Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 18: Latihan Jiwa, Mendidik Akhlak Dan Cara Merawat Penyakit Hati
Tajuk Mudarasah: Fasal 3 : Tanda-tanda Penyakit Hati dan Rawatannya Serta Cara Mengenali Keaiban Diri Sendiri (Bahagian 3)
Halaman Rujukan Kitab : 268
Nota Mudarasah:
Amal soleh hanya akan lahir dari akhlak yang baik. Oleh kerana itu, setiap hamba hendaklah memeriksa diri dan akhlaknya serta berusaha merawati sifat buruknya satu persatu. Orang yang kuat keazamannya mestilah bersabar dalam mengharungi kepahitan jalan ini kerana dengan kebiasaan, segala kepahitan akan menjadi manis. Budak yang lepas menyusu, akan mula selesa dengan keadaannya walaupun pada awalnya sukar menerima kenyataan tersebut. Selepas itu kalau dihulurkan kembali susu ibunya, pasti dia akan menolaknya. Sesiapa yang mengetahui singkatnya usia berbanding dengan kehidupan akhirat, dia pasti akan sanggup menanggung kesusahan perjalanan beberapa hari ini demi mengecapi nikmat abadi kelak. Ibarat kata pujangga Arab: Apabila muncul waktu pagi, semua orang akan memuji-muji kerana meredah perjalanan malam (sanggup menanggung kesusahan dahulu demi mendapat kerehatan kemudiannya).³⁴⁴
344 Ini adalah pepatah arab yang masyhur. Lihat kitab karangan Abu Ubaid Al-Bakri yang berjudul Faslul Maqal
Ketahuilah jika Allah Taala menghendaki kebaikan kepada hamba-Nya, Dia akan menjadikannya dapat melihat keburukan dirinya sendiri. Sesiapa yang celik mata hatinya pasti akan dapat melihatnya. Apabila keaiban diri sudah diketahui, dia akan cuba merawatnya. Tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui tentang kelemahan mereka sendiri. Mereka mampu melihat debu halus pada mata saudaranya namun tidak dapat melihat batang pokok yang berada pada matanya sendiri.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment