Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 2: Adat Kebiasaan
Bab 10: Adab-Adab Dalam Kerja Dan Hidup: Kelbihan Dan Cara Muamalah Yang Betul Serta Yang Berkaitan Dengannya
Tajuk Mudarasah: Halal dan Haram
sUB Tajuk Mudarasah: Halal dan Haram
Halaman Rujukan Kitab : 137
Nota Mudarasah:
Halal dan Haram
Hukum mencari perkara yang halal adalah wajib ke atas setiap muslim. Kebanyakan golongan yang jahil mendakwa bahawa perkara yang halal sudah tiada. Mereka berkata: Kini, hanya tinggal air yang jernih, rumput rampai dan tumbuh-tumbuhan sahaja yang halal. Selain dari itu, semuanya telah dicemari oleh sistem muamalah yang rosak. Apabila mereka yakin mengenainya sedangkan mereka menyedari bahawa mereka sangat memerlukan keperluan harian, mereka mula menceburi perkara-perkara syubhah dan haram. Fenomena ini berlaku kerana kejahilan dan kecetekan ilmu manusia sedangkan dalam hadis as-Sahihain, Nu'man bin Basyir r.a. telah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
الحلال بين، والحرام بين، وبينهما أمور مشتبهات
Yang halal itu adalah jelas dan yang haram itu juga jelas, namun antara keduanya terdapat perkara syubhah (hukumnya diragui dan tidak jelas).²⁰²
202 Riwayat al-Bukhari (1/117), Muslim (1599), Abu Daud (3329) dan an-Nasaie (7/241).
Oleh kerana dakwaan golongan jahil ini merupakan satu bid'ah yang mudaratnya telah tersebar luas dan kejahatannya telah menyelinap masuk ke dalam agama, maka wajiblah dibongkarkan segala kerosakan dan keburukannya itu berdasarkan Madrak (sebab-sebab)²⁰³ yang membezakan antara perkara halal, haram dan syubhah. 203 Dalam kitab Misbahul Munir (192) ada menyebut: Madaarik as-Syar'iyyah bererti punca-punca untuk mendapatkan hukum-hakam, berdalilkan nas nas dan ijtihad hingga akhir.
Kami akan menjelaskan perkara tersebut dalam beberapa bahagian seperti mana berikut.
1. Kelebihan Mencari yang Halal dan Menjauhi yang Haram serta Peringkat Halal dan Haram
Firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا
Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh.
Perkataan at-Toyyibat di sini bermakna sesuatu yang halal. Dalam ayat tersebut, Allah Taala telah memerintahkan supaya mendapatkan makanan yang halal sebelum perintah beramal soleh. Allah Taala berfirman ketika mencela perkara haram:
وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ
Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah.
Begitulah seterusnya dalam ayat-ayat yang lain.
Dalam satu hadis, daripada Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
يا أيها الناس إن الله طيب ولا يقبل إلا طيبا ، وذكر الرجل يطيل الشفر أشعث أغبر يمد يده إلى السماء يا رب يا رب ومطعمه حرام ومشربه حرام ومليشه حرام وعدي بالحرام فأتى يستجاب لذلك
Wahai manusia, sesungguhnya Allah Taala itu baik dan Dia tidak menerima melainkan yang baik-baik. Kemudian baginda menyebut tentang seorang lelaki yang bermusafir jauh dalam keadaan kusut masai rambutnya dan berdebu badannya, lalu mengangkat kedua tangannya ke langit sambil berdoa: Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku. Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan diberi makan dengan sesuatu yang haram. Maka bagaimana doanya itu akan diperkenankan.²⁰⁴
204 Riwayat Muslim (1015) dan at-Tirmizi (2992).
Perkara tersebut telah diriwayatkan lebih dari satu hadis. Diriwayatkan bahawa Sa'ad telah meminta kepada Rasulullah s.a.w. agar doanya diperkenankan. Lalu baginda bersabda kepadanya:
Pastikan makanan kamu halal, nescaya doa kamu akan diperkenankan.²⁰⁵
205 Berkata al-'Iraqi dalam kitab Takhrij al-Ihya' (2/89): Telah dikeluarkan oleh at-Tobrani dalam kitab al-Ausot dan pada sanadnya terdapat perawi yang tidak ku kenali.
Para ulamak salaf sentiasa teliti dan sangat berhati-hati dalam memastikan sesuatu perkara benar-benar halal. Abu Bakar r.a. pernah termakan sesuatu yang syubhah kemudian beliau memuntahkannya kembali setelah menyedarinya.²⁰⁶ 206 Ini kerana ia adalah hasil daripada pekerjaan tukang tilik dan ia termasuk perkara buruk dan keji.
Peringkat-peringkat Halal dan Haram
Ketahuilah bahawa semua perkara halal adalah baik. Walau bagaimanapun sebahagiannya ada yang lebih baik daripada yang lain. Begitu juga sesuatu yang haram. Semuanya adalah buruk atau keji tetapi ada sebahagiannya yang lebih buruk daripada yang lain. Samalah seperti seorang doktor yang memutuskan bahawa semua makanan yang manis boleh memanaskan badan. Tetapi dia akan huraikan bahawa ini kepanasan tahap pertama, yang itu pada tahap kedua, yang ini pada tahap ketiga dan yang itu tahap keempat. Begitulah juga dalam perkara yang haram. Sesuatu yang haram disebabkan akad yang rosak tidak sama darjat atau tingkatannya dengan sesuatu yang haram kerana merampas secara paksa. Bahkan perbuatan merampas itu lebih buruk dan keji kerana ia menyakitkan orang lain dan meninggalkan usaha yang diizinkan syarak. Manakala dalam akad yang rosak, ia hanya meninggalkan jalan ta'abbud sahaja.²⁰⁷
207 Iaitu tidak melakukan akad dengan kaedah yang telah ditetapkan oleh syarak sahaja tetapi dia tidak merampas-pent.
Demikian juga mengambil sesuatu secara zalim daripada orang fakir atau orang soleh atau anak yatim adalah lebih buruk dan keji berbanding dengan mengambilnya daripada orang kuat atau kaya atau fasik.
Tahap-tahap Warak
Terdapat empat tahap warak sebagaimana berikut:
i. Berpaling daripada semua perkara yang telah difatwakan sebagai haram. Ini jelas dan tidak perlu kepada contoh.
ii. Meninggalkan perkara syubhah yang tidak wajib menjauhinya,
tetapi disunatkan. Ini akan dijelaskan ketika membincangkan bahagian-bahagian syubhah akan datang. Berhubung dengan perkara ini, Rasulullah s.a.w. bersabda:
دع ما يريبك إلى ما لا يريبك
Tinggalkan apa-apa yang meragukan kamu kepada apa-apa yang tidak meragukan kamu.²⁰⁸
208 Riwayat at-Tirmizi (2520) dan an-Nasaie (8/327) daripada Hasan bin Ali dengan sanad yang sahih. Ia juga diriwayatkan daripada Ibnu Mas'ud ra..
iii. Meninggalkan sebahagian daripada yang halal kerana bimbang terjatuh ke dalam perkara yang haram.
iv. Meninggalkan semua perkara yang bukan kerana Allah Taala. Ini adalah tahap warak golongan siddiqin (yang benar imannya kepada Allah). Contohnya sebagaimana diriwayatkan daripada Yahya bin Yahya an-Naisaburi r.hm. bahawa beliau telah meminum ubat. Lalu isterinya berkata kepadanya: Lebih baik engkau berjalan jalan sedikit dalam rumah supaya ubat itu berfungsi. Jawab beliau: Perbuatan berjalan ini, aku tidak mengetahuinya sedangkan aku sentiasa menghisah diri (berhati-hati dari melakukan perkara seperti itu) semenjak tiga puluh tahun yang lalu. Lelaki ini tidak berjalan seperti mana yang dicadangkan kerana melihat ia tidak ada kaitan dengan agama. Ini adalah tahap warak yang sangat tinggi dan halus.
Apa yang pasti bahawa warak itu ada peringkat awal dan peringkat kemuncaknya. Di pertengahannya terdapat beberapa peringkat ihtiyat (berwaspada). Apabila seseorang insan itu mengambil berat terhadap sifat warak ini, dialah orang yang paling cepat melintasi titian Sirot dan lebih ringan bebanannya. Perbezaan darjat dalam syurga adalah berdasarkan perbezaan darjat kewarakan yang ada pada seseorang. Begitulah juga perbezaan tingkatan azab api neraka bagi orang zalim adalah mengikut tahap perkara haram yang dilakukannya. Jika kamu mahu, maka tingkatkan tahap kewaspadaan kamu dan jika kamu mahu kamu juga boleh memandang ringan terhadapnya. Sikap berwaspada akan mendatangkan kebaikan kepada kamu sementara mengambil jalan mudah akan membawa keburukan.
2. Peringkat-peringkat Syubhah dan Perbezaannya dengan Perkara yang Halal dan Haram
Hadis Nu'man bin Basyir r.a. tadi telah menegaskan wujudnya tiga bahagian tersebut iaitu halal, haram dan pertengahan antara keduanya iaitu perkara yang dimusykilkan kedudukannya. Itulah yang dikatakan pertengahan antara halal dan haram yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Ia dikenali sebagai perkara syubhah.
Bagi menjelaskan perkara tersebut, kami menegaskan bahawa perkara yang halal secara mutlak ialah sesuatu yang tidak mempunyai sifat yang membawa kepada pengharamannya secara khusus (zat sesuatu benda itu sendiri adalah halal) dan tidak ada sebab atau faktor luaran yang membawanya kepada hukum haram atau makruh. Contohnya ialah air hujan yang diambil oleh seseorang sebelum ia jatuh ke dalam bekas milik orang lain.
Manakala haram secara mutlak pula ialah sesuatu yang mempunyai sifat yang diharamkan seperti sifat mabuk pada arak dan najis pada air kencing. Mungkin juga kerana berlakunya sesuatu yang dilarang oleh syarak seperti ia melalui cara zalim dan riba. Kedua-dua tahap ini adalah terang dan nyata. Begitulah seterusnya dalam perkara-perkara lain, ia perlu dibandingkan (dikiaskan) dengan kedua-dua perkara tersebut.
Walau bagaimanapun, situasinya mungkin berubah tetapi tidak ada dalil atau petunjuk yang jelas mengenai perubahan tersebut. Contohnya, memburu binatang di daratan dan lautan adalah halal. Namun kijang yang diburu atau ikan yang ditangkap mungkin telah menjadi milik pemburu lain yang terlepas. Kebarangkalian seperti ini tidak berlaku kepada air hujan yang ditadah di udara.
Sebenarnya membuat kemungkinan seperti itu (dalam masalah berburu tadi) adalah sikap warak golongan was-was, kerana ia hanyalah sangkaan semata-mata yang tidak ada dalil. Sekiranya terdapat dalil yang menunjukkan sedemikian, seperti kesan luka pada kijang atau kesan cop besi panas pada badannya (yang menunjukkan ia telah ditangkap dan dimiliki terlebih dahulu), ketika itu barulah dia sepatutnya bersikap warak.
Takrif syubhah ialah dua pegangan atau tanggapan yang bertentangan berpunca dari dua sebab yang memungkinkan berlakunya perbezaan tanggapan tersebut. Contoh syubhah terlalu banyak. Yang paling penting untuk diutarakan di sini ialah dua contoh sebagaimana berikut:
Contoh Pertama: Ragu terhadap sebab yang menghalal atau mengharamkan sesuatu. Ia terbahagi kepada empat bahagian:
i. Sesuatu perkara tersebut telah diketahui halal, tetapi berlaku keraguan pada sebab yang menghalalkan itu. Perkara syubhah seperti ini wajib dijauhi dan haram mengambilnya. Contohnya jika dia berjaya mencederakan binatang buruan lalu binatang tersebut terjatuh ke dalam air. Tidak lama kemudian dia menemuinya dalam keadaan telah mati. Namun begitu, dia tidak mengetahui adakah ia mati kerana luka ataupun lemas. Oleh itu, hukumnya adalah haram kerana mengikut hukum asalnya iaitu haram.
ii. Sesuatu perkara yang telah diketahui halal kemudian dia ragu mengenai sebab pengharamannya. Hukumnya adalah halal kerana pada asalnya dia mengetahui ia adalah halal. Contohnya: Ketika melihat seekor burung yang sedang terbang, seorang lelaki berkata: "Sekiranya burung itu burung gagak. isteriku akan tercerai". Kawannya pula berkata: "Sekiranya burung itu bukan burung gagak, isteriku akan tercerai". Namun begitu burung tersebut tidak dapat dipastikan jenisnya. Dalam keadaan ini, kita tidak menghukum cerai pada salah seorang daripada keduanya, walaupun dari segi waraknya, kedua duanya hendaklah menjauhi dan menceraikan isteri masing masing.
iii. Hukum asalnya adalah haram, tetapi terdapat sesuatu sebab yang boleh menjadikannya halal secara dzan (sangkaan) yang kuat. Perkara ini diragui hukumnya tetapi lebih berat kepada halal. Contohnya: Seseorang memanah binatang buruannya kemudian binatang tersebut hilang dari pandangannya. Apabila menemuinya, dia dapati ia telah mati. Tidak terdapat apa-apa kesan padanya selain kesan anak panahnya. Pada zahirnya, hukum binatang tersebut adalah halal kerana andaian lain yang tidak mempunyai dalil adalah perasaan was-was. Namun begitu, jika terdapat kesan berlaga atau luka yang lain, hukumnya adalah sama seperti bahagian pertama.
iv. Hukum halal telah dimaklumi, tetapi berlaku sesuatu sebab yang diiktiraf syarak boleh mengharamkannya dengan dzan yang kuat.
Contohnya: Seseorang berijtihad bahawa salah satu bekasnya adalah najis berdasarkan tanda tertentu dengan sangkaan yang kuat. Oleh itu haram dia minum atau berwuduk darinya.
Contoh Kedua: Berlaku percampuran antara halal dan haram yang menyebabkan berlaku kekeliruan. Contohnya seperti mana berikut: i. Apabila seekor bangkai bercampur dengan seekor atau sepuluh ekor binatang yang telah disembelih ataupun dalam jumlah lain yang terbatas dan dapat dihitung, ia wajib dijauhi. Demikian juga apabila berlaku kekeliruan untuk membezakan antara adik perempuannya dengan perempuan-perempuan lain yang boleh dinikahinya. Syaratnya, jumlah perempuan ajnabiyyah itu terbatas dan dapat dihitung.
ii. Percampuran antara perkara haram yang terhad jumlahnya dengan perkara halal yang jumlahnya tidak terhad. Contohnya: Kekeliruan untuk membezakan antara adik perempuannya ataupun sepuluh saudari perempuan susuannya dengan ramai perempuan lain dalam negeri yang luas.
Dalam keadaan ini, dia tidak wajib menjauhkan dirinya daripada mengahwini perempuan-perempuan negeri tersebut. Bahkan dia bebas berkahwin dengan sesiapa sahaja di kalangan perempuan yang dikehendakinya. Pengharaman akan men datangkan kesempitan dan kesusahan yang besar kepadanya.
Demikian juga apabila seseorang yang tahu bahawa seluruh harta dunia telah bercampur dengan sesuatu yang haram secara qat'ie. Dia tidak wajib mengelakkan dirinya dari jual beli atau memakannya, kerana ia suatu yang membebankan. Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya mengetahui bahawa di kalangan masyarakat ada yang mengamalkan riba tetapi mereka tidak meninggalkan dirham (urusan kewangan) seluruhnya. Pada zaman tersebut juga berlaku kecurian perisai perang²⁰⁹, tetapi ia tidak menghalang para sahabat untuk membelinya di pasaran. Meninggalkan perkara seperti ini adalah sifat warak golongan was-was (bukan warak sebagaimana dituntut).
209 Riwayat al-Bukhari (6792), Muslim (1686), Malik (2/832), at-Tirmizi (1445). Abu Daud (4383) dan an-Nasai ie (8/77) daripada Aisyah r.ha...
iii. Percampuran yang berlaku antara perkara haram dan halal di mana jumlah kedua-duanya tidak terhitung, seperti berlaku dalam hukum harta-benda di zaman kita hari ini. Percampuran ini tidak mengharamkan kita mengambil sesuatu perkara yang tertentu kecuali terdapat tanda atau bukti yang menunjukkan pengharamannya. Contohnya seperti menerima satu pemberian daripada raja yang zalim. Sekiranya tidak terdapat bukti ia adalah haram, mengambilnya adalah harus walaupun meninggalkannya merupakan sifat warak.
Ini kerana di zaman Rasulullah s.a.w. dan Khulafa' ar-Rasyidin dahulu, banyak harta yang bercampur aduk dengan harta hasil arak, hasil riba dan harta rampasan perang yang dikhianati. Para sahabat juga mengetahui tentang rampasan yang berlaku di Madinah dan wujudnya muamalah atau aktiviti orang yang zalim. Namun ia tidak menghalang mereka berjual beli di pasar. Sekiranya semua itu haram, nescaya semua pintu muamalah dan aktiviti sesama manusia bagi memenuhi keperluan harian akan tertutup. Ini kerana perbuatan fasik telah berleluasa di kalangan masyarakat.
Hukum asal harta benda adalah halal. Apabila berlaku pertentangan antara hukum asal dengan perkara yang lumrah berlaku dalam masyarakat, tetapi tidak mempunyai bukti yang menunjukkan pengharamannya, maka hukumnya adalah seperti hukum yang asal iaitu halal.
Demikian juga dalam masalah tanah di jalan raya dan bekas bekas kepunyaan golongan musyrikin. Saidina Umar r.a. telah berwudhuk menggunakan bekas kepunyaan seorang perempuan nasrani, sedangkan mereka adalah kaum yang meminum arak dan memakan babi di mana bekas itu tidak terjamin selamat dari najis. Para sahabat memakai pakaian berbulu dari kulit binatang yang disamak dan pakaian-pakaian yang telah dicelup. Sesiapa yang memerhatikan proses penyamakan kulit binatang dan pencelupan pakaian ini pasti lebih maklum bahawa ia sentiasa bergelumang dengan najis. Ini menunjukkan bahawa para sahabat hanya berwaspada dan berjaga-jaga daripada najis yang jelas kelihatan sahaja atau terdapat tanda-tanda yang menunjukkan kenajisannya. Manakala sangkaan yang berasaskan kepada kebiasaan yang dijangka berlaku, tidak diambil kira.
Sekiranya ditanya: Para sahabat mengambil mudah dalam perkara bersuci dan begitu berhati-hati dalam perkara syubhah, maka apakah perbezaannya di sini?
Kita menjawab: Sekiranya pertanyaan itu bermaksud bahawa mereka bersembahyang dalam keadaan najis, itu adalah perkara yang batil. Sekiranya kamu maksudkan bahawa mereka memelihara diri dari setiap najis yang wajib dijauhi, itu adalah perkara yang betul. Sifat warak mereka dalam perkara syubhat adalah dengan menahan diri daripada perkara yang tidak menjadi kesalahan pada syarak, semata-mata kerana bimbang terjebak ke dalam perkara yang terlarang. Hakikatnya jiwa manusia sentiasa cenderung kepada harta benda walau bagaimana keadaan pun harta tersebut. Ini berbeza dengan najis. Para sahabat meninggalkan perkara halal yang boleh melalaikan hati mereka. Wallahu a'lam.
3. Berkenaan Halal dan Haram serta Hukum Mengkaji dan Bersoal jawab Mengusulkannya
Sekiranya kamu diberikan makanan, dihadiahkan sesuatu atau membeli sesuatu daripada seseorang individu, kamu tidak boleh berkata: Barang ini saya belum pasti halal, saya mahu mengkajinya terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, kamu juga tidak boleh meninggalkan langsung pengkajiannya. Bahkah tindakan mengkaji dan menyoal boleh menjadi sama ada wajib, haram, sunat atau makruh.
Punca timbulnya persoalan ialah keraguan sama ada berkaitan harta benda atau tuan punya harta. Keraguan terhadap tuan punya harta ialah seperti orang yang tidak dikenali dan tiada tanda menunjukkan kezalimannya seperti berpakaian dengan pakaian tentera atau tanda yang menunjukkan kebaikannya seperti pakaian sebagai ahli ilmu dan zuhud. Di sini kita tidak wajib bahkan tidak harus menyoal, kerana ia boleh mencabuli maruah dan menyakiti hati seseorang muslim. Tidak boleh dikatakan: Sesungguhnya dia seorang yang disyaki, kerana seorang yang disyaki ialah orang yang meragukan atau mengcurigakan berdasarkan tanda-tanda atau dalil yang ada padanya. Contohnya orang yang berperangai kasar seperti tentera dari bangsa Turki²¹⁰ ataupun berasal dari tempat yang tersohor dengan perbuatan zalim dan samun. Harus bermuamalah dengan orang seperti di atas kerana barang yang ada pada tangan seseorang menunjukkan dia sebagai pemiliknya dan dalil atau bukti mengenai sebaliknya adalah lemah. Walau bagaimanapun, meninggalkannya adalah perbuatan warak.
210 Ini berlaku pada zamannya sebagaimana dikatakan oleh az-Zubaidi dalam Syarh al-Ihya' (6/81).
Keraguan terhadap harta pula ialah seperti berlaku percampuran antara perkara yang haram dan halal. Contohnya, apabila berpikul pikul makanan yang dirampas dimasukkan ke pasar lalu dibeli oleh mereka yang mengunjunginya. Pembeli tersebut tidak wajib menyoal atau bertanya tentang kedudukan makanan yang dibelinya melainkan jika jelas kebanyakan yang ada di tangan mereka adalah haram. Ketika itu, dia wajib bertanya. Jika sekiranya barangan tersebut tidak banyak, menyoal siasat adalah kerana sifat warak dan bukannya kerana wajib berbuat demikian.
Demikian juga halnya dengan orang yang mempunyai harta yang halal bercampur dengan yang haram. Umpamanya seorang peniaga yang berniaga dengan betul tetapi pada waktu yang sama dia beramal dengan sistem riba. Sekiranya kebanyakan daripada hartanya adalah haram, kita tidak harus menerima pelawaannya atau hadiah darinya kecuali setelah memeriksanya secara teliti.
Sekiranya ternyata bahawa barang tersebut adalah halal. dia harus menerimanya tetapi jika sebaliknya, dia hendaklah menolaknya. Sekiranya perkara yang haram itu sedikit, maka apa yang diambilnya itu termasuk dalam perkara syubhah. Lebih baik dan warak jika dia meninggalkannya.
Soal siasat timbul kerana adanya keraguan dan ia tidak berlaku lagi setelah hilangnya keraguan, seperti seorang yang jauh dari tuduhan atau diragui. Sekiranya dia sememangnya diragui dan kamu mengetahui bahawa dia mempunyai matlamat tertentu di sebalik kehadiran kamu menerima pelawaannya atau penerimaan kamu akan hadiahnya, ketika itu kata-katanya tidak boleh dipercayai. Oleh itu kamu sepatutnya bertanya kepada orang lain (berkenaan hartanya).
4. Cara Bertaubat Orang yang Melakukan Kezaliman Harta
Sesiapa yang bertaubat sedangkan di tangannya masih ada harta yang bercampur halal dan haram, dia hendaklah mengasingkan yang haram dan mengeluarkannya. Sekiranya bahagaian harta yang haram itu dapat ditentukan, ia lebih mudah. Tetapi sekiranya ia bercampur aduk dan tidak dapat dibezakan serta dari jenis yang sama seperti biji-bijian, duit dan minyak tetapi diketahui kadarnya, dia hendaklah mengasingkan kadar tersebut. Sekiranya tidak diketahui kadarnya, dia mempunyai dua cara:
a) Mengikut sangkaan kuat.
b) Dengan cara yang meyakinkan²¹¹ dan itulah cara yang warak.
211 laitu mengeluarkannya lebih daripada kadar yang berasaskan kepada sangkaan kuat. Sekiranya jumlah atau kadar menurut sangkaan kuatnya 15%, maka dia keluarkannya 20% atau seumpamanya-pent
Setelah bahagian yang haram itu dikeluarkan dan diketahui pemiliknya, dia hendaklah mengembalikan kepadanya atau ahli warisnya. Sekiranya berlaku pertambahan pada harta atau ada manfaat dari harta tersebut (seperti hasil sewaan), hendaklah diserahkan kesemuanya kepada tuannya. Sekiranya pemiliknya tidak dapat dikesan dan jalan untuk menemuinya sudah buntu serta tidak diketahui (sekiranya dia mati) sama ada dia mati meninggalkan ahli waris atau tidak, harta tersebut hendaklah disedekahkan. Sekiranya harta itu merupakan harta fai dan harta yang disimpan untuk kepentingan umum, ia hendaklah digunakan untuk membina jambatan, masjid dan jalan-jalan raya di Mekah serta apa sahaja yang mendatangkan manfaat kepada mereka yang melaluinya.
Masalah: Sekiranya terdapat harta yang halal dan syubhah pada seseorang itu, maka dia hendaklah mengambil yang halal sahaja dan lebih mengutamakan perbelanjaan dari harta yang halal itu untuk keperluan makanan dan pakaian hariannya. Kemudian barulah dia gunakannya sebagai upah tukang bekam, membeli minyak, menyalakan pelita dan sebagainya. Asal pada perkara ini ialah sabda Rasulullah s.a.w. mengenai upah dari berbekam:
اغلفه ناضحك
Berilah untamu makan dari hasil upah berbekam kamu.²¹²
212 Riwayat at-Tirmizi (1277), Abu Daud (3422), Ibnu Majah (2166), al-Baghawi (2134) dan Ahmad (5/436) daripada Muhaisah. Sanadnya sahih.
Sekiranya harta kedua ibubapanya haram, dia hendaklah mengelak daripada makan bersama mereka. Sekiranya harta mereka meragukan (shubhah), dia hendaklah memperingatkan mereka. Sekiranya mereka tidak menerima peringatan tersebut, dia boleh makan dengan jumlah sekadar yang diperlukan sahaja.
Diriwayatkan bahawa ibu kepada Bisyr al-Hafi telah memberikan sebiji tamar kepadanya lalu dia (Bisyr al-Hafi) memakannya, kemudian beliau naik ke biliknya dan memuntahkannya.
5. Pemberian Pemerintah yang Zalim dan Had Pergaulan Bersama Mereka yang Diharuskan
Sesiapa yang menerima harta daripada raja atau pemerintah, dia mestilah memerhatikan dari manakah sumber harta tersebut, sifat harta yang boleh diambil, kadar yang patut diambil serta adakah dia layak atau berhak mengambilnya?
Terdapat segolongan ulamak yang bersifat warak dalam masalah ini, di mana mereka mengambilnya dan selepas itu menyedekahkannya.
Pada zaman ini, sikap berhati-hati dan berwaspada adalah lebih baik kerana telah dimaklumi bahawa satu-satunya cara untuk mendapat kurniaan dari pihak pemerintah ialah dengan menghinakan diri, meminta-minta dan mendiamkan diri walaupun mereka melakukan kemungkaran. Sebahagian ulamak salaf langsung tidak mengambilnya dengan alasan bahawa masih ada lagi orang yang lebih berhak menerimanya.
Sebenarnya mereka boleh mengambilnya kerana itu adalah haknya. Manakala mereka yang tidak diberikan itu kekal dalam keadaan di zalimi (tanggungjawab pemerintah tersebut). Tambahan pula, harta tersebut bukan milik bersama.
Keadaan Mereka yang Bergaul dengan Pemerintah, Hakim dan Golongan Zalim.
Terdapat tiga keadaan sebagaimana berikut:
Keadaan Pertama: Kamu masuk mengadap mereka (tanpa disuruh). Ini adalah seburuk-buruk keadaan.
Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. bahawa baginda s.a.w. bersabda:
من أتى أبواب السلاطين افتين، وما ازداد أحد من السلطان قرباً، إلّا ازداد من الله بغدا
Sesiapa yang pergi ke pintu-pintu pemerintah untuk mendekatkan diri dengan mereka, dia akan terfitnah. Semakin hampir seseorang hamba dengan pemerintah, bermakna semakin jauhlah dia dari Allah Taala.²¹³
213 Riwayat Abu Daud (2860) daripada Abu Hurairah r.a. dan pada sanadnya ada perawi yang tidak dikenali (majhul). Terdapat riwayat lain yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas yang mempunyai maksud seumpama ayat pertama hadis di atas (laitu: Sesiapa yang pergi ke pintu-pintu pemerintah untuk mendekatkan diri dengan mereka, dia akan terfitnah). Dengan itu petikan pertama tersebut adalah sahih.
Huzaifah berkata: Jauhkan diri kamu daripada tempat-tempat fitnah. Dia ditanya: Apakah tempat-tempat fitnah itu? Jawab beliau: Pintu-pintu pemerintah. Seseorang kamu masuk bertemu dengannya lalu kamu membenarkan apa yang dusta dan berkata apa yang tidak benar.
Sebahagian pemerintah berkata kepada sebahagian ahli zuhud: Mengapakah kamu tidak datang kepada kami? Dia berkata: Aku bimbang, sekiranya kamu meletakkan aku di sampingmu, kamu akan membawa fitnah kepadaku dan sekiranya kamu jauhkan aku darimu, aku tidak akan dapat sesuatupun daripadamu. Harta milikmu bukanlah menjadi keinginanku dan aku juga tidak memiliki sesuatu yang menyebabkan aku perlu takut kepadamu. Sesungguhnya orang yang datang mengadapmu ialah orang yang lebih mengharapkan kurniaanmu daripada kurniaan Allah. Aku tidak berhajat kepadamu kerana aku hanya berhajat kepada Allah yang telah menjadikan kamu tidak berhajat kepadaku.
Athar-athar ini menjelaskan bahawa mencampuri atau bergaul dengan pemerintah adalah makruh. Di samping itu, orang yang berulang alik bertemu dengan pemerintah akan terdedah melakukan maksiat kepada Allah Taala sama ada melalui perbuatan, perkataan atau diamnya.
Maksiat dari segi perbuatan berlaku kerana kebanyakan pertemuan dengan pemerintah dilangsungkan di tempat-tempat yang dirampas. Sekiranya di tempat yang tidak dirampas, mungkin maksiat itu berlaku disebabkan khemah dan segala peralatannya adalah daripada hartanya yang haram. Mengguna atau memanfaatkan sesuatu yang haram adalah haram. Sekiranya sumber harta tersebut adalah halal, dia mungkin juga akan terjebak melakukan perkara haram yang lain seperti tunduk sujud kepadanya atau berdiri menampilkan diri untuk berkhidmat serta tunduk kepadanya kerana kekuasaan yang dimilikinya, sedangkan dengan kekuasaan itulah dia melakukan kezaliman.
Bersikap tawaduk atau tunduk kepada orang zalim adalah maksiat. Bahkan tunduk kepada orang kaya hanya kerana kekayaan dan bukan dengan sebab lain yang dibenarkan, boleh menghapuskan dua pertiga agamanya. Justeru, bagaimana pula jika tunduk kepada orang yang zalim. Mencium tangan pemerintah yang zalim juga merupakan perkara maksiat kecuali kerana takut berlaku kemudaratan. Manakala mencium tangan pemerintah yang adil atau alim ulamak yang layak untuk diperlakukan sedemikian, hukumnya adalah diharuskan. Golongan yang lain daripada itu. hanya bersalaman sahaja yang diharuskan.
Maksiat dalam perkataan pula berlaku jika dia berdoa untuk pemerintah yang zalim, memujinya dan membenarkan kata-katanya yang batil sama ada dengan ucapannya, menggerakkan kepalanya atau menampakkan kegembiraan melalui wajahnya. Ia juga berlaku apabila dia menzahirkan rasa rindu untuk bertemu dengannya dan sangat gembira jika kekuasaannya kekal lebih lama. Kebiasaannya dia tidak hanya bersalaman tetapi dia akan bercakap dengan percakapan yang mengandungi perkara-perkara tersebut di atas.
Disebut dalam athar yang bermaksud: Sesiapa yang mendoakan agar kekuasaan orang yang zalim terus kekal dengan lebih lama, bererti din suka Allah Taala terus diderhakai.²¹⁴
214 Al-Iraqi berkata dalam kitab Takhrij al-Ihya' (2/87): Aku mendapati athar ini bukan hadis marfu' tetapi ia adalah riwayat Ibnu Abid Dunia dalam kitab al-Somt daripada kata-kata al-Hasan.
Doa yang diharuskan untuk pemerintah ialah semoga Allah memperbetulkan jalanmu atau semoga Allah memberi taufik kepada kamu atau seumpamanya.
Manakala maksiat melalui diamnya pula ialah apabila dia mendiamkan diri ketika melihat permaidani-permaidani sutera, bekas-bekas perak, pakaian-pakaian sutera yang dipakai oleh pelayan-pelayannya dan seumpamanya. Sesiapa yang mendiamkan diri ketika melihat perkara-perkara tersebut, dianggap sama-sama bersekongkol dengannya. Demikian juga apabila dia mendengar percakapan yang keji, bohong, mencela dan menyakitkan. Mendiamkan diri tanpa mencegahnya juga adalah haram, kerana dia wajib menyuruh kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar.
Sekiranya kamu berkata: Dia mendiamkan diri kerana bim bangkan keselamatan dirinya, maka diamnya itu boleh dimaafkan.
Kami menjawab: Benar sebagaimana yang kamu kata, tetapi dia tidak perlu menampilkan dirinya kepada pemerintah tersebut sehingga terpaksa melakukan sesuatu yang tidak diharuskan melainkan kerana keuzuran-keuzuran tertentu sahaja. Ini kerana, sekiranya dia tidak masuk ke majlis pemerintah itu tentu dia tidak akan menyaksikan kesemua perkara mungkar tersebut.
Justeru, tidak wajiblah kepadanya menyuruh atau mencegah. Sesiapa yang tahu bahawa kemungkaran berlaku di suatu tempat dan sedar dia tidak mampu untuk mencegahnya jika berada di situ. dia tidak harus pergi ke tempat tersebut.
Bertemu Pemerintah yang Zalim dengan Alasan yang Diizinkan Syarak
Sekiranya seseorang itu terselamat daripada fitnah yang tersebut di atas-jauh sekali dari selamat-, dia tidak akan terselamat daripada kerosakan yang menyelinap masuk ke dalam hatinya dan boleh mempengaruhinya kerana melihat kenikmatan yang melimpah ruah di sana. Ini menyebabkan dia memandang rendah nikmat Allah kepadanya. Kemudian orang lain juga akan mengikut jejak langkahnya untuk mendampingi pemerintah yang kaya raya. Ini akan menambahkan lagi pengaruh komuniti zalim tersebut.
Diriwayatkan bahawa Said bin al-Musayyib telah diperintah untuk memberi bai'ah taat setia kepada al-Walid dan Sulaiman. Kedua-duanya anak khalifah Abdul Malik. Beliaupun berkata: Selama mana malam dan siang silih berganti, selagi itulah aku tidak akan memberi bai'ah kepada kedua-dua mereka²¹⁵. Mereka berkata: Kamu masuklah melalui pintu ini dan keluarlah melalui pintu lain. Beliau berkata: Demi Allah, aku tidak akan berbuat demikian agar orang ramai nanti tidak akan mengikuti tindakanku itu. Lalu beliau disebat seratus kali sebatan dan dipakaikan dengan pakaian yang berbulu kasar.
215 Ini adalah pengajaran yang sangat baik. Lihat risalahku al-Bai'ah Baina as-Sunnah wal Bid'ah. Cetakan Maktabah Islamiyyah, Amman.
Berdasarkan keterangan di atas, maka tidak harus masuk menemui pemerintah yang zalim melainkan kerana dua alasan iaitu:
a) Perintah daripada mereka yang wajib dipatuhi di mana dia bimbang akan disiksa jika menolaknya.
b) Bertujuan untuk menghalang kezalimannya terhadap orang Islam. Hukumnya harus selagi mana dia tidak bercakap bohong, tidak memuji-mujinya dan tidak meninggalkan nasihat yang sepatutnya. Inilah hukum masuk menemui pemerintah.
Keadaan Kedua: Pemerintah masuk menziarahinya. Ketika itu dia wajib menjawab salam. Manakala berdiri dan memuliakannya adalah tidak haram sebagai balasan di atas kesediaannya (pemerintah tersebut) datang menemui dan memuliakannya. Memuliakannya kerana ilmu dan agama adalah perkara yang terpuji tetapi memuliakannya kerana kezaliman adalah tercela. Sekiranya pemerintah masuk seorang diri dan dia merasakan perlu berdiri kerana memuliakan agama, maka itu adalah lebih utama. Sekiranya dia masuk bersama rombongannya, maka meraikannya dengan cara yang layak dengan kedudukannya di kalangan rakyat yang bersamanya adalah perkara yang terpuji dan patut dicontohi. Tidak salah berdiri menghormatinya kerana niat dan tujuan tersebut.
Sekiranya menyambut kedatangan pemerintah tanpa berdiri tidak membawa kesan negatif kepada orang ramai dan dia tidak dimurkai, maka lebih baik dia tidak berdiri. Kemudian dia wajib menasihatkannya dan memberitahu kepadanya tentang perkara haram yang berlaku, jika dia tidak mengetahuinya.
Memberitahu pemerintah berkenaan haramnya kezaliman dan minum arak tidak membawa apa-apa makna dan faedah. Dia sepatutnya menggerunkan si pemerintah dari melakukan maksiat jika dia menyangka bahawa tindakan menakutkannya itu memberi kesan. Dia juga perlu membimbingnya ke arah kebaikan. Apabila pemerintah yang zalim menggunakan cara yang menyimpang untuk mencapai sesuatu matlamat sedangkan dia mengetahui bahawa di sana terdapat cara yang dibenarkan oleh syarak yang boleh mencapai matlamat tersebut, dia hendaklah menjelaskannya.
Keadaan Ketiga. Memutuskan hubungan dengan pemerintah secara total. Dia tidak berjumpa dengan mereka (pemerintah) dan mereka juga tidak berjumpa dengannya. Inilah jalan yang lebih selamat. Kemudian dia juga seharusnya yakin bahawa pemerintah itu sendiri benci terhadap kezaliman mereka. Oleh kerana itulah maka dia tidak berkeinginan untuk berjumpa dengan mereka, memuji-muji dan bertanya khabar mengenai mereka. Dia juga tidak akan menghampiri golongan yang rapat dengan mereka dan tidak akan menyesal lantaran tidak mendapat apa yang seharusnya dia perolehinya kerana menjauhkan diri dari mereka.
Salah seorang ulamak berkata: Antara diriku dan pemerintah hanyalah satu hari. Satu hari telah berlalu (semalam) maka mereka tidak dapat merasai keseronokan hari tersebut atau hari besok yang mana aku dan mereka dalam keadaan bimbang (tiada kepastian sama ada hidup atau mati). Maka tinggallah hari ini. Apakah agaknya yang mungkin berlaku pada hari ini?
Permasalahan.
Apabila sultan atau pemerintah mengirimkan harta kepada kamu untuk diagih-agihkannya kepada golongan fakir miskin, kamu hendaklah melihat; sekiranya harta tersebut adalah hak milik orang tertentu, maka haram kamu mengambilnya. Sekiranya ia bukan hak milik sesiapa, ia hendaklah disedekahkan sebagaimana yang telah dijelaskan dahulu dan dia boleh menguruskan pembahagiannya kepada fakir miskin.
Di kalangan ulamak ada yang enggan menerima kiriman tersebut. Sekiranya kebanyakan harta yang ada pada mereka adalah haram, bermuamalah dengan mereka adalah haram. Berkenaan jambatan-jambatan, masjid-masjid dan tali air-tali air yang dibina oleh pemerintah yang zalim, dia hendaklah memperincikan keadaannya. Sekiranya semua yang dibina itu diambil daripada harta atau bahan-bahan yang menjadi hak milik orang tertentu, dia tidak boleh menggunakannya melainkan dalam keadaan terpaksa. Sekiranya tidak diketahui pemiliknya, dia boleh menggunakannya. Namun lebih warak jika dia tidak menggunakannya. Wallahu a'lam.
========================
BAB 11
========================
Bab 10: Adab-Adab Dalam Kerja Dan Hidup: Kelbihan Dan Cara Muamalah Yang Betul Serta Yang Berkaitan Dengannya
Tajuk Mudarasah: Halal dan Haram
sUB Tajuk Mudarasah: Halal dan Haram
Halaman Rujukan Kitab : 137
Nota Mudarasah:
Halal dan Haram
Hukum mencari perkara yang halal adalah wajib ke atas setiap muslim. Kebanyakan golongan yang jahil mendakwa bahawa perkara yang halal sudah tiada. Mereka berkata: Kini, hanya tinggal air yang jernih, rumput rampai dan tumbuh-tumbuhan sahaja yang halal. Selain dari itu, semuanya telah dicemari oleh sistem muamalah yang rosak. Apabila mereka yakin mengenainya sedangkan mereka menyedari bahawa mereka sangat memerlukan keperluan harian, mereka mula menceburi perkara-perkara syubhah dan haram. Fenomena ini berlaku kerana kejahilan dan kecetekan ilmu manusia sedangkan dalam hadis as-Sahihain, Nu'man bin Basyir r.a. telah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
Yang halal itu adalah jelas dan yang haram itu juga jelas, namun antara keduanya terdapat perkara syubhah (hukumnya diragui dan tidak jelas).²⁰²
Oleh kerana dakwaan golongan jahil ini merupakan satu bid'ah yang mudaratnya telah tersebar luas dan kejahatannya telah menyelinap masuk ke dalam agama, maka wajiblah dibongkarkan segala kerosakan dan keburukannya itu berdasarkan Madrak (sebab-sebab)²⁰³ yang membezakan antara perkara halal, haram dan syubhah. 203 Dalam kitab Misbahul Munir (192) ada menyebut: Madaarik as-Syar'iyyah bererti punca-punca untuk mendapatkan hukum-hakam, berdalilkan nas nas dan ijtihad hingga akhir.
Kami akan menjelaskan perkara tersebut dalam beberapa bahagian seperti mana berikut.
1. Kelebihan Mencari yang Halal dan Menjauhi yang Haram serta Peringkat Halal dan Haram
Firman Allah Taala:
Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh.
(Al-Mukminun: 51)
Perkataan at-Toyyibat di sini bermakna sesuatu yang halal. Dalam ayat tersebut, Allah Taala telah memerintahkan supaya mendapatkan makanan yang halal sebelum perintah beramal soleh. Allah Taala berfirman ketika mencela perkara haram:
Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah.
(Al-Baqarah: 188)

Bab 11: Adab-Adab Persahabatan, Persaudaraan, Pergaulan Dan Seumpamanya
Tajuk Mudarasah: Mukaddimah
Halaman Rujukan Kitab : 155
Nota Mudarasah:
Perpaduan adalah hasil daripada akhlak yang baik manakala perpecahan pula berpunca daripada akhlak yang buruk. Ini kerana akhlak yang mulia menghasilkan kasih sayang dan permuafakatan manakala akhlak yang buruk menghasilkan sikap benci membenci dan saling pulau memulau antara satu sama lain. Kelebihan akhlak yang mulia adalah jelas dan banyak hadis yang menyebut mengenainya.
Abu Darda' r.a. meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., sabdanya:
ما من شيء أثقل في ميزان المؤمن يوم القيامة من خلق حسن
Pada hari kiamat, tiada satu perkarapun pada timbangan amal orang mukmin yang lebih berat daripada akhlak yang mulia. (Riwayat at-Tirmizi dan beliau mensahihkannya.)²¹⁶
216 Riwayat at-Tirmizi (2003), Abu Daud (4799) dengan sanad hasan.
Dalam hadis lain menyebut:
إن أحبكم إلى وأفريكم مني مجلسا يوم القيامة أحاسنكم أخلاقا وإن أبغضكم إلى وأبعدكم منى مجلسا يوم القيامة مساوتكم أخلاقا
Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi dan paling hampir denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling mulia akhlaknya di kalangan kamu. Manakala orang yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya dariku pada hari kiamat ialah orang yang buruk akhlaknya di kalangan kamu.²¹⁷
217 Riwayat Ahmad (4/199), Al-Munziri menyebutnya dalam kitab at-Targhib (3/412) dan berkata: Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad dan perawi-perawinya adalah sahih. Diriwayatkan juga oleh at-Tobrani dan Ibnu Hibban dalam sahihnya. Hadis seumpama itu juga diriwayatkan daripada Jabir dan Abu Hurairah r.a..
Nabi s.a.w. pernah ditanya tentang perkara yang paling banyak menyebabkan manusia dimasukkan ke syurga. Baginda bersabda yang bermaksud:
Taqwa kepada Allah dan akhlak yang mulia.²¹⁸
218 Riwayat at-Tirmizi (2004) daripada Abu Hurairah r.a. dan ia hadis hasan melalui riwayat-riwayat lain.
Berhubung dengan kecintaan kerana Allah, terdapat hadis as Sahihain yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
Tujuh golongan yang Allah akan naungi mereka di bawah naungan-Nya pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya sahaja.
Salah satu golongan tersebut ialah:
ورجلان تحابا في الله اجتمعا عليه وتفرقا عليه
Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, mereka berhimpun atau bertemu kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah.²¹⁹
219 Riwayat al-Bukhari (2/119), Muslim (1031), Malik (2/952), at-Tirmizi (2392) dan an-Nasaie (8/22).
Dalam hadis lain menyebut bahawa Allah Taala berfirman:
حقت محبتي للمتحابين في وحقت محبتي للمتبادلين في وحقت محبتي للمتزاورين في
Aku pasti mengasihi orang yang kasih-mengasihi kerana Ku. Aku pasti mengasihi orang yang saling membelanjakan hartanya kerana-Ku dan Aku pasti mengasihi orang yang ziarah menziarahi kerana-Ku.²²⁰
220 Riwayat Malik (2/953) dengan sanad yang sahih daripada Muaz bin Jabal r.a..
Dalam hadis lain juga menyebut:
أوثق عرى الإيمان: أن تحب في الله، وتبغض في الله
Ikatan iman yang paling kukuh ialah kamu mencintai herana Allah dan membenci juga kerana Allah.²²¹
221 Riwayat at-Tobrani dalam kitab al-Kabir (11537) dan pada sanadnya terdapat perawi yang lemah. Namun terdapat dua riwayat lain yang menguatkannya iaitu riwayat Ibnu Mas`ud at-Toyalisi (378) dan at-Tobrani dalam kitab as-Soghir daripada al-Barra' serta riwayat Ahmad (4/286) dan Ibnu Abu Syaibah dalam kitab al-Iman (110). Kedua-dua riwayat ini menguatkan hadis di atas dan menjadikannya hadis hasan. Lihat kitab Silsilah Hadis Sahih (1728).
Terdapat banyak hadis yang menyebut mengenai perkara yang tersebut di atas.
Ketahuilah bahawa sesiapa yang mengasihi kerana Allah pasti akan membenci kerana Allah. Apabila kamu mengasihi seseorang kerana ketaatannya kepada Allah, kamu juga pasti membencinya apabila dia menderhakai-Nya. Ini kerana sesiapa yang mengasihi seseorang kerana sebab tertentu, pasti akan benci apabila wujud sebab yang berlawanan. Sesiapa yang memiliki sifat yang terpuji dan juga sifat yang dibenci, kamu hendaklah mencintainya pada satu aspek dan membencinya pada aspek yang lain.
Kamu seharusnya mengasihi seseorang muslim kerana Islamnya dan membencinya kerana maksiat yang dilakukannya. Persabahatan kamu dengannya sentiasa berada dalam keadaan sederhana, tidak terlalu dingin dan tidak terlalu melampau. Jika berlaku kesilapan yang tidak disengajakan darinya dan dia menyesal dengan perbuatan tersebut, lebih baik kamu menutup kesilapan tersebut. Sekiranya dia melakukannya secara berterusan, kamu mestilah menunjukkan riak-riak kebencianmu kepadanya dengan berpaling muka dan menjauhinya. Dia juga boleh bercakap kasar dengannya berdasarkan kadar maksiat yang dilakukannya.
Orang yang melanggar perintah Allah terbahagi kepada tiga golongan sebagaimana berikut:
i- Golongan kafir.
Sekiranya kafir harbi, dia berhak diperangi dan diperhambakan (sekiranya ditawan). Tidak ada lagi penghinaan lebih daripada kedua-dua perkara tersebut. Sekiranya kafir zimmi, kita tidak harus menyakitinya. Walau bagaimanapun jangan kamu melayani mereka (dengan layanan mesra) dan hendaklah menampakkan kehinaan diri mereka (kerana pegangan mereka) seperti tidak memberi laluan selesa kepada mereka serta tidak memberi salam kepadanya. Sekiranya dia yang memberi salam, hendaklah dijawab: 'Wa 'alaika' sahaja.
Tindakan yang lebih baik ialah tidak bergaul dan bermuamalah dengannya serta tidak makan bersamanya. Makruh bergurau senda dan bermesra dengan mereka, sebagaimana yang kamu lakukan terhadap sahabat-sahabat kamu yang lain.
ii- Golongan bid'ah.
Sekiranya mereka mengajak kepada perkara bid'ah yang boleh dihukum kafir, kedudukan mereka lebih berat daripada golongan zimmi. Ini kerana mereka tidak terikat dengan tuntutan jizyah dan juga akad zimmah. Sekiranya mereka menyeru kepada bid'ah yang tidak dihukum kafir, kedudukan antaranya dengan Allah Taala lebih ringan daripada golongan kafir.
Walau bagaimanapun mengingkari golongan ini lebih ditekankan daripada mengingkari golongan kafir. Ini kerana kejahatan golongan kafir tidak mempengaruhi orang lain kerana kata-katanya tidak dipedulikan. Berbeza dengan ahli bid'ah yang mengajak orang ramai percaya kepada bid'ahnya kerana dia juga mendakwa bahawa apa yang diserunya adalah perkara benar. Ini boleh menyesatkan manusia. Dia lebih merbahaya kerana dapat mempengaruhi orang lain. Oleh itu menzahirkan kebencian, memulau, memusuhi dan merendah-rendahkan pendiriannya serta bersikap keras terhadapnya dan menjauhkan manusia daripadanya adalah perkara yang perlu dilakukan.
Bid'ah orang awam yang tidak mampu mempengaruhi orang ramai dan tidak dibimbangi menjadi ikutan, hukumnya adalah lebih ringan daripada golongan sebelumnya. Cara yang terbaik untuk menghadapinya ialah dengan menasihatinya secara lemah lembut. Hati orang awam cepat berubah-ubah. Sekiranya nasihat secara baik tidak berkesan, sunat kepadanya berpaling dan tidak melayaninya jika tindakan tersebut pada pandangan ahli bid'ah merupakan satu tamparan atau penghinaan terhadap bid'ahnya itu. Sekiranya cara sedemikian juga tidak berkesan kerana tabiatnya yang telah jumud dan kepercayaannya yang telah mendalam sehingga ke lubuk hati, maka tindakan memulau dan tidak menghiraukannya itu menjadi lebih utama (aula). Ini kerana apabila keburukan atau kekejian sesuatu bid'ah itu tidak ditunjukkan secara bersungguh-sungguh, ja akan merebak di tengah-tengah masyarakat dan kerosakan yang lebih besar akan berlaku..
iii- Golongan yang melakukan maksiat dengan perbuatan tetapi tidak membabitkan pegangan aqidahnya.
Sekiranya maksiat tersebut sampai ke tahap mengganggu dan menyakiti orang lain seperti menzalimi, merampas, bersaksi palsu, mengumpat, mengadu domba dan seumpamanya, dia perlu dipulau dan tidak dipedulikan serta tidak bermuamalah dengannya. Demikian juga orang yang menyeru kepada perkara yang merosakkan seperti menyeru kepada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan menyediakan sebab-sebab yang mendorong kepada meminum arak dan sebagainya. Tindakan yang sewajarnya diambil ialah menghina, memulau dan berpaling daripadanya (tidak melayaninya).
Manakala orang yang menzalimi dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) seperti meminum arak, berzina, mencuri atau meninggalkan yang wajib (secara sembunyi-sembunyi), keadaannya lebih ringan. Walau bagaimanapun jika terserempak ketika dia sedang melakukan maksiat tersebut, kita wajib mencegahnya dengan cara yang boleh menghalangnya. Sekiranya memberi nasihat boleh mencegahnya dan lebih bermanfaat kepadanya, hendaklah kita menasihatinya. Sekiranya tidak berkesan, teguran dan tindakan yang lebih keras perlu diambil.
Sifat-sifat Orang yang Dipilih untuk Dijadikan Sahabat
Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. bahawa baginda bersabda:
المرء على دين خليله فلينظر أحدكم من يخالل
Seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu hendaklah seseorang dari kamu melihat dengan siapakah dia berkawan?.²²²
222 Riwayat Abu Daud (4833) dan at-Tirmizi (2379) dengan sanad hasan.
Bukan semua orang sesuai dijadikan sahabat. Seorang sahabat mestilah mempunyai sifat-sifat dan ciri-ciri yang istimewa menurut faedah-faedah yang dicari daripada persahabatan tersebut. Faedah faedah tersebut terdiri dari faedah duniawi seperti mengambil manfaat daripada harta dan pangkat, atau semata-mata untuk berdampingan dan berbual-bual. Kedua-dua faedah ini bukannya matlamat sebenar dari persahabatan. Faedah sebenar yang menjadi matlamat persahabatan ialah faedah agama.
Faedah agama dalam persahabatan pula mengandungi beberapa tujuan yang berbeza sebagaimana berikut:
i. Mengambil faedah dari sudut ilmu dan amal.
ii. Mengambil faedah daripada kedudukan dan pangkatnya dengan tujuan memelihara diri daripada diganggu oleh orang yang kotor hatinya dan menghalangnya dari ibadah.
iii. Mengambil faedah dari hartanya agar keperluannya mencukupi. Dengan itu, dia tidak perlu menghabiskan waktu kerana mencari rezeki.
iv. Meminta tolong dalam melakukan kerja-kerja penting dan mustahak. Dengan itu sahabat menjadi bekalan ketika ditimpa musibah dan kekuatan dalam semua keadaan.
v. Mengharapkan syafaat pada hari akhirat sebagaimana yang disebutkan oleh sebahagian ulamak salaf: Hendaklah kamu mendapatkan ramai sahabat, sesungguhnya bagi setiap mukmin itu ada syafaat.
Setiap faedah tersebut tidak akan berhasil melainkan dengan syarat-syarat tertentu.
Secara keseluruhannya, terdapat lima ciri sahabat yang baik iaitu berakal, berakhlak mulia, bukan golongan fasik, bukan ahli bid'ah dan tidak tamak atau rakus dengan dunia.
i. Seorang yang berakal. Ia merupakan ciri yang paling asas kerana bersahabat dengan orang bodoh dan tidak berakal adalah sia-sia. Ini kerana dia mungkin ingin membantu kamu tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya iaitu memudaratkan kamu. Maksud berakal di sini ialah orang yang dapat memahami kedudukan sebenar sesuatu perkara sama ada pemahaman itu datang daripada dirinya sendiri ataupun setelah diberikan penerangan.
ii. Seorang yang berakhlak mulia. Ciri ini sangat penting kerana mungkin ramai orang berakal tetapi dirinya masih dikuasai oleh perasaan marah atau nafsu syahwat, lalu mereka hanyut dengan kehendak perasaan atau syahwat. Persahabatan dengan orang yang seperti ini juga tidak mendatangkan apa-apa kebaikan.
iii. Bukan di kalangan orang fasik. Orang fasik ialah orang yang tidak takut kepada Allah. Justeru, seseorang tidak akan ter selamat dari tipu dayanya dan dia juga tidak boleh dipercayai.
iv. Bukan di kalangan ahli bid'ah. Ini kerana bersahabat dengan ahli bid'ah boleh menyebabkan amalan bid'ahnya itu berjangkit kepadanya.
Umar bin al-Khattab r.a. pernah berkata:
Bersahabatlah dengan sahabat-sahabat yang bersifat benar, pasti kamu akan selamat dengan pemeliharaan mereka. Mereka umpama hiasan diwaktu senang dan bekalan diwaktu susah. Berbaik sangkalah terhadap saudaramu selagi mana tidak terbukti dia melakukan sesuatu yang membolehkan kamu membencinya. Jauhilah masuhmu dan berwaspadalah dengan sahabatmu melainkan sahabat yang amanah sahaja, iaitu yang hanya takut kepada Allah Taala. Jangan kamu bersahabat dengan orang jahat, kelak kamu akan terpengaruh dengan kajahatannya dan janganlah kamu dedahkan rahsia kamu kepadanya.
Mintalah pandangan daripada orang yang takutkan Allah dalam segala urusan kamu.
Yahya bin Muaz berkata: Seburuk-buruk sahabat ialah sahabat yang kamu perlu berkata kepadanya: Ingatlah aku dalam doa kamu dan kamu hidup bersamanya dalam keadaan sentiasa menutup keburukannya (kerana mengambil hati) atau kamu sentiasa perlu meminta maaf daripadanya.
Sekumpulan manusia masuk ke rumah al-Hasan dalam keadaan beliau sedang tidur. Sebahagian mereka memakan buah-buahan yang ada dalam rumahnya itu. Setelah bangun, al-Hasan berkata: Semoga Allah merahmati kamu semua. Demi Allah, begitulah yang sepatutnya dilakukan oleh sahabat-sahabat.
Abu Ja'afar berkata kepada sahabat-sahabatnya: Apakah boleh jika seseorang itu memasukkan tangannya ke dalam karung saudaranya lalu mengambil sesuatu yang dia mahu daripadanya? Mereka menjawab: Tidak boleh. Ja'afar berkata: Kalau begitu kamu masih belum bersaudara sebagaimana yang kamu dakwa.
Diriwayatkan bahawa Fathan al-Mausili telah datang menemui kawannya yang bernama Isa at-Tammar. Ketika itu beliau tiada di rumah. Fathan berkata kepada hamba perempuan nya: Keluarkan beg saudaraku. Dia pun mengeluarkannya. Lalu beliau mengambil dua dirham daripadanya. Apabila Iaa pulang ke rumahnya, hambanya terus menceritakan apa yang telah berlaku Isa berkata kepadanya: Sekiranya kamu bercakap benar, kamu akan dibebaskan. Lalu beliau memeriksa kandungan begnya dan mendapati bahawa hamba perempuannya itu telah bercakap benar Beliaupun terus memerdekakan hambanya itu.
Hak-hak yang Wajib Ditunaikan terhadap Saudara
Hak Pertama:
Menunaikan hajat saudaranya dan ia berlaku dalam beberapa tahap. Tahap yang paling rendah ialah menunaikan hajat atau keperluannya ketika diminta dan berkemampuan, dalam keadaan ceria dan gembira. Tahap pertengahannya ialah menunaikan hajat saudaranya tanpa diminta. Dan tahap yang paling tinggi ialah mendahulukan hajat atau keperluan saudaranya daripada keperluan dirinya sendiri.
Sebahagian ulamak salaf mencari-cari ahli keluarga saudaranya yang telah mati untuk memenuhi segala keperluan mereka walaupun setelah empat puluh tahun kematiannya..
Hak Kedua:
Menjaga lidah dengan mendiamkan diri pada satu keadaan dan bercakap pada keadaan yang lain. Maksud diam di sini ialah tidak menyebut keaibannya sama ada ketika dia ada bersama atau tidak. Begitu juga tidak menafikan kenyataannya, berdebat atau berbahas dengannya dan tidak bertanya tentang beberapa keadaannya yang dia tidak suka mendedahkanya. Ketika berjumpa, janganlah kamu bertanya: Kamu hendak ke mana?, kerana mungkin dia tidak mahu orang lain mengetahuinya. Kamu hendaklah menjaga rahsianya walaupun setelah terputus hubungan dengannya, tidak mencela orang yang dikasihinya dan juga ahli keluarganya serta tidak memberitahunya mengenai celaan orang lain terhadapnya.
Hak Ketiga:
Mendiamkan diri daripada sesuatu yang tidak disukainya kecuali perkara yang diwajibkan untuk diberitahu seperti menyuruh perkara makruf dan mencegah perkara mungkar. Dalam hal ini, tiada kelonggaran untuk mendiamkan diri kerana perkara ini (menyuruh perkara makruf dan mencegah kemungkaran) adalah satu kebaikan untuknya.
Kamu tidak akan menjumpai seorang sahabat yang sempurna dari segala keaiban atau kesalahan. Sesiapa yang kebaikannya melebihi kejahatannya, maka itulah yang dikehendaki dan ia sudah memadai.
Ibnu Mubarak berkata: Orang mukmin sentiasa mencari keuzuran sahabatnya atau alasan untuk dia memaafkannya sedangkan orang munafik akan mencari kesalahan orang lain (bagi menyalahkannya). Al-Fudhail pula berkata: Kemuliaan itu ialah memaafkan kesalahan sahabat-sahabatnya.
Kamu juga hendaklah meninggalkan sikap berburuk sangka terhadap saudaramu bahkan sentiasa berusaha semampu yang boleh untuk bersangka baik terhadap perbuatannya. Sabda Nabi s.a.w..
إياكم والظن فإن الظن أكذب الحديث
Jauhilah kamu daripada berprasangka buruk kerana prasangka buruk itu adalah percakapan yang paling dusta.²²³
223 Riwayat al-Bukhari (10/403), Muslim (2559), Malik (2/907), Abu Daud (4910) dan at-Tirmizi (1936) daripada Abu Hurairah r.a..
Prasangka buruk juga boleh membawa kepada perbuatan mengintip-ngintip yang dilarang oleh syarak²²⁴. Menutup dan tidak mempedulikan keaiban orang lain adalah akhlak golongan yang beragama.
224 Sebagaimana dalam hadis yang sebelumnya di mana pada sambungannya, Baginda ada bersabda yang bermaksud: Jangan kamu mengintip-ngintip.
Iman seseorang tidak akan sempurna sehinggalah dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. Sekurang-kurang tahap persaudaraan ialah bergaul dengan saudaranya sebagaimana yang disukainya berlaku kepada dirinya sendiri. Kamu tentunya mengharapkan saudaramu menutup dan menyembunyikan keaiban dan kesalahan kamu. Sekiranya dia melakukan sebaliknya, pasti kamu akan merasa susah. Justeru, bagaimana kamu boleh mengharapkan demikian daripada saudaramu sedangkan kamu sendiri tidak bersikap begitu kepadanya?!.
Apabila kamu menginginkan suatu keadilan sedangkan kamu sendiri tidak berlaku adil, kamu termasuk dalam firman Allah:
الَّذِيْنَ اِذَا اكْتَالُوْا عَلَى النَّاسِ يَسْتَوْفُوْنَ . وَاِذَا كَالُوْهُمْ اَوْ وّزَنُوْهُمْ يُخْسِرُوْنَ
Mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.
Punca berlakunya kecuaian dalam menutupi keaiban dan mendedahkannya adalah irihati dan hasad dengki. Sebab yang paling kuat mendorong kepada timbulnya irihati dan hasad dengki di kalangan sesama sahabat ialah perbuatan kata-mengata dan tidak mahu mengalah. Hal ini didorong oleh keinginan menonjolkan keistimewaan, kelebihan dan kepandaian dirinya di samping memandang hina terhadap lawannya. Sesiapa yang saling mengata dengan saudaranya, dia mungkin akan menuduhnya sebagai jahil dan bebal atau lalai dan lupa daripada memahami sesuatu perkara sebagaimana yang sepatutnya. Semua itu adalah suatu penghinaan yang akan menyemarakkan kemarahan dan seterusnya mencetuskan permusuhan. Semua ini berlawanan dengan semangat persaudaraan.
Hak Keempat:
Bercakap atau memperkatakan sesuatu. Persaudaraan sejati menuntut agar seseorang mendiamkan diri daripada memperkatakan sesuatu yang dibenci oleh saudaranya dan di waktu yang sama bercakap dalam perkara yang disukai olehnya. Bahkan ia adalah ciri yang khusus kepada nilai persahabatan kerana bersikap mendiamkan diri sepanjang waktu umpama bersahabat dengan penghuni kubur. Tujuan persahabatan ialah agar mendapat manfaat daripada sahabat-sahabat, bukan untuk melepaskan diri daripada mereka. Mendiamkan diri bererti menahan daripada sesuatu yang menyakitkan. Oleh itu dia hendaklah menunjukkan keprihatinannya melalui percakapannya, bertanya khabar tentang keadaan dan masalah yang dihadapinya, menampakkan dirinya mengambil berat terhadap sahabatnya serta sama-sama menzahirkan kegembiraan apabila sahabatnya itu gembira.
Dalam hadis sahih, riwayat at-Tirmizi:
إذا أحب أحدكم أخاه فليعلمه
Apabila seseorang kamu mengasihi saudaranya, dia hendaklah memberitahunya.²²⁵
225 Riwayat at-Tirmizi (2392) dan Abu Daud (5123). Ianya sahih sebagaimana dikatakan oleh pengarang.
Antara cara menunjukkan kecintaan kepadanya ialah:
i. Memanggilnya dengan nama yang paling disukainya. Umar bin al-Khattab r.a. berkata: Tiga perkara akan menambahkan kemesraan sahabatmu kepadamu: Memberi salam ketika ber temu, meluaskan tempat duduk kepadanya ketika dalam majlis dan memanggilnya dengan nama yang paling disukainya.
ii. Memuji sifat-sifat kebaikan yang ada pada sahabatnya dengan tujuan agar dia dicontohi oleh orang yang mendengar lalu terkesan dengannya. Demikian juga memuji anak-anaknya, keluarga dan perbuatannya bahkan terhadap rupa parasnya, kebijaksanaan dan penampilannya serta tulisan, karangan dan semua perkara yang boleh menggembirakan hatinya. Pujian tersebut bukanlah secara melampau dan bohong.
iii. Menyampaikan pujian orang lain terhadap dirinya di samping turut bergembira dengannya. Menyembunyikan pujian orang lain terhadapnya adalah tanda hasad dengki.
iv. Mengucapkan terima kasih kerana budi baiknya kepadamu dan membelanya semasa ketiadaannya dari orang yang berniat jahat terhadapnya. Hak persaudaraan sejati ialah bersungguh sungguh dalam membela dan menolong saudaranya. Dalam hadis sahih ada menyebut:
المسلم أخو المسلم لا يظلمه ولا يسلمه
Seorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Janganlah dia menzaliminya dan membiarkannya (dizalimi).²²⁶
226 Riwayat al-Bukhari (5/70), Muslim (2570) dan at-Tirmizi (1426) daripada Ibnu Umar r.a...
Apabila cuai dalam memelihara dan membela maruah saudaranya, ia bererti menyerah dan membiarkannya kepada kejahatan. Pembelaan ini berlaku dengan dua cara:
a) Kamu mengandaikan bahawa apa yang diperkatakan tentang saudaramu, itulah juga yang diperkatakan kepada kamu semasa dia berada bersamamu, lalu kamu membelanya dengan kata-kata yang kamu suka dia perkatakannya untuk membela kamu sekiranya kamu yang hadapi perkara itu.²²⁷
227 Dengan kata lain, sebagaimana kamu suka kawan kamu memperkatakan sesuatu bagi membela kamu, maka begitulah juga seharusnya kamu lakukan bagi membela kawan kamu ketika ketiadaannya-pent.
b) Kamu mengandaikan bahawa dia berada di sebalik dinding, mendengar apa yang kamu perkatakan. Segala pembelaan yang terdetik di hati kamu ketika dia ada bersama, bagitulah seharusnya yang kamu lakukan ketika ketiadaannya. Sesiapa yang tidak ikhlas dalam persaudaraannya bererti dia adalah munafik.
Mengajar dan menasihati. Keperluan saudara kamu kepada ilmu adalah sama sebagaimana dia perlukan kepada harta. Apabila kamu kaya dengan ilmu, maka ajar dan bimbinglah dia. Nasihat yang diberikan kepadanya seharusnya berlaku secara sembunyi²²⁸. Perbezaan antara menghina dan memberi nasihat adalah bergantung kepada cara penyampaiannya sama ada secara terang-terangan atau sembunyi. Sebagaimana juga perbezaan antara mudaarat (menyembunyikan keburukan) dan mudahanah (menyembunyikan keburukan dengan tujuan mengampu). Sekiranya kamu membiarkan keburukannya (tanpa menasihatinya) untuk keselamatan agamamu (jauh dari riya' dan ujub) dan kamu dapati ianya lebih membawa kebaikan kepada saudara kamu, bererti kamu adalah mudarin. Tetapi sekiranya kamu membiarkan keburukannya (tanpa menegurnya supaya dia sentiasa merasa dirinya baik atau dilihat seorang yang baik) kerana kepentingan diri dan menurut hawa nafsu serta menjaga kedudukan kamu, bererti kamu adalah mudahin (pengampu).
228 Tedapat satu risalah oleh al-Hafiz Ibnu Rajab bertajuk al-Farqu Baina an Nasihah wat-Ta'abir, yang telah ditahqiq olehku. Cetakan Darul Ammar.
vi. Memaafkan kesilapan. Sekiranya kesilapan berlaku dalam perkara agamanya, kamu hendaklah menasihatinya dengan selemah-lembut yang mungkin. Jangan biarkan kesalahannya berlalu tanpa kamu menghalang dan menasihatinya. Sekiranya dia enggan menerima, kamu hendaklah berkeras dan tegas dengannya.
Hak Kelima:
Berdoa untuk saudara kamu semasa dia hidup dan juga setelah kematiannya sebagaimana doa-doa yang kamu pohon untuk diri kamu sendiri.
Dalam riwayat Muslim daripada hadis Abi Darda' r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
دعوة المرء المسلم لأخيه بظهر الغيب مستجابة عند رأسه ملك موكل كلما دعا لأخيه بخير قال الملك الموكل به آمين ولك بمثل
Doa seseorang muslim untuk saudaranya tanpa pengetahuan nya adalah diperkenankan. Ketika berdoa, malaikat akan berada di sisi kepalanya yang akan berkata setiap kali dia mendoakan kebaikan untuk saudaranya: Ya Allah, perkenan kanlah dan semoga kamu sama-sama memperolehinya.²²⁹
229 Riwayat Muslim (2732) dan Abu Daud (1534).
Abu ad-Darda' r.a. sentiasa berdoa untuk kebanyakan saudara saudaranya dengan menyebut nama-nama mereka secara khusus. Ahmad bin Hanbal r.hm. pula berdoa pada setiap kali waktu sahur untuk enam orang sahabatnya.
Berkata Amru bin Huraith mengenai doa selepas mati: Apabila seseorang hamba berdoa untuk saudaranya yang telah mati, malaikat akan datang ke kuburnya dan berkata: "Wahai penghuni kubur yang tinggal bersendirian, ini adalah hadiah daripada saudara kamu yang berbelas kasihan kepadamu".²³⁰
230 Perkara ini hanya boleh dithabitkan dengan nas al-Quran dan as-Sunnah.
Hak Keenam:
Setia dan ikhlas. Maksud setia ialah mengasihinya secara konsisten sehingga dia mati dan meneruskan kesetiaan itu selepas kematiannya dengan mengasihi anak-anak dan rakan-rakannya.
Rasulullah s.a.w. telah memuliakan seorang perempuan tua (kawan kepada Khadijah r.ha.) dan bersabda yang maksudnya:
Sesungguhnya beliau selalu menziarahi kami semasa Khadijah masih hidup. Setia kepada janji adalah sebahagian dari iman.²³¹
231 Al-'Iraqi dalam kitab Takhrij al-Ihya' (2/187) berkata: Hadis ini telah diriwayatkan oleh al-Hakim daripada hadis Aisyah r.ha. dan beliau berkata: Hadis sahih mengikut syarat al-Bukhari dan Muslim, dan hadis ini tiada kecacatan. Aku berkata: Al-Hafiz Ibnu Hajar telah menyebut dalam kitab Fathul Bari (10/436) bahawa al-Hakim dan al-Baihaqi meriwayatkannya melalui sanad Soleh bin Rustum dan al-Baihaqi juga meriwayatkannya melalui sanad Salm bin Junadah dan beliau berkata: Hadis ini adalah hadis gharib. Di samping melalui sanad Abu Salamah tetapi sanadnya lemah.
Setia juga bermaksud sifat rendah dirinya terhadap sahabatnya tidak berubah sekalipun kedudukan, kekuasaan dan pangkatnya semakin tinggi.
Bersetuju dengan sahabat dalam perkara yang bercanggah dengan agama bukanlah termasuk dalam erti kesetiaan. Imam Syafi'e r.hm. telah bersahabat dengan Muhammad bin Abdul Hakam. Beliau sentiasa mendampinginya dan bertemu dengannya. Apabila Imam Syafi'e dalam keadaan nazak, pengikutnya bertanya kepadanya: Wahai Abu Abdullah, selepas kematianmu, kepada siapakah lagi kami akan duduk (mempelajari ilmu agama). Muhammad bin Abdul Hakam ketika itu berada di sebelah kepala Imam Syafi'e sambil menonjol nonjolkan diri, memberi isyarat agar Imam Syafi'e menunjukkan kepadanya. Walau bagaimanapun Imam Syafi'e menjawab: Kamu pergilah kepada Abu Ya'qub al-Buwaiti. Muhammad bin Abdul Hakam pun terpinga-pinga kerana as-Syafi'e tidak memilihnya walaupun beliau pendokong mazhabnya. Imam Syafi'e mengisyaratkan kepada al-Buwaiti kerana beliau merupakan seorang yang lebih zuhud dan warak. Tindakan as-Syafi'e itu menjadi contoh dan nasihat terbaik kepada kaum muslimin agar meninggalkan perbuatan mengampu. Muhammad kecewa lalu meninggalkan mazhab as-Syafie dan selepas itu menjadi salah seorang pengikut mazhab Malik.²³²
232 Al-Qadhi Tyadh telah menolak kisah ini sebagaimana disebutkan dalam kitab Tartib al-Madarik (3/65). Sila rujuk.
Antara maksud setia juga ialah tidak mendengar khabar-khabar angin berkenaan sahabatnya serta tidak mempercayai kata-kata musuh sahabatnya itu.
Hak Ketujuh:
Meringankan dan tidak membebankan. Iaitu tidak membebankan saudaranya dengan sesuatu yang menyusahkannya. Dia sentiasa menyembunyikan segala keperluannya kerana tidak mahu mengambil kesempatan daripada pangkat dan harta sahabatnya bagi mendapatkan sesuatu. Dia juga tidak akan menyusahkan sahabatnya itu dengan memintanya agar sentiasa memerhatikan keadaannya, menunaikan hak-haknya dan merendah diri kepadanya.
Dia hendaklah mengasihi sahabatnya semata-mata kerana Allah, mengambil berkat dari doanya, merasa mesra dan seronok apabila bertemu dengannya, mengambil manfaat dan pengajaran daripada penghayatan agamanya serta bertaqarrub kepada Allah Taala dengan cara menunaikan hak-hak sahabatnya itu. Bagi mengelakkan sahabatnya merasa keberatan (kerana merasa malu atau segan), hendaklah dia melakukan sesuatu sehingga menjadikannya tidak merasa segan sebagaimana dia tidak merasa segan melakukannya ketika bersendirian.
Ja'afar bin Muhammad berkata: Sahabat yang paling berat ke atasku ialah yang selalu membebankan aku dan aku pula sentiasa berjaga-jaga (tidak dapat bergerak bebas) dalam setiap gerak geriku ketika bersamanya. Manakala sahabat yang paling ringan ialah apabila aku bersamanya, aku merasakan keadaan aku seperti bersendirian.
Setengah cendikiawan berkata: Sesiapa yang tidak membebankan saudaranya, kasih mesranya akan berkekalan.
Perkara ini menjadi lebih sempurna apabila kamu melihat mereka sentiasa mempunyai kelebihan berbanding kamu, bukan sebaliknya. Dengan itu, kamu meletakkan kedudukan kamu seumpama seorang khadam ketika bersama-sama dengan mereka.
Adab-adab Pergaulan
Di akhir bab ini kami akan menyebutkan beberapa adab pergaulan dengan orang ramai.
Antara sifat pergaulan yang baik ialah:
i. Kamu menjaga kehormatan diri tanpa rasa sombong serta bersifat tawaduk dalam keadaan tidak menghinakan diri. Kamu bertemu sahabat dan musuh dengan wajah yang ceria tanpa merasa hina dan takut kepada mereka. Kamu juga hendaklah menjaga adab-adab ketika dalam majlis. Antaranya tidak bermain-main dengan menyilang-nyilangkan jari kedua tangan, tidak mengorek hidung, banyak berludah dan menguap.
ii. Mendengar dengan teliti terhadap orang yang sedang bercakap dengan kamu dan jangan memintanya mengulang-ulangi kata. kata yang telah disampaikannya. Jangan bercakap dengan melahirkan rasa kagum kamu terhadap anak dan hamba perempuan kamu serta jangan berperangai seperti seorang perempuan yang suka berhias-hias atau pun tidak hiraukan cara pemakaian sepertimana sikap seorang hamba.
iii. Jadikan ahli keluarga kamu takut kepadamu tanpa menggunakan kekerasan serta berlemah lembut dengan mereka tanpa menunjukkan kelemahan.
iv. Jangan bergurau dengan hamba perempuan dan lelaki kamu, kerana ia boleh menghilangkan kehebatan kamu kepada mereka dan jangan terlalu banyak berpaling ke belakang.
v. Jangan kamu duduk dalam satu majlis bersama raja atau pemerintah. Sekiranya terpaksa juga, kamu hendaklah berwaspada dari melakukan dosa-dosa dan mengumpat. Jagalah rahsianya dan berwaspada daripada bersenda-gurau di sampingnya. Janganlah sendawa dan mencungkil gigi ketika kamu bersama dalam majlis santapannya. Sekiranya dia sentiasa mendampingimu, berhati-hatilah dengannya. Sekiranya dia berbual panjang denganmu, jangan kamu merasa selamat dari helahnya. Berbelas kasihanlah kepadanya sebagaimana kamu merasa belas kasihan kepada bayi. Bercakaplah apa yang disukainya dan jangan kamu masuk campur urusan antaranya dengan keluarga dan kerabatnya.
vi. Jauhilah dari sahabat yang hanya datang semasa kamu senang.
vii. Jangan jadikan harta kamu lebih mulia daripada maruah diri kamu.
viii. Apabila kamu masuk ke dalam majlis, duduklah di satu tempat yang lebih hampir kepada sifat tawaduk.
ix. Jangan duduk di tepi jalan. Sekiranya kamu duduk juga, kamu hendaklah merendahkan pandangan, menolong orang yang dizalimi dan menunjuk jalan kepada orang yang tersesat.
x. Jangan meludah ke arah kiblat dan juga sebelah kanan kamu. Ludahlah ke sebelah kiri di bawah kaki kiri kamu.
xi. Berwaspada dari bercampur gaul dengan orang awam. Sekiranya kamu bersama mereka, janganlah terpengaruh dengan akhlak buruk mereka dan jangan hanyut dalam perbualan dengan mereka.
xii. Jauhkan diri daripada banyak bergurau, kerana orang cerdik akan benci kepada kamu manakala orang jahil dan bersifat buruk pula akan berani mempermainkan kamu.
Hak-hak Seorang Muslim, Keluarga, Jiran, Raja dan Seumpamanya.
Antara hak-hak seorang muslim ialah:
i. Memberi salam ketika bertemu dengannya, menghadiri jemputannya, mendoakannya ketika bersin, menziarahinya ketika sakit, menziarahi jenazahnya, menerima atau melaksanakan apa yang dia telah bersumpah supaya melakukannya²³³, memberi nasihat apabila dia memintanya, menjaga dan mempertahankan dirinya ketika dia tiada, menyukai dan membenci sesuatu berlaku terhadap dirinya sebagaimana yang kamu sukai dan benci ianya berlaku terhadap diri kamu sendiri. Kesemua hak ini diriwayatkan dalam banyak athaar.²³⁴
233 Contohnya dia bersumpah: Demi Allah, terimalah hadiahku ini atau demi Allah, makanlah makanan yang dihidangkan ini. Maka hendaklah dia menerima hadiahnya itu dan memakan hidangan tersebut kecuali dalam perkara maksiat, maka dia hendaklah menolaknya-pent.
234 Kesemuanya adalah masyhur, sahih dan thabit.
ii. Tidak menyakiti sesiapapun di kalangan kaum muslimin sama ada dengan perbuatan atau percakapan dan bersifat tawaduk, tidak berlagak sombong atau takabur terhadap mereka. Jangan mendengar khabar-khabar angin mengenai mereka dan jangan pula memberitahu mereka apa yang kamu dengar itu.
iii. Jangan meninggalkan atau menjauhi sahabat kamu (kerana berbalah dengannya) lebih dari tiga hari, sebagaimana terdapat hadis yang masyhur mengenainya.²³⁵
235 Riwayat al-Bukhari (10/403), Muslim (2559), Malik (2/907), Abu Daud (4910) dan at-Tirmizi (1936) daripada Anas r.a..
Dalam hadis lain, Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
لا يحل لرجل أن يهجر مؤمنا فوق ثلاثة أيام، فإذا مرت ثلاثة أيام قليلقه فليسلم عليه، فإن رد عليه السّلام فقد اشتركا في الأجر، وإن لم يرد عليه فقد برئ المسلم من الهجرة
Haram kepada seseorang mukmin menjauhi (tidak bertegur sapa) seseorang mukmin yang lain lebih daripada tiga hari. Apabila berlalu tiga hari, hendaklah dia bertemu dengan nya dan memberi salam kepadanya. Sekiranya dia menjawab salam, kedua-duanya mendapat ganjaran pahala. Sekiranya dia tidak menjawabnya, orang yang memberi salam telah terlepas dari kesalahan tidak bertegur sapa.²³⁶
236 Riwayat Abu Daud (4912) dan padanya terdapat kelemahan. Tetapi hadis ini menjadi kuat dengan adanya riwayat-riwayat lain yang mempunyai maksud serupa. Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani mengesahkan kesahihannya sebagaimana dalam kitab al-Fath (10/413).
Larangan menjauhi seseorang muslim sebagaimana di atas adalah berkait dengan perkara dunia. Adapun yang berkait dengan. hak agama, tindakan menjauhi ahli bid'ah, golongan yang menuruti hawa nafsu dan maksiat hendaklah dilakukan secara berterusan selagi mana tiada tanda-tanda bahawa mereka telah bertaubat dan kembali kepada kebenaran.²³⁷
237 Terdapat satu risalah yang bertajuk az-Zajru bil Hijr oleh Imam Suyuti r.hm.. Terdapat satu naskhah manuskripnya di Perpustakaan al-Arif di Madinah Munawwarah (108-Majami).
iv. Berbuat baik kepada semua muslimin setakat kemampuan. nya. Hendaklah meminta izin ketika mahu masuk bertemu dengan seseorang daripada mereka. Sekiranya dia tidak mengizinkannya setelah memintanya sebanyak tiga kali, dia hendaklah berpaling meninggalkannya.
v. Bergaul dengan orang ramai dengan akhlak yang baik. Pergaulan tersebut hendaklah sesuai dengan individu tersebut. Sesiapa yang melayan orang jahil dengan penuh keilmuan, melayan orang yang lalai dengan masalah-masalah fekah dan orang dungu dengan penerangan akademik, itu bermakna dia telah menyakiti mereka dan dirinya sendiri.
vi. Menghormati orang tua dan menyayangi kanak-kanak. Wajahnya hendaklah sentiasa lembut dan ceria ketika bersama sama orang lain. Hendaklah menunaikan janji dengan mereka dan berlaku adil terhadap mereka dengan dirinya sendiri. Dia juga hendaklah melakukan sesuatu kepada orang lain sebagaimana dia suka kalau ia dilakukan kepadanya.
Al-Hasan berkata: Allah Taala telah mewahyukan empat perkara kepada Nabi Adam a.s. di mana firman-Nya: Keempat empat perkara ini merangkumi keseluruhan perintah untukmu dan juga anakmu. Satu perkara untuk-Ku, satu lagi untukmu, satu perkara mengenai hubunganmu dengan-Ku dan satu lagi mengenai hubungan kamu dengan manusia seluruhnya. Perkara untuk-Ku ialah kamu hendaklah menyembah Aku dan jangan menyengutukan Aku dengan sesuatu yang lain. Perkara untukmu pula ialah amalan kamu. Aku akan memberikan ganjarannya lebih daripada apa yang kamu mahukan. Manakala mengenai hubungan-Ku denganmu ialah kamu hendaklah berdoa dan Akulah yang akan memperkenankanya. Dan mengenai hubunganmu dengan manusia lain pula ialah kamu hendaklah dampingi mereka dengan cara yang kamu suka jika mereka lakukannya kepada kamu.
vii. Menghormati golongan yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat.
viii. Membaiki hubungan antara dua orang yang bermasam muka dan menutup keaiban orang Islam.
Sesiapa yang meneliti bagaimana Allah Taala menutup keaiban golongan yang melakukan maksiat di dunia, nescaya dia akan mencontohi sifat lemah lembut-Nya itu. Allah Taala telah menetapkan empat orang saksi yang adil dalam penyaksian kes yang berkait dengan jenayah zina. Keempat-empat mereka hendaklah menyaksikan perbuatan tersebut dengan jelas sebagaimana melihat batang celak memasuki bekasnya. Syarat-syarat ini amat sukar didapati kerana kebanyakannya tidak sepakat. Allah yang bersifat begitu mulia di dunia ini, pasti amat diharapkan kemuliaan-Nya yang serupa di akhirat kelak.
ix. Menjauhkan diri dari tempat-tempat yang boleh menimbulkan tohmahan orang ramai agar dapat menghindarkan hati mereka daripada bersangka buruk dan menjauhkan lidah mereka daripada perbuatan mengumpat.
x. Memberi pertolongan kepada setiap orang Islam yang berhajat termasuklah menjadi perantara antara mereka dengan orang yang berkedudukan di samping berusaha menunaikan keperluan mereka.
xi. Memulakan percakapan dengan seorang muslim yang lain dengan ucapan salam. Sunat juga bersalaman dengannya. Anas r.a. meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., sabdanya:
ما من مسلمين التقيا فأخذ أحدهما بيد صاحبه إلا كان حقا على الله أن يحضر دعاءهما، ولا يفرق بين أيديهما حتى يغفر لهما
Apabila dua orang muslim bertemu lalu salah seorang daripada keduanya menjabat tangan saudaranya, menjadi hak ke atas Allah Taala untuk memperkenankan doa kedua duanya. Tangan mereka berdua tidak terlerai sehinggalah Dia mengampuni dosa-dosa mereka.²³⁸
238 Riwayat Ahmad (3/142). Al-Munziri menyebutnya dalam kitab at-Targhib (3/270) dan berkata: Riwayat Ahmad dan al-Bazzar Abu Ya'ala. Kesemua perawi dalam riwayat Imam Ahmad adalah thiqah melainkan Maimun al Mara'ie, Namun, hadis ini merupakan antara hadis yang dinafikan. Lihat kitab Majma' az-Zawaid (8/36).
Dalam hadis lain bermaksud:
Apabila seseorang mukmin bersalaman dengan seorang mukmin yang lain, akan turun seratus rahmat ke atas mereka berdua. Sembilan puluh sembilan rahmat diberikan kepada yang lebih ceria dan lebih mulia akhlaknya.²³⁹
239 Riwayat at-Tobrani dalam kitab al-Ausot. Pada sanadnya terdapat al-Hasan bin Kathir yang tidak dikenali. Perawi lain adalah thiqah. Demikian juga disebutkan oleh al-Haithami dalam kitab al-Mujamma' (8/37). Perkara yang sama juga disebut oleh al-Iraqi dalam kitab al-Mughni (2/204).
Harus mencium tangan atau memeluk golongan yang dimuliakan kerana agamanya. Manakala memimpin binatang tunggangan kerana memulia dan menghormati ulamak, Ibnu Abbas r.a. telah melakukannnya kepada Zaid bin Thabit. Berdiri kerana memuliakan mereka adalah perbuatan baik tetapi tunduk kepada mereka adalah dilarang.²⁴⁰
240 Bagaimana boleh dikatakan demikian sedangkan Anas r.a. telah berkata: Individu yang paling dicintai dan dirindui oleh sahabat ialah Rasulullah sa.w., tetapi mereka tidak berdiri apabila berjumpa dengan Baginda. Ini kerena mereka tahu bahawa Baginda tidak menyukainya. Riwayat al Bukhari dalam kitab al-Adab al-Mufrad (946) dan at-Tirmizi (2/125) serta Ahmad (3/132) dengan sanad yang sahih.
xii. Memelihara maruah saudaranya yang muslim serta melindungi diri dan hartanya dari dizalimi. Dia hendaklah memperjuang dan mempertahankan hak-hak saudaranya itu.
xiii. Apabila diuji dengan sahabat yang jahat, seharusnya dia menunjukkan layanan yang baik (apabila berjumpa) sambil berwaspada darinya sebagaimana yang diceritakan dalam hadis Aisyah r.ha.²⁴¹
241 Riwayat al-Bukhari (10/438) dan Muslim (2291). Dalam hadis tersebut ada menyebut yang bermaksud: Wahai Aisyah, orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat ialah orang yang dipulaukan oleh manusia kerana takutkan kejahatannya.
Muhammad bin al-Hanafiyyah berkata: Seseorang itu tidak dianggap bijaksana selagi mana dia tidak memperelokkan pergaulannya dengan orang yang terpaksa digaulinya (kerana dia sangat membencinya lantaran kejahatannya), sehinggalah Allah memberikan jalan keluar untuknya.
xiv. Menjauhi daripada bergaul dengan golongan kaya, bahkan bergaullah dengan golongan miskin dan berbuat baiklah kepada anak-anak yatim.
xv. Menziarahi mereka yang sakit. Antara adab-adab menziarahi orang sakit ialah meletakkan tangan ke atas orang yang sakit dan bertanyakan hal keadaannya, tidak duduk terlalu lama di situ, menzahirkan belas kasihan kepadanya, berdoa semoga dia cepat sembuh dan tidak memandang-mandang kepada kekurangan yang ada pada tempat tersebut.
Disunatkan kepada pesakit melakukan sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim²⁴² daripada hadis Othman bin Abu al-As r.a. bahawa dia (Othman) telah mangadu sakit pada satu bahagian anggota badannya semenjak dia memeluk Islam. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya:
242 Hadis No. 2202, Malik (2/942), Abu Daud (3891) dan at-Tirmizi (2081).
ضع يدك على الذي تألم من جسدك وقل باسم الله ، ثلاثا . وقل سبع مرات أعوذ بالله وقدرته من شر ما أجد وأحاذر
Letakkan tangan kamu ke atas bahagian anggota yang sakit itu dan bacakan: Bismillah tiga kali dan bacakan tujuh kali: Aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuasaan Allah Taala daripada kejahatan yang aku dapati dan yang aku takuti.
Antara adab-adab seorang pesakit ialah bersabar, tidak banyak mengadu dan tidak melahirkan rasa kecewa. Dia hendaklah sentiasa berdoa dan bertawakkal kepada Allah Taala.
xvi. Mengiringi jenazah dan menziarahi kubur-kubur mereka. Yang dimaksudkan dengan mengiringi di sini ialah menunaikan hak orang Islam dan mengambil iktibar daripadanya.
Al-A'masy berkata: Kami pernah menziarahi jenazah dan ketika itu kami tidak tahu kepada siapa kami mahu ucapkan takziah, kerana kesemua orang kelihatan bersedih.
Yang dimaksudkan menziarahi kubur pula ialah dengan berdoa²⁴³, mengambil iktibar dan melembutkan hati.
243 Membaca al-Quran sebagaimana dilakukan oleh sebahagian masyarakat adalah perkara yang tidak berdasarkan dalil atau nas.
Antara adab-adab mengiringi jenazah ialah berjalan kaki (ketika membawanya ke kubur), sentiasa dalam keadaan khusyuk, tidak berbual-bual, memerhatikan mayat, berfikir tentang kematian dan bersedia untuk menghadapinya.
Hak-hak Jiran
Hak kejiranan sama seperti hak persaudaraan Islam. Dengan itu jiran mempunyai hak sebagaimana hak seorang muslim bahkan lebih lagi. Dalam satu hadis yang bermaksud:
Jiran terdiri daripada tiga; Jiran yang mempunyai satu hak, jiran yang mempunyai dua hak dan jiran yang mempunyai tiga hak. Jiran yang mempunyai tiga hak ialah jiran seorang muslim yang ada hubungan kekeluargaan. Baginya hak kejiranan, hak sebagai seorang Islam dan hak ahli keluarga, Jiran yang mempunyai dua hak ialah jiran seorang muslim. Baginya hak sebagai orang Islam dan hak kejiranan. Manakala jiran yang mempunyai satu hak ialah jiran seorang musyrik (hanya mempunyai hak kejiranan).²⁴⁴
244 Dikeluarkan oleh Abu Naim dalam kitab al-Hilyah (5/207), al-Hasan bin Sufian dan al-Bazzar dalam kitab Musnad masing-masing dan Abu al Syeikh dalam kitab at-Thawab daripada hadis Jabir, dan Ibnu 'Adi daripada hadis Ibnu Umar r.a.. Kedua-duanya daif. Lihat dalam kitab al-Mughni (2/212) dan al-Faidh (3/367).
Ketahuilah bahawa hak kejiranan bukan sahaja menahan diri daripada melakukan sesuatu yang menyakitkan bahkan bersabar menghadapi kerenah daripada jiran serta bersikap lemah lembut.
Antaranya juga ialah memulakan perkara kebajikan, ucapan salam, tidak mengambil masa yang panjang ketika bercakap dengan jiran, menziarahinya ketika sakit, mengucap takziah ketika ditimpa musibah, mengucap tahniah ketika dia mendapat sesuatu yang menggembirakan, memaafkan kesalahannya, tidak mengintai-ngintai atau memerhati ke dalam rumahnya, tidak menyusahkannya dengan menyandarkan kayu pada dinding rumahnya, tidak menuang air ke dalam pancuran air rumahnya, tidak membuang tanah ke halamannya, tidak terus menerus memandang sesuatu yang dibawa ke dalam rumahnya, menutup keaibannya yang terdedah, tidak mencuri dengar perbualannya (dengan orang lain), merendahkan pandangannya terhadap ahli keluarganya dan sentiasa mengambil berat terhadap hajat atau keperluan ahli keluarganya ketika ketiadaannya.
Hak-hak Kaum Kerabat dan Keluarga
Dalam hadis sahih, riwayat Aisyah r.ha. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
الرحم معلقة بالعرش تقول من وصلني وصله الله ومن قطعني قطعه الله
Silaturrahim tergantung di Arasy. Ia berkata: Sesiapa yang menyambungku, Allah akan menyambung hubungan-Nya dengannya dan sesiapa yang memutuskanku, Allah akan memutuskan ikatan-Nya dengannya.²⁴⁵
245 Riwayat al-Bukhari (10/350) dan Muslim (2555).
Dalam hadis lain riwayat al-Bukhari:
ليس الواصل بالمكافئ، ولكن الواصل الذي إذا قطعت رحمه وصلها
Orang yang menyambung ikatan silaturrahim itu bukan hanya orang yang membalas (budi atau kebaikan kaum keluarganya) tetapi sebenarnya ialah orang yang menyambung kembali ikatan tersebut apabila ia terputus.²⁴⁶
246 Riwayat al-Bukhari (10/355), Abu Daud (1697) dan at-Tirmizi (1909).
Dalam hadis riwayat Muslim²⁴⁷ menyebut bahawa:
247 Riwayat Muslim (2558).
أن رجلا قال : يا رسول الله ! إن لي قرابة أصلهم ويقطعوني، وأحسن إليهم ويسيئون إلي ، وأحلم عنهم ويجهلون علي ، فقال : « لين كنت كما قلت ، فكأنما نُسفهم المل ، ولا يزال معك من الله ظهير عليهم ما دمت على ذلك »
Seorang lelaki telah mengadu: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mempunyai kaum kerabat yang aku mahu menjalinkan hubungan dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka melakukan kejahatan kepadaku. Aku berlembut dengan mereka tetapi mereka tidak mempedulikanku. Sabda baginda: Sekiranya benar sebagaimana yang kamu katakan, kamu seolah-olah telah mencampakkan abu yang panas ke muka mereka. Allah sentiasa menolong kamu selama mana kamu sedemikian.
Maksudnya ialah kamu sentiasa dibantu oleh Allah dalam menghadapi mereka. Mereka sudah tidak ada hujah untuk mendakwa kamu di atas alasan hak kekeluargaan (dengan sebab perbuatan mereka itu) sebagaimana orang yang dilemparkan abu panas ke mukanya terputus kata-katanya dan tidak dapat bercakap apa-apa lagi.
Terdapat hadis-hadis yang banyak dan masyhur berkenaan silaturrahim, hak-hak kedua ibubapa²⁴⁸ dan lebih-lebih lagi hak ibu.
248 Syeikh Nizam Sakajaha mempunyai dua buah buku kecil dalam bab ini. Salah satunya dalam bentuk manuskrip dan satu lagi telah dicetak. Kedua duanya amat bermanfaat..
Hak-hak Seorang Anak
Manusia secara fitrahnya memang cenderung ke arah menyayangi anaknya. Oleh itu tidak perlu ditekankan lagi berkenaan tanggungjawab bapa terhadap anaknya. Namun begitu, kadang-kala hawa nafsu seorang bapa lebih mengatasi kepentingan anaknya lalu dia meninggalkan tanggungjawab mengajar dan mendidiknya. Firman Allah Taala:
قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا
Wahai orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan kaum keluarga kamu dari api neraka.
Ulamak tafsir berkata: Maksudnya ialah ajar dan didiklah mereka.
Seorang bapa seharusnya menamakan anaknya dengan nama yang baik dan melakukan aqiqah²⁴⁹ untuknya. Apabila sampai umur tujuh tahun, dia hendaklah menyuruhnya sembahyang dan mengkhatankannya. Apabila anaknya baligh, hendaklah dia kahwinkannya.
249 Aqiqah ialah menyembelih kambing pada hari ketujuh selepas kelahirannya. Bagi anak lelaki dua ekor kambing dan anak perempuan satu ekor. Lihat kitab Tuhfah al-Maudud karangan Ibnul Qayyim dan Thalathu Sya'a-ir karangan Umar Sulaiman al-Asyqar.
Manakala hak-hak seorang hamba ialah memberi makanan dan pakaian kepadanya. Tidak membebankannya dengan kerja yang tidak mampu dilakukan, tidak memandang hina kepadanya dan hendaklah memaafkan kesalahan-kesalahannya. Ingatlah kepada Allah ketika dia melakukan kesalahan kerana Allah amat memaafkan kesalahan hambanya. Justeru, hendaklah dia memaafkannya agar Allah juga mengampunkan dosanya.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.
Bab 11: Adab-Adab Persahabatan, Persaudaraan, Pergaulan Dan Seumpamanya
Tajuk Mudarasah: Mukaddimah
Halaman Rujukan Kitab : 155
Nota Mudarasah:
Perpaduan adalah hasil daripada akhlak yang baik manakala perpecahan pula berpunca daripada akhlak yang buruk. Ini kerana akhlak yang mulia menghasilkan kasih sayang dan permuafakatan manakala akhlak yang buruk menghasilkan sikap benci membenci dan saling pulau memulau antara satu sama lain. Kelebihan akhlak yang mulia adalah jelas dan banyak hadis yang menyebut mengenainya.
Abu Darda' r.a. meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., sabdanya:
Pada hari kiamat, tiada satu perkarapun pada timbangan amal orang mukmin yang lebih berat daripada akhlak yang mulia. (Riwayat at-Tirmizi dan beliau mensahihkannya.)²¹⁶
Dalam hadis lain menyebut:
Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi dan paling hampir denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling mulia akhlaknya di kalangan kamu. Manakala orang yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya dariku pada hari kiamat ialah orang yang buruk akhlaknya di kalangan kamu.²¹⁷
Nabi s.a.w. pernah ditanya tentang perkara yang paling banyak menyebabkan manusia dimasukkan ke syurga. Baginda bersabda yang bermaksud:
Taqwa kepada Allah dan akhlak yang mulia.²¹⁸
218 Riwayat at-Tirmizi (2004) daripada Abu Hurairah r.a. dan ia hadis hasan melalui riwayat-riwayat lain.
Berhubung dengan kecintaan kerana Allah, terdapat hadis as Sahihain yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
Tujuh golongan yang Allah akan naungi mereka di bawah naungan-Nya pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya sahaja.
Salah satu golongan tersebut ialah:
Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, mereka berhimpun atau bertemu kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah.²¹⁹
Dalam hadis lain menyebut bahawa Allah Taala berfirman:
Aku pasti mengasihi orang yang kasih-mengasihi kerana Ku. Aku pasti mengasihi orang yang saling membelanjakan hartanya kerana-Ku dan Aku pasti mengasihi orang yang ziarah menziarahi kerana-Ku.²²⁰
Dalam hadis lain juga menyebut:
Ikatan iman yang paling kukuh ialah kamu mencintai herana Allah dan membenci juga kerana Allah.²²¹
Terdapat banyak hadis yang menyebut mengenai perkara yang tersebut di atas.
Ketahuilah bahawa sesiapa yang mengasihi kerana Allah pasti akan membenci kerana Allah. Apabila kamu mengasihi seseorang kerana ketaatannya kepada Allah, kamu juga pasti membencinya apabila dia menderhakai-Nya. Ini kerana sesiapa yang mengasihi seseorang kerana sebab tertentu, pasti akan benci apabila wujud sebab yang berlawanan. Sesiapa yang memiliki sifat yang terpuji dan juga sifat yang dibenci, kamu hendaklah mencintainya pada satu aspek dan membencinya pada aspek yang lain.
Kamu seharusnya mengasihi seseorang muslim kerana Islamnya dan membencinya kerana maksiat yang dilakukannya. Persabahatan kamu dengannya sentiasa berada dalam keadaan sederhana, tidak terlalu dingin dan tidak terlalu melampau. Jika berlaku kesilapan yang tidak disengajakan darinya dan dia menyesal dengan perbuatan tersebut, lebih baik kamu menutup kesilapan tersebut. Sekiranya dia melakukannya secara berterusan, kamu mestilah menunjukkan riak-riak kebencianmu kepadanya dengan berpaling muka dan menjauhinya. Dia juga boleh bercakap kasar dengannya berdasarkan kadar maksiat yang dilakukannya.
Orang yang melanggar perintah Allah terbahagi kepada tiga golongan sebagaimana berikut:
i- Golongan kafir.
Sekiranya kafir harbi, dia berhak diperangi dan diperhambakan (sekiranya ditawan). Tidak ada lagi penghinaan lebih daripada kedua-dua perkara tersebut. Sekiranya kafir zimmi, kita tidak harus menyakitinya. Walau bagaimanapun jangan kamu melayani mereka (dengan layanan mesra) dan hendaklah menampakkan kehinaan diri mereka (kerana pegangan mereka) seperti tidak memberi laluan selesa kepada mereka serta tidak memberi salam kepadanya. Sekiranya dia yang memberi salam, hendaklah dijawab: 'Wa 'alaika' sahaja.
Tindakan yang lebih baik ialah tidak bergaul dan bermuamalah dengannya serta tidak makan bersamanya. Makruh bergurau senda dan bermesra dengan mereka, sebagaimana yang kamu lakukan terhadap sahabat-sahabat kamu yang lain.
ii- Golongan bid'ah.
Sekiranya mereka mengajak kepada perkara bid'ah yang boleh dihukum kafir, kedudukan mereka lebih berat daripada golongan zimmi. Ini kerana mereka tidak terikat dengan tuntutan jizyah dan juga akad zimmah. Sekiranya mereka menyeru kepada bid'ah yang tidak dihukum kafir, kedudukan antaranya dengan Allah Taala lebih ringan daripada golongan kafir.
Walau bagaimanapun mengingkari golongan ini lebih ditekankan daripada mengingkari golongan kafir. Ini kerana kejahatan golongan kafir tidak mempengaruhi orang lain kerana kata-katanya tidak dipedulikan. Berbeza dengan ahli bid'ah yang mengajak orang ramai percaya kepada bid'ahnya kerana dia juga mendakwa bahawa apa yang diserunya adalah perkara benar. Ini boleh menyesatkan manusia. Dia lebih merbahaya kerana dapat mempengaruhi orang lain. Oleh itu menzahirkan kebencian, memulau, memusuhi dan merendah-rendahkan pendiriannya serta bersikap keras terhadapnya dan menjauhkan manusia daripadanya adalah perkara yang perlu dilakukan.
Bid'ah orang awam yang tidak mampu mempengaruhi orang ramai dan tidak dibimbangi menjadi ikutan, hukumnya adalah lebih ringan daripada golongan sebelumnya. Cara yang terbaik untuk menghadapinya ialah dengan menasihatinya secara lemah lembut. Hati orang awam cepat berubah-ubah. Sekiranya nasihat secara baik tidak berkesan, sunat kepadanya berpaling dan tidak melayaninya jika tindakan tersebut pada pandangan ahli bid'ah merupakan satu tamparan atau penghinaan terhadap bid'ahnya itu. Sekiranya cara sedemikian juga tidak berkesan kerana tabiatnya yang telah jumud dan kepercayaannya yang telah mendalam sehingga ke lubuk hati, maka tindakan memulau dan tidak menghiraukannya itu menjadi lebih utama (aula). Ini kerana apabila keburukan atau kekejian sesuatu bid'ah itu tidak ditunjukkan secara bersungguh-sungguh, ja akan merebak di tengah-tengah masyarakat dan kerosakan yang lebih besar akan berlaku..
iii- Golongan yang melakukan maksiat dengan perbuatan tetapi tidak membabitkan pegangan aqidahnya.
Sekiranya maksiat tersebut sampai ke tahap mengganggu dan menyakiti orang lain seperti menzalimi, merampas, bersaksi palsu, mengumpat, mengadu domba dan seumpamanya, dia perlu dipulau dan tidak dipedulikan serta tidak bermuamalah dengannya. Demikian juga orang yang menyeru kepada perkara yang merosakkan seperti menyeru kepada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan menyediakan sebab-sebab yang mendorong kepada meminum arak dan sebagainya. Tindakan yang sewajarnya diambil ialah menghina, memulau dan berpaling daripadanya (tidak melayaninya).
Manakala orang yang menzalimi dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) seperti meminum arak, berzina, mencuri atau meninggalkan yang wajib (secara sembunyi-sembunyi), keadaannya lebih ringan. Walau bagaimanapun jika terserempak ketika dia sedang melakukan maksiat tersebut, kita wajib mencegahnya dengan cara yang boleh menghalangnya. Sekiranya memberi nasihat boleh mencegahnya dan lebih bermanfaat kepadanya, hendaklah kita menasihatinya. Sekiranya tidak berkesan, teguran dan tindakan yang lebih keras perlu diambil.
Sifat-sifat Orang yang Dipilih untuk Dijadikan Sahabat
Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. bahawa baginda bersabda:
Seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu hendaklah seseorang dari kamu melihat dengan siapakah dia berkawan?.²²²
Bukan semua orang sesuai dijadikan sahabat. Seorang sahabat mestilah mempunyai sifat-sifat dan ciri-ciri yang istimewa menurut faedah-faedah yang dicari daripada persahabatan tersebut. Faedah faedah tersebut terdiri dari faedah duniawi seperti mengambil manfaat daripada harta dan pangkat, atau semata-mata untuk berdampingan dan berbual-bual. Kedua-dua faedah ini bukannya matlamat sebenar dari persahabatan. Faedah sebenar yang menjadi matlamat persahabatan ialah faedah agama.
Faedah agama dalam persahabatan pula mengandungi beberapa tujuan yang berbeza sebagaimana berikut:
i. Mengambil faedah dari sudut ilmu dan amal.
ii. Mengambil faedah daripada kedudukan dan pangkatnya dengan tujuan memelihara diri daripada diganggu oleh orang yang kotor hatinya dan menghalangnya dari ibadah.
iii. Mengambil faedah dari hartanya agar keperluannya mencukupi. Dengan itu, dia tidak perlu menghabiskan waktu kerana mencari rezeki.
iv. Meminta tolong dalam melakukan kerja-kerja penting dan mustahak. Dengan itu sahabat menjadi bekalan ketika ditimpa musibah dan kekuatan dalam semua keadaan.
v. Mengharapkan syafaat pada hari akhirat sebagaimana yang disebutkan oleh sebahagian ulamak salaf: Hendaklah kamu mendapatkan ramai sahabat, sesungguhnya bagi setiap mukmin itu ada syafaat.
Setiap faedah tersebut tidak akan berhasil melainkan dengan syarat-syarat tertentu.
Secara keseluruhannya, terdapat lima ciri sahabat yang baik iaitu berakal, berakhlak mulia, bukan golongan fasik, bukan ahli bid'ah dan tidak tamak atau rakus dengan dunia.
i. Seorang yang berakal. Ia merupakan ciri yang paling asas kerana bersahabat dengan orang bodoh dan tidak berakal adalah sia-sia. Ini kerana dia mungkin ingin membantu kamu tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya iaitu memudaratkan kamu. Maksud berakal di sini ialah orang yang dapat memahami kedudukan sebenar sesuatu perkara sama ada pemahaman itu datang daripada dirinya sendiri ataupun setelah diberikan penerangan.
ii. Seorang yang berakhlak mulia. Ciri ini sangat penting kerana mungkin ramai orang berakal tetapi dirinya masih dikuasai oleh perasaan marah atau nafsu syahwat, lalu mereka hanyut dengan kehendak perasaan atau syahwat. Persahabatan dengan orang yang seperti ini juga tidak mendatangkan apa-apa kebaikan.
iii. Bukan di kalangan orang fasik. Orang fasik ialah orang yang tidak takut kepada Allah. Justeru, seseorang tidak akan ter selamat dari tipu dayanya dan dia juga tidak boleh dipercayai.
iv. Bukan di kalangan ahli bid'ah. Ini kerana bersahabat dengan ahli bid'ah boleh menyebabkan amalan bid'ahnya itu berjangkit kepadanya.
Umar bin al-Khattab r.a. pernah berkata:
Bersahabatlah dengan sahabat-sahabat yang bersifat benar, pasti kamu akan selamat dengan pemeliharaan mereka. Mereka umpama hiasan diwaktu senang dan bekalan diwaktu susah. Berbaik sangkalah terhadap saudaramu selagi mana tidak terbukti dia melakukan sesuatu yang membolehkan kamu membencinya. Jauhilah masuhmu dan berwaspadalah dengan sahabatmu melainkan sahabat yang amanah sahaja, iaitu yang hanya takut kepada Allah Taala. Jangan kamu bersahabat dengan orang jahat, kelak kamu akan terpengaruh dengan kajahatannya dan janganlah kamu dedahkan rahsia kamu kepadanya.
Mintalah pandangan daripada orang yang takutkan Allah dalam segala urusan kamu.
Yahya bin Muaz berkata: Seburuk-buruk sahabat ialah sahabat yang kamu perlu berkata kepadanya: Ingatlah aku dalam doa kamu dan kamu hidup bersamanya dalam keadaan sentiasa menutup keburukannya (kerana mengambil hati) atau kamu sentiasa perlu meminta maaf daripadanya.
Sekumpulan manusia masuk ke rumah al-Hasan dalam keadaan beliau sedang tidur. Sebahagian mereka memakan buah-buahan yang ada dalam rumahnya itu. Setelah bangun, al-Hasan berkata: Semoga Allah merahmati kamu semua. Demi Allah, begitulah yang sepatutnya dilakukan oleh sahabat-sahabat.
Abu Ja'afar berkata kepada sahabat-sahabatnya: Apakah boleh jika seseorang itu memasukkan tangannya ke dalam karung saudaranya lalu mengambil sesuatu yang dia mahu daripadanya? Mereka menjawab: Tidak boleh. Ja'afar berkata: Kalau begitu kamu masih belum bersaudara sebagaimana yang kamu dakwa.
Diriwayatkan bahawa Fathan al-Mausili telah datang menemui kawannya yang bernama Isa at-Tammar. Ketika itu beliau tiada di rumah. Fathan berkata kepada hamba perempuan nya: Keluarkan beg saudaraku. Dia pun mengeluarkannya. Lalu beliau mengambil dua dirham daripadanya. Apabila Iaa pulang ke rumahnya, hambanya terus menceritakan apa yang telah berlaku Isa berkata kepadanya: Sekiranya kamu bercakap benar, kamu akan dibebaskan. Lalu beliau memeriksa kandungan begnya dan mendapati bahawa hamba perempuannya itu telah bercakap benar Beliaupun terus memerdekakan hambanya itu.
Hak-hak yang Wajib Ditunaikan terhadap Saudara
Hak Pertama:
Menunaikan hajat saudaranya dan ia berlaku dalam beberapa tahap. Tahap yang paling rendah ialah menunaikan hajat atau keperluannya ketika diminta dan berkemampuan, dalam keadaan ceria dan gembira. Tahap pertengahannya ialah menunaikan hajat saudaranya tanpa diminta. Dan tahap yang paling tinggi ialah mendahulukan hajat atau keperluan saudaranya daripada keperluan dirinya sendiri.
Sebahagian ulamak salaf mencari-cari ahli keluarga saudaranya yang telah mati untuk memenuhi segala keperluan mereka walaupun setelah empat puluh tahun kematiannya..
Hak Kedua:
Menjaga lidah dengan mendiamkan diri pada satu keadaan dan bercakap pada keadaan yang lain. Maksud diam di sini ialah tidak menyebut keaibannya sama ada ketika dia ada bersama atau tidak. Begitu juga tidak menafikan kenyataannya, berdebat atau berbahas dengannya dan tidak bertanya tentang beberapa keadaannya yang dia tidak suka mendedahkanya. Ketika berjumpa, janganlah kamu bertanya: Kamu hendak ke mana?, kerana mungkin dia tidak mahu orang lain mengetahuinya. Kamu hendaklah menjaga rahsianya walaupun setelah terputus hubungan dengannya, tidak mencela orang yang dikasihinya dan juga ahli keluarganya serta tidak memberitahunya mengenai celaan orang lain terhadapnya.
Hak Ketiga:
Mendiamkan diri daripada sesuatu yang tidak disukainya kecuali perkara yang diwajibkan untuk diberitahu seperti menyuruh perkara makruf dan mencegah perkara mungkar. Dalam hal ini, tiada kelonggaran untuk mendiamkan diri kerana perkara ini (menyuruh perkara makruf dan mencegah kemungkaran) adalah satu kebaikan untuknya.
Kamu tidak akan menjumpai seorang sahabat yang sempurna dari segala keaiban atau kesalahan. Sesiapa yang kebaikannya melebihi kejahatannya, maka itulah yang dikehendaki dan ia sudah memadai.
Ibnu Mubarak berkata: Orang mukmin sentiasa mencari keuzuran sahabatnya atau alasan untuk dia memaafkannya sedangkan orang munafik akan mencari kesalahan orang lain (bagi menyalahkannya). Al-Fudhail pula berkata: Kemuliaan itu ialah memaafkan kesalahan sahabat-sahabatnya.
Kamu juga hendaklah meninggalkan sikap berburuk sangka terhadap saudaramu bahkan sentiasa berusaha semampu yang boleh untuk bersangka baik terhadap perbuatannya. Sabda Nabi s.a.w..
Jauhilah kamu daripada berprasangka buruk kerana prasangka buruk itu adalah percakapan yang paling dusta.²²³
Prasangka buruk juga boleh membawa kepada perbuatan mengintip-ngintip yang dilarang oleh syarak²²⁴. Menutup dan tidak mempedulikan keaiban orang lain adalah akhlak golongan yang beragama.
224 Sebagaimana dalam hadis yang sebelumnya di mana pada sambungannya, Baginda ada bersabda yang bermaksud: Jangan kamu mengintip-ngintip.
Iman seseorang tidak akan sempurna sehinggalah dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. Sekurang-kurang tahap persaudaraan ialah bergaul dengan saudaranya sebagaimana yang disukainya berlaku kepada dirinya sendiri. Kamu tentunya mengharapkan saudaramu menutup dan menyembunyikan keaiban dan kesalahan kamu. Sekiranya dia melakukan sebaliknya, pasti kamu akan merasa susah. Justeru, bagaimana kamu boleh mengharapkan demikian daripada saudaramu sedangkan kamu sendiri tidak bersikap begitu kepadanya?!.
Apabila kamu menginginkan suatu keadilan sedangkan kamu sendiri tidak berlaku adil, kamu termasuk dalam firman Allah:
Mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.
(Al-Mutoffifin: 2-3)
Punca berlakunya kecuaian dalam menutupi keaiban dan mendedahkannya adalah irihati dan hasad dengki. Sebab yang paling kuat mendorong kepada timbulnya irihati dan hasad dengki di kalangan sesama sahabat ialah perbuatan kata-mengata dan tidak mahu mengalah. Hal ini didorong oleh keinginan menonjolkan keistimewaan, kelebihan dan kepandaian dirinya di samping memandang hina terhadap lawannya. Sesiapa yang saling mengata dengan saudaranya, dia mungkin akan menuduhnya sebagai jahil dan bebal atau lalai dan lupa daripada memahami sesuatu perkara sebagaimana yang sepatutnya. Semua itu adalah suatu penghinaan yang akan menyemarakkan kemarahan dan seterusnya mencetuskan permusuhan. Semua ini berlawanan dengan semangat persaudaraan.
Hak Keempat:
Bercakap atau memperkatakan sesuatu. Persaudaraan sejati menuntut agar seseorang mendiamkan diri daripada memperkatakan sesuatu yang dibenci oleh saudaranya dan di waktu yang sama bercakap dalam perkara yang disukai olehnya. Bahkan ia adalah ciri yang khusus kepada nilai persahabatan kerana bersikap mendiamkan diri sepanjang waktu umpama bersahabat dengan penghuni kubur. Tujuan persahabatan ialah agar mendapat manfaat daripada sahabat-sahabat, bukan untuk melepaskan diri daripada mereka. Mendiamkan diri bererti menahan daripada sesuatu yang menyakitkan. Oleh itu dia hendaklah menunjukkan keprihatinannya melalui percakapannya, bertanya khabar tentang keadaan dan masalah yang dihadapinya, menampakkan dirinya mengambil berat terhadap sahabatnya serta sama-sama menzahirkan kegembiraan apabila sahabatnya itu gembira.
Dalam hadis sahih, riwayat at-Tirmizi:
Apabila seseorang kamu mengasihi saudaranya, dia hendaklah memberitahunya.²²⁵
Antara cara menunjukkan kecintaan kepadanya ialah:
i. Memanggilnya dengan nama yang paling disukainya. Umar bin al-Khattab r.a. berkata: Tiga perkara akan menambahkan kemesraan sahabatmu kepadamu: Memberi salam ketika ber temu, meluaskan tempat duduk kepadanya ketika dalam majlis dan memanggilnya dengan nama yang paling disukainya.
ii. Memuji sifat-sifat kebaikan yang ada pada sahabatnya dengan tujuan agar dia dicontohi oleh orang yang mendengar lalu terkesan dengannya. Demikian juga memuji anak-anaknya, keluarga dan perbuatannya bahkan terhadap rupa parasnya, kebijaksanaan dan penampilannya serta tulisan, karangan dan semua perkara yang boleh menggembirakan hatinya. Pujian tersebut bukanlah secara melampau dan bohong.
iii. Menyampaikan pujian orang lain terhadap dirinya di samping turut bergembira dengannya. Menyembunyikan pujian orang lain terhadapnya adalah tanda hasad dengki.
iv. Mengucapkan terima kasih kerana budi baiknya kepadamu dan membelanya semasa ketiadaannya dari orang yang berniat jahat terhadapnya. Hak persaudaraan sejati ialah bersungguh sungguh dalam membela dan menolong saudaranya. Dalam hadis sahih ada menyebut:
Seorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Janganlah dia menzaliminya dan membiarkannya (dizalimi).²²⁶
Apabila cuai dalam memelihara dan membela maruah saudaranya, ia bererti menyerah dan membiarkannya kepada kejahatan. Pembelaan ini berlaku dengan dua cara:
a) Kamu mengandaikan bahawa apa yang diperkatakan tentang saudaramu, itulah juga yang diperkatakan kepada kamu semasa dia berada bersamamu, lalu kamu membelanya dengan kata-kata yang kamu suka dia perkatakannya untuk membela kamu sekiranya kamu yang hadapi perkara itu.²²⁷
227 Dengan kata lain, sebagaimana kamu suka kawan kamu memperkatakan sesuatu bagi membela kamu, maka begitulah juga seharusnya kamu lakukan bagi membela kawan kamu ketika ketiadaannya-pent.
b) Kamu mengandaikan bahawa dia berada di sebalik dinding, mendengar apa yang kamu perkatakan. Segala pembelaan yang terdetik di hati kamu ketika dia ada bersama, bagitulah seharusnya yang kamu lakukan ketika ketiadaannya. Sesiapa yang tidak ikhlas dalam persaudaraannya bererti dia adalah munafik.
Mengajar dan menasihati. Keperluan saudara kamu kepada ilmu adalah sama sebagaimana dia perlukan kepada harta. Apabila kamu kaya dengan ilmu, maka ajar dan bimbinglah dia. Nasihat yang diberikan kepadanya seharusnya berlaku secara sembunyi²²⁸. Perbezaan antara menghina dan memberi nasihat adalah bergantung kepada cara penyampaiannya sama ada secara terang-terangan atau sembunyi. Sebagaimana juga perbezaan antara mudaarat (menyembunyikan keburukan) dan mudahanah (menyembunyikan keburukan dengan tujuan mengampu). Sekiranya kamu membiarkan keburukannya (tanpa menasihatinya) untuk keselamatan agamamu (jauh dari riya' dan ujub) dan kamu dapati ianya lebih membawa kebaikan kepada saudara kamu, bererti kamu adalah mudarin. Tetapi sekiranya kamu membiarkan keburukannya (tanpa menegurnya supaya dia sentiasa merasa dirinya baik atau dilihat seorang yang baik) kerana kepentingan diri dan menurut hawa nafsu serta menjaga kedudukan kamu, bererti kamu adalah mudahin (pengampu).
228 Tedapat satu risalah oleh al-Hafiz Ibnu Rajab bertajuk al-Farqu Baina an Nasihah wat-Ta'abir, yang telah ditahqiq olehku. Cetakan Darul Ammar.
vi. Memaafkan kesilapan. Sekiranya kesilapan berlaku dalam perkara agamanya, kamu hendaklah menasihatinya dengan selemah-lembut yang mungkin. Jangan biarkan kesalahannya berlalu tanpa kamu menghalang dan menasihatinya. Sekiranya dia enggan menerima, kamu hendaklah berkeras dan tegas dengannya.
Hak Kelima:
Berdoa untuk saudara kamu semasa dia hidup dan juga setelah kematiannya sebagaimana doa-doa yang kamu pohon untuk diri kamu sendiri.
Dalam riwayat Muslim daripada hadis Abi Darda' r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
Doa seseorang muslim untuk saudaranya tanpa pengetahuan nya adalah diperkenankan. Ketika berdoa, malaikat akan berada di sisi kepalanya yang akan berkata setiap kali dia mendoakan kebaikan untuk saudaranya: Ya Allah, perkenan kanlah dan semoga kamu sama-sama memperolehinya.²²⁹
Abu ad-Darda' r.a. sentiasa berdoa untuk kebanyakan saudara saudaranya dengan menyebut nama-nama mereka secara khusus. Ahmad bin Hanbal r.hm. pula berdoa pada setiap kali waktu sahur untuk enam orang sahabatnya.
Berkata Amru bin Huraith mengenai doa selepas mati: Apabila seseorang hamba berdoa untuk saudaranya yang telah mati, malaikat akan datang ke kuburnya dan berkata: "Wahai penghuni kubur yang tinggal bersendirian, ini adalah hadiah daripada saudara kamu yang berbelas kasihan kepadamu".²³⁰
230 Perkara ini hanya boleh dithabitkan dengan nas al-Quran dan as-Sunnah.
Hak Keenam:
Setia dan ikhlas. Maksud setia ialah mengasihinya secara konsisten sehingga dia mati dan meneruskan kesetiaan itu selepas kematiannya dengan mengasihi anak-anak dan rakan-rakannya.
Rasulullah s.a.w. telah memuliakan seorang perempuan tua (kawan kepada Khadijah r.ha.) dan bersabda yang maksudnya:
Sesungguhnya beliau selalu menziarahi kami semasa Khadijah masih hidup. Setia kepada janji adalah sebahagian dari iman.²³¹
231 Al-'Iraqi dalam kitab Takhrij al-Ihya' (2/187) berkata: Hadis ini telah diriwayatkan oleh al-Hakim daripada hadis Aisyah r.ha. dan beliau berkata: Hadis sahih mengikut syarat al-Bukhari dan Muslim, dan hadis ini tiada kecacatan. Aku berkata: Al-Hafiz Ibnu Hajar telah menyebut dalam kitab Fathul Bari (10/436) bahawa al-Hakim dan al-Baihaqi meriwayatkannya melalui sanad Soleh bin Rustum dan al-Baihaqi juga meriwayatkannya melalui sanad Salm bin Junadah dan beliau berkata: Hadis ini adalah hadis gharib. Di samping melalui sanad Abu Salamah tetapi sanadnya lemah.
Setia juga bermaksud sifat rendah dirinya terhadap sahabatnya tidak berubah sekalipun kedudukan, kekuasaan dan pangkatnya semakin tinggi.
Bersetuju dengan sahabat dalam perkara yang bercanggah dengan agama bukanlah termasuk dalam erti kesetiaan. Imam Syafi'e r.hm. telah bersahabat dengan Muhammad bin Abdul Hakam. Beliau sentiasa mendampinginya dan bertemu dengannya. Apabila Imam Syafi'e dalam keadaan nazak, pengikutnya bertanya kepadanya: Wahai Abu Abdullah, selepas kematianmu, kepada siapakah lagi kami akan duduk (mempelajari ilmu agama). Muhammad bin Abdul Hakam ketika itu berada di sebelah kepala Imam Syafi'e sambil menonjol nonjolkan diri, memberi isyarat agar Imam Syafi'e menunjukkan kepadanya. Walau bagaimanapun Imam Syafi'e menjawab: Kamu pergilah kepada Abu Ya'qub al-Buwaiti. Muhammad bin Abdul Hakam pun terpinga-pinga kerana as-Syafi'e tidak memilihnya walaupun beliau pendokong mazhabnya. Imam Syafi'e mengisyaratkan kepada al-Buwaiti kerana beliau merupakan seorang yang lebih zuhud dan warak. Tindakan as-Syafi'e itu menjadi contoh dan nasihat terbaik kepada kaum muslimin agar meninggalkan perbuatan mengampu. Muhammad kecewa lalu meninggalkan mazhab as-Syafie dan selepas itu menjadi salah seorang pengikut mazhab Malik.²³²
232 Al-Qadhi Tyadh telah menolak kisah ini sebagaimana disebutkan dalam kitab Tartib al-Madarik (3/65). Sila rujuk.
Antara maksud setia juga ialah tidak mendengar khabar-khabar angin berkenaan sahabatnya serta tidak mempercayai kata-kata musuh sahabatnya itu.
Hak Ketujuh:
Meringankan dan tidak membebankan. Iaitu tidak membebankan saudaranya dengan sesuatu yang menyusahkannya. Dia sentiasa menyembunyikan segala keperluannya kerana tidak mahu mengambil kesempatan daripada pangkat dan harta sahabatnya bagi mendapatkan sesuatu. Dia juga tidak akan menyusahkan sahabatnya itu dengan memintanya agar sentiasa memerhatikan keadaannya, menunaikan hak-haknya dan merendah diri kepadanya.
Dia hendaklah mengasihi sahabatnya semata-mata kerana Allah, mengambil berkat dari doanya, merasa mesra dan seronok apabila bertemu dengannya, mengambil manfaat dan pengajaran daripada penghayatan agamanya serta bertaqarrub kepada Allah Taala dengan cara menunaikan hak-hak sahabatnya itu. Bagi mengelakkan sahabatnya merasa keberatan (kerana merasa malu atau segan), hendaklah dia melakukan sesuatu sehingga menjadikannya tidak merasa segan sebagaimana dia tidak merasa segan melakukannya ketika bersendirian.
Ja'afar bin Muhammad berkata: Sahabat yang paling berat ke atasku ialah yang selalu membebankan aku dan aku pula sentiasa berjaga-jaga (tidak dapat bergerak bebas) dalam setiap gerak geriku ketika bersamanya. Manakala sahabat yang paling ringan ialah apabila aku bersamanya, aku merasakan keadaan aku seperti bersendirian.
Setengah cendikiawan berkata: Sesiapa yang tidak membebankan saudaranya, kasih mesranya akan berkekalan.
Perkara ini menjadi lebih sempurna apabila kamu melihat mereka sentiasa mempunyai kelebihan berbanding kamu, bukan sebaliknya. Dengan itu, kamu meletakkan kedudukan kamu seumpama seorang khadam ketika bersama-sama dengan mereka.
Adab-adab Pergaulan
Di akhir bab ini kami akan menyebutkan beberapa adab pergaulan dengan orang ramai.
Antara sifat pergaulan yang baik ialah:
i. Kamu menjaga kehormatan diri tanpa rasa sombong serta bersifat tawaduk dalam keadaan tidak menghinakan diri. Kamu bertemu sahabat dan musuh dengan wajah yang ceria tanpa merasa hina dan takut kepada mereka. Kamu juga hendaklah menjaga adab-adab ketika dalam majlis. Antaranya tidak bermain-main dengan menyilang-nyilangkan jari kedua tangan, tidak mengorek hidung, banyak berludah dan menguap.
ii. Mendengar dengan teliti terhadap orang yang sedang bercakap dengan kamu dan jangan memintanya mengulang-ulangi kata. kata yang telah disampaikannya. Jangan bercakap dengan melahirkan rasa kagum kamu terhadap anak dan hamba perempuan kamu serta jangan berperangai seperti seorang perempuan yang suka berhias-hias atau pun tidak hiraukan cara pemakaian sepertimana sikap seorang hamba.
iii. Jadikan ahli keluarga kamu takut kepadamu tanpa menggunakan kekerasan serta berlemah lembut dengan mereka tanpa menunjukkan kelemahan.
iv. Jangan bergurau dengan hamba perempuan dan lelaki kamu, kerana ia boleh menghilangkan kehebatan kamu kepada mereka dan jangan terlalu banyak berpaling ke belakang.
v. Jangan kamu duduk dalam satu majlis bersama raja atau pemerintah. Sekiranya terpaksa juga, kamu hendaklah berwaspada dari melakukan dosa-dosa dan mengumpat. Jagalah rahsianya dan berwaspada daripada bersenda-gurau di sampingnya. Janganlah sendawa dan mencungkil gigi ketika kamu bersama dalam majlis santapannya. Sekiranya dia sentiasa mendampingimu, berhati-hatilah dengannya. Sekiranya dia berbual panjang denganmu, jangan kamu merasa selamat dari helahnya. Berbelas kasihanlah kepadanya sebagaimana kamu merasa belas kasihan kepada bayi. Bercakaplah apa yang disukainya dan jangan kamu masuk campur urusan antaranya dengan keluarga dan kerabatnya.
vi. Jauhilah dari sahabat yang hanya datang semasa kamu senang.
vii. Jangan jadikan harta kamu lebih mulia daripada maruah diri kamu.
viii. Apabila kamu masuk ke dalam majlis, duduklah di satu tempat yang lebih hampir kepada sifat tawaduk.
ix. Jangan duduk di tepi jalan. Sekiranya kamu duduk juga, kamu hendaklah merendahkan pandangan, menolong orang yang dizalimi dan menunjuk jalan kepada orang yang tersesat.
x. Jangan meludah ke arah kiblat dan juga sebelah kanan kamu. Ludahlah ke sebelah kiri di bawah kaki kiri kamu.
xi. Berwaspada dari bercampur gaul dengan orang awam. Sekiranya kamu bersama mereka, janganlah terpengaruh dengan akhlak buruk mereka dan jangan hanyut dalam perbualan dengan mereka.
xii. Jauhkan diri daripada banyak bergurau, kerana orang cerdik akan benci kepada kamu manakala orang jahil dan bersifat buruk pula akan berani mempermainkan kamu.
Hak-hak Seorang Muslim, Keluarga, Jiran, Raja dan Seumpamanya.
Antara hak-hak seorang muslim ialah:
i. Memberi salam ketika bertemu dengannya, menghadiri jemputannya, mendoakannya ketika bersin, menziarahinya ketika sakit, menziarahi jenazahnya, menerima atau melaksanakan apa yang dia telah bersumpah supaya melakukannya²³³, memberi nasihat apabila dia memintanya, menjaga dan mempertahankan dirinya ketika dia tiada, menyukai dan membenci sesuatu berlaku terhadap dirinya sebagaimana yang kamu sukai dan benci ianya berlaku terhadap diri kamu sendiri. Kesemua hak ini diriwayatkan dalam banyak athaar.²³⁴
233 Contohnya dia bersumpah: Demi Allah, terimalah hadiahku ini atau demi Allah, makanlah makanan yang dihidangkan ini. Maka hendaklah dia menerima hadiahnya itu dan memakan hidangan tersebut kecuali dalam perkara maksiat, maka dia hendaklah menolaknya-pent.
234 Kesemuanya adalah masyhur, sahih dan thabit.
ii. Tidak menyakiti sesiapapun di kalangan kaum muslimin sama ada dengan perbuatan atau percakapan dan bersifat tawaduk, tidak berlagak sombong atau takabur terhadap mereka. Jangan mendengar khabar-khabar angin mengenai mereka dan jangan pula memberitahu mereka apa yang kamu dengar itu.
iii. Jangan meninggalkan atau menjauhi sahabat kamu (kerana berbalah dengannya) lebih dari tiga hari, sebagaimana terdapat hadis yang masyhur mengenainya.²³⁵
235 Riwayat al-Bukhari (10/403), Muslim (2559), Malik (2/907), Abu Daud (4910) dan at-Tirmizi (1936) daripada Anas r.a..
Dalam hadis lain, Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
Haram kepada seseorang mukmin menjauhi (tidak bertegur sapa) seseorang mukmin yang lain lebih daripada tiga hari. Apabila berlalu tiga hari, hendaklah dia bertemu dengan nya dan memberi salam kepadanya. Sekiranya dia menjawab salam, kedua-duanya mendapat ganjaran pahala. Sekiranya dia tidak menjawabnya, orang yang memberi salam telah terlepas dari kesalahan tidak bertegur sapa.²³⁶
Larangan menjauhi seseorang muslim sebagaimana di atas adalah berkait dengan perkara dunia. Adapun yang berkait dengan. hak agama, tindakan menjauhi ahli bid'ah, golongan yang menuruti hawa nafsu dan maksiat hendaklah dilakukan secara berterusan selagi mana tiada tanda-tanda bahawa mereka telah bertaubat dan kembali kepada kebenaran.²³⁷
237 Terdapat satu risalah yang bertajuk az-Zajru bil Hijr oleh Imam Suyuti r.hm.. Terdapat satu naskhah manuskripnya di Perpustakaan al-Arif di Madinah Munawwarah (108-Majami).
iv. Berbuat baik kepada semua muslimin setakat kemampuan. nya. Hendaklah meminta izin ketika mahu masuk bertemu dengan seseorang daripada mereka. Sekiranya dia tidak mengizinkannya setelah memintanya sebanyak tiga kali, dia hendaklah berpaling meninggalkannya.
v. Bergaul dengan orang ramai dengan akhlak yang baik. Pergaulan tersebut hendaklah sesuai dengan individu tersebut. Sesiapa yang melayan orang jahil dengan penuh keilmuan, melayan orang yang lalai dengan masalah-masalah fekah dan orang dungu dengan penerangan akademik, itu bermakna dia telah menyakiti mereka dan dirinya sendiri.
vi. Menghormati orang tua dan menyayangi kanak-kanak. Wajahnya hendaklah sentiasa lembut dan ceria ketika bersama sama orang lain. Hendaklah menunaikan janji dengan mereka dan berlaku adil terhadap mereka dengan dirinya sendiri. Dia juga hendaklah melakukan sesuatu kepada orang lain sebagaimana dia suka kalau ia dilakukan kepadanya.
Al-Hasan berkata: Allah Taala telah mewahyukan empat perkara kepada Nabi Adam a.s. di mana firman-Nya: Keempat empat perkara ini merangkumi keseluruhan perintah untukmu dan juga anakmu. Satu perkara untuk-Ku, satu lagi untukmu, satu perkara mengenai hubunganmu dengan-Ku dan satu lagi mengenai hubungan kamu dengan manusia seluruhnya. Perkara untuk-Ku ialah kamu hendaklah menyembah Aku dan jangan menyengutukan Aku dengan sesuatu yang lain. Perkara untukmu pula ialah amalan kamu. Aku akan memberikan ganjarannya lebih daripada apa yang kamu mahukan. Manakala mengenai hubungan-Ku denganmu ialah kamu hendaklah berdoa dan Akulah yang akan memperkenankanya. Dan mengenai hubunganmu dengan manusia lain pula ialah kamu hendaklah dampingi mereka dengan cara yang kamu suka jika mereka lakukannya kepada kamu.
vii. Menghormati golongan yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat.
viii. Membaiki hubungan antara dua orang yang bermasam muka dan menutup keaiban orang Islam.
Sesiapa yang meneliti bagaimana Allah Taala menutup keaiban golongan yang melakukan maksiat di dunia, nescaya dia akan mencontohi sifat lemah lembut-Nya itu. Allah Taala telah menetapkan empat orang saksi yang adil dalam penyaksian kes yang berkait dengan jenayah zina. Keempat-empat mereka hendaklah menyaksikan perbuatan tersebut dengan jelas sebagaimana melihat batang celak memasuki bekasnya. Syarat-syarat ini amat sukar didapati kerana kebanyakannya tidak sepakat. Allah yang bersifat begitu mulia di dunia ini, pasti amat diharapkan kemuliaan-Nya yang serupa di akhirat kelak.
ix. Menjauhkan diri dari tempat-tempat yang boleh menimbulkan tohmahan orang ramai agar dapat menghindarkan hati mereka daripada bersangka buruk dan menjauhkan lidah mereka daripada perbuatan mengumpat.
x. Memberi pertolongan kepada setiap orang Islam yang berhajat termasuklah menjadi perantara antara mereka dengan orang yang berkedudukan di samping berusaha menunaikan keperluan mereka.
xi. Memulakan percakapan dengan seorang muslim yang lain dengan ucapan salam. Sunat juga bersalaman dengannya. Anas r.a. meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., sabdanya:
Apabila dua orang muslim bertemu lalu salah seorang daripada keduanya menjabat tangan saudaranya, menjadi hak ke atas Allah Taala untuk memperkenankan doa kedua duanya. Tangan mereka berdua tidak terlerai sehinggalah Dia mengampuni dosa-dosa mereka.²³⁸
Dalam hadis lain bermaksud:
Apabila seseorang mukmin bersalaman dengan seorang mukmin yang lain, akan turun seratus rahmat ke atas mereka berdua. Sembilan puluh sembilan rahmat diberikan kepada yang lebih ceria dan lebih mulia akhlaknya.²³⁹
239 Riwayat at-Tobrani dalam kitab al-Ausot. Pada sanadnya terdapat al-Hasan bin Kathir yang tidak dikenali. Perawi lain adalah thiqah. Demikian juga disebutkan oleh al-Haithami dalam kitab al-Mujamma' (8/37). Perkara yang sama juga disebut oleh al-Iraqi dalam kitab al-Mughni (2/204).
Harus mencium tangan atau memeluk golongan yang dimuliakan kerana agamanya. Manakala memimpin binatang tunggangan kerana memulia dan menghormati ulamak, Ibnu Abbas r.a. telah melakukannnya kepada Zaid bin Thabit. Berdiri kerana memuliakan mereka adalah perbuatan baik tetapi tunduk kepada mereka adalah dilarang.²⁴⁰
240 Bagaimana boleh dikatakan demikian sedangkan Anas r.a. telah berkata: Individu yang paling dicintai dan dirindui oleh sahabat ialah Rasulullah sa.w., tetapi mereka tidak berdiri apabila berjumpa dengan Baginda. Ini kerena mereka tahu bahawa Baginda tidak menyukainya. Riwayat al Bukhari dalam kitab al-Adab al-Mufrad (946) dan at-Tirmizi (2/125) serta Ahmad (3/132) dengan sanad yang sahih.
xii. Memelihara maruah saudaranya yang muslim serta melindungi diri dan hartanya dari dizalimi. Dia hendaklah memperjuang dan mempertahankan hak-hak saudaranya itu.
xiii. Apabila diuji dengan sahabat yang jahat, seharusnya dia menunjukkan layanan yang baik (apabila berjumpa) sambil berwaspada darinya sebagaimana yang diceritakan dalam hadis Aisyah r.ha.²⁴¹
241 Riwayat al-Bukhari (10/438) dan Muslim (2291). Dalam hadis tersebut ada menyebut yang bermaksud: Wahai Aisyah, orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat ialah orang yang dipulaukan oleh manusia kerana takutkan kejahatannya.
Muhammad bin al-Hanafiyyah berkata: Seseorang itu tidak dianggap bijaksana selagi mana dia tidak memperelokkan pergaulannya dengan orang yang terpaksa digaulinya (kerana dia sangat membencinya lantaran kejahatannya), sehinggalah Allah memberikan jalan keluar untuknya.
xiv. Menjauhi daripada bergaul dengan golongan kaya, bahkan bergaullah dengan golongan miskin dan berbuat baiklah kepada anak-anak yatim.
xv. Menziarahi mereka yang sakit. Antara adab-adab menziarahi orang sakit ialah meletakkan tangan ke atas orang yang sakit dan bertanyakan hal keadaannya, tidak duduk terlalu lama di situ, menzahirkan belas kasihan kepadanya, berdoa semoga dia cepat sembuh dan tidak memandang-mandang kepada kekurangan yang ada pada tempat tersebut.
Disunatkan kepada pesakit melakukan sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim²⁴² daripada hadis Othman bin Abu al-As r.a. bahawa dia (Othman) telah mangadu sakit pada satu bahagian anggota badannya semenjak dia memeluk Islam. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya:
242 Hadis No. 2202, Malik (2/942), Abu Daud (3891) dan at-Tirmizi (2081).
Letakkan tangan kamu ke atas bahagian anggota yang sakit itu dan bacakan: Bismillah tiga kali dan bacakan tujuh kali: Aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuasaan Allah Taala daripada kejahatan yang aku dapati dan yang aku takuti.
Antara adab-adab seorang pesakit ialah bersabar, tidak banyak mengadu dan tidak melahirkan rasa kecewa. Dia hendaklah sentiasa berdoa dan bertawakkal kepada Allah Taala.
xvi. Mengiringi jenazah dan menziarahi kubur-kubur mereka. Yang dimaksudkan dengan mengiringi di sini ialah menunaikan hak orang Islam dan mengambil iktibar daripadanya.
Al-A'masy berkata: Kami pernah menziarahi jenazah dan ketika itu kami tidak tahu kepada siapa kami mahu ucapkan takziah, kerana kesemua orang kelihatan bersedih.
Yang dimaksudkan menziarahi kubur pula ialah dengan berdoa²⁴³, mengambil iktibar dan melembutkan hati.
243 Membaca al-Quran sebagaimana dilakukan oleh sebahagian masyarakat adalah perkara yang tidak berdasarkan dalil atau nas.
Antara adab-adab mengiringi jenazah ialah berjalan kaki (ketika membawanya ke kubur), sentiasa dalam keadaan khusyuk, tidak berbual-bual, memerhatikan mayat, berfikir tentang kematian dan bersedia untuk menghadapinya.
Hak-hak Jiran
Hak kejiranan sama seperti hak persaudaraan Islam. Dengan itu jiran mempunyai hak sebagaimana hak seorang muslim bahkan lebih lagi. Dalam satu hadis yang bermaksud:
Jiran terdiri daripada tiga; Jiran yang mempunyai satu hak, jiran yang mempunyai dua hak dan jiran yang mempunyai tiga hak. Jiran yang mempunyai tiga hak ialah jiran seorang muslim yang ada hubungan kekeluargaan. Baginya hak kejiranan, hak sebagai seorang Islam dan hak ahli keluarga, Jiran yang mempunyai dua hak ialah jiran seorang muslim. Baginya hak sebagai orang Islam dan hak kejiranan. Manakala jiran yang mempunyai satu hak ialah jiran seorang musyrik (hanya mempunyai hak kejiranan).²⁴⁴
244 Dikeluarkan oleh Abu Naim dalam kitab al-Hilyah (5/207), al-Hasan bin Sufian dan al-Bazzar dalam kitab Musnad masing-masing dan Abu al Syeikh dalam kitab at-Thawab daripada hadis Jabir, dan Ibnu 'Adi daripada hadis Ibnu Umar r.a.. Kedua-duanya daif. Lihat dalam kitab al-Mughni (2/212) dan al-Faidh (3/367).
Ketahuilah bahawa hak kejiranan bukan sahaja menahan diri daripada melakukan sesuatu yang menyakitkan bahkan bersabar menghadapi kerenah daripada jiran serta bersikap lemah lembut.
Antaranya juga ialah memulakan perkara kebajikan, ucapan salam, tidak mengambil masa yang panjang ketika bercakap dengan jiran, menziarahinya ketika sakit, mengucap takziah ketika ditimpa musibah, mengucap tahniah ketika dia mendapat sesuatu yang menggembirakan, memaafkan kesalahannya, tidak mengintai-ngintai atau memerhati ke dalam rumahnya, tidak menyusahkannya dengan menyandarkan kayu pada dinding rumahnya, tidak menuang air ke dalam pancuran air rumahnya, tidak membuang tanah ke halamannya, tidak terus menerus memandang sesuatu yang dibawa ke dalam rumahnya, menutup keaibannya yang terdedah, tidak mencuri dengar perbualannya (dengan orang lain), merendahkan pandangannya terhadap ahli keluarganya dan sentiasa mengambil berat terhadap hajat atau keperluan ahli keluarganya ketika ketiadaannya.
Hak-hak Kaum Kerabat dan Keluarga
Dalam hadis sahih, riwayat Aisyah r.ha. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
Silaturrahim tergantung di Arasy. Ia berkata: Sesiapa yang menyambungku, Allah akan menyambung hubungan-Nya dengannya dan sesiapa yang memutuskanku, Allah akan memutuskan ikatan-Nya dengannya.²⁴⁵
Dalam hadis lain riwayat al-Bukhari:
Orang yang menyambung ikatan silaturrahim itu bukan hanya orang yang membalas (budi atau kebaikan kaum keluarganya) tetapi sebenarnya ialah orang yang menyambung kembali ikatan tersebut apabila ia terputus.²⁴⁶
Dalam hadis riwayat Muslim²⁴⁷ menyebut bahawa:
247 Riwayat Muslim (2558).
Seorang lelaki telah mengadu: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mempunyai kaum kerabat yang aku mahu menjalinkan hubungan dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka melakukan kejahatan kepadaku. Aku berlembut dengan mereka tetapi mereka tidak mempedulikanku. Sabda baginda: Sekiranya benar sebagaimana yang kamu katakan, kamu seolah-olah telah mencampakkan abu yang panas ke muka mereka. Allah sentiasa menolong kamu selama mana kamu sedemikian.
Maksudnya ialah kamu sentiasa dibantu oleh Allah dalam menghadapi mereka. Mereka sudah tidak ada hujah untuk mendakwa kamu di atas alasan hak kekeluargaan (dengan sebab perbuatan mereka itu) sebagaimana orang yang dilemparkan abu panas ke mukanya terputus kata-katanya dan tidak dapat bercakap apa-apa lagi.
Terdapat hadis-hadis yang banyak dan masyhur berkenaan silaturrahim, hak-hak kedua ibubapa²⁴⁸ dan lebih-lebih lagi hak ibu.
248 Syeikh Nizam Sakajaha mempunyai dua buah buku kecil dalam bab ini. Salah satunya dalam bentuk manuskrip dan satu lagi telah dicetak. Kedua duanya amat bermanfaat..
Hak-hak Seorang Anak
Manusia secara fitrahnya memang cenderung ke arah menyayangi anaknya. Oleh itu tidak perlu ditekankan lagi berkenaan tanggungjawab bapa terhadap anaknya. Namun begitu, kadang-kala hawa nafsu seorang bapa lebih mengatasi kepentingan anaknya lalu dia meninggalkan tanggungjawab mengajar dan mendidiknya. Firman Allah Taala:
Wahai orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan kaum keluarga kamu dari api neraka.
(Al-Tahrim: 6)
Ulamak tafsir berkata: Maksudnya ialah ajar dan didiklah mereka.
Seorang bapa seharusnya menamakan anaknya dengan nama yang baik dan melakukan aqiqah²⁴⁹ untuknya. Apabila sampai umur tujuh tahun, dia hendaklah menyuruhnya sembahyang dan mengkhatankannya. Apabila anaknya baligh, hendaklah dia kahwinkannya.
249 Aqiqah ialah menyembelih kambing pada hari ketujuh selepas kelahirannya. Bagi anak lelaki dua ekor kambing dan anak perempuan satu ekor. Lihat kitab Tuhfah al-Maudud karangan Ibnul Qayyim dan Thalathu Sya'a-ir karangan Umar Sulaiman al-Asyqar.
Manakala hak-hak seorang hamba ialah memberi makanan dan pakaian kepadanya. Tidak membebankannya dengan kerja yang tidak mampu dilakukan, tidak memandang hina kepadanya dan hendaklah memaafkan kesalahan-kesalahannya. Ingatlah kepada Allah ketika dia melakukan kesalahan kerana Allah amat memaafkan kesalahan hambanya. Justeru, hendaklah dia memaafkannya agar Allah juga mengampunkan dosanya.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.
No comments:
Post a Comment