Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 18: Latihan Jiwa, Mendidik Akhlak Dan Cara Merawat Penyakit Hati
Tajuk Mudarasah: Tanda-Tanda Akhlak Yang Baik
Halaman Rujukan Kitab : 273
Nota Mudarasah:
Rasulullah s.a.w. juga telah menyebut ciri-ciri orang mukmin dengan berbagai sifat yang kesemuanya menunjukkan akhlak yang mulia. Dalam hadis al-Bukhari dan Muslim, daripada Anas r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda:

351 Riwayat al-Bukhari (1/53, 54), Muslim (45), an-Nasaie (8/115), at-Tirmizi (2517) dan Ibnu Majah (66).
Al-Bukhari dan Muslim juga meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

352 Riwayat al-Bukhari (10/373), Muslim (47) dan Abu Daud (5154). Juga terdapat riwayat daripada Abu Shuraih al-Adwi yang mempunyai maksud yang sama.
Dalam hadis lain menyebut:

353 Riwayat at-Tirmizi (1162) dan Abu Daud (4682) daripada Abu Hurairah r.a.. Dalam bab ini juga terdapat riwayat daripada Ibnu Abbas dan Aisyah r.a..
Antara akhlak yang baik ialah bersabar terhadap perilaku biadab yang menyakitkan. Terdapat dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim bahawa seorang arab badwi menarik kain selendang bahu Nabi s.a.w. sehingga ternampak kesan tarikan itu di leher baginda. Kemudian badwi itu berkata: Wahai Muhammad! Berilah kepadaku sebahagian dari harta kurniaan Allah yang ada di sisimu. Rasulullah s.a.w. pun berpaling kepadanya lalu tersenyum, kemudian baginda memerintahkan supaya diberikan sebahagian dari harta itu kepadanya.³⁵⁴ Ketika Rasulullah s.a.w. disakiti oleh kaumnya, baginda menadah tangan berdoa:
354 Riwayat al-Bukhari (5809) dan Muslim (1057) daripada Anas r.a..
Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui.³⁵⁵
355 Al-Hafiz Iraqi dalam kitab al-Mughni (3/71) berkata: Hadis ini riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi dalam kitab Dalaailun Nubuwah, daripada Sahl bin Saad r.a.. Dalam hadis Sahihain (al-Bukhari dan Muslim), riwayat daripada Ibnu Mas'ud menyatakan bahawa Nabi s.a.w. menceritakan perkara ini berkenaan seorang nabi yang telah dipukul oleh kaumnya. Aku berkata: Syeikh Albani dalam ulasannya dalam kitab Mishkat (5313) telah berkata: Diriwayatkan bahawa baginda s.a.w. juga ada berkata demikian kepada kaumnya. Ini tidak benar!.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment