Wednesday, 23 June 2021

SIRI 32 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan

Bab 19: Memecah Keinginan Dua Jenis Nafsu; Perut (Makan) Dan Seks

Tajuk Mudarasah: Nafsu Seks

Halaman Rujukan Kitab : 283

Nota Mudarasah:

Berkenaan nafsu seks pula. Ketahuilah bahawa nafsu ini diciptakan untuk manusia kerana dua faedah terbesar iaitu:

i. Mengekalkan baka keturunan.

ii. Supaya manusia dapat memahami dan merasai sesuatu nikmat yang dia boleh kiaskan kepada nikmat akhirat kelak. Ini kerana orang yang tidak merasai sesuatu jenis nikmat tidak akan merasa betapa rindunya dia untuk merasai nikmat tersebut. Namun, jika nafsu seks ini tidak diseimbangkan secara sederhana, ia akan mengundang bala bencana dan dugaan yang banyak. Sebab itulah wanita dikenali sebagai jerat syaitan.³⁶³
363 Ini mengisyaratkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Asfahani dalam kitab at-Taghrib dengan sanad yang tidak diketahui sebagaimana yang dinyatakan oleh Hafiz Iraqi dalam kitab al-Mughni (3/100).

Terdapat hadis bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

364 Riwayat al-Bukhari (9/118), Muslim (2740) dan at-Tirmizi (2781) daripada Usamah r.a...

Sebahagian orang soleh berkata: Kalau aku diamanahkan oleh seseorang untuk menjaga harta benda, aku rasa aku boleh tunaikan amanah tersebut. Tetapi kalau aku diamanahkan untuk menjaga seorang perempuan hitam secara bersendirian dengannya walaupun satu saa aku tidak yakin dapat mengawal diriku dari berlaku khianat terhadap perempuan tersebut.

Nabi s.a.w. bersabda lagi:

365 Riwayat at-Tirmizi (2166), Ahmad (1/18, 26), Ibnu Majah (2363), at-Thoyalisi (7), Hamidi (32), Abu Ya'la (141, 142), al-Qudhoie (403), at-Tohawi dalam kitab Syarah Ma'ani al-Athar (4/150) dan lain-lain daripada Umar r.a. dengan sanad yang sahih.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment