Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 18: Latihan Jiwa, Mendidik Akhlak Dan Cara Merawat Penyakit Hati
Tajuk Mudarasah: Fasal 3 : Tanda-tanda Penyakit Hati dan Rawatannya Serta Cara Mengenali Keaiban Diri Sendiri (Bahagian 4)
Halaman Rujukan Kitab : 269
Nota Mudarasah:
Orang yang ingin menilai kekurangan dirinya mempunyai empat cara untuk melakukannya:
i. Bersemuka dengan guru yang tahu selok-belok penyakit hati. Dia akan menjelaskan kelemahan-kelemahan dirinya serta cara untuk mengatasinya. Pada zaman sekarang, orang sebegini sukar ditemui.³⁴⁵ Sesiapa yang dapat menemuinya, dia sebenarnya berhadapan dengan seorang doktor yang mahir. Oleh itu, janganlah dia cuba mengenepikan atau meninggalkannya.
345 Bagaimana pula dengan situasi pada hari ini selepas berlalu sembilan kurun (dari tarikh al-Jauzi mengarang kitabnya itu).
ii. Mencari kawan yang benar, boleh dipercayai, peka dan beragama. Dia melantik kawannya itu sebagai pemerhati kepada dirinya supaya dia dapat menyedarkannya tentang tingkah laku dan tindakannya yang tercela.
Amirul Mukminin, Umar bin al-Khattab r.a. berkata: Mudah mudahan Allah Taala merahmati orang yang dapat menunjukkan kelemahan-kelemahan diri kami.
Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada Salman r.a. tentang kelemahan dirinya lalu Salman berkata: Aku ada mendengar kamu makan dua jenis lauk dalam satu hidangan dan kamu mempunyai dua helai pakaian; satu untuk waktu malam dan satu lagi untuk waktu siang. Dia berkata lagi: Ada perkara lain lagi? Dia menjawab: Tidak. Umar berkata: Dua perkara ini pun sudah cukup mengaibkan dan menunjukkan kelemahan diriku.
Saidina Umar r.a. juga pernah bertanya kepada Huzaifah: Adakah aku termasuk di kalangan orang munafik?.
Sikap sebegini timbul kerana semakin tinggi martabat kesedaran seseorang, semakin bertambahlah tahap ketelitian dan sensitivitinya terhadap dirinya. Pada zaman sekarang amat sukar untuk mendapat kawan yang mempunyai kriteria seperti ini. Terlalu sedikit sahabat yang bersikap tidak mengampu lalu sanggup mendedahkan kelemahan sahabatnya atau yang tidak bersifat dengki lalu dia menasihati sahabatnya sekadar yang sepatutnya.³⁴⁶
346 Ucapan pengarang r.hm. ini begitu hebat seolah-olah dia menulisnya buat generasi kita sekarang, terutamanya buat pendakwah di jalan Allah Taala.
Para ulamak salaf amat suka jika ada orang menegur kesalahan mereka tetapi kebiasaan yang berlaku sekarang adalah sebaliknya di mana orang seperti itulah yang paling kita benci. Ini adalah tanda lemahnya iman. Akhlak yang buruk seumpama kala jengking. Jika ada seorang yang memberitahu bahawa ada seekor jengking dalam baju salah seorang antara kita, pasti kita akan berterima kasih kepadanya dan berusaha bersama-sama untuk membunuh jengking tersebut. Sebagaimana yang diketahui umum bahawa akhlak yang buruk adalah lebih besar bahaya dan mudaratnya dari kala jengking.³⁴⁷
347 Oleh itu, kita seharusnya berterima kasih kepada orang yang sanggup menegur dan memberitahu kesalahan kita.
iii. Mengenali kelemahan dirinya melalui cakap-cakap para seterunya. Ini kerana mata yang memandang dengan penuh kebencian akan membongkarkan semua keburukan.³⁴⁸
348 Seperti syair yang diluahkan oleh Imam Syafie r.hm. dalam kitab ad-Diwan (145) dan kitab as-Sirajul Munir oleh al-Azizi (2/521) iaitu:
Mata yang telah menyukai seseorang akan menjadi kabur apabila melihat kekurangan, Sementara mata yang marah akan membongkar segala keburukan.
Musuh yang banyak menyebut segala kelemahan diri kamu adalah lebih berfaedah dari kawan yang sentiasa mengampu dan menyembunyikan kelemahanmu.
iv. Bergaul dengan orang ramai dengan syarat dia menjauhkan diri (tidak bersekongkol) setiap kali melihat berlaku perkara yang tidak baik atau tercela di antara sesama mereka.³⁴⁹
349 Sesiapa yang mempunyai kesemua empat cara ini, dia akan memperolehi kebaikan yang banyak.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment