Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 1: Ibadat
Bab 7: Zikir, Doa Dan Lain-Lain
Tajuk Mudarasah: Kelebihan Zikir
Halaman Rujukan Kitab : 75
Nota Mudarasah:
iv. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah Taala berfirman:
أَنَا مَعَ عَبْدِي مَا ذَكَرَنِي وَتَحَرَّكَتْ بِي شَفَتَاهُ
Aku bersama hamba-Ku selama mana dia mengingati-Ku dan kedua bibirnya bergerak menyebut nama-Ku.¹¹²
112 Al-Bukhari telah memberikan komentarnya tentang hadis ini dalam kitab Sahihnya (13/499) dan disambung oleh Ahmad (2/540). Al-Bukhari meriwayatkannya dalam Khalqu Af'al al-Tbad (87) daripada Abu Hurairah r.a. dengan sanad yang sahih. Al-Hafiz al-'Iraqi telah memperkukuhkannya lagi dalam kitab Takhrij al Thya' (1/294) dengan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan al-Baihaqi daripada Abu Hurairah r.a. serta hadis riwayat al-Hakim daripada Abu al-Darda' r.a..
Dalam riwayat Muslim, Nabi s.a.w. bersabda:
لَا يَقْعُدُ قَوْمٌ يَذْكُرُونَ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ إِلَّا حَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَنَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِينَةُ وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ
Apabila suatu kaum itu duduk berzikir kepada Allah, para malaikat akan melingkungi mereka, dan mereka dilimpahi dengan rahmat. Diturunkan ketenangan ke atas mereka dan Allah menyebut-nyebut tentang mereka kepada para malaikat yang berada di sisi-Nya.¹¹³
113 Riwayat Muslim (2700) dan at-Tirmizi (3375) daripada Abu Hurairah dan Abu Sa'id r.a..
Terdapat banyak hadis mengenainya dalam bab kelebihah kelebihan amalan.
vi. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
مَا جَلَسَ قَوْمٌ مَجْلِسًا فَتَفَرَّقُوا عَلَى غَيْرِ ذِكْرِ اللهِ إِلَّا تَفَرَّقُوا عَنْ مِثْلِ جِيفَةِ حِمَارٍ وَكَانَ ذلِكَ المَجْلِسُ حَسْرَةً عِلَيْهِمْ يَوْمَ القِيَامَةِ
Apabila suatu kaum itu duduk dalam satu majlis, lalu berpisah dalam keadaan tidak berzikir mengingati Allah (ketika berada dalam majlis tersebut), maka perpisahan mereka itu seumpama berpisah daripada bangkai keldai. Majlis seumpama itu akan membawa penyesalan kepada mereka pada hari kiamat.¹¹⁴
114 Riwayat Abu Daud (4855) dengan sanad hasan.
vii. Dalam hadis lain menyebut:
لَا يَجَلَسُ قَوْمٌ مَجْلِسَا لَا يَذْكُرُونَ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ وَلَا يُصَلُّونَ عَلَى اَلنَّبِيِّ ﷺ- إِلَّا كَانَ عَلَيْهِمْ حَسْرَةً يَوْمَ اَلقِيَامَةِ
Apabila suatu kaum itu duduk dalam satu majlis yang tidak mengingati Allah dan tidak berselawat ke atas Nabi s.a.w., mereka akan menyesal pada hari kiamat.¹¹⁵
115 Riwayat Ahmad (2/463) dan al-Hakim (1/492) daripada Abu Hurairah r.a.. Al-Haithami menyebutnya dalam kitab al-Majma' (10/79) dan berkata: perawi-perawinya adalah sahih. Aku berkata: Sanadnya sahih.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.
Bab 7: Zikir, Doa Dan Lain-Lain
Tajuk Mudarasah: Kelebihan Zikir
Halaman Rujukan Kitab : 75
Nota Mudarasah:
iv. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah Taala berfirman:
Aku bersama hamba-Ku selama mana dia mengingati-Ku dan kedua bibirnya bergerak menyebut nama-Ku.¹¹²
Dalam riwayat Muslim, Nabi s.a.w. bersabda:
Apabila suatu kaum itu duduk berzikir kepada Allah, para malaikat akan melingkungi mereka, dan mereka dilimpahi dengan rahmat. Diturunkan ketenangan ke atas mereka dan Allah menyebut-nyebut tentang mereka kepada para malaikat yang berada di sisi-Nya.¹¹³
Terdapat banyak hadis mengenainya dalam bab kelebihah kelebihan amalan.
vi. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
Apabila suatu kaum itu duduk dalam satu majlis, lalu berpisah dalam keadaan tidak berzikir mengingati Allah (ketika berada dalam majlis tersebut), maka perpisahan mereka itu seumpama berpisah daripada bangkai keldai. Majlis seumpama itu akan membawa penyesalan kepada mereka pada hari kiamat.¹¹⁴
vii. Dalam hadis lain menyebut:
Apabila suatu kaum itu duduk dalam satu majlis yang tidak mengingati Allah dan tidak berselawat ke atas Nabi s.a.w., mereka akan menyesal pada hari kiamat.¹¹⁵
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.
No comments:
Post a Comment