Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 18: Latihan Jiwa, Mendidik Akhlak Dan Cara Merawat Penyakit Hati
Tajuk Mudarasah: Fasal 2 : Cara Membaiki dan Mendidik Akhlak
Sub Tajuk: Bagaimana Mendidik Sikap Kesederhanaan?
Halaman Rujukan Kitab : 264
Nota Mudarasah:
Fasal 2: Cara Memperbaiki dan Mendidik Akhlak
Kita telah sama-sama ketahui bahawa akhlak yang seimbang menandakan jiwa yang sihat. Manakala menyimpang dari kesederhanaan ini akan mengundang penyakit dan penderitaan. Ketahuilah bahawa merawat jiwa yang menderita sama seperti merawat tubuh badan yang sakit. Sebagaimana tubuh badan yang dicipta ini hanya akan sempurna dengan penjagaan makan minum yang baik, maka demikianlah juga jiwa yang diciptakan dengan serba kekurangan sentiasa bersedia untuk disempurnakan. Jiwa hanya akan sempurna melalui proses pembersihan (at-tazkiah) dan membaik pulih akhlak. Manakala proses penjagaan makanannya ialah melalui ilmu pengetahuan (yang berguna mengenainya).
Jika tubuh badan sihat, peranan doktor hanyalah memastikan kesihatan terus terjaga. Apabila ia sakit, tugasnya pula ialah memastikan kesihatan pulih semula. Begitulah juga halnya jiwa yang telah suci bersih yang terdidik dengan akhlak yang mulia, perlu dijaga dan terus dipupuk supaya bertambah kuat. Sekiranya jiwa itu hilang kesempurnaannya, maka tugasnya ialah berusaha untuk membawa kesempurnaan itu kembali bertakhta padanya.
Penyakit yang menghinggapi tubuh badan hanya boleh dirawat dengan ubat yang bertentangan dengan sifat penyakit tersebut. Penyakit yang bersifat panas perlu dirawat dengan ubat yang bersifat sejuk dan begitulah sebaliknya. Demikianlah juga dengan akhlak yang buruk yang merupakan sebahagian daripada penyakit hati. Rawatannya hendaklah menggunakan ramuan yang berlawanan dengan penyakitnya. Penyakit jahil dirawat dengan ubat ilmu (belajar), bakhil dengan sifat pemurah, takabbur dengan rendah diri dan sifat pelahap atau berahi dirawat dengan menghindarkan diri daripada sesuatu yang menyelerakan atau menggiurkan.
Sebagaimana seseorang itu perlu sanggup menelan ubat yang pahit dan bersabar sepenuhnya dari mengambil sesuatu yang menyelerakan demi menyembuhkan badan yang sakit, demikianlah juga dia perlu sanggup bermujahadah dan terus bersabar mengubati penyakit hati. Bahkan ia lebih dituntut dan lebih utama dilakukan. Ini kerana penyakit badan berakhir dengan kematian tetapi penyakit hati merupakan azab sengsara yang akan terus berkekalan selepas mati.
Sesiapa yang bertindak merawat jiwa orang lain, janganlah dia terus kemukakan kepadanya satu bentuk rawatan atau latihan tertentu tanpa mengetahui terlebih dahulu tingkah laku dan pe nyakit yang dihidapinya. Ini kerana setiap penyakit mempunyai kaedah rawatan yang berbeza. Orang yang jahil dengan hukum syarak hendaklah diubati dengan mengajarnya. Manakala orang bawa kepada perasaan rendah diri. Begitu juga seorang yang pemarah, hendaklah dirawat dengan melazimi sikap berlemah lembut.
Keazaman yang kuat amat diperlukan oleh orang yang ingin membaiki dirinya. Sekiranya dia berbelah bahagi dalam melakukannya, kejayaan sukar diperolehi. Jika dirasai azamnya begitu lemah, dia perlu memaksa dirinya supaya banyak bersabar. Jika azamnya itu tetap lemah, dia perlu menghukum dirinya sendiri agar sifat lemah tersebut tidak berulang lagi. Sebagaimana seseorang itu berkata kepada dirinya sendiri: Aku akan menderamu dengan berpuasa setahun kerana kamu telah bercakap mengenai perkara yang tidak mendatangkan faedah atau memberi manfaat kepada dirimu.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment