Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 19: Memecah Keinginan Dua Jenis Nafsu; Perut (Makan) Dan Seks
Tajuk Mudarasah: Akibat Nafsu Seks Melampau
Halaman Rujukan Kitab : 284
Nota Mudarasah:
Akibat nafsu seks yang melampau, ia menjadikan azam dan semangat seseorang hanya tertumpu untuk berpoya-poya dengan perempuan. Ini menyebabkan dia lalai dari mengingati hari akhirat. Kadangkala ia boleh membawa kepada perkara keji yang lain sehinga sampai ke peringkat al-Isyq (berasmara), di mana itu adalah seburuk-buruk nafsu syahwat dan yang paling patut dia berasa malu untuk melakukannya.
Kadangkala berlaku kepada kebanyakan manusia kemaruk dengan harta, pangkat kedudukan, bermain catur, biola dan seumpamanya. Semua perkara itu menguasai hati sehingga menyebabkan mereka tidak boleh bersabar untuk memenuhi keinginannya itu.
Pada peringkat awal, semua perkara ini mudah dicegah tetapi jika sudah sampai kepada tahap kemaruk, ia memerlukan kaedah pemulihan yang serius dan tegas. Walau bagimanapun, kadangkala ia sudah terlambat. Orang yang mencegahnya dari mula adalah seperti orang yang cuba memalingkan binatang tungangannya dari memasuki sesuatu pintu kota. Dia akan dapat melakukannya dengan mudah. Iaitu dengan hanya menarik tali binatang tunggangannya. Tetapi orang yang ingin merawat penyakitnya setelah mencapai tahap kemaruk dan sebati dalam jiwanya pula adalah seumpama orang yang telah memasuki pintu kota, kemudian menarik ekor binatangnya itu supaya ia berundur ke belakang. Alangkah jauh perbezaan antara kedua-dua keadaan tersebut!!.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment