Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 18: Latihan Jiwa, Mendidik Akhlak Dan Cara Merawat Penyakit Hati
Tajuk Mudarasah: Tanda-Tanda Akhlak Yang Baik
Halaman Rujukan Kitab : 274
Nota Mudarasah:
Diceritakan juga bahawa ketika Uwais al-Qarni dibaling batu oleh kanak-kanak, dia berkata: Wahai saudara kesayanganku! jika kamu hendak membaling juga, balinglah dengan anak-anak batu yang kecil agar betisku tidak berdarah sehingga menghalangku dari sembahyang.
Pada satu hari, Ibrahim bin Adham keluar ke padang pasir. Kemudian dia terserempak dengan seorang askar lalu askar tersebut bertanya kepadanya: Dimanakah saya boleh mencari kawasan penempatan manusia? Lalu Ibrahim menunjuk ke arah tanah perkuburan. Melihat perkara itu, askar itupun memukul kepalanya sampai berdarah. Apabila diberitahu kepadanya bahawa lelaki yang dipukulnya itu adalah Ibrahim bin Adham, lantas dia mencium tangan dan kaki Ibrahim. Ibrahim berkata: Apabila dia memukul kepalaku, aku berdoa agar Allah Taala memberikan syurga kepadanya kerana aku tahu bahawa aku diberi pahala melalui tindakannya itu. Oleh itu aku tidak mahu aku sahaja yang menerima kebaikan lantaran dari perbuatannya itu sedangkan dia menerima keburukan akibat dari doaku.
Sebahagian mereka telah melalui satu lorong dan salah seorang daripada mereka telah terkena abu yang dicurah dari atas rumah menyebabkan rakan-rakannya membebel marah. Lalu orang yang terkena abu tadi berkata: Siapa yang layak dicurahkan dengan api, kemudian diringankan dengan abu, dia sepatutnya tidak marah.³⁵⁶
356 Iaitu dia tidak sepatutnya marah bahkan perlu bersyukur kerana apa yang berlaku ke atasnya itu akan menghapuskan dosa-dosanya. Dengan itu dia selamat daripada api neraka-pent.
Inilah jiwa yang telah ditundukkan melalui proses pembersihan hati. Akhlak mereka telah menjadi seimbang dan dorongan batin di sebalik akhlak itu telah dijernihkan daripada kelodak tipudaya lalu membuahkan perasaan reda kepada ketentuan ilahi. Sesiapa yang masih belum mempunyai sebahagian daripada tanda-tanda yang ada pada mereka, dia hendaklah meneruskan latihan penjernihan jiwa ini agar dia akan sampai juga akhirnya. Sesungguhnya dia masih lagi dalam perjalanan (menuju ke destinasi yang diidamkan).
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment