Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 18: Latihan Jiwa, Mendidik Akhlak Dan Cara Merawat Penyakit Hati
Tajuk Mudarasah: Keinginan Hawa Nafsu
Halaman Rujukan Kitab : 270
Nota Mudarasah:
Terdahulu kita telah sebutkan bahawa keinginan hawa nafsu tidak dicipta dengan sia-sia tanpa mempunyai manfaat. Kalau tidak adanya nafsu untuk makan, sudah tentu manusia tidak akan berusaha menghasilkan makanan. Jika tidak kerana nafsu berkelamin, sudah pasti keturunan manusia akan pupus. Nafsu yang tercela ialah nafsu yang melebihi dan melampaui batas yang sepatutnya. Ramai yang tidak memahami sempadan ini lalu mereka meninggalkan apa sahaja yang diingini oleh nafsunya. Ini adalah satu bentuk kezaliman kerana menafikan hak keperluannya secara total. Sedangkan ia mempunyai hak-hak yang mesti ditunaikan. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Sesungguhnya bagi diri (nafsu) kamu juga ada haknya.³⁵⁰
350 Riwayat Abu Daud (1369) daripada Aisyah r.ha.. Sanadnya daripada Ibnu Ishak dan dikuatkan dengan riwayat Abu Daud (2432) dan at-Tirmizi (748) daripada Muslim al-Qurasyi. Pada sanadnya ada Ubaidullah bin Muslim al-Qurasyi di mana hanya Ibnu Hibban yang mempercayainya. Dengan itu ia adalah hadis hasan, insya Allah.
Ada orang yang berkata: "Aku mahukan makanan itu semenjak tahun sekian, sekian lagi tetapi aku tidak menjamahnya". Ini merupakan satu bentuk penyelewengan atau penyimpangan dari perkara yang dihalalkan dan menyalahi sunnah Rasulullah s.a.w. kerana baginda juga makan apa yang menyelerakannya sama ada kuih-muih, madu dan lain-lain lagi. Oleh itu kita jangan mempedulikan orang zuhud yang cetek ilmunya ini di mana dia telah menghalang keinginan nafsunya sendiri dari menikmati sesuatu yang memang menjadi haknya. Tindakan ini lebih hampir kepada penganiayaan, bukannya keadilan.
Sesuatu yang diingini hanya boleh ditinggalkan apabila jalan untuk mendapatkannya adalah sukar atau terdapat halangan tertentu. Seperti dia perlu melalui cara yang salah untuk mem perolehinya atau bimbang boleh menyebabkan keazamannya (untuk membaiki diri) akan luntur apabila menikmatinya kerana menjadi ketagih. Mungkin juga dia bimbang akan terlalu kenyang dan menyebabkannya malas beribadat. Dalam keadaan-keadaan sebegini, seseorang itu boleh meninggalkan makanan yang diingininya. Menikmati apa yang diingini oleh hawa nafsunya dalam keadaan tertentu sahaja dengan tujuan untuk menguatkan jiwa adalah seperti merawat orang yang sedang sakit. Tindakannya itu adalah dipuji dan tidak sekali-kali dicemuh. Tidak mengapa melayani sedikit keinginan nafsu (yang harus) dengan tujuan supaya ia menjadi kuat dan bertenaga untuk menyusuli jalan menuju kepada Allah s.w.t..
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment