Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 18: Latihan Jiwa, Mendidik Akhlak Dan Cara Merawat Penyakit Hati
Tajuk Mudarasah: Fasal 1 : Kelebihan AKhlak Baik Dan Kehinaan Akhlak Buruk
Sub Tajuk: Bagaimana Mendidik Sikap Kesederhanaan?
Halaman Rujukan Kitab : 263
Nota Mudarasah:
Sifat kesederhanaan ini kadang-kadang lahir secara fitrah yang berupa anugerah daripada Pencipta. Ramai kanak-kanak yang dibesarkan dengan bersifat benar, pemurah dan lemah lembut. Kadang-kadang, sifat-sifat ini lahir dari usaha iaitu melalui proses pembersihan jiwa dengan mendidiknya ke arah akhlak yang dikehendaki. Barangsiapa yang ingin menjadi pemurah, hendaklah berusaha menjadi pemurah dengan sentiasa memberi (sama ada dalam bentuk sedekah, hibah atau hadiah) agar perkara tersebut lama-kelamaan menjadi tabiatnya.
Begitu juga siapa yang mahu bersifat tawaduk hendaklah membiasakan diri dengan amalan orang yang tawaduk. Begitulah seterusnya dengan akhlak-akhlak terpuji yang lain. Bak kata pujangga: Alah bisa tegal biasa. Kebiasaan akan memberi kesan langsung dalam perkara ini. Sebagaimana halnya orang yang mahu menjadi penulis hendaklah mendalami bidang penulisan, manakala orang yang ingin mahir dalam bidang fekah hendaklah sentiasa bersifat seperti ahli fekah yang mengulang kaji bidangnya berulang ulang kali sehingga hatinya menjadi sebati dengan sifat ahli fekah. Kesannya tidak boleh diharapkan berlaku dengan segera sama ada dalam masa dua atau tiga hari. Bahkan kesannya hanya akan muncul apabila ia dilakukan secara berterusan. Sebagaimana tidak boleh mengharapkan badan menjadi tinggi dalam masa dua atau tiga hari (bahkan perlu melalui proses tumbesaran dengan makan dan minum yang secukupnya secara berterusan) kerana penjagaan secara berterusan mempunyai kesan yang amat besar (dalam semua aspek kehidupan).
Sebagaimana seseorang itu tidak boleh memandang remeh kepada ibadat-ibadat kecil yang malkannya, demikianlah juga dia tidak boleh memandang ringan terhadap dosa-dosa kecil yang dilakukannya secara berterusan. Ini kerana, jika sesuatu yang kecil itu dilakukan secara berterusan (sama ada baik atau buruk), ia boleh mempengaruhi dirinya. Membiasakan diri dengan perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan akan memberi kesan dan mengubah tabiat dirinya. Sebaliknya membiarkan diri dengan sikap malas akan menjadikannya sebagai satu kebiasaan dan akibatnya dia akan terhalang dari segala jenis kebaikan.
Kadang-kadang akhlak yang baik juga boleh diperolehi melalui pergaulan dengan orang yang baik. Tabiat atau sikap manusia adalah seumpama pencuri. Ia akan mencuri apa sahaja sama ada baik atau buruk.
Aku berkata: Perkara tersebut dikuatkan dengan sabda Rasulullah s.a.w.:
الْمَرْءُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ
“Seseorang itu berada di atas agama temannya maka hendaklah seseorang dari kamu melihat dengan siapa dia bersahabat.³⁴³”
343 Hadis riwayat Abu Daud (4833) dan at-Tarmizi (2379) daripada Abu Hurairah r.a. dengan sanad yang hasan.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment