu, dia tidak mengetahui adakah ia mati kerana luka ataupun lemas. Oleh itu, hukumnya adalah haram kerana mengikut hukum asalnya iaitu haram.
ii. Sesuatu perkara yang telah diketahui halal kemudian dia ragu mengenai sebab pengharamannya. Hukumnya adalah halal kerana pada asalnya dia mengetahui ia adalah halal. Contohnya: Ketika melihat seekor burung yang sedang terbang, seorang lelaki berkata: "Sekiranya burung itu burung gagak. isteriku akan tercerai". Kawannya pula berkata: "Sekiranya burung itu bukan burung gagak, isteriku akan tercerai". Namun begitu burung tersebut tidak dapat dipastikan jenisnya. Dalam keadaan ini, kita tidak menghukum cerai pada salah seorang daripada keduanya, walaupun dari segi waraknya, kedua duanya hendaklah menjauhi dan menceraikan isteri masing masing.
iii. Hukum asalnya adalah haram, tetapi terdapat sesuatu sebab yang boleh menjadikannya halal secara dzan (sangkaan) yang kuat. Perkara ini diragui hukumnya tetapi lebih berat kepada halal. Contohnya: Seseorang memanah binatang buruannya kemudian binatang tersebut hilang dari pandangannya. Apabila menemuinya, dia dapati ia telah mati. Tidak terdapat apa-apa kesan padanya selain kesan anak panahnya. Pada zahirnya, hukum binatang tersebut adalah halal kerana andaian lain yang tidak mempunyai dalil adalah perasaan was-was. Namun begitu, jika terdapat kesan berlaga atau luka yang lain, hukumnya adalah sama seperti bahagian pertama.
iv. Hukum halal telah dimaklumi, tetapi berlaku sesuatu sebab yang diiktiraf syarak boleh mengharamkannya dengan dzan yang kuat.
Contohnya: Seseorang berijtihad bahawa salah satu bekasnya adalah najis berdasarkan tanda tertentu dengan sangkaan yang kuat. Oleh itu haram dia minum atau berwuduk darinya.
Contoh Kedua: Berlaku percampuran antara halal dan haram yang menyebabkan berlaku kekeliruan. Contohnya seperti mana berikut: i. Apabila seekor bangkai bercampur dengan seekor atau sepuluh ekor binatang yang telah disembelih ataupun dalam jumlah lain yang terbatas dan dapat dihitung, ia wajib dijauhi. Demikian juga apabila berlaku kekeliruan untuk membezakan antara adik perempuannya dengan perempuan-perempuan lain yang boleh dinikahinya. Syaratnya, jumlah perempuan ajnabiyyah itu terbatas dan dapat dihitung.
ii. Percampuran antara perkara haram yang terhad jumlahnya dengan perkara halal yang jumlahnya tidak terhad. Contohnya: Kekeliruan untuk membezakan antara adik perempuannya ataupun sepuluh saudari perempuan susuannya dengan ramai perempuan lain dalam negeri yang luas.
Dalam keadaan ini, dia tidak wajib menjauhkan dirinya daripada mengahwini perempuan-perempuan negeri tersebut. Bahkan dia bebas berkahwin dengan sesiapa sahaja di kalangan perempuan yang dikehendakinya. Pengharaman akan men datangkan kesempitan dan kesusahan yang besar kepadanya.
Demikian juga apabila seseorang yang tahu bahawa seluruh harta dunia telah bercampur dengan sesuatu yang haram secara qat'ie. Dia tidak wajib mengelakkan dirinya dari jual beli atau memakannya, kerana ia suatu yang membebankan. Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya mengetahui bahawa di kalangan masyarakat ada yang mengamalkan riba tetapi mereka tidak meninggalkan dirham (urusan kewangan) seluruhnya. Pada zaman tersebut juga berlaku kecurian perisai perang²⁰⁹, tetapi ia tidak menghalang para sahabat untuk membelinya di pasaran. Meninggalkan perkara seperti ini adalah sifat warak golongan was-was (bukan warak sebagaimana dituntut).
209 Riwayat al-Bukhari (6792), Muslim (1686), Malik (2/832), at-Tirmizi (1445). Abu Daud (4383) dan an-Nasai ie (8/77) daripada Aisyah r.ha...
iii. Percampuran yang berlaku antara perkara haram dan halal di mana jumlah kedua-duanya tidak terhitung, seperti berlaku dalam hukum harta-benda di zaman kita hari ini. Percampuran ini tidak mengharamkan kita mengambil sesuatu perkara yang tertentu kecuali terdapat tanda atau bukti yang menunjukkan pengharamannya. Contohnya seperti menerima satu pemberian daripada raja yang zalim. Sekiranya tidak terdapat bukti ia adalah haram, mengambilnya adalah harus walaupun meninggalkannya merupakan sifat warak.
Ini kerana di zaman Rasulullah s.a.w. dan Khulafa' ar-Rasyidin dahulu, banyak harta yang bercampur aduk dengan harta hasil arak, hasil riba dan harta rampasan perang yang dikhianati. Para sahabat juga mengetahui tentang rampasan yang berlaku di Madinah dan wujudnya muamalah atau aktiviti orang yang zalim. Namun ia tidak menghalang mereka berjual beli di pasar. Sekiranya semua itu haram, nescaya semua pintu muamalah dan aktiviti sesama manusia bagi memenuhi keperluan harian akan tertutup. Ini kerana perbuatan fasik telah berleluasa di kalangan masyarakat.
Hukum asal harta benda adalah halal. Apabila berlaku pertentangan antara hukum asal dengan perkara yang lumrah berlaku dalam masyarakat, tetapi tidak mempunyai bukti yang menunjukkan pengharamannya, maka hukumnya adalah seperti hukum yang asal iaitu halal.
Demikian juga dalam masalah tanah di jalan raya dan bekas bekas kepunyaan golongan musyrikin. Saidina Umar r.a. telah berwudhuk menggunakan bekas kepunyaan seorang perempuan nasrani, sedangkan mereka adalah kaum yang meminum arak dan memakan babi di mana bekas itu tidak terjamin selamat dari najis. Para sahabat memakai pakaian berbulu dari kulit binatang yang disamak dan pakaian-pakaian yang telah dicelup. Sesiapa yang memerhatikan proses penyamakan kulit binatang dan pencelupan pakaian ini pasti lebih maklum bahawa ia sentiasa bergelumang dengan najis. Ini menunjukkan bahawa para sahabat hanya berwaspada dan berjaga-jaga daripada najis yang jelas kelihatan sahaja atau terdapat tanda-tanda yang menunjukkan kenajisannya. Manakala sangkaan yang berasaskan kepada kebiasaan yang dijangka berlaku, tidak diambil kira.
Sekiranya ditanya: Para sahabat mengambil mudah dalam perkara bersuci dan begitu berhati-hati dalam perkara syubhah, maka apakah perbezaannya di sini?
Kita menjawab: Sekiranya pertanyaan itu bermaksud bahawa mereka bersembahyang dalam keadaan najis, itu adalah perkara yang batil. Sekiranya kamu maksudkan bahawa mereka memelihara diri dari setiap najis yang wajib dijauhi, itu adalah perkara yang betul. Sifat warak mereka dalam perkara syubhat adalah dengan menahan diri daripada perkara yang tidak menjadi kesalahan pada syarak, semata-mata kerana bimbang terjebak ke dalam perkara yang terlarang. Hakikatnya jiwa manusia sentiasa cenderung kepada harta benda walau bagaimana keadaan pun harta tersebut. Ini berbeza dengan najis. Para sahabat meninggalkan perkara halal yang boleh melalaikan hati mereka. Wallahu a'lam.
3. Berkenaan Halal dan Haram serta Hukum Mengkaji dan Bersoal jawab Mengusulkannya
Sekiranya kamu diberikan makanan, dihadiahkan sesuatu atau membeli sesuatu daripada seseorang individu, kamu tidak boleh berkata: Barang ini saya belum pasti halal, saya mahu mengkajinya terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, kamu juga tidak boleh meninggalkan langsung pengkajiannya. Bahkah tindakan mengkaji dan menyoal boleh menjadi sama ada wajib, haram, sunat atau makruh.
Punca timbulnya persoalan ialah keraguan sama ada berkaitan harta benda atau tuan punya harta. Keraguan terhadap tuan punya harta ialah seperti orang yang tidak dikenali dan tiada tanda menunjukkan kezalimannya seperti berpakaian dengan pakaian tentera atau tanda yang menunjukkan kebaikannya seperti pakaian sebagai ahli ilmu dan zuhud. Di sini kita tidak wajib bahkan tidak harus menyoal, kerana ia boleh mencabuli maruah dan menyakiti hati seseorang muslim. Tidak boleh dikatakan: Sesungguhnya dia seorang yang disyaki, kerana seorang yang disyaki ialah orang yang meragukan atau mengcurigakan berdasarkan tanda-tanda atau dalil yang ada padanya. Contohnya orang yang berperangai kasar seperti tentera dari bangsa Turki²¹⁰ ataupun berasal dari tempat yang tersohor dengan perbuatan zalim dan samun. Harus bermuamalah dengan orang seperti di atas kerana barang yang ada pada tangan seseorang menunjukkan dia sebagai pemiliknya dan dalil atau bukti mengenai sebaliknya adalah lemah. Walau bagaimanapun, meninggalkannya adalah perbuatan warak.
210 Ini berlaku pada zamannya sebagaimana dikatakan oleh az-Zubaidi dalam Syarh al-Ihya' (6/81).
Keraguan terhadap harta pula ialah seperti berlaku percampuran antara perkara yang haram dan halal. Contohnya, apabila berpikul pikul makanan yang dirampas dimasukkan ke pasar lalu dibeli oleh mereka yang mengunjunginya. Pembeli tersebut tidak wajib menyoal atau bertanya tentang kedudukan makanan yang dibelinya melainkan jika jelas kebanyakan yang ada di tangan mereka adalah haram. Ketika itu, dia wajib bertanya. Jika sekiranya barangan tersebut tidak banyak, menyoal siasat adalah kerana sifat warak dan bukannya kerana wajib berbuat demikian.
Demikian juga halnya dengan orang yang mempunyai harta yang halal bercampur dengan yang haram. Umpamanya seorang peniaga yang berniaga dengan betul tetapi pada waktu yang sama dia beramal dengan sistem riba. Sekiranya kebanyakan daripada hartanya adalah haram, kita tidak harus menerima pelawaannya atau hadiah darinya kecuali setelah memeriksanya secara teliti.
Sekiranya ternyata bahawa barang tersebut adalah halal. dia harus menerimanya tetapi jika sebaliknya, dia hendaklah menolaknya. Sekiranya perkara yang haram itu sedikit, maka apa yang diambilnya itu termasuk dalam perkara syubhah. Lebih baik dan warak jika dia meninggalkannya.
Soal siasat timbul kerana adanya keraguan dan ia tidak berlaku lagi setelah hilangnya keraguan, seperti seorang yang jauh dari tuduhan atau diragui. Sekiranya dia sememangnya diragui dan kamu mengetahui bahawa dia mempunyai matlamat tertentu di sebalik kehadiran kamu menerima pelawaannya atau penerimaan kamu akan hadiahnya, ketika itu kata-katanya tidak boleh dipercayai. Oleh itu kamu sepatutnya bertanya kepada orang lain (berkenaan hartanya).
4. Cara Bertaubat Orang yang Melakukan Kezaliman Harta
Sesiapa yang bertaubat sedangkan di tangannya masih ada harta yang bercampur halal dan haram, dia hendaklah mengasingkan yang haram dan mengeluarkannya. Sekiranya bahagaian harta yang haram itu dapat ditentukan, ia lebih mudah. Tetapi sekiranya ia bercampur aduk dan tidak dapat dibezakan serta dari jenis yang sama seperti biji-bijian, duit dan minyak tetapi diketahui kadarnya, dia hendaklah mengasingkan kadar tersebut. Sekiranya tidak diketahui kadarnya, dia mempunyai dua cara:
a) Mengikut sangkaan kuat.
b) Dengan cara yang meyakinkan²¹¹ dan itulah cara yang warak.
211 laitu mengeluarkannya lebih daripada kadar yang berasaskan kepada sangkaan kuat. Sekiranya jumlah atau kadar menurut sangkaan kuatnya 15%, maka dia keluarkannya 20% atau seumpamanya-pent
Setelah bahagian yang haram itu dikeluarkan dan diketahui pemiliknya, dia hendaklah mengembalikan kepadanya atau ahli warisnya. Sekiranya berlaku pertambahan pada harta atau ada manfaat dari harta tersebut (seperti hasil sewaan), hendaklah diserahkan kesemuanya kepada tuannya. Sekiranya pemiliknya tidak dapat dikesan dan jalan untuk menemuinya sudah buntu serta tidak diketahui (sekiranya dia mati) sama ada dia mati meninggalkan ahli waris atau tidak, harta tersebut hendaklah disedekahkan. Sekiranya harta itu merupakan harta fai dan harta yang disimpan untuk kepentingan umum, ia hendaklah digunakan untuk membina jambatan, masjid dan jalan-jalan raya di Mekah serta apa sahaja yang mendatangkan manfaat kepada mereka yang melaluinya.
Masalah: Sekiranya terdapat harta yang halal dan syubhah pada seseorang itu, maka dia hendaklah mengambil yang halal sahaja dan lebih mengutamakan perbelanjaan dari harta yang halal itu untuk keperluan makanan dan pakaian hariannya. Kemudian barulah dia gunakannya sebagai upah tukang bekam, membeli minyak, menyalakan pelita dan sebagainya. Asal pada perkara ini ialah sabda Rasulullah s.a.w. mengenai upah dari berbekam:
Berilah untamu makan dari hasil upah berbekam kamu.²¹²
Sekiranya harta kedua ibubapanya haram, dia hendaklah mengelak daripada makan bersama mereka. Sekiranya harta mereka meragukan (shubhah), dia hendaklah memperingatkan mereka. Sekiranya mereka tidak menerima peringatan tersebut, dia boleh makan dengan jumlah sekadar yang diperlukan sahaja.
Diriwayatkan bahawa ibu kepada Bisyr al-Hafi telah memberikan sebiji tamar kepadanya lalu dia (Bisyr al-Hafi) memakannya, kemudian beliau naik ke biliknya dan memuntahkannya.
5. Pemberian Pemerintah yang Zalim dan Had Pergaulan Bersama Mereka yang Diharuskan
Sesiapa yang menerima harta daripada raja atau pemerintah, dia mestilah memerhatikan dari manakah sumber harta tersebut, sifat harta yang boleh diambil, kadar yang patut diambil serta adakah dia layak atau berhak mengambilnya?
Terdapat segolongan ulamak yang bersifat warak dalam masalah ini, di mana mereka mengambilnya dan selepas itu menyedekahkannya.
Pada zaman ini, sikap berhati-hati dan berwaspada adalah lebih baik kerana telah dimaklumi bahawa satu-satunya cara untuk mendapat kurniaan dari pihak pemerintah ialah dengan menghinakan diri, meminta-minta dan mendiamkan diri walaupun mereka melakukan kemungkaran. Sebahagian ulamak salaf langsung tidak mengambilnya dengan alasan bahawa masih ada lagi orang yang lebih berhak menerimanya.
Sebenarnya mereka boleh mengambilnya kerana itu adalah haknya. Manakala mereka yang tidak diberikan itu kekal dalam keadaan di zalimi (tanggungjawab pemerintah tersebut). Tambahan pula, harta tersebut bukan milik bersama.
Keadaan Mereka yang Bergaul dengan Pemerintah, Hakim dan Golongan Zalim.
Terdapat tiga keadaan sebagaimana berikut:
Keadaan Pertama: Kamu masuk mengadap mereka (tanpa disuruh). Ini adalah seburuk-buruk keadaan.
Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. bahawa baginda s.a.w. bersabda:
Sesiapa yang pergi ke pintu-pintu pemerintah untuk mendekatkan diri dengan mereka, dia akan terfitnah. Semakin hampir seseorang hamba dengan pemerintah, bermakna semakin jauhlah dia dari Allah Taala.²¹³
Huzaifah berkata: Jauhkan diri kamu daripada tempat-tempat fitnah. Dia ditanya: Apakah tempat-tempat fitnah itu? Jawab beliau: Pintu-pintu pemerintah. Seseorang kamu masuk bertemu dengannya lalu kamu membenarkan apa yang dusta dan berkata apa yang tidak benar.
Sebahagian pemerintah berkata kepada sebahagian ahli zuhud: Mengapakah kamu tidak datang kepada kami? Dia berkata: Aku bimbang, sekiranya kamu meletakkan aku di sampingmu, kamu akan membawa fitnah kepadaku dan sekiranya kamu jauhkan aku darimu, aku tidak akan dapat sesuatupun daripadamu. Harta milikmu bukanlah menjadi keinginanku dan aku juga tidak memiliki sesuatu yang menyebabkan aku perlu takut kepadamu. Sesungguhnya orang yang datang mengadapmu ialah orang yang lebih mengharapkan kurniaanmu daripada kurniaan Allah. Aku tidak berhajat kepadamu kerana aku hanya berhajat kepada Allah yang telah menjadikan kamu tidak berhajat kepadaku.
Athar-athar ini menjelaskan bahawa mencampuri atau bergaul dengan pemerintah adalah makruh. Di samping itu, orang yang berulang alik bertemu dengan pemerintah akan terdedah melakukan maksiat kepada Allah Taala sama ada melalui perbuatan, perkataan atau diamnya.
Maksiat dari segi perbuatan berlaku kerana kebanyakan pertemuan dengan pemerintah dilangsungkan di tempat-tempat yang dirampas. Sekiranya di tempat yang tidak dirampas, mungkin maksiat itu berlaku disebabkan khemah dan segala peralatannya adalah daripada hartanya yang haram. Mengguna atau memanfaatkan sesuatu yang haram adalah haram. Sekiranya sumber harta tersebut adalah halal, dia mungkin juga akan terjebak melakukan perkara haram yang lain seperti tunduk sujud kepadanya atau berdiri menampilkan diri untuk berkhidmat serta tunduk kepadanya kerana kekuasaan yang dimilikinya, sedangkan dengan kekuasaan itulah dia melakukan kezaliman.
Bersikap tawaduk atau tunduk kepada orang zalim adalah maksiat. Bahkan tunduk kepada orang kaya hanya kerana kekayaan dan bukan dengan sebab lain yang dibenarkan, boleh menghapuskan dua pertiga agamanya. Justeru, bagaimana pula jika tunduk kepada orang yang zalim. Mencium tangan pemerintah yang zalim juga merupakan perkara maksiat kecuali kerana takut berlaku kemudaratan. Manakala mencium tangan pemerintah yang adil atau alim ulamak yang layak untuk diperlakukan sedemikian, hukumnya adalah diharuskan. Golongan yang lain daripada itu. hanya bersalaman sahaja yang diharuskan.
Maksiat dalam perkataan pula berlaku jika dia berdoa untuk pemerintah yang zalim, memujinya dan membenarkan kata-katanya yang batil sama ada dengan ucapannya, menggerakkan kepalanya atau menampakkan kegembiraan melalui wajahnya. Ia juga berlaku apabila dia menzahirkan rasa rindu untuk bertemu dengannya dan sangat gembira jika kekuasaannya kekal lebih lama. Kebiasaannya dia tidak hanya bersalaman tetapi dia akan bercakap dengan percakapan yang mengandungi perkara-perkara tersebut di atas.
Disebut dalam athar yang bermaksud: Sesiapa yang mendoakan agar kekuasaan orang yang zalim terus kekal dengan lebih lama, bererti din suka Allah Taala terus diderhakai.²¹⁴
214 Al-Iraqi berkata dalam kitab Takhrij al-Ihya' (2/87): Aku mendapati athar ini bukan hadis marfu' tetapi ia adalah riwayat Ibnu Abid Dunia dalam kitab al-Somt daripada kata-kata al-Hasan.
Doa yang diharuskan untuk pemerintah ialah semoga Allah memperbetulkan jalanmu atau semoga Allah memberi taufik kepada kamu atau seumpamanya.
Manakala maksiat melalui diamnya pula ialah apabila dia mendiamkan diri ketika melihat permaidani-permaidani sutera, bekas-bekas perak, pakaian-pakaian sutera yang dipakai oleh pelayan-pelayannya dan seumpamanya. Sesiapa yang mendiamkan diri ketika melihat perkara-perkara tersebut, dianggap sama-sama bersekongkol dengannya. Demikian juga apabila dia mendengar percakapan yang keji, bohong, mencela dan menyakitkan. Mendiamkan diri tanpa mencegahnya juga adalah haram, kerana dia wajib menyuruh kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar.
Sekiranya kamu berkata: Dia mendiamkan diri kerana bim bangkan keselamatan dirinya, maka diamnya itu boleh dimaafkan.
Kami menjawab: Benar sebagaimana yang kamu kata, tetapi dia tidak perlu menampilkan dirinya kepada pemerintah tersebut sehingga terpaksa melakukan sesuatu yang tidak diharuskan melainkan kerana keuzuran-keuzuran tertentu sahaja. Ini kerana, sekiranya dia tidak masuk ke majlis pemerintah itu tentu dia tidak akan menyaksikan kesemua perkara mungkar tersebut.
Justeru, tidak wajiblah kepadanya menyuruh atau mencegah. Sesiapa yang tahu bahawa kemungkaran berlaku di suatu tempat dan sedar dia tidak mampu untuk mencegahnya jika berada di situ. dia tidak harus pergi ke tempat tersebut.
Bertemu Pemerintah yang Zalim dengan Alasan yang Diizinkan Syarak
Sekiranya seseorang itu terselamat daripada fitnah yang tersebut di atas-jauh sekali dari selamat-, dia tidak akan terselamat daripada kerosakan yang menyelinap masuk ke dalam hatinya dan boleh mempengaruhinya kerana melihat kenikmatan yang melimpah ruah di sana. Ini menyebabkan dia memandang rendah nikmat Allah kepadanya. Kemudian orang lain juga akan mengikut jejak langkahnya untuk mendampingi pemerintah yang kaya raya. Ini akan menambahkan lagi pengaruh komuniti zalim tersebut.
Diriwayatkan bahawa Said bin al-Musayyib telah diperintah untuk memberi bai'ah taat setia kepada al-Walid dan Sulaiman. Kedua-duanya anak khalifah Abdul Malik. Beliaupun berkata: Selama mana malam dan siang silih berganti, selagi itulah aku tidak akan memberi bai'ah kepada kedua-dua mereka²¹⁵. Mereka berkata: Kamu masuklah melalui pintu ini dan keluarlah melalui pintu lain. Beliau berkata: Demi Allah, aku tidak akan berbuat demikian agar orang ramai nanti tidak akan mengikuti tindakanku itu. Lalu beliau disebat seratus kali sebatan dan dipakaikan dengan pakaian yang berbulu kasar.
215 Ini adalah pengajaran yang sangat baik. Lihat risalahku al-Bai'ah Baina as-Sunnah wal Bid'ah. Cetakan Maktabah Islamiyyah, Amman.
Berdasarkan keterangan di atas, maka tidak harus masuk menemui pemerintah yang zalim melainkan kerana dua alasan iaitu:
a) Perintah daripada mereka yang wajib dipatuhi di mana dia bimbang akan disiksa jika menolaknya.
b) Bertujuan untuk menghalang kezalimannya terhadap orang Islam. Hukumnya harus selagi mana dia tidak bercakap bohong, tidak memuji-mujinya dan tidak meninggalkan nasihat yang sepatutnya. Inilah hukum masuk menemui pemerintah.
Keadaan Kedua: Pemerintah masuk menziarahinya. Ketika itu dia wajib menjawab salam. Manakala berdiri dan memuliakannya adalah tidak haram sebagai balasan di atas kesediaannya (pemerintah tersebut) datang menemui dan memuliakannya. Memuliakannya kerana ilmu dan agama adalah perkara yang terpuji tetapi memuliakannya kerana kezaliman adalah tercela. Sekiranya pemerintah masuk seorang diri dan dia merasakan perlu berdiri kerana memuliakan agama, maka itu adalah lebih utama. Sekiranya dia masuk bersama rombongannya, maka meraikannya dengan cara yang layak dengan kedudukannya di kalangan rakyat yang bersamanya adalah perkara yang terpuji dan patut dicontohi. Tidak salah berdiri menghormatinya kerana niat dan tujuan tersebut.
Sekiranya menyambut kedatangan pemerintah tanpa berdiri tidak membawa kesan negatif kepada orang ramai dan dia tidak dimurkai, maka lebih baik dia tidak berdiri. Kemudian dia wajib menasihatkannya dan memberitahu kepadanya tentang perkara haram yang berlaku, jika dia tidak mengetahuinya.
Memberitahu pemerintah berkenaan haramnya kezaliman dan minum arak tidak membawa apa-apa makna dan faedah. Dia sepatutnya menggerunkan si pemerintah dari melakukan maksiat jika dia menyangka bahawa tindakan menakutkannya itu memberi kesan. Dia juga perlu membimbingnya ke arah kebaikan. Apabila pemerintah yang zalim menggunakan cara yang menyimpang untuk mencapai sesuatu matlamat sedangkan dia mengetahui bahawa di sana terdapat cara yang dibenarkan oleh syarak yang boleh mencapai matlamat tersebut, dia hendaklah menjelaskannya.
Keadaan Ketiga. Memutuskan hubungan dengan pemerintah secara total. Dia tidak berjumpa dengan mereka (pemerintah) dan mereka juga tidak berjumpa dengannya. Inilah jalan yang lebih selamat. Kemudian dia juga seharusnya yakin bahawa pemerintah itu sendiri benci terhadap kezaliman mereka. Oleh kerana itulah maka dia tidak berkeinginan untuk berjumpa dengan mereka, memuji-muji dan bertanya khabar mengenai mereka. Dia juga tidak akan menghampiri golongan yang rapat dengan mereka dan tidak akan menyesal lantaran tidak mendapat apa yang seharusnya dia perolehinya kerana menjauhkan diri dari mereka.
Salah seorang ulamak berkata: Antara diriku dan pemerintah hanyalah satu hari. Satu hari telah berlalu (semalam) maka mereka tidak dapat merasai keseronokan hari tersebut atau hari besok yang mana aku dan mereka dalam keadaan bimbang (tiada kepastian sama ada hidup atau mati). Maka tinggallah hari ini. Apakah agaknya yang mungkin berlaku pada hari ini?
Permasalahan.
Apabila sultan atau pemerintah mengirimkan harta kepada kamu untuk diagih-agihkannya kepada golongan fakir miskin, kamu hendaklah melihat; sekiranya harta tersebut adalah hak milik orang tertentu, maka haram kamu mengambilnya. Sekiranya ia bukan hak milik sesiapa, ia hendaklah disedekahkan sebagaimana yang telah dijelaskan dahulu dan dia boleh menguruskan pembahagiannya kepada fakir miskin.
Di kalangan ulamak ada yang enggan menerima kiriman tersebut. Sekiranya kebanyakan harta yang ada pada mereka adalah haram, bermuamalah dengan mereka adalah haram. Berkenaan jambatan-jambatan, masjid-masjid dan tali air-tali air yang dibina oleh pemerintah yang zalim, dia hendaklah memperincikan keadaannya. Sekiranya semua yang dibina itu diambil daripada harta atau bahan-bahan yang menjadi hak milik orang tertentu, dia tidak boleh menggunakannya melainkan dalam keadaan terpaksa. Sekiranya tidak diketahui pemiliknya, dia boleh menggunakannya. Namun lebih warak jika dia tidak menggunakannya. Wallahu a'lam.
BAB 11
========================
Bahagian 2: Adat Kebiasaan
Bab 11: Adab-Adab Persahabatan, Persaudaraan, Pergaulan Dan Seumpamanya
Tajuk Mudarasah: Mukaddimah
Halaman Rujukan Kitab : 155
Nota Mudarasah:
Perpaduan adalah hasil daripada akhlak yang baik manakala perpecahan pula berpunca daripada akhlak yang buruk. Ini kerana akhlak yang mulia menghasilkan kasih sayang dan permuafakatan manakala akhlak yang buruk menghasilkan sikap benci membenci dan saling pulau memulau antara satu sama lain. Kelebihan akhlak yang mulia adalah jelas dan banyak hadis yang menyebut mengenainya.
Abu Darda' r.a. meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., sabdanya:
ما من شيء أثقل في ميزان المؤمن يوم القيامة من خلق حسن
Pada hari kiamat, tiada satu perkarapun pada timbangan amal orang mukmin yang lebih berat daripada akhlak yang mulia. (Riwayat at-Tirmizi dan beliau mensahihkannya.)²¹⁶
216 Riwayat at-Tirmizi (2003), Abu Daud (4799) dengan sanad hasan.
Dalam hadis lain menyebut:
إن أحبكم إلى وأفريكم مني مجلسا يوم القيامة أحاسنكم أخلاقا وإن أبغضكم إلى وأبعدكم منى مجلسا يوم القيامة مساوتكم أخلاقا
Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi dan paling hampir denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling mulia akhlaknya di kalangan kamu. Manakala orang yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya dariku pada hari kiamat ialah orang yang buruk akhlaknya di kalangan kamu.²¹⁷
217 Riwayat Ahmad (4/199), Al-Munziri menyebutnya dalam kitab at-Targhib (3/412) dan berkata: Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad dan perawi-perawinya adalah sahih. Diriwayatkan juga oleh at-Tobrani dan Ibnu Hibban dalam sahihnya. Hadis seumpama itu juga diriwayatkan daripada Jabir dan Abu Hurairah r.a..
Nabi s.a.w. pernah ditanya tentang perkara yang paling banyak menyebabkan manusia dimasukkan ke syurga. Baginda bersabda yang bermaksud:
Taqwa kepada Allah dan akhlak yang mulia.²¹⁸
218 Riwayat at-Tirmizi (2004) daripada Abu Hurairah r.a. dan ia hadis hasan melalui riwayat-riwayat lain.
Berhubung dengan kecintaan kerana Allah, terdapat hadis as Sahihain yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
Tujuh golongan yang Allah akan naungi mereka di bawah naungan-Nya pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya sahaja.
Salah satu golongan tersebut ialah:
ورجلان تحابا في الله اجتمعا عليه وتفرقا عليه
Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, mereka berhimpun atau bertemu kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah.²¹⁹
219 Riwayat al-Bukhari (2/119), Muslim (1031), Malik (2/952), at-Tirmizi (2392) dan an-Nasaie (8/22).
Dalam hadis lain menyebut bahawa Allah Taala berfirman:
حقت محبتي للمتحابين في وحقت محبتي للمتبادلين في وحقت محبتي للمتزاورين في
Aku pasti mengasihi orang yang kasih-mengasihi kerana Ku. Aku pasti mengasihi orang yang saling membelanjakan hartanya kerana-Ku dan Aku pasti mengasihi orang yang ziarah menziarahi kerana-Ku.²²⁰
220 Riwayat Malik (2/953) dengan sanad yang sahih daripada Muaz bin Jabal r.a..
Dalam hadis lain juga menyebut:
أوثق عرى الإيمان: أن تحب في الله، وتبغض في الله
Ikatan iman yang paling kukuh ialah kamu mencintai herana Allah dan membenci juga kerana Allah.²²¹
221 Riwayat at-Tobrani dalam kitab al-Kabir (11537) dan pada sanadnya terdapat perawi yang lemah. Namun terdapat dua riwayat lain yang menguatkannya iaitu riwayat Ibnu Mas`ud at-Toyalisi (378) dan at-Tobrani dalam kitab as-Soghir daripada al-Barra' serta riwayat Ahmad (4/286) dan Ibnu Abu Syaibah dalam kitab al-Iman (110). Kedua-dua riwayat ini menguatkan hadis di atas dan menjadikannya hadis hasan. Lihat kitab Silsilah Hadis Sahih (1728).
Terdapat banyak hadis yang menyebut mengenai perkara yang tersebut di atas.
Ketahuilah bahawa sesiapa yang mengasihi kerana Allah pasti akan membenci kerana Allah. Apabila kamu mengasihi seseorang kerana ketaatannya kepada Allah, kamu juga pasti membencinya apabila dia menderhakai-Nya. Ini kerana sesiapa yang mengasihi seseorang kerana sebab tertentu, pasti akan benci apabila wujud sebab yang berlawanan. Sesiapa yang memiliki sifat yang terpuji dan juga sifat yang dibenci, kamu hendaklah mencintainya pada satu aspek dan membencinya pada aspek yang lain.
Kamu seharusnya mengasihi seseorang muslim kerana Islamnya dan membencinya kerana maksiat yang dilakukannya. Persabahatan kamu dengannya sentiasa berada dalam keadaan sederhana, tidak terlalu dingin dan tidak terlalu melampau. Jika berlaku kesilapan yang tidak disengajakan darinya dan dia menyesal dengan perbuatan tersebut, lebih baik kamu menutup kesilapan tersebut. Sekiranya dia melakukannya secara berterusan, kamu mestilah menunjukkan riak-riak kebencianmu kepadanya dengan berpaling muka dan menjauhinya. Dia juga boleh bercakap kasar dengannya berdasarkan kadar maksiat yang dilakukannya.
Orang yang melanggar perintah Allah terbahagi kepada tiga golongan sebagaimana berikut:
i- Golongan kafir.
Sekiranya kafir harbi, dia berhak diperangi dan diperhambakan (sekiranya ditawan). Tidak ada lagi penghinaan lebih daripada kedua-dua perkara tersebut. Sekiranya kafir zimmi, kita tidak harus menyakitinya. Walau bagaimanapun jangan kamu melayani mereka (dengan layanan mesra) dan hendaklah menampakkan kehinaan diri mereka (kerana pegangan mereka) seperti tidak memberi laluan selesa kepada mereka serta tidak memberi salam kepadanya. Sekiranya dia yang memberi salam, hendaklah dijawab: 'Wa 'alaika' sahaja.
Tindakan yang lebih baik ialah tidak bergaul dan bermuamalah dengannya serta tidak makan bersamanya. Makruh bergurau senda dan bermesra dengan mereka, sebagaimana yang kamu lakukan terhadap sahabat-sahabat kamu yang lain.
ii- Golongan bid'ah.
Sekiranya mereka mengajak kepada perkara bid'ah yang boleh dihukum kafir, kedudukan mereka lebih berat daripada golongan zimmi. Ini kerana mereka tidak terikat dengan tuntutan jizyah dan juga akad zimmah. Sekiranya mereka menyeru kepada bid'ah yang tidak dihukum kafir, kedudukan antaranya dengan Allah Taala lebih ringan daripada golongan kafir.
Walau bagaimanapun mengingkari golongan ini lebih ditekankan daripada mengingkari golongan kafir. Ini kerana kejahatan golongan kafir tidak mempengaruhi orang lain kerana kata-katanya tidak dipedulikan. Berbeza dengan ahli bid'ah yang mengajak orang ramai percaya kepada bid'ahnya kerana dia juga mendakwa bahawa apa yang diserunya adalah perkara benar. Ini boleh menyesatkan manusia. Dia lebih merbahaya kerana dapat mempengaruhi orang lain. Oleh itu menzahirkan kebencian, memulau, memusuhi dan merendah-rendahkan pendiriannya serta bersikap keras terhadapnya dan menjauhkan manusia daripadanya adalah perkara yang perlu dilakukan.
Bid'ah orang awam yang tidak mampu mempengaruhi orang ramai dan tidak dibimbangi menjadi ikutan, hukumnya adalah lebih ringan daripada golongan sebelumnya. Cara yang terbaik untuk menghadapinya ialah dengan menasihatinya secara lemah lembut. Hati orang awam cepat berubah-ubah. Sekiranya nasihat secara baik tidak berkesan, sunat kepadanya berpaling dan tidak melayaninya jika tindakan tersebut pada pandangan ahli bid'ah merupakan satu tamparan atau penghinaan terhadap bid'ahnya itu. Sekiranya cara sedemikian juga tidak berkesan kerana tabiatnya yang telah jumud dan kepercayaannya yang telah mendalam sehingga ke lubuk hati, maka tindakan memulau dan tidak menghiraukannya itu menjadi lebih utama (aula). Ini kerana apabila keburukan atau kekejian sesuatu bid'ah itu tidak ditunjukkan secara bersungguh-sungguh, ja akan merebak di tengah-tengah masyarakat dan kerosakan yang lebih besar akan berlaku..
iii- Golongan yang melakukan maksiat dengan perbuatan tetapi tidak membabitkan pegangan aqidahnya.
Sekiranya maksiat tersebut sampai ke tahap mengganggu dan menyakiti orang lain seperti menzalimi, merampas, bersaksi palsu, mengumpat, mengadu domba dan seumpamanya, dia perlu dipulau dan tidak dipedulikan serta tidak bermuamalah dengannya. Demikian juga orang yang menyeru kepada perkara yang merosakkan seperti menyeru kepada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan menyediakan sebab-sebab yang mendorong kepada meminum arak dan sebagainya. Tindakan yang sewajarnya diambil ialah menghina, memulau dan berpaling daripadanya (tidak melayaninya).
Manakala orang yang menzalimi dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) seperti meminum arak, berzina, mencuri atau meninggalkan yang wajib (secara sembunyi-sembunyi), keadaannya lebih ringan. Walau bagaimanapun jika terserempak ketika dia sedang melakukan maksiat tersebut, kita wajib mencegahnya dengan cara yang boleh menghalangnya. Sekiranya memberi nasihat boleh mencegahnya dan lebih bermanfaat kepadanya, hendaklah kita menasihatinya. Sekiranya tidak berkesan, teguran dan tindakan yang lebih keras perlu diambil.
Sifat-sifat Orang yang Dipilih untuk Dijadikan Sahabat
Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. bahawa baginda bersabda:
المرء على دين خليله فلينظر أحدكم من يخالل
Seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu hendaklah seseorang dari kamu melihat dengan siapakah dia berkawan?.²²²
222 Riwayat Abu Daud (4833) dan at-Tirmizi (2379) dengan sanad hasan.
Bukan semua orang sesuai dijadikan sahabat. Seorang sahabat mestilah mempunyai sifat-sifat dan ciri-ciri yang istimewa menurut faedah-faedah yang dicari daripada persahabatan tersebut. Faedah faedah tersebut terdiri dari faedah duniawi seperti mengambil manfaat daripada harta dan pangkat, atau semata-mata untuk berdampingan dan berbual-bual. Kedua-dua faedah ini bukannya matlamat sebenar dari persahabatan. Faedah sebenar yang menjadi matlamat persahabatan ialah faedah agama.
Faedah agama dalam persahabatan pula mengandungi beberapa tujuan yang berbeza sebagaimana berikut:
i. Mengambil faedah dari sudut ilmu dan amal.
ii. Mengambil faedah daripada kedudukan dan pangkatnya dengan tujuan memelihara diri daripada diganggu oleh orang yang kotor hatinya dan menghalangnya dari ibadah.
iii. Mengambil faedah dari hartanya agar keperluannya mencukupi. Dengan itu, dia tidak perlu menghabiskan waktu kerana mencari rezeki.
iv. Meminta tolong dalam melakukan kerja-kerja penting dan mustahak. Dengan itu sahabat menjadi bekalan ketika ditimpa musibah dan kekuatan dalam semua keadaan.
v. Mengharapkan syafaat pada hari akhirat sebagaimana yang disebutkan oleh sebahagian ulamak salaf: Hendaklah kamu mendapatkan ramai sahabat, sesungguhnya bagi setiap mukmin itu ada syafaat.
Setiap faedah tersebut tidak akan berhasil melainkan dengan syarat-syarat tertentu.
Secara keseluruhannya, terdapat lima ciri sahabat yang baik iaitu berakal, berakhlak mulia, bukan golongan fasik, bukan ahli bid'ah dan tidak tamak atau rakus dengan dunia.
i. Seorang yang berakal. Ia merupakan ciri yang paling asas kerana bersahabat dengan orang bodoh dan tidak berakal adalah sia-sia. Ini kerana dia mungkin ingin membantu kamu tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya iaitu memudaratkan kamu. Maksud berakal di sini ialah orang yang dapat memahami kedudukan sebenar sesuatu perkara sama ada pemahaman itu datang daripada dirinya sendiri ataupun setelah diberikan penerangan.
ii. Seorang yang berakhlak mulia. Ciri ini sangat penting kerana mungkin ramai orang berakal tetapi dirinya masih dikuasai oleh perasaan marah atau nafsu syahwat, lalu mereka hanyut dengan kehendak perasaan atau syahwat. Persahabatan dengan orang yang seperti ini juga tidak mendatangkan apa-apa kebaikan.
iii. Bukan di kalangan orang fasik. Orang fasik ialah orang yang tidak takut kepada Allah. Justeru, seseorang tidak akan ter selamat dari tipu dayanya dan dia juga tidak boleh dipercayai.
iv. Bukan di kalangan ahli bid'ah. Ini kerana bersahabat dengan ahli bid'ah boleh menyebabkan amalan bid'ahnya itu berjangkit kepadanya.
Umar bin al-Khattab r.a. pernah berkata:
Bersahabatlah dengan sahabat-sahabat yang bersifat benar, pasti kamu akan selamat dengan pemeliharaan mereka. Mereka umpama hiasan diwaktu senang dan bekalan diwaktu susah. Berbaik sangkalah terhadap saudaramu selagi mana tidak terbukti dia melakukan sesuatu yang membolehkan kamu membencinya. Jauhilah masuhmu dan berwaspadalah dengan sahabatmu melainkan sahabat yang amanah sahaja, iaitu yang hanya takut kepada Allah Taala. Jangan kamu bersahabat dengan orang jahat, kelak kamu akan terpengaruh dengan kajahatannya dan janganlah kamu dedahkan rahsia kamu kepadanya.
Mintalah pandangan daripada orang yang takutkan Allah dalam segala urusan kamu.
Yahya bin Muaz berkata: Seburuk-buruk sahabat ialah sahabat yang kamu perlu berkata kepadanya: Ingatlah aku dalam doa kamu dan kamu hidup bersamanya dalam keadaan sentiasa menutup keburukannya (kerana mengambil hati) atau kamu sentiasa perlu meminta maaf daripadanya.
Sekumpulan manusia masuk ke rumah al-Hasan dalam keadaan beliau sedang tidur. Sebahagian mereka memakan buah-buahan yang ada dalam rumahnya itu. Setelah bangun, al-Hasan berkata: Semoga Allah merahmati kamu semua. Demi Allah, begitulah yang sepatutnya dilakukan oleh sahabat-sahabat.
Abu Ja'afar berkata kepada sahabat-sahabatnya: Apakah boleh jika seseorang itu memasukkan tangannya ke dalam karung saudaranya lalu mengambil sesuatu yang dia mahu daripadanya? Mereka menjawab: Tidak boleh. Ja'afar berkata: Kalau begitu kamu masih belum bersaudara sebagaimana yang kamu dakwa.
Diriwayatkan bahawa Fathan al-Mausili telah datang menemui kawannya yang bernama Isa at-Tammar. Ketika itu beliau tiada di rumah. Fathan berkata kepada hamba perempuan nya: Keluarkan beg saudaraku. Dia pun mengeluarkannya. Lalu beliau mengambil dua dirham daripadanya. Apabila Iaa pulang ke rumahnya, hambanya terus menceritakan apa yang telah berlaku Isa berkata kepadanya: Sekiranya kamu bercakap benar, kamu akan dibebaskan. Lalu beliau memeriksa kandungan begnya dan mendapati bahawa hamba perempuannya itu telah bercakap benar Beliaupun terus memerdekakan hambanya itu.
Hak-hak yang Wajib Ditunaikan terhadap Saudara
Hak Pertama:
Menunaikan hajat saudaranya dan ia berlaku dalam beberapa tahap. Tahap yang paling rendah ialah menunaikan hajat atau keperluannya ketika diminta dan berkemampuan, dalam keadaan ceria dan gembira. Tahap pertengahannya ialah menunaikan hajat saudaranya tanpa diminta. Dan tahap yang paling tinggi ialah mendahulukan hajat atau keperluan saudaranya daripada keperluan dirinya sendiri.
Sebahagian ulamak salaf mencari-cari ahli keluarga saudaranya yang telah mati untuk memenuhi segala keperluan mereka walaupun setelah empat puluh tahun kematiannya..
Hak Kedua:
Menjaga lidah dengan mendiamkan diri pada satu keadaan dan bercakap pada keadaan yang lain. Maksud diam di sini ialah tidak menyebut keaibannya sama ada ketika dia ada bersama atau tidak. Begitu juga tidak menafikan kenyataannya, berdebat atau berbahas dengannya dan tidak bertanya tentang beberapa keadaannya yang dia tidak suka mendedahkanya. Ketika berjumpa, janganlah kamu bertanya: Kamu hendak ke mana?, kerana mungkin dia tidak mahu orang lain mengetahuinya. Kamu hendaklah menjaga rahsianya walaupun setelah terputus hubungan dengannya, tidak mencela orang yang dikasihinya dan juga ahli keluarganya serta tidak memberitahunya mengenai celaan orang lain terhadapnya.
Hak Ketiga:
Mendiamkan diri daripada sesuatu yang tidak disukainya kecuali perkara yang diwajibkan untuk diberitahu seperti menyuruh perkara makruf dan mencegah perkara mungkar. Dalam hal ini, tiada kelonggaran untuk mendiamkan diri kerana perkara ini (menyuruh perkara makruf dan mencegah kemungkaran) adalah satu kebaikan untuknya.
Kamu tidak akan menjumpai seorang sahabat yang sempurna dari segala keaiban atau kesalahan. Sesiapa yang kebaikannya melebihi kejahatannya, maka itulah yang dikehendaki dan ia sudah memadai.
Ibnu Mubarak berkata: Orang mukmin sentiasa mencari keuzuran sahabatnya atau alasan untuk dia memaafkannya sedangkan orang munafik akan mencari kesalahan orang lain (bagi menyalahkannya). Al-Fudhail pula berkata: Kemuliaan itu ialah memaafkan kesalahan sahabat-sahabatnya.
Kamu juga hendaklah meninggalkan sikap berburuk sangka terhadap saudaramu bahkan sentiasa berusaha semampu yang boleh untuk bersangka baik terhadap perbuatannya. Sabda Nabi s.a.w..
إياكم والظن فإن الظن أكذب الحديث
Jauhilah kamu daripada berprasangka buruk kerana prasangka buruk itu adalah percakapan yang paling dusta.²²³
223 Riwayat al-Bukhari (10/403), Muslim (2559), Malik (2/907), Abu Daud (4910) dan at-Tirmizi (1936) daripada Abu Hurairah r.a..
Prasangka buruk juga boleh membawa kepada perbuatan mengintip-ngintip yang dilarang oleh syarak²²⁴. Menutup dan tidak mempedulikan keaiban orang lain adalah akhlak golongan yang beragama.
224 Sebagaimana dalam hadis yang sebelumnya di mana pada sambungannya, Baginda ada bersabda yang bermaksud: Jangan kamu mengintip-ngintip.
Iman seseorang tidak akan sempurna sehinggalah dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. Sekurang-kurang tahap persaudaraan ialah bergaul dengan saudaranya sebagaimana yang disukainya berlaku kepada dirinya sendiri. Kamu tentunya mengharapkan saudaramu menutup dan menyembunyikan keaiban dan kesalahan kamu. Sekiranya dia melakukan sebaliknya, pasti kamu akan merasa susah. Justeru, bagaimana kamu boleh mengharapkan demikian daripada saudaramu sedangkan kamu sendiri tidak bersikap begitu kepadanya?!.
Apabila kamu menginginkan suatu keadilan sedangkan kamu sendiri tidak berlaku adil, kamu termasuk dalam firman Allah:
الَّذِيْنَ اِذَا اكْتَالُوْا عَلَى النَّاسِ يَسْتَوْفُوْنَ . وَاِذَا كَالُوْهُمْ اَوْ وّزَنُوْهُمْ يُخْسِرُوْنَ
Mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.
Punca berlakunya kecuaian dalam menutupi keaiban dan mendedahkannya adalah irihati dan hasad dengki. Sebab yang paling kuat mendorong kepada timbulnya irihati dan hasad dengki di kalangan sesama sahabat ialah perbuatan kata-mengata dan tidak mahu mengalah. Hal ini didorong oleh keinginan menonjolkan keistimewaan, kelebihan dan kepandaian dirinya di samping memandang hina terhadap lawannya. Sesiapa yang saling mengata dengan saudaranya, dia mungkin akan menuduhnya sebagai jahil dan bebal atau lalai dan lupa daripada memahami sesuatu perkara sebagaimana yang sepatutnya. Semua itu adalah suatu penghinaan yang akan menyemarakkan kemarahan dan seterusnya mencetuskan permusuhan. Semua ini berlawanan dengan semangat persaudaraan.
Hak Keempat:
Bercakap atau memperkatakan sesuatu. Persaudaraan sejati menuntut agar seseorang mendiamkan diri daripada memperkatakan sesuatu yang dibenci oleh saudaranya dan di waktu yang sama bercakap dalam perkara yang disukai olehnya. Bahkan ia adalah ciri yang khusus kepada nilai persahabatan kerana bersikap mendiamkan diri sepanjang waktu umpama bersahabat dengan penghuni kubur. Tujuan persahabatan ialah agar mendapat manfaat daripada sahabat-sahabat, bukan untuk melepaskan diri daripada mereka. Mendiamkan diri bererti menahan daripada sesuatu yang menyakitkan. Oleh itu dia hendaklah menunjukkan keprihatinannya melalui percakapannya, bertanya khabar tentang keadaan dan masalah yang dihadapinya, menampakkan dirinya mengambil berat terhadap sahabatnya serta sama-sama menzahirkan kegembiraan apabila sahabatnya itu gembira.
Dalam hadis sahih, riwayat at-Tirmizi:
إذا أحب أحدكم أخاه فليعلمه
Apabila seseorang kamu mengasihi saudaranya, dia hendaklah memberitahunya.²²⁵
225 Riwayat at-Tirmizi (2392) dan Abu Daud (5123). Ianya sahih sebagaimana dikatakan oleh pengarang.
Antara cara menunjukkan kecintaan kepadanya ialah:
i. Memanggilnya dengan nama yang paling disukainya. Umar bin al-Khattab r.a. berkata: Tiga perkara akan menambahkan kemesraan sahabatmu kepadamu: Memberi salam ketika ber temu, meluaskan tempat duduk kepadanya ketika dalam majlis dan memanggilnya dengan nama yang paling disukainya.
ii. Memuji sifat-sifat kebaikan yang ada pada sahabatnya dengan tujuan agar dia dicontohi oleh orang yang mendengar lalu terkesan dengannya. Demikian juga memuji anak-anaknya, keluarga dan perbuatannya bahkan terhadap rupa parasnya, kebijaksanaan dan penampilannya serta tulisan, karangan dan semua perkara yang boleh menggembirakan hatinya. Pujian tersebut bukanlah secara melampau dan bohong.
iii. Menyampaikan pujian orang lain terhadap dirinya di samping turut bergembira dengannya. Menyembunyikan pujian orang lain terhadapnya adalah tanda hasad dengki.
iv. Mengucapkan terima kasih kerana budi baiknya kepadamu dan membelanya semasa ketiadaannya dari orang yang berniat jahat terhadapnya. Hak persaudaraan sejati ialah bersungguh sungguh dalam membela dan menolong saudaranya. Dalam hadis sahih ada menyebut:
المسلم أخو المسلم لا يظلمه ولا يسلمه
Seorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Janganlah dia menzaliminya dan membiarkannya (dizalimi).²²⁶
226 Riwayat al-Bukhari (5/70), Muslim (2570) dan at-Tirmizi (1426) daripada Ibnu Umar r.a...
Apabila cuai dalam memelihara dan membela maruah saudaranya, ia bererti menyerah dan membiarkannya kepada kejahatan. Pembelaan ini berlaku dengan dua cara:
a) Kamu mengandaikan bahawa apa yang diperkatakan tentang saudaramu, itulah juga yang diperkatakan kepada kamu semasa dia berada bersamamu, lalu kamu membelanya dengan kata-kata yang kamu suka dia perkatakannya untuk membela kamu sekiranya kamu yang hadapi perkara itu.²²⁷
227 Dengan kata lain, sebagaimana kamu suka kawan kamu memperkatakan sesuatu bagi membela kamu, maka begitulah juga seharusnya kamu lakukan bagi membela kawan kamu ketika ketiadaannya-pent.
b) Kamu mengandaikan bahawa dia berada di sebalik dinding, mendengar apa yang kamu perkatakan. Segala pembelaan yang terdetik di hati kamu ketika dia ada bersama, bagitulah seharusnya yang kamu lakukan ketika ketiadaannya. Sesiapa yang tidak ikhlas dalam persaudaraannya bererti dia adalah munafik.
Mengajar dan menasihati. Keperluan saudara kamu kepada ilmu adalah sama sebagaimana dia perlukan kepada harta. Apabila kamu kaya dengan ilmu, maka ajar dan bimbinglah dia. Nasihat yang diberikan kepadanya seharusnya berlaku secara sembunyi²²⁸. Perbezaan antara menghina dan memberi nasihat adalah bergantung kepada cara penyampaiannya sama ada secara terang-terangan atau sembunyi. Sebagaimana juga perbezaan antara mudaarat (menyembunyikan keburukan) dan mudahanah (menyembunyikan keburukan dengan tujuan mengampu). Sekiranya kamu membiarkan keburukannya (tanpa menasihatinya) untuk keselamatan agamamu (jauh dari riya' dan ujub) dan kamu dapati ianya lebih membawa kebaikan kepada saudara kamu, bererti kamu adalah mudarin. Tetapi sekiranya kamu membiarkan keburukannya (tanpa menegurnya supaya dia sentiasa merasa dirinya baik atau dilihat seorang yang baik) kerana kepentingan diri dan menurut hawa nafsu serta menjaga kedudukan kamu, bererti kamu adalah mudahin (pengampu).
228 Tedapat satu risalah oleh al-Hafiz Ibnu Rajab bertajuk al-Farqu Baina an Nasihah wat-Ta'abir, yang telah ditahqiq olehku. Cetakan Darul Ammar.
vi. Memaafkan kesilapan. Sekiranya kesilapan berlaku dalam perkara agamanya, kamu hendaklah menasihatinya dengan selemah-lembut yang mungkin. Jangan biarkan kesalahannya berlalu tanpa kamu menghalang dan menasihatinya. Sekiranya dia enggan menerima, kamu hendaklah berkeras dan tegas dengannya.
Hak Kelima:
Berdoa untuk saudara kamu semasa dia hidup dan juga setelah kematiannya sebagaimana doa-doa yang kamu pohon untuk diri kamu sendiri.
Dalam riwayat Muslim daripada hadis Abi Darda' r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
دعوة المرء المسلم لأخيه بظهر الغيب مستجابة عند رأسه ملك موكل كلما دعا لأخيه بخير قال الملك الموكل به آمين ولك بمثل
Doa seseorang muslim untuk saudaranya tanpa pengetahuan nya adalah diperkenankan. Ketika berdoa, malaikat akan berada di sisi kepalanya yang akan berkata setiap kali dia mendoakan kebaikan untuk saudaranya: Ya Allah, perkenan kanlah dan semoga kamu sama-sama memperolehinya.²²⁹
229 Riwayat Muslim (2732) dan Abu Daud (1534).
Abu ad-Darda' r.a. sentiasa berdoa untuk kebanyakan saudara saudaranya dengan menyebut nama-nama mereka secara khusus. Ahmad bin Hanbal r.hm. pula berdoa pada setiap kali waktu sahur untuk enam orang sahabatnya.
Berkata Amru bin Huraith mengenai doa selepas mati: Apabila seseorang hamba berdoa untuk saudaranya yang telah mati, malaikat akan datang ke kuburnya dan berkata: "Wahai penghuni kubur yang tinggal bersendirian, ini adalah hadiah daripada saudara kamu yang berbelas kasihan kepadamu".²³⁰
230 Perkara ini hanya boleh dithabitkan dengan nas al-Quran dan as-Sunnah.
Hak Keenam:
Setia dan ikhlas. Maksud setia ialah mengasihinya secara konsisten sehingga dia mati dan meneruskan kesetiaan itu selepas kematiannya dengan mengasihi anak-anak dan rakan-rakannya.
Rasulullah s.a.w. telah memuliakan seorang perempuan tua (kawan kepada Khadijah r.ha.) dan bersabda yang maksudnya:
Sesungguhnya beliau selalu menziarahi kami semasa Khadijah masih hidup. Setia kepada janji adalah sebahagian dari iman.²³¹
231 Al-'Iraqi dalam kitab Takhrij al-Ihya' (2/187) berkata: Hadis ini telah diriwayatkan oleh al-Hakim daripada hadis Aisyah r.ha. dan beliau berkata: Hadis sahih mengikut syarat al-Bukhari dan Muslim, dan hadis ini tiada kecacatan. Aku berkata: Al-Hafiz Ibnu Hajar telah menyebut dalam kitab Fathul Bari (10/436) bahawa al-Hakim dan al-Baihaqi meriwayatkannya melalui sanad Soleh bin Rustum dan al-Baihaqi juga meriwayatkannya melalui sanad Salm bin Junadah dan beliau berkata: Hadis ini adalah hadis gharib. Di samping melalui sanad Abu Salamah tetapi sanadnya lemah.
Setia juga bermaksud sifat rendah dirinya terhadap sahabatnya tidak berubah sekalipun kedudukan, kekuasaan dan pangkatnya semakin tinggi.
Bersetuju dengan sahabat dalam perkara yang bercanggah dengan agama bukanlah termasuk dalam erti kesetiaan. Imam Syafi'e r.hm. telah bersahabat dengan Muhammad bin Abdul Hakam. Beliau sentiasa mendampinginya dan bertemu dengannya. Apabila Imam Syafi'e dalam keadaan nazak, pengikutnya bertanya kepadanya: Wahai Abu Abdullah, selepas kematianmu, kepada siapakah lagi kami akan duduk (mempelajari ilmu agama). Muhammad bin Abdul Hakam ketika itu berada di sebelah kepala Imam Syafi'e sambil menonjol nonjolkan diri, memberi isyarat agar Imam Syafi'e menunjukkan kepadanya. Walau bagaimanapun Imam Syafi'e menjawab: Kamu pergilah kepada Abu Ya'qub al-Buwaiti. Muhammad bin Abdul Hakam pun terpinga-pinga kerana as-Syafi'e tidak memilihnya walaupun beliau pendokong mazhabnya. Imam Syafi'e mengisyaratkan kepada al-Buwaiti kerana beliau merupakan seorang yang lebih zuhud dan warak. Tindakan as-Syafi'e itu menjadi contoh dan nasihat terbaik kepada kaum muslimin agar meninggalkan perbuatan mengampu. Muhammad kecewa lalu meninggalkan mazhab as-Syafie dan selepas itu menjadi salah seorang pengikut mazhab Malik.²³²
232 Al-Qadhi Tyadh telah menolak kisah ini sebagaimana disebutkan dalam kitab Tartib al-Madarik (3/65). Sila rujuk.
Antara maksud setia juga ialah tidak mendengar khabar-khabar angin berkenaan sahabatnya serta tidak mempercayai kata-kata musuh sahabatnya itu.
Hak Ketujuh:
Meringankan dan tidak membebankan. Iaitu tidak membebankan saudaranya dengan sesuatu yang menyusahkannya. Dia sentiasa menyembunyikan segala keperluannya kerana tidak mahu mengambil kesempatan daripada pangkat dan harta sahabatnya bagi mendapatkan sesuatu. Dia juga tidak akan menyusahkan sahabatnya itu dengan memintanya agar sentiasa memerhatikan keadaannya, menunaikan hak-haknya dan merendah diri kepadanya.
Dia hendaklah mengasihi sahabatnya semata-mata kerana Allah, mengambil berkat dari doanya, merasa mesra dan seronok apabila bertemu dengannya, mengambil manfaat dan pengajaran daripada penghayatan agamanya serta bertaqarrub kepada Allah Taala dengan cara menunaikan hak-hak sahabatnya itu. Bagi mengelakkan sahabatnya merasa keberatan (kerana merasa malu atau segan), hendaklah dia melakukan sesuatu sehingga menjadikannya tidak merasa segan sebagaimana dia tidak merasa segan melakukannya ketika bersendirian.
Ja'afar bin Muhammad berkata: Sahabat yang paling berat ke atasku ialah yang selalu membebankan aku dan aku pula sentiasa berjaga-jaga (tidak dapat bergerak bebas) dalam setiap gerak geriku ketika bersamanya. Manakala sahabat yang paling ringan ialah apabila aku bersamanya, aku merasakan keadaan aku seperti bersendirian.
Setengah cendikiawan berkata: Sesiapa yang tidak membebankan saudaranya, kasih mesranya akan berkekalan.
Perkara ini menjadi lebih sempurna apabila kamu melihat mereka sentiasa mempunyai kelebihan berbanding kamu, bukan sebaliknya. Dengan itu, kamu meletakkan kedudukan kamu seumpama seorang khadam ketika bersama-sama dengan mereka.
Adab-adab Pergaulan
Di akhir bab ini kami akan menyebutkan beberapa adab pergaulan dengan orang ramai.
Antara sifat pergaulan yang baik ialah:
i. Kamu menjaga kehormatan diri tanpa rasa sombong serta bersifat tawaduk dalam keadaan tidak menghinakan diri. Kamu bertemu sahabat dan musuh dengan wajah yang ceria tanpa merasa hina dan takut kepada mereka. Kamu juga hendaklah menjaga adab-adab ketika dalam majlis. Antaranya tidak bermain-main dengan menyilang-nyilangkan jari kedua tangan, tidak mengorek hidung, banyak berludah dan menguap.
ii. Mendengar dengan teliti terhadap orang yang sedang bercakap dengan kamu dan jangan memintanya mengulang-ulangi kata. kata yang telah disampaikannya. Jangan bercakap dengan melahirkan rasa kagum kamu terhadap anak dan hamba perempuan kamu serta jangan berperangai seperti seorang perempuan yang suka berhias-hias atau pun tidak hiraukan cara pemakaian sepertimana sikap seorang hamba.
iii. Jadikan ahli keluarga kamu takut kepadamu tanpa menggunakan kekerasan serta berlemah lembut dengan mereka tanpa menunjukkan kelemahan.
iv. Jangan bergurau dengan hamba perempuan dan lelaki kamu, kerana ia boleh menghilangkan kehebatan kamu kepada mereka dan jangan terlalu banyak berpaling ke belakang.
v. Jangan kamu duduk dalam satu majlis bersama raja atau pemerintah. Sekiranya terpaksa juga, kamu hendaklah berwaspada dari melakukan dosa-dosa dan mengumpat. Jagalah rahsianya dan berwaspada daripada bersenda-gurau di sampingnya. Janganlah sendawa dan mencungkil gigi ketika kamu bersama dalam majlis santapannya. Sekiranya dia sentiasa mendampingimu, berhati-hatilah dengannya. Sekiranya dia berbual panjang denganmu, jangan kamu merasa selamat dari helahnya. Berbelas kasihanlah kepadanya sebagaimana kamu merasa belas kasihan kepada bayi. Bercakaplah apa yang disukainya dan jangan kamu masuk campur urusan antaranya dengan keluarga dan kerabatnya.
vi. Jauhilah dari sahabat yang hanya datang semasa kamu senang.
vii. Jangan jadikan harta kamu lebih mulia daripada maruah diri kamu.
viii. Apabila kamu masuk ke dalam majlis, duduklah di satu tempat yang lebih hampir kepada sifat tawaduk.
ix. Jangan duduk di tepi jalan. Sekiranya kamu duduk juga, kamu hendaklah merendahkan pandangan, menolong orang yang dizalimi dan menunjuk jalan kepada orang yang tersesat.
x. Jangan meludah ke arah kiblat dan juga sebelah kanan kamu. Ludahlah ke sebelah kiri di bawah kaki kiri kamu.
xi. Berwaspada dari bercampur gaul dengan orang awam. Sekiranya kamu bersama mereka, janganlah terpengaruh dengan akhlak buruk mereka dan jangan hanyut dalam perbualan dengan mereka.
xii. Jauhkan diri daripada banyak bergurau, kerana orang cerdik akan benci kepada kamu manakala orang jahil dan bersifat buruk pula akan berani mempermainkan kamu.
Hak-hak Seorang Muslim, Keluarga, Jiran, Raja dan Seumpamanya.
Antara hak-hak seorang muslim ialah:
i. Memberi salam ketika bertemu dengannya, menghadiri jemputannya, mendoakannya ketika bersin, menziarahinya ketika sakit, menziarahi jenazahnya, menerima atau melaksanakan apa yang dia telah bersumpah supaya melakukannya²³³, memberi nasihat apabila dia memintanya, menjaga dan mempertahankan dirinya ketika dia tiada, menyukai dan membenci sesuatu berlaku terhadap dirinya sebagaimana yang kamu sukai dan benci ianya berlaku terhadap diri kamu sendiri. Kesemua hak ini diriwayatkan dalam banyak athaar.²³⁴
233 Contohnya dia bersumpah: Demi Allah, terimalah hadiahku ini atau demi Allah, makanlah makanan yang dihidangkan ini. Maka hendaklah dia menerima hadiahnya itu dan memakan hidangan tersebut kecuali dalam perkara maksiat, maka dia hendaklah menolaknya-pent.
234 Kesemuanya adalah masyhur, sahih dan thabit.
ii. Tidak menyakiti sesiapapun di kalangan kaum muslimin sama ada dengan perbuatan atau percakapan dan bersifat tawaduk, tidak berlagak sombong atau takabur terhadap mereka. Jangan mendengar khabar-khabar angin mengenai mereka dan jangan pula memberitahu mereka apa yang kamu dengar itu.
iii. Jangan meninggalkan atau menjauhi sahabat kamu (kerana berbalah dengannya) lebih dari tiga hari, sebagaimana terdapat hadis yang masyhur mengenainya.²³⁵
235 Riwayat al-Bukhari (10/403), Muslim (2559), Malik (2/907), Abu Daud (4910) dan at-Tirmizi (1936) daripada Anas r.a..
Dalam hadis lain, Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
لا يحل لرجل أن يهجر مؤمنا فوق ثلاثة أيام، فإذا مرت ثلاثة أيام قليلقه فليسلم عليه، فإن رد عليه السّلام فقد اشتركا في الأجر، وإن لم يرد عليه فقد برئ المسلم من الهجرة
Haram kepada seseorang mukmin menjauhi (tidak bertegur sapa) seseorang mukmin yang lain lebih daripada tiga hari. Apabila berlalu tiga hari, hendaklah dia bertemu dengan nya dan memberi salam kepadanya. Sekiranya dia menjawab salam, kedua-duanya mendapat ganjaran pahala. Sekiranya dia tidak menjawabnya, orang yang memberi salam telah terlepas dari kesalahan tidak bertegur sapa.²³⁶
236 Riwayat Abu Daud (4912) dan padanya terdapat kelemahan. Tetapi hadis ini menjadi kuat dengan adanya riwayat-riwayat lain yang mempunyai maksud serupa. Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani mengesahkan kesahihannya sebagaimana dalam kitab al-Fath (10/413).
Larangan menjauhi seseorang muslim sebagaimana di atas adalah berkait dengan perkara dunia. Adapun yang berkait dengan. hak agama, tindakan menjauhi ahli bid'ah, golongan yang menuruti hawa nafsu dan maksiat hendaklah dilakukan secara berterusan selagi mana tiada tanda-tanda bahawa mereka telah bertaubat dan kembali kepada kebenaran.²³⁷
237 Terdapat satu risalah yang bertajuk az-Zajru bil Hijr oleh Imam Suyuti r.hm.. Terdapat satu naskhah manuskripnya di Perpustakaan al-Arif di Madinah Munawwarah (108-Majami).
iv. Berbuat baik kepada semua muslimin setakat kemampuan. nya. Hendaklah meminta izin ketika mahu masuk bertemu dengan seseorang daripada mereka. Sekiranya dia tidak mengizinkannya setelah memintanya sebanyak tiga kali, dia hendaklah berpaling meninggalkannya.
v. Bergaul dengan orang ramai dengan akhlak yang baik. Pergaulan tersebut hendaklah sesuai dengan individu tersebut. Sesiapa yang melayan orang jahil dengan penuh keilmuan, melayan orang yang lalai dengan masalah-masalah fekah dan orang dungu dengan penerangan akademik, itu bermakna dia telah menyakiti mereka dan dirinya sendiri.
vi. Menghormati orang tua dan menyayangi kanak-kanak. Wajahnya hendaklah sentiasa lembut dan ceria ketika bersama sama orang lain. Hendaklah menunaikan janji dengan mereka dan berlaku adil terhadap mereka dengan dirinya sendiri. Dia juga hendaklah melakukan sesuatu kepada orang lain sebagaimana dia suka kalau ia dilakukan kepadanya.
Al-Hasan berkata: Allah Taala telah mewahyukan empat perkara kepada Nabi Adam a.s. di mana firman-Nya: Keempat empat perkara ini merangkumi keseluruhan perintah untukmu dan juga anakmu. Satu perkara untuk-Ku, satu lagi untukmu, satu perkara mengenai hubunganmu dengan-Ku dan satu lagi mengenai hubungan kamu dengan manusia seluruhnya. Perkara untuk-Ku ialah kamu hendaklah menyembah Aku dan jangan menyengutukan Aku dengan sesuatu yang lain. Perkara untukmu pula ialah amalan kamu. Aku akan memberikan ganjarannya lebih daripada apa yang kamu mahukan. Manakala mengenai hubungan-Ku denganmu ialah kamu hendaklah berdoa dan Akulah yang akan memperkenankanya. Dan mengenai hubunganmu dengan manusia lain pula ialah kamu hendaklah dampingi mereka dengan cara yang kamu suka jika mereka lakukannya kepada kamu.
vii. Menghormati golongan yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat.
viii. Membaiki hubungan antara dua orang yang bermasam muka dan menutup keaiban orang Islam.
Sesiapa yang meneliti bagaimana Allah Taala menutup keaiban golongan yang melakukan maksiat di dunia, nescaya dia akan mencontohi sifat lemah lembut-Nya itu. Allah Taala telah menetapkan empat orang saksi yang adil dalam penyaksian kes yang berkait dengan jenayah zina. Keempat-empat mereka hendaklah menyaksikan perbuatan tersebut dengan jelas sebagaimana melihat batang celak memasuki bekasnya. Syarat-syarat ini amat sukar didapati kerana kebanyakannya tidak sepakat. Allah yang bersifat begitu mulia di dunia ini, pasti amat diharapkan kemuliaan-Nya yang serupa di akhirat kelak.
ix. Menjauhkan diri dari tempat-tempat yang boleh menimbulkan tohmahan orang ramai agar dapat menghindarkan hati mereka daripada bersangka buruk dan menjauhkan lidah mereka daripada perbuatan mengumpat.
x. Memberi pertolongan kepada setiap orang Islam yang berhajat termasuklah menjadi perantara antara mereka dengan orang yang berkedudukan di samping berusaha menunaikan keperluan mereka.
xi. Memulakan percakapan dengan seorang muslim yang lain dengan ucapan salam. Sunat juga bersalaman dengannya. Anas r.a. meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., sabdanya:
ما من مسلمين التقيا فأخذ أحدهما بيد صاحبه إلا كان حقا على الله أن يحضر دعاءهما، ولا يفرق بين أيديهما حتى يغفر لهما
Apabila dua orang muslim bertemu lalu salah seorang daripada keduanya menjabat tangan saudaranya, menjadi hak ke atas Allah Taala untuk memperkenankan doa kedua duanya. Tangan mereka berdua tidak terlerai sehinggalah Dia mengampuni dosa-dosa mereka.²³⁸
238 Riwayat Ahmad (3/142). Al-Munziri menyebutnya dalam kitab at-Targhib (3/270) dan berkata: Riwayat Ahmad dan al-Bazzar Abu Ya'ala. Kesemua perawi dalam riwayat Imam Ahmad adalah thiqah melainkan Maimun al Mara'ie, Namun, hadis ini merupakan antara hadis yang dinafikan. Lihat kitab Majma' az-Zawaid (8/36).
Dalam hadis lain bermaksud:
Apabila seseorang mukmin bersalaman dengan seorang mukmin yang lain, akan turun seratus rahmat ke atas mereka berdua. Sembilan puluh sembilan rahmat diberikan kepada yang lebih ceria dan lebih mulia akhlaknya.²³⁹
239 Riwayat at-Tobrani dalam kitab al-Ausot. Pada sanadnya terdapat al-Hasan bin Kathir yang tidak dikenali. Perawi lain adalah thiqah. Demikian juga disebutkan oleh al-Haithami dalam kitab al-Mujamma' (8/37). Perkara yang sama juga disebut oleh al-Iraqi dalam kitab al-Mughni (2/204).
Harus mencium tangan atau memeluk golongan yang dimuliakan kerana agamanya. Manakala memimpin binatang tunggangan kerana memulia dan menghormati ulamak, Ibnu Abbas r.a. telah melakukannnya kepada Zaid bin Thabit. Berdiri kerana memuliakan mereka adalah perbuatan baik tetapi tunduk kepada mereka adalah dilarang.²⁴⁰
240 Bagaimana boleh dikatakan demikian sedangkan Anas r.a. telah berkata: Individu yang paling dicintai dan dirindui oleh sahabat ialah Rasulullah sa.w., tetapi mereka tidak berdiri apabila berjumpa dengan Baginda. Ini kerena mereka tahu bahawa Baginda tidak menyukainya. Riwayat al Bukhari dalam kitab al-Adab al-Mufrad (946) dan at-Tirmizi (2/125) serta Ahmad (3/132) dengan sanad yang sahih.
xii. Memelihara maruah saudaranya yang muslim serta melindungi diri dan hartanya dari dizalimi. Dia hendaklah memperjuang dan mempertahankan hak-hak saudaranya itu.
xiii. Apabila diuji dengan sahabat yang jahat, seharusnya dia menunjukkan layanan yang baik (apabila berjumpa) sambil berwaspada darinya sebagaimana yang diceritakan dalam hadis Aisyah r.ha.²⁴¹
241 Riwayat al-Bukhari (10/438) dan Muslim (2291). Dalam hadis tersebut ada menyebut yang bermaksud: Wahai Aisyah, orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat ialah orang yang dipulaukan oleh manusia kerana takutkan kejahatannya.
Muhammad bin al-Hanafiyyah berkata: Seseorang itu tidak dianggap bijaksana selagi mana dia tidak memperelokkan pergaulannya dengan orang yang terpaksa digaulinya (kerana dia sangat membencinya lantaran kejahatannya), sehinggalah Allah memberikan jalan keluar untuknya.
xiv. Menjauhi daripada bergaul dengan golongan kaya, bahkan bergaullah dengan golongan miskin dan berbuat baiklah kepada anak-anak yatim.
xv. Menziarahi mereka yang sakit. Antara adab-adab menziarahi orang sakit ialah meletakkan tangan ke atas orang yang sakit dan bertanyakan hal keadaannya, tidak duduk terlalu lama di situ, menzahirkan belas kasihan kepadanya, berdoa semoga dia cepat sembuh dan tidak memandang-mandang kepada kekurangan yang ada pada tempat tersebut.
Disunatkan kepada pesakit melakukan sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim²⁴² daripada hadis Othman bin Abu al-As r.a. bahawa dia (Othman) telah mangadu sakit pada satu bahagian anggota badannya semenjak dia memeluk Islam. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya:
242 Hadis No. 2202, Malik (2/942), Abu Daud (3891) dan at-Tirmizi (2081).
ضع يدك على الذي تألم من جسدك وقل باسم الله ، ثلاثا . وقل سبع مرات أعوذ بالله وقدرته من شر ما أجد وأحاذر
Letakkan tangan kamu ke atas bahagian anggota yang sakit itu dan bacakan: Bismillah tiga kali dan bacakan tujuh kali: Aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuasaan Allah Taala daripada kejahatan yang aku dapati dan yang aku takuti.
Antara adab-adab seorang pesakit ialah bersabar, tidak banyak mengadu dan tidak melahirkan rasa kecewa. Dia hendaklah sentiasa berdoa dan bertawakkal kepada Allah Taala.
xvi. Mengiringi jenazah dan menziarahi kubur-kubur mereka. Yang dimaksudkan dengan mengiringi di sini ialah menunaikan hak orang Islam dan mengambil iktibar daripadanya.
Al-A'masy berkata: Kami pernah menziarahi jenazah dan ketika itu kami tidak tahu kepada siapa kami mahu ucapkan takziah, kerana kesemua orang kelihatan bersedih.
Yang dimaksudkan menziarahi kubur pula ialah dengan berdoa²⁴³, mengambil iktibar dan melembutkan hati.
243 Membaca al-Quran sebagaimana dilakukan oleh sebahagian masyarakat adalah perkara yang tidak berdasarkan dalil atau nas.
Antara adab-adab mengiringi jenazah ialah berjalan kaki (ketika membawanya ke kubur), sentiasa dalam keadaan khusyuk, tidak berbual-bual, memerhatikan mayat, berfikir tentang kematian dan bersedia untuk menghadapinya.
Hak-hak Jiran
Hak kejiranan sama seperti hak persaudaraan Islam. Dengan itu jiran mempunyai hak sebagaimana hak seorang muslim bahkan lebih lagi. Dalam satu hadis yang bermaksud:
Jiran terdiri daripada tiga; Jiran yang mempunyai satu hak, jiran yang mempunyai dua hak dan jiran yang mempunyai tiga hak. Jiran yang mempunyai tiga hak ialah jiran seorang muslim yang ada hubungan kekeluargaan. Baginya hak kejiranan, hak sebagai seorang Islam dan hak ahli keluarga, Jiran yang mempunyai dua hak ialah jiran seorang muslim. Baginya hak sebagai orang Islam dan hak kejiranan. Manakala jiran yang mempunyai satu hak ialah jiran seorang musyrik (hanya mempunyai hak kejiranan).²⁴⁴
244 Dikeluarkan oleh Abu Naim dalam kitab al-Hilyah (5/207), al-Hasan bin Sufian dan al-Bazzar dalam kitab Musnad masing-masing dan Abu al Syeikh dalam kitab at-Thawab daripada hadis Jabir, dan Ibnu 'Adi daripada hadis Ibnu Umar r.a.. Kedua-duanya daif. Lihat dalam kitab al-Mughni (2/212) dan al-Faidh (3/367).
Ketahuilah bahawa hak kejiranan bukan sahaja menahan diri daripada melakukan sesuatu yang menyakitkan bahkan bersabar menghadapi kerenah daripada jiran serta bersikap lemah lembut.
Antaranya juga ialah memulakan perkara kebajikan, ucapan salam, tidak mengambil masa yang panjang ketika bercakap dengan jiran, menziarahinya ketika sakit, mengucap takziah ketika ditimpa musibah, mengucap tahniah ketika dia mendapat sesuatu yang menggembirakan, memaafkan kesalahannya, tidak mengintai-ngintai atau memerhati ke dalam rumahnya, tidak menyusahkannya dengan menyandarkan kayu pada dinding rumahnya, tidak menuang air ke dalam pancuran air rumahnya, tidak membuang tanah ke halamannya, tidak terus menerus memandang sesuatu yang dibawa ke dalam rumahnya, menutup keaibannya yang terdedah, tidak mencuri dengar perbualannya (dengan orang lain), merendahkan pandangannya terhadap ahli keluarganya dan sentiasa mengambil berat terhadap hajat atau keperluan ahli keluarganya ketika ketiadaannya.
Hak-hak Kaum Kerabat dan Keluarga
Dalam hadis sahih, riwayat Aisyah r.ha. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
الرحم معلقة بالعرش تقول من وصلني وصله الله ومن قطعني قطعه الله
Silaturrahim tergantung di Arasy. Ia berkata: Sesiapa yang menyambungku, Allah akan menyambung hubungan-Nya dengannya dan sesiapa yang memutuskanku, Allah akan memutuskan ikatan-Nya dengannya.²⁴⁵
245 Riwayat al-Bukhari (10/350) dan Muslim (2555).
Dalam hadis lain riwayat al-Bukhari:
ليس الواصل بالمكافئ، ولكن الواصل الذي إذا قطعت رحمه وصلها
Orang yang menyambung ikatan silaturrahim itu bukan hanya orang yang membalas (budi atau kebaikan kaum keluarganya) tetapi sebenarnya ialah orang yang menyambung kembali ikatan tersebut apabila ia terputus.²⁴⁶
246 Riwayat al-Bukhari (10/355), Abu Daud (1697) dan at-Tirmizi (1909).
Dalam hadis riwayat Muslim²⁴⁷ menyebut bahawa:
247 Riwayat Muslim (2558).
أن رجلا قال : يا رسول الله ! إن لي قرابة أصلهم ويقطعوني، وأحسن إليهم ويسيئون إلي ، وأحلم عنهم ويجهلون علي ، فقال : « لين كنت كما قلت ، فكأنما نُسفهم المل ، ولا يزال معك من الله ظهير عليهم ما دمت على ذلك »
Seorang lelaki telah mengadu: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mempunyai kaum kerabat yang aku mahu menjalinkan hubungan dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka melakukan kejahatan kepadaku. Aku berlembut dengan mereka tetapi mereka tidak mempedulikanku. Sabda baginda: Sekiranya benar sebagaimana yang kamu katakan, kamu seolah-olah telah mencampakkan abu yang panas ke muka mereka. Allah sentiasa menolong kamu selama mana kamu sedemikian.
Maksudnya ialah kamu sentiasa dibantu oleh Allah dalam menghadapi mereka. Mereka sudah tidak ada hujah untuk mendakwa kamu di atas alasan hak kekeluargaan (dengan sebab perbuatan mereka itu) sebagaimana orang yang dilemparkan abu panas ke mukanya terputus kata-katanya dan tidak dapat bercakap apa-apa lagi.
Terdapat hadis-hadis yang banyak dan masyhur berkenaan silaturrahim, hak-hak kedua ibubapa²⁴⁸ dan lebih-lebih lagi hak ibu.
248 Syeikh Nizam Sakajaha mempunyai dua buah buku kecil dalam bab ini. Salah satunya dalam bentuk manuskrip dan satu lagi telah dicetak. Kedua duanya amat bermanfaat..
Hak-hak Seorang Anak
Manusia secara fitrahnya memang cenderung ke arah menyayangi anaknya. Oleh itu tidak perlu ditekankan lagi berkenaan tanggungjawab bapa terhadap anaknya. Namun begitu, kadang-kala hawa nafsu seorang bapa lebih mengatasi kepentingan anaknya lalu dia meninggalkan tanggungjawab mengajar dan mendidiknya. Firman Allah Taala:
قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا
Wahai orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan kaum keluarga kamu dari api neraka.
Ulamak tafsir berkata: Maksudnya ialah ajar dan didiklah mereka.
Seorang bapa seharusnya menamakan anaknya dengan nama yang baik dan melakukan aqiqah²⁴⁹ untuknya. Apabila sampai umur tujuh tahun, dia hendaklah menyuruhnya sembahyang dan mengkhatankannya. Apabila anaknya baligh, hendaklah dia kahwinkannya.
249 Aqiqah ialah menyembelih kambing pada hari ketujuh selepas kelahirannya. Bagi anak lelaki dua ekor kambing dan anak perempuan satu ekor. Lihat kitab Tuhfah al-Maudud karangan Ibnul Qayyim dan Thalathu Sya'a-ir karangan Umar Sulaiman al-Asyqar.
Manakala hak-hak seorang hamba ialah memberi makanan dan pakaian kepadanya. Tidak membebankannya dengan kerja yang tidak mampu dilakukan, tidak memandang hina kepadanya dan hendaklah memaafkan kesalahan-kesalahannya. Ingatlah kepada Allah ketika dia melakukan kesalahan kerana Allah amat memaafkan kesalahan hambanya. Justeru, hendaklah dia memaafkannya agar Allah juga mengampunkan dosanya.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.
Bab 11: Adab-Adab Persahabatan, Persaudaraan, Pergaulan Dan Seumpamanya
Tajuk Mudarasah: Mukaddimah
Halaman Rujukan Kitab : 155
Nota Mudarasah:
Perpaduan adalah hasil daripada akhlak yang baik manakala perpecahan pula berpunca daripada akhlak yang buruk. Ini kerana akhlak yang mulia menghasilkan kasih sayang dan permuafakatan manakala akhlak yang buruk menghasilkan sikap benci membenci dan saling pulau memulau antara satu sama lain. Kelebihan akhlak yang mulia adalah jelas dan banyak hadis yang menyebut mengenainya.
Abu Darda' r.a. meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., sabdanya:
Pada hari kiamat, tiada satu perkarapun pada timbangan amal orang mukmin yang lebih berat daripada akhlak yang mulia. (Riwayat at-Tirmizi dan beliau mensahihkannya.)²¹⁶
Dalam hadis lain menyebut:
Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi dan paling hampir denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling mulia akhlaknya di kalangan kamu. Manakala orang yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya dariku pada hari kiamat ialah orang yang buruk akhlaknya di kalangan kamu.²¹⁷
Nabi s.a.w. pernah ditanya tentang perkara yang paling banyak menyebabkan manusia dimasukkan ke syurga. Baginda bersabda yang bermaksud:
Taqwa kepada Allah dan akhlak yang mulia.²¹⁸
218 Riwayat at-Tirmizi (2004) daripada Abu Hurairah r.a. dan ia hadis hasan melalui riwayat-riwayat lain.
Berhubung dengan kecintaan kerana Allah, terdapat hadis as Sahihain yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
Tujuh golongan yang Allah akan naungi mereka di bawah naungan-Nya pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya sahaja.
Salah satu golongan tersebut ialah:
Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, mereka berhimpun atau bertemu kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah.²¹⁹
Dalam hadis lain menyebut bahawa Allah Taala berfirman:
Aku pasti mengasihi orang yang kasih-mengasihi kerana Ku. Aku pasti mengasihi orang yang saling membelanjakan hartanya kerana-Ku dan Aku pasti mengasihi orang yang ziarah menziarahi kerana-Ku.²²⁰
Dalam hadis lain juga menyebut:
Ikatan iman yang paling kukuh ialah kamu mencintai herana Allah dan membenci juga kerana Allah.²²¹
Terdapat banyak hadis yang menyebut mengenai perkara yang tersebut di atas.
Ketahuilah bahawa sesiapa yang mengasihi kerana Allah pasti akan membenci kerana Allah. Apabila kamu mengasihi seseorang kerana ketaatannya kepada Allah, kamu juga pasti membencinya apabila dia menderhakai-Nya. Ini kerana sesiapa yang mengasihi seseorang kerana sebab tertentu, pasti akan benci apabila wujud sebab yang berlawanan. Sesiapa yang memiliki sifat yang terpuji dan juga sifat yang dibenci, kamu hendaklah mencintainya pada satu aspek dan membencinya pada aspek yang lain.
Kamu seharusnya mengasihi seseorang muslim kerana Islamnya dan membencinya kerana maksiat yang dilakukannya. Persabahatan kamu dengannya sentiasa berada dalam keadaan sederhana, tidak terlalu dingin dan tidak terlalu melampau. Jika berlaku kesilapan yang tidak disengajakan darinya dan dia menyesal dengan perbuatan tersebut, lebih baik kamu menutup kesilapan tersebut. Sekiranya dia melakukannya secara berterusan, kamu mestilah menunjukkan riak-riak kebencianmu kepadanya dengan berpaling muka dan menjauhinya. Dia juga boleh bercakap kasar dengannya berdasarkan kadar maksiat yang dilakukannya.
Orang yang melanggar perintah Allah terbahagi kepada tiga golongan sebagaimana berikut:
i- Golongan kafir.
Sekiranya kafir harbi, dia berhak diperangi dan diperhambakan (sekiranya ditawan). Tidak ada lagi penghinaan lebih daripada kedua-dua perkara tersebut. Sekiranya kafir zimmi, kita tidak harus menyakitinya. Walau bagaimanapun jangan kamu melayani mereka (dengan layanan mesra) dan hendaklah menampakkan kehinaan diri mereka (kerana pegangan mereka) seperti tidak memberi laluan selesa kepada mereka serta tidak memberi salam kepadanya. Sekiranya dia yang memberi salam, hendaklah dijawab: 'Wa 'alaika' sahaja.
Tindakan yang lebih baik ialah tidak bergaul dan bermuamalah dengannya serta tidak makan bersamanya. Makruh bergurau senda dan bermesra dengan mereka, sebagaimana yang kamu lakukan terhadap sahabat-sahabat kamu yang lain.
ii- Golongan bid'ah.
Sekiranya mereka mengajak kepada perkara bid'ah yang boleh dihukum kafir, kedudukan mereka lebih berat daripada golongan zimmi. Ini kerana mereka tidak terikat dengan tuntutan jizyah dan juga akad zimmah. Sekiranya mereka menyeru kepada bid'ah yang tidak dihukum kafir, kedudukan antaranya dengan Allah Taala lebih ringan daripada golongan kafir.
Walau bagaimanapun mengingkari golongan ini lebih ditekankan daripada mengingkari golongan kafir. Ini kerana kejahatan golongan kafir tidak mempengaruhi orang lain kerana kata-katanya tidak dipedulikan. Berbeza dengan ahli bid'ah yang mengajak orang ramai percaya kepada bid'ahnya kerana dia juga mendakwa bahawa apa yang diserunya adalah perkara benar. Ini boleh menyesatkan manusia. Dia lebih merbahaya kerana dapat mempengaruhi orang lain. Oleh itu menzahirkan kebencian, memulau, memusuhi dan merendah-rendahkan pendiriannya serta bersikap keras terhadapnya dan menjauhkan manusia daripadanya adalah perkara yang perlu dilakukan.
Bid'ah orang awam yang tidak mampu mempengaruhi orang ramai dan tidak dibimbangi menjadi ikutan, hukumnya adalah lebih ringan daripada golongan sebelumnya. Cara yang terbaik untuk menghadapinya ialah dengan menasihatinya secara lemah lembut. Hati orang awam cepat berubah-ubah. Sekiranya nasihat secara baik tidak berkesan, sunat kepadanya berpaling dan tidak melayaninya jika tindakan tersebut pada pandangan ahli bid'ah merupakan satu tamparan atau penghinaan terhadap bid'ahnya itu. Sekiranya cara sedemikian juga tidak berkesan kerana tabiatnya yang telah jumud dan kepercayaannya yang telah mendalam sehingga ke lubuk hati, maka tindakan memulau dan tidak menghiraukannya itu menjadi lebih utama (aula). Ini kerana apabila keburukan atau kekejian sesuatu bid'ah itu tidak ditunjukkan secara bersungguh-sungguh, ja akan merebak di tengah-tengah masyarakat dan kerosakan yang lebih besar akan berlaku..
iii- Golongan yang melakukan maksiat dengan perbuatan tetapi tidak membabitkan pegangan aqidahnya.
Sekiranya maksiat tersebut sampai ke tahap mengganggu dan menyakiti orang lain seperti menzalimi, merampas, bersaksi palsu, mengumpat, mengadu domba dan seumpamanya, dia perlu dipulau dan tidak dipedulikan serta tidak bermuamalah dengannya. Demikian juga orang yang menyeru kepada perkara yang merosakkan seperti menyeru kepada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan menyediakan sebab-sebab yang mendorong kepada meminum arak dan sebagainya. Tindakan yang sewajarnya diambil ialah menghina, memulau dan berpaling daripadanya (tidak melayaninya).
Manakala orang yang menzalimi dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) seperti meminum arak, berzina, mencuri atau meninggalkan yang wajib (secara sembunyi-sembunyi), keadaannya lebih ringan. Walau bagaimanapun jika terserempak ketika dia sedang melakukan maksiat tersebut, kita wajib mencegahnya dengan cara yang boleh menghalangnya. Sekiranya memberi nasihat boleh mencegahnya dan lebih bermanfaat kepadanya, hendaklah kita menasihatinya. Sekiranya tidak berkesan, teguran dan tindakan yang lebih keras perlu diambil.
Sifat-sifat Orang yang Dipilih untuk Dijadikan Sahabat
Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. bahawa baginda bersabda:
Seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu hendaklah seseorang dari kamu melihat dengan siapakah dia berkawan?.²²²
Bukan semua orang sesuai dijadikan sahabat. Seorang sahabat mestilah mempunyai sifat-sifat dan ciri-ciri yang istimewa menurut faedah-faedah yang dicari daripada persahabatan tersebut. Faedah faedah tersebut terdiri dari faedah duniawi seperti mengambil manfaat daripada harta dan pangkat, atau semata-mata untuk berdampingan dan berbual-bual. Kedua-dua faedah ini bukannya matlamat sebenar dari persahabatan. Faedah sebenar yang menjadi matlamat persahabatan ialah faedah agama.
Faedah agama dalam persahabatan pula mengandungi beberapa tujuan yang berbeza sebagaimana berikut:
i. Mengambil faedah dari sudut ilmu dan amal.
ii. Mengambil faedah daripada kedudukan dan pangkatnya dengan tujuan memelihara diri daripada diganggu oleh orang yang kotor hatinya dan menghalangnya dari ibadah.
iii. Mengambil faedah dari hartanya agar keperluannya mencukupi. Dengan itu, dia tidak perlu menghabiskan waktu kerana mencari rezeki.
iv. Meminta tolong dalam melakukan kerja-kerja penting dan mustahak. Dengan itu sahabat menjadi bekalan ketika ditimpa musibah dan kekuatan dalam semua keadaan.
v. Mengharapkan syafaat pada hari akhirat sebagaimana yang disebutkan oleh sebahagian ulamak salaf: Hendaklah kamu mendapatkan ramai sahabat, sesungguhnya bagi setiap mukmin itu ada syafaat.
Setiap faedah tersebut tidak akan berhasil melainkan dengan syarat-syarat tertentu.
Secara keseluruhannya, terdapat lima ciri sahabat yang baik iaitu berakal, berakhlak mulia, bukan golongan fasik, bukan ahli bid'ah dan tidak tamak atau rakus dengan dunia.
i. Seorang yang berakal. Ia merupakan ciri yang paling asas kerana bersahabat dengan orang bodoh dan tidak berakal adalah sia-sia. Ini kerana dia mungkin ingin membantu kamu tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya iaitu memudaratkan kamu. Maksud berakal di sini ialah orang yang dapat memahami kedudukan sebenar sesuatu perkara sama ada pemahaman itu datang daripada dirinya sendiri ataupun setelah diberikan penerangan.
ii. Seorang yang berakhlak mulia. Ciri ini sangat penting kerana mungkin ramai orang berakal tetapi dirinya masih dikuasai oleh perasaan marah atau nafsu syahwat, lalu mereka hanyut dengan kehendak perasaan atau syahwat. Persahabatan dengan orang yang seperti ini juga tidak mendatangkan apa-apa kebaikan.
iii. Bukan di kalangan orang fasik. Orang fasik ialah orang yang tidak takut kepada Allah. Justeru, seseorang tidak akan ter selamat dari tipu dayanya dan dia juga tidak boleh dipercayai.
iv. Bukan di kalangan ahli bid'ah. Ini kerana bersahabat dengan ahli bid'ah boleh menyebabkan amalan bid'ahnya itu berjangkit kepadanya.
Umar bin al-Khattab r.a. pernah berkata:
Bersahabatlah dengan sahabat-sahabat yang bersifat benar, pasti kamu akan selamat dengan pemeliharaan mereka. Mereka umpama hiasan diwaktu senang dan bekalan diwaktu susah. Berbaik sangkalah terhadap saudaramu selagi mana tidak terbukti dia melakukan sesuatu yang membolehkan kamu membencinya. Jauhilah masuhmu dan berwaspadalah dengan sahabatmu melainkan sahabat yang amanah sahaja, iaitu yang hanya takut kepada Allah Taala. Jangan kamu bersahabat dengan orang jahat, kelak kamu akan terpengaruh dengan kajahatannya dan janganlah kamu dedahkan rahsia kamu kepadanya.
Mintalah pandangan daripada orang yang takutkan Allah dalam segala urusan kamu.
Yahya bin Muaz berkata: Seburuk-buruk sahabat ialah sahabat yang kamu perlu berkata kepadanya: Ingatlah aku dalam doa kamu dan kamu hidup bersamanya dalam keadaan sentiasa menutup keburukannya (kerana mengambil hati) atau kamu sentiasa perlu meminta maaf daripadanya.
Sekumpulan manusia masuk ke rumah al-Hasan dalam keadaan beliau sedang tidur. Sebahagian mereka memakan buah-buahan yang ada dalam rumahnya itu. Setelah bangun, al-Hasan berkata: Semoga Allah merahmati kamu semua. Demi Allah, begitulah yang sepatutnya dilakukan oleh sahabat-sahabat.
Abu Ja'afar berkata kepada sahabat-sahabatnya: Apakah boleh jika seseorang itu memasukkan tangannya ke dalam karung saudaranya lalu mengambil sesuatu yang dia mahu daripadanya? Mereka menjawab: Tidak boleh. Ja'afar berkata: Kalau begitu kamu masih belum bersaudara sebagaimana yang kamu dakwa.
Diriwayatkan bahawa Fathan al-Mausili telah datang menemui kawannya yang bernama Isa at-Tammar. Ketika itu beliau tiada di rumah. Fathan berkata kepada hamba perempuan nya: Keluarkan beg saudaraku. Dia pun mengeluarkannya. Lalu beliau mengambil dua dirham daripadanya. Apabila Iaa pulang ke rumahnya, hambanya terus menceritakan apa yang telah berlaku Isa berkata kepadanya: Sekiranya kamu bercakap benar, kamu akan dibebaskan. Lalu beliau memeriksa kandungan begnya dan mendapati bahawa hamba perempuannya itu telah bercakap benar Beliaupun terus memerdekakan hambanya itu.
Hak-hak yang Wajib Ditunaikan terhadap Saudara
Hak Pertama:
Menunaikan hajat saudaranya dan ia berlaku dalam beberapa tahap. Tahap yang paling rendah ialah menunaikan hajat atau keperluannya ketika diminta dan berkemampuan, dalam keadaan ceria dan gembira. Tahap pertengahannya ialah menunaikan hajat saudaranya tanpa diminta. Dan tahap yang paling tinggi ialah mendahulukan hajat atau keperluan saudaranya daripada keperluan dirinya sendiri.
Sebahagian ulamak salaf mencari-cari ahli keluarga saudaranya yang telah mati untuk memenuhi segala keperluan mereka walaupun setelah empat puluh tahun kematiannya..
Hak Kedua:
Menjaga lidah dengan mendiamkan diri pada satu keadaan dan bercakap pada keadaan yang lain. Maksud diam di sini ialah tidak menyebut keaibannya sama ada ketika dia ada bersama atau tidak. Begitu juga tidak menafikan kenyataannya, berdebat atau berbahas dengannya dan tidak bertanya tentang beberapa keadaannya yang dia tidak suka mendedahkanya. Ketika berjumpa, janganlah kamu bertanya: Kamu hendak ke mana?, kerana mungkin dia tidak mahu orang lain mengetahuinya. Kamu hendaklah menjaga rahsianya walaupun setelah terputus hubungan dengannya, tidak mencela orang yang dikasihinya dan juga ahli keluarganya serta tidak memberitahunya mengenai celaan orang lain terhadapnya.
Hak Ketiga:
Mendiamkan diri daripada sesuatu yang tidak disukainya kecuali perkara yang diwajibkan untuk diberitahu seperti menyuruh perkara makruf dan mencegah perkara mungkar. Dalam hal ini, tiada kelonggaran untuk mendiamkan diri kerana perkara ini (menyuruh perkara makruf dan mencegah kemungkaran) adalah satu kebaikan untuknya.
Kamu tidak akan menjumpai seorang sahabat yang sempurna dari segala keaiban atau kesalahan. Sesiapa yang kebaikannya melebihi kejahatannya, maka itulah yang dikehendaki dan ia sudah memadai.
Ibnu Mubarak berkata: Orang mukmin sentiasa mencari keuzuran sahabatnya atau alasan untuk dia memaafkannya sedangkan orang munafik akan mencari kesalahan orang lain (bagi menyalahkannya). Al-Fudhail pula berkata: Kemuliaan itu ialah memaafkan kesalahan sahabat-sahabatnya.
Kamu juga hendaklah meninggalkan sikap berburuk sangka terhadap saudaramu bahkan sentiasa berusaha semampu yang boleh untuk bersangka baik terhadap perbuatannya. Sabda Nabi s.a.w..
Jauhilah kamu daripada berprasangka buruk kerana prasangka buruk itu adalah percakapan yang paling dusta.²²³
Prasangka buruk juga boleh membawa kepada perbuatan mengintip-ngintip yang dilarang oleh syarak²²⁴. Menutup dan tidak mempedulikan keaiban orang lain adalah akhlak golongan yang beragama.
224 Sebagaimana dalam hadis yang sebelumnya di mana pada sambungannya, Baginda ada bersabda yang bermaksud: Jangan kamu mengintip-ngintip.
Iman seseorang tidak akan sempurna sehinggalah dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. Sekurang-kurang tahap persaudaraan ialah bergaul dengan saudaranya sebagaimana yang disukainya berlaku kepada dirinya sendiri. Kamu tentunya mengharapkan saudaramu menutup dan menyembunyikan keaiban dan kesalahan kamu. Sekiranya dia melakukan sebaliknya, pasti kamu akan merasa susah. Justeru, bagaimana kamu boleh mengharapkan demikian daripada saudaramu sedangkan kamu sendiri tidak bersikap begitu kepadanya?!.
Apabila kamu menginginkan suatu keadilan sedangkan kamu sendiri tidak berlaku adil, kamu termasuk dalam firman Allah:
Mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.
(Al-Mutoffifin: 2-3)
Punca berlakunya kecuaian dalam menutupi keaiban dan mendedahkannya adalah irihati dan hasad dengki. Sebab yang paling kuat mendorong kepada timbulnya irihati dan hasad dengki di kalangan sesama sahabat ialah perbuatan kata-mengata dan tidak mahu mengalah. Hal ini didorong oleh keinginan menonjolkan keistimewaan, kelebihan dan kepandaian dirinya di samping memandang hina terhadap lawannya. Sesiapa yang saling mengata dengan saudaranya, dia mungkin akan menuduhnya sebagai jahil dan bebal atau lalai dan lupa daripada memahami sesuatu perkara sebagaimana yang sepatutnya. Semua itu adalah suatu penghinaan yang akan menyemarakkan kemarahan dan seterusnya mencetuskan permusuhan. Semua ini berlawanan dengan semangat persaudaraan.
Hak Keempat:
Bercakap atau memperkatakan sesuatu. Persaudaraan sejati menuntut agar seseorang mendiamkan diri daripada memperkatakan sesuatu yang dibenci oleh saudaranya dan di waktu yang sama bercakap dalam perkara yang disukai olehnya. Bahkan ia adalah ciri yang khusus kepada nilai persahabatan kerana bersikap mendiamkan diri sepanjang waktu umpama bersahabat dengan penghuni kubur. Tujuan persahabatan ialah agar mendapat manfaat daripada sahabat-sahabat, bukan untuk melepaskan diri daripada mereka. Mendiamkan diri bererti menahan daripada sesuatu yang menyakitkan. Oleh itu dia hendaklah menunjukkan keprihatinannya melalui percakapannya, bertanya khabar tentang keadaan dan masalah yang dihadapinya, menampakkan dirinya mengambil berat terhadap sahabatnya serta sama-sama menzahirkan kegembiraan apabila sahabatnya itu gembira.
Dalam hadis sahih, riwayat at-Tirmizi:
Apabila seseorang kamu mengasihi saudaranya, dia hendaklah memberitahunya.²²⁵
Antara cara menunjukkan kecintaan kepadanya ialah:
i. Memanggilnya dengan nama yang paling disukainya. Umar bin al-Khattab r.a. berkata: Tiga perkara akan menambahkan kemesraan sahabatmu kepadamu: Memberi salam ketika ber temu, meluaskan tempat duduk kepadanya ketika dalam majlis dan memanggilnya dengan nama yang paling disukainya.
ii. Memuji sifat-sifat kebaikan yang ada pada sahabatnya dengan tujuan agar dia dicontohi oleh orang yang mendengar lalu terkesan dengannya. Demikian juga memuji anak-anaknya, keluarga dan perbuatannya bahkan terhadap rupa parasnya, kebijaksanaan dan penampilannya serta tulisan, karangan dan semua perkara yang boleh menggembirakan hatinya. Pujian tersebut bukanlah secara melampau dan bohong.
iii. Menyampaikan pujian orang lain terhadap dirinya di samping turut bergembira dengannya. Menyembunyikan pujian orang lain terhadapnya adalah tanda hasad dengki.
iv. Mengucapkan terima kasih kerana budi baiknya kepadamu dan membelanya semasa ketiadaannya dari orang yang berniat jahat terhadapnya. Hak persaudaraan sejati ialah bersungguh sungguh dalam membela dan menolong saudaranya. Dalam hadis sahih ada menyebut:
Seorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Janganlah dia menzaliminya dan membiarkannya (dizalimi).²²⁶
Apabila cuai dalam memelihara dan membela maruah saudaranya, ia bererti menyerah dan membiarkannya kepada kejahatan. Pembelaan ini berlaku dengan dua cara:
a) Kamu mengandaikan bahawa apa yang diperkatakan tentang saudaramu, itulah juga yang diperkatakan kepada kamu semasa dia berada bersamamu, lalu kamu membelanya dengan kata-kata yang kamu suka dia perkatakannya untuk membela kamu sekiranya kamu yang hadapi perkara itu.²²⁷
227 Dengan kata lain, sebagaimana kamu suka kawan kamu memperkatakan sesuatu bagi membela kamu, maka begitulah juga seharusnya kamu lakukan bagi membela kawan kamu ketika ketiadaannya-pent.
b) Kamu mengandaikan bahawa dia berada di sebalik dinding, mendengar apa yang kamu perkatakan. Segala pembelaan yang terdetik di hati kamu ketika dia ada bersama, bagitulah seharusnya yang kamu lakukan ketika ketiadaannya. Sesiapa yang tidak ikhlas dalam persaudaraannya bererti dia adalah munafik.
Mengajar dan menasihati. Keperluan saudara kamu kepada ilmu adalah sama sebagaimana dia perlukan kepada harta. Apabila kamu kaya dengan ilmu, maka ajar dan bimbinglah dia. Nasihat yang diberikan kepadanya seharusnya berlaku secara sembunyi²²⁸. Perbezaan antara menghina dan memberi nasihat adalah bergantung kepada cara penyampaiannya sama ada secara terang-terangan atau sembunyi. Sebagaimana juga perbezaan antara mudaarat (menyembunyikan keburukan) dan mudahanah (menyembunyikan keburukan dengan tujuan mengampu). Sekiranya kamu membiarkan keburukannya (tanpa menasihatinya) untuk keselamatan agamamu (jauh dari riya' dan ujub) dan kamu dapati ianya lebih membawa kebaikan kepada saudara kamu, bererti kamu adalah mudarin. Tetapi sekiranya kamu membiarkan keburukannya (tanpa menegurnya supaya dia sentiasa merasa dirinya baik atau dilihat seorang yang baik) kerana kepentingan diri dan menurut hawa nafsu serta menjaga kedudukan kamu, bererti kamu adalah mudahin (pengampu).
228 Tedapat satu risalah oleh al-Hafiz Ibnu Rajab bertajuk al-Farqu Baina an Nasihah wat-Ta'abir, yang telah ditahqiq olehku. Cetakan Darul Ammar.
vi. Memaafkan kesilapan. Sekiranya kesilapan berlaku dalam perkara agamanya, kamu hendaklah menasihatinya dengan selemah-lembut yang mungkin. Jangan biarkan kesalahannya berlalu tanpa kamu menghalang dan menasihatinya. Sekiranya dia enggan menerima, kamu hendaklah berkeras dan tegas dengannya.
Hak Kelima:
Berdoa untuk saudara kamu semasa dia hidup dan juga setelah kematiannya sebagaimana doa-doa yang kamu pohon untuk diri kamu sendiri.
Dalam riwayat Muslim daripada hadis Abi Darda' r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
Doa seseorang muslim untuk saudaranya tanpa pengetahuan nya adalah diperkenankan. Ketika berdoa, malaikat akan berada di sisi kepalanya yang akan berkata setiap kali dia mendoakan kebaikan untuk saudaranya: Ya Allah, perkenan kanlah dan semoga kamu sama-sama memperolehinya.²²⁹
Abu ad-Darda' r.a. sentiasa berdoa untuk kebanyakan saudara saudaranya dengan menyebut nama-nama mereka secara khusus. Ahmad bin Hanbal r.hm. pula berdoa pada setiap kali waktu sahur untuk enam orang sahabatnya.
Berkata Amru bin Huraith mengenai doa selepas mati: Apabila seseorang hamba berdoa untuk saudaranya yang telah mati, malaikat akan datang ke kuburnya dan berkata: "Wahai penghuni kubur yang tinggal bersendirian, ini adalah hadiah daripada saudara kamu yang berbelas kasihan kepadamu".²³⁰
230 Perkara ini hanya boleh dithabitkan dengan nas al-Quran dan as-Sunnah.
Hak Keenam:
Setia dan ikhlas. Maksud setia ialah mengasihinya secara konsisten sehingga dia mati dan meneruskan kesetiaan itu selepas kematiannya dengan mengasihi anak-anak dan rakan-rakannya.
Rasulullah s.a.w. telah memuliakan seorang perempuan tua (kawan kepada Khadijah r.ha.) dan bersabda yang maksudnya:
Sesungguhnya beliau selalu menziarahi kami semasa Khadijah masih hidup. Setia kepada janji adalah sebahagian dari iman.²³¹
231 Al-'Iraqi dalam kitab Takhrij al-Ihya' (2/187) berkata: Hadis ini telah diriwayatkan oleh al-Hakim daripada hadis Aisyah r.ha. dan beliau berkata: Hadis sahih mengikut syarat al-Bukhari dan Muslim, dan hadis ini tiada kecacatan. Aku berkata: Al-Hafiz Ibnu Hajar telah menyebut dalam kitab Fathul Bari (10/436) bahawa al-Hakim dan al-Baihaqi meriwayatkannya melalui sanad Soleh bin Rustum dan al-Baihaqi juga meriwayatkannya melalui sanad Salm bin Junadah dan beliau berkata: Hadis ini adalah hadis gharib. Di samping melalui sanad Abu Salamah tetapi sanadnya lemah.
Setia juga bermaksud sifat rendah dirinya terhadap sahabatnya tidak berubah sekalipun kedudukan, kekuasaan dan pangkatnya semakin tinggi.
Bersetuju dengan sahabat dalam perkara yang bercanggah dengan agama bukanlah termasuk dalam erti kesetiaan. Imam Syafi'e r.hm. telah bersahabat dengan Muhammad bin Abdul Hakam. Beliau sentiasa mendampinginya dan bertemu dengannya. Apabila Imam Syafi'e dalam keadaan nazak, pengikutnya bertanya kepadanya: Wahai Abu Abdullah, selepas kematianmu, kepada siapakah lagi kami akan duduk (mempelajari ilmu agama). Muhammad bin Abdul Hakam ketika itu berada di sebelah kepala Imam Syafi'e sambil menonjol nonjolkan diri, memberi isyarat agar Imam Syafi'e menunjukkan kepadanya. Walau bagaimanapun Imam Syafi'e menjawab: Kamu pergilah kepada Abu Ya'qub al-Buwaiti. Muhammad bin Abdul Hakam pun terpinga-pinga kerana as-Syafi'e tidak memilihnya walaupun beliau pendokong mazhabnya. Imam Syafi'e mengisyaratkan kepada al-Buwaiti kerana beliau merupakan seorang yang lebih zuhud dan warak. Tindakan as-Syafi'e itu menjadi contoh dan nasihat terbaik kepada kaum muslimin agar meninggalkan perbuatan mengampu. Muhammad kecewa lalu meninggalkan mazhab as-Syafie dan selepas itu menjadi salah seorang pengikut mazhab Malik.²³²
232 Al-Qadhi Tyadh telah menolak kisah ini sebagaimana disebutkan dalam kitab Tartib al-Madarik (3/65). Sila rujuk.
Antara maksud setia juga ialah tidak mendengar khabar-khabar angin berkenaan sahabatnya serta tidak mempercayai kata-kata musuh sahabatnya itu.
Hak Ketujuh:
Meringankan dan tidak membebankan. Iaitu tidak membebankan saudaranya dengan sesuatu yang menyusahkannya. Dia sentiasa menyembunyikan segala keperluannya kerana tidak mahu mengambil kesempatan daripada pangkat dan harta sahabatnya bagi mendapatkan sesuatu. Dia juga tidak akan menyusahkan sahabatnya itu dengan memintanya agar sentiasa memerhatikan keadaannya, menunaikan hak-haknya dan merendah diri kepadanya.
Dia hendaklah mengasihi sahabatnya semata-mata kerana Allah, mengambil berkat dari doanya, merasa mesra dan seronok apabila bertemu dengannya, mengambil manfaat dan pengajaran daripada penghayatan agamanya serta bertaqarrub kepada Allah Taala dengan cara menunaikan hak-hak sahabatnya itu. Bagi mengelakkan sahabatnya merasa keberatan (kerana merasa malu atau segan), hendaklah dia melakukan sesuatu sehingga menjadikannya tidak merasa segan sebagaimana dia tidak merasa segan melakukannya ketika bersendirian.
Ja'afar bin Muhammad berkata: Sahabat yang paling berat ke atasku ialah yang selalu membebankan aku dan aku pula sentiasa berjaga-jaga (tidak dapat bergerak bebas) dalam setiap gerak geriku ketika bersamanya. Manakala sahabat yang paling ringan ialah apabila aku bersamanya, aku merasakan keadaan aku seperti bersendirian.
Setengah cendikiawan berkata: Sesiapa yang tidak membebankan saudaranya, kasih mesranya akan berkekalan.
Perkara ini menjadi lebih sempurna apabila kamu melihat mereka sentiasa mempunyai kelebihan berbanding kamu, bukan sebaliknya. Dengan itu, kamu meletakkan kedudukan kamu seumpama seorang khadam ketika bersama-sama dengan mereka.
Adab-adab Pergaulan
Di akhir bab ini kami akan menyebutkan beberapa adab pergaulan dengan orang ramai.
Antara sifat pergaulan yang baik ialah:
i. Kamu menjaga kehormatan diri tanpa rasa sombong serta bersifat tawaduk dalam keadaan tidak menghinakan diri. Kamu bertemu sahabat dan musuh dengan wajah yang ceria tanpa merasa hina dan takut kepada mereka. Kamu juga hendaklah menjaga adab-adab ketika dalam majlis. Antaranya tidak bermain-main dengan menyilang-nyilangkan jari kedua tangan, tidak mengorek hidung, banyak berludah dan menguap.
ii. Mendengar dengan teliti terhadap orang yang sedang bercakap dengan kamu dan jangan memintanya mengulang-ulangi kata. kata yang telah disampaikannya. Jangan bercakap dengan melahirkan rasa kagum kamu terhadap anak dan hamba perempuan kamu serta jangan berperangai seperti seorang perempuan yang suka berhias-hias atau pun tidak hiraukan cara pemakaian sepertimana sikap seorang hamba.
iii. Jadikan ahli keluarga kamu takut kepadamu tanpa menggunakan kekerasan serta berlemah lembut dengan mereka tanpa menunjukkan kelemahan.
iv. Jangan bergurau dengan hamba perempuan dan lelaki kamu, kerana ia boleh menghilangkan kehebatan kamu kepada mereka dan jangan terlalu banyak berpaling ke belakang.
v. Jangan kamu duduk dalam satu majlis bersama raja atau pemerintah. Sekiranya terpaksa juga, kamu hendaklah berwaspada dari melakukan dosa-dosa dan mengumpat. Jagalah rahsianya dan berwaspada daripada bersenda-gurau di sampingnya. Janganlah sendawa dan mencungkil gigi ketika kamu bersama dalam majlis santapannya. Sekiranya dia sentiasa mendampingimu, berhati-hatilah dengannya. Sekiranya dia berbual panjang denganmu, jangan kamu merasa selamat dari helahnya. Berbelas kasihanlah kepadanya sebagaimana kamu merasa belas kasihan kepada bayi. Bercakaplah apa yang disukainya dan jangan kamu masuk campur urusan antaranya dengan keluarga dan kerabatnya.
vi. Jauhilah dari sahabat yang hanya datang semasa kamu senang.
vii. Jangan jadikan harta kamu lebih mulia daripada maruah diri kamu.
viii. Apabila kamu masuk ke dalam majlis, duduklah di satu tempat yang lebih hampir kepada sifat tawaduk.
ix. Jangan duduk di tepi jalan. Sekiranya kamu duduk juga, kamu hendaklah merendahkan pandangan, menolong orang yang dizalimi dan menunjuk jalan kepada orang yang tersesat.
x. Jangan meludah ke arah kiblat dan juga sebelah kanan kamu. Ludahlah ke sebelah kiri di bawah kaki kiri kamu.
xi. Berwaspada dari bercampur gaul dengan orang awam. Sekiranya kamu bersama mereka, janganlah terpengaruh dengan akhlak buruk mereka dan jangan hanyut dalam perbualan dengan mereka.
xii. Jauhkan diri daripada banyak bergurau, kerana orang cerdik akan benci kepada kamu manakala orang jahil dan bersifat buruk pula akan berani mempermainkan kamu.
Hak-hak Seorang Muslim, Keluarga, Jiran, Raja dan Seumpamanya.
Antara hak-hak seorang muslim ialah:
i. Memberi salam ketika bertemu dengannya, menghadiri jemputannya, mendoakannya ketika bersin, menziarahinya ketika sakit, menziarahi jenazahnya, menerima atau melaksanakan apa yang dia telah bersumpah supaya melakukannya²³³, memberi nasihat apabila dia memintanya, menjaga dan mempertahankan dirinya ketika dia tiada, menyukai dan membenci sesuatu berlaku terhadap dirinya sebagaimana yang kamu sukai dan benci ianya berlaku terhadap diri kamu sendiri. Kesemua hak ini diriwayatkan dalam banyak athaar.²³⁴
233 Contohnya dia bersumpah: Demi Allah, terimalah hadiahku ini atau demi Allah, makanlah makanan yang dihidangkan ini. Maka hendaklah dia menerima hadiahnya itu dan memakan hidangan tersebut kecuali dalam perkara maksiat, maka dia hendaklah menolaknya-pent.
234 Kesemuanya adalah masyhur, sahih dan thabit.
ii. Tidak menyakiti sesiapapun di kalangan kaum muslimin sama ada dengan perbuatan atau percakapan dan bersifat tawaduk, tidak berlagak sombong atau takabur terhadap mereka. Jangan mendengar khabar-khabar angin mengenai mereka dan jangan pula memberitahu mereka apa yang kamu dengar itu.
iii. Jangan meninggalkan atau menjauhi sahabat kamu (kerana berbalah dengannya) lebih dari tiga hari, sebagaimana terdapat hadis yang masyhur mengenainya.²³⁵
235 Riwayat al-Bukhari (10/403), Muslim (2559), Malik (2/907), Abu Daud (4910) dan at-Tirmizi (1936) daripada Anas r.a..
Dalam hadis lain, Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
Haram kepada seseorang mukmin menjauhi (tidak bertegur sapa) seseorang mukmin yang lain lebih daripada tiga hari. Apabila berlalu tiga hari, hendaklah dia bertemu dengan nya dan memberi salam kepadanya. Sekiranya dia menjawab salam, kedua-duanya mendapat ganjaran pahala. Sekiranya dia tidak menjawabnya, orang yang memberi salam telah terlepas dari kesalahan tidak bertegur sapa.²³⁶
Larangan menjauhi seseorang muslim sebagaimana di atas adalah berkait dengan perkara dunia. Adapun yang berkait dengan. hak agama, tindakan menjauhi ahli bid'ah, golongan yang menuruti hawa nafsu dan maksiat hendaklah dilakukan secara berterusan selagi mana tiada tanda-tanda bahawa mereka telah bertaubat dan kembali kepada kebenaran.²³⁷
237 Terdapat satu risalah yang bertajuk az-Zajru bil Hijr oleh Imam Suyuti r.hm.. Terdapat satu naskhah manuskripnya di Perpustakaan al-Arif di Madinah Munawwarah (108-Majami).
iv. Berbuat baik kepada semua muslimin setakat kemampuan. nya. Hendaklah meminta izin ketika mahu masuk bertemu dengan seseorang daripada mereka. Sekiranya dia tidak mengizinkannya setelah memintanya sebanyak tiga kali, dia hendaklah berpaling meninggalkannya.
v. Bergaul dengan orang ramai dengan akhlak yang baik. Pergaulan tersebut hendaklah sesuai dengan individu tersebut. Sesiapa yang melayan orang jahil dengan penuh keilmuan, melayan orang yang lalai dengan masalah-masalah fekah dan orang dungu dengan penerangan akademik, itu bermakna dia telah menyakiti mereka dan dirinya sendiri.
vi. Menghormati orang tua dan menyayangi kanak-kanak. Wajahnya hendaklah sentiasa lembut dan ceria ketika bersama sama orang lain. Hendaklah menunaikan janji dengan mereka dan berlaku adil terhadap mereka dengan dirinya sendiri. Dia juga hendaklah melakukan sesuatu kepada orang lain sebagaimana dia suka kalau ia dilakukan kepadanya.
Al-Hasan berkata: Allah Taala telah mewahyukan empat perkara kepada Nabi Adam a.s. di mana firman-Nya: Keempat empat perkara ini merangkumi keseluruhan perintah untukmu dan juga anakmu. Satu perkara untuk-Ku, satu lagi untukmu, satu perkara mengenai hubunganmu dengan-Ku dan satu lagi mengenai hubungan kamu dengan manusia seluruhnya. Perkara untuk-Ku ialah kamu hendaklah menyembah Aku dan jangan menyengutukan Aku dengan sesuatu yang lain. Perkara untukmu pula ialah amalan kamu. Aku akan memberikan ganjarannya lebih daripada apa yang kamu mahukan. Manakala mengenai hubungan-Ku denganmu ialah kamu hendaklah berdoa dan Akulah yang akan memperkenankanya. Dan mengenai hubunganmu dengan manusia lain pula ialah kamu hendaklah dampingi mereka dengan cara yang kamu suka jika mereka lakukannya kepada kamu.
vii. Menghormati golongan yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat.
viii. Membaiki hubungan antara dua orang yang bermasam muka dan menutup keaiban orang Islam.
Sesiapa yang meneliti bagaimana Allah Taala menutup keaiban golongan yang melakukan maksiat di dunia, nescaya dia akan mencontohi sifat lemah lembut-Nya itu. Allah Taala telah menetapkan empat orang saksi yang adil dalam penyaksian kes yang berkait dengan jenayah zina. Keempat-empat mereka hendaklah menyaksikan perbuatan tersebut dengan jelas sebagaimana melihat batang celak memasuki bekasnya. Syarat-syarat ini amat sukar didapati kerana kebanyakannya tidak sepakat. Allah yang bersifat begitu mulia di dunia ini, pasti amat diharapkan kemuliaan-Nya yang serupa di akhirat kelak.
ix. Menjauhkan diri dari tempat-tempat yang boleh menimbulkan tohmahan orang ramai agar dapat menghindarkan hati mereka daripada bersangka buruk dan menjauhkan lidah mereka daripada perbuatan mengumpat.
x. Memberi pertolongan kepada setiap orang Islam yang berhajat termasuklah menjadi perantara antara mereka dengan orang yang berkedudukan di samping berusaha menunaikan keperluan mereka.
xi. Memulakan percakapan dengan seorang muslim yang lain dengan ucapan salam. Sunat juga bersalaman dengannya. Anas r.a. meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., sabdanya:
Apabila dua orang muslim bertemu lalu salah seorang daripada keduanya menjabat tangan saudaranya, menjadi hak ke atas Allah Taala untuk memperkenankan doa kedua duanya. Tangan mereka berdua tidak terlerai sehinggalah Dia mengampuni dosa-dosa mereka.²³⁸
Dalam hadis lain bermaksud:
Apabila seseorang mukmin bersalaman dengan seorang mukmin yang lain, akan turun seratus rahmat ke atas mereka berdua. Sembilan puluh sembilan rahmat diberikan kepada yang lebih ceria dan lebih mulia akhlaknya.²³⁹
239 Riwayat at-Tobrani dalam kitab al-Ausot. Pada sanadnya terdapat al-Hasan bin Kathir yang tidak dikenali. Perawi lain adalah thiqah. Demikian juga disebutkan oleh al-Haithami dalam kitab al-Mujamma' (8/37). Perkara yang sama juga disebut oleh al-Iraqi dalam kitab al-Mughni (2/204).
Harus mencium tangan atau memeluk golongan yang dimuliakan kerana agamanya. Manakala memimpin binatang tunggangan kerana memulia dan menghormati ulamak, Ibnu Abbas r.a. telah melakukannnya kepada Zaid bin Thabit. Berdiri kerana memuliakan mereka adalah perbuatan baik tetapi tunduk kepada mereka adalah dilarang.²⁴⁰
240 Bagaimana boleh dikatakan demikian sedangkan Anas r.a. telah berkata: Individu yang paling dicintai dan dirindui oleh sahabat ialah Rasulullah sa.w., tetapi mereka tidak berdiri apabila berjumpa dengan Baginda. Ini kerena mereka tahu bahawa Baginda tidak menyukainya. Riwayat al Bukhari dalam kitab al-Adab al-Mufrad (946) dan at-Tirmizi (2/125) serta Ahmad (3/132) dengan sanad yang sahih.
xii. Memelihara maruah saudaranya yang muslim serta melindungi diri dan hartanya dari dizalimi. Dia hendaklah memperjuang dan mempertahankan hak-hak saudaranya itu.
xiii. Apabila diuji dengan sahabat yang jahat, seharusnya dia menunjukkan layanan yang baik (apabila berjumpa) sambil berwaspada darinya sebagaimana yang diceritakan dalam hadis Aisyah r.ha.²⁴¹
241 Riwayat al-Bukhari (10/438) dan Muslim (2291). Dalam hadis tersebut ada menyebut yang bermaksud: Wahai Aisyah, orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat ialah orang yang dipulaukan oleh manusia kerana takutkan kejahatannya.
Muhammad bin al-Hanafiyyah berkata: Seseorang itu tidak dianggap bijaksana selagi mana dia tidak memperelokkan pergaulannya dengan orang yang terpaksa digaulinya (kerana dia sangat membencinya lantaran kejahatannya), sehinggalah Allah memberikan jalan keluar untuknya.
xiv. Menjauhi daripada bergaul dengan golongan kaya, bahkan bergaullah dengan golongan miskin dan berbuat baiklah kepada anak-anak yatim.
xv. Menziarahi mereka yang sakit. Antara adab-adab menziarahi orang sakit ialah meletakkan tangan ke atas orang yang sakit dan bertanyakan hal keadaannya, tidak duduk terlalu lama di situ, menzahirkan belas kasihan kepadanya, berdoa semoga dia cepat sembuh dan tidak memandang-mandang kepada kekurangan yang ada pada tempat tersebut.
Disunatkan kepada pesakit melakukan sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim²⁴² daripada hadis Othman bin Abu al-As r.a. bahawa dia (Othman) telah mangadu sakit pada satu bahagian anggota badannya semenjak dia memeluk Islam. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya:
242 Hadis No. 2202, Malik (2/942), Abu Daud (3891) dan at-Tirmizi (2081).
Letakkan tangan kamu ke atas bahagian anggota yang sakit itu dan bacakan: Bismillah tiga kali dan bacakan tujuh kali: Aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuasaan Allah Taala daripada kejahatan yang aku dapati dan yang aku takuti.
Antara adab-adab seorang pesakit ialah bersabar, tidak banyak mengadu dan tidak melahirkan rasa kecewa. Dia hendaklah sentiasa berdoa dan bertawakkal kepada Allah Taala.
xvi. Mengiringi jenazah dan menziarahi kubur-kubur mereka. Yang dimaksudkan dengan mengiringi di sini ialah menunaikan hak orang Islam dan mengambil iktibar daripadanya.
Al-A'masy berkata: Kami pernah menziarahi jenazah dan ketika itu kami tidak tahu kepada siapa kami mahu ucapkan takziah, kerana kesemua orang kelihatan bersedih.
Yang dimaksudkan menziarahi kubur pula ialah dengan berdoa²⁴³, mengambil iktibar dan melembutkan hati.
243 Membaca al-Quran sebagaimana dilakukan oleh sebahagian masyarakat adalah perkara yang tidak berdasarkan dalil atau nas.
Antara adab-adab mengiringi jenazah ialah berjalan kaki (ketika membawanya ke kubur), sentiasa dalam keadaan khusyuk, tidak berbual-bual, memerhatikan mayat, berfikir tentang kematian dan bersedia untuk menghadapinya.
Hak-hak Jiran
Hak kejiranan sama seperti hak persaudaraan Islam. Dengan itu jiran mempunyai hak sebagaimana hak seorang muslim bahkan lebih lagi. Dalam satu hadis yang bermaksud:
Jiran terdiri daripada tiga; Jiran yang mempunyai satu hak, jiran yang mempunyai dua hak dan jiran yang mempunyai tiga hak. Jiran yang mempunyai tiga hak ialah jiran seorang muslim yang ada hubungan kekeluargaan. Baginya hak kejiranan, hak sebagai seorang Islam dan hak ahli keluarga, Jiran yang mempunyai dua hak ialah jiran seorang muslim. Baginya hak sebagai orang Islam dan hak kejiranan. Manakala jiran yang mempunyai satu hak ialah jiran seorang musyrik (hanya mempunyai hak kejiranan).²⁴⁴
244 Dikeluarkan oleh Abu Naim dalam kitab al-Hilyah (5/207), al-Hasan bin Sufian dan al-Bazzar dalam kitab Musnad masing-masing dan Abu al Syeikh dalam kitab at-Thawab daripada hadis Jabir, dan Ibnu 'Adi daripada hadis Ibnu Umar r.a.. Kedua-duanya daif. Lihat dalam kitab al-Mughni (2/212) dan al-Faidh (3/367).
Ketahuilah bahawa hak kejiranan bukan sahaja menahan diri daripada melakukan sesuatu yang menyakitkan bahkan bersabar menghadapi kerenah daripada jiran serta bersikap lemah lembut.
Antaranya juga ialah memulakan perkara kebajikan, ucapan salam, tidak mengambil masa yang panjang ketika bercakap dengan jiran, menziarahinya ketika sakit, mengucap takziah ketika ditimpa musibah, mengucap tahniah ketika dia mendapat sesuatu yang menggembirakan, memaafkan kesalahannya, tidak mengintai-ngintai atau memerhati ke dalam rumahnya, tidak menyusahkannya dengan menyandarkan kayu pada dinding rumahnya, tidak menuang air ke dalam pancuran air rumahnya, tidak membuang tanah ke halamannya, tidak terus menerus memandang sesuatu yang dibawa ke dalam rumahnya, menutup keaibannya yang terdedah, tidak mencuri dengar perbualannya (dengan orang lain), merendahkan pandangannya terhadap ahli keluarganya dan sentiasa mengambil berat terhadap hajat atau keperluan ahli keluarganya ketika ketiadaannya.
Hak-hak Kaum Kerabat dan Keluarga
Dalam hadis sahih, riwayat Aisyah r.ha. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
Silaturrahim tergantung di Arasy. Ia berkata: Sesiapa yang menyambungku, Allah akan menyambung hubungan-Nya dengannya dan sesiapa yang memutuskanku, Allah akan memutuskan ikatan-Nya dengannya.²⁴⁵
Dalam hadis lain riwayat al-Bukhari:
Orang yang menyambung ikatan silaturrahim itu bukan hanya orang yang membalas (budi atau kebaikan kaum keluarganya) tetapi sebenarnya ialah orang yang menyambung kembali ikatan tersebut apabila ia terputus.²⁴⁶
Dalam hadis riwayat Muslim²⁴⁷ menyebut bahawa:
247 Riwayat Muslim (2558).
Seorang lelaki telah mengadu: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mempunyai kaum kerabat yang aku mahu menjalinkan hubungan dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka melakukan kejahatan kepadaku. Aku berlembut dengan mereka tetapi mereka tidak mempedulikanku. Sabda baginda: Sekiranya benar sebagaimana yang kamu katakan, kamu seolah-olah telah mencampakkan abu yang panas ke muka mereka. Allah sentiasa menolong kamu selama mana kamu sedemikian.
Maksudnya ialah kamu sentiasa dibantu oleh Allah dalam menghadapi mereka. Mereka sudah tidak ada hujah untuk mendakwa kamu di atas alasan hak kekeluargaan (dengan sebab perbuatan mereka itu) sebagaimana orang yang dilemparkan abu panas ke mukanya terputus kata-katanya dan tidak dapat bercakap apa-apa lagi.
Terdapat hadis-hadis yang banyak dan masyhur berkenaan silaturrahim, hak-hak kedua ibubapa²⁴⁸ dan lebih-lebih lagi hak ibu.
248 Syeikh Nizam Sakajaha mempunyai dua buah buku kecil dalam bab ini. Salah satunya dalam bentuk manuskrip dan satu lagi telah dicetak. Kedua duanya amat bermanfaat..
Hak-hak Seorang Anak
Manusia secara fitrahnya memang cenderung ke arah menyayangi anaknya. Oleh itu tidak perlu ditekankan lagi berkenaan tanggungjawab bapa terhadap anaknya. Namun begitu, kadang-kala hawa nafsu seorang bapa lebih mengatasi kepentingan anaknya lalu dia meninggalkan tanggungjawab mengajar dan mendidiknya. Firman Allah Taala:
Wahai orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan kaum keluarga kamu dari api neraka.
(Al-Tahrim: 6)
Ulamak tafsir berkata: Maksudnya ialah ajar dan didiklah mereka.
Seorang bapa seharusnya menamakan anaknya dengan nama yang baik dan melakukan aqiqah²⁴⁹ untuknya. Apabila sampai umur tujuh tahun, dia hendaklah menyuruhnya sembahyang dan mengkhatankannya. Apabila anaknya baligh, hendaklah dia kahwinkannya.
249 Aqiqah ialah menyembelih kambing pada hari ketujuh selepas kelahirannya. Bagi anak lelaki dua ekor kambing dan anak perempuan satu ekor. Lihat kitab Tuhfah al-Maudud karangan Ibnul Qayyim dan Thalathu Sya'a-ir karangan Umar Sulaiman al-Asyqar.
Manakala hak-hak seorang hamba ialah memberi makanan dan pakaian kepadanya. Tidak membebankannya dengan kerja yang tidak mampu dilakukan, tidak memandang hina kepadanya dan hendaklah memaafkan kesalahan-kesalahannya. Ingatlah kepada Allah ketika dia melakukan kesalahan kerana Allah amat memaafkan kesalahan hambanya. Justeru, hendaklah dia memaafkannya agar Allah juga mengampunkan dosanya.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.
No comments:
Post a Comment