Friday, 25 June 2021

SIRI 34 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan

Bab 20: Penyakit Lidah

Tajuk Mudarasah: Kelebihan Sifat Mendiamkan Diri

Halaman Rujukan Kitab : 285

Nota Mudarasah:

Penyakit lidah amat banyak. Maalangnya hati merasa seronok apabila melakukannya kerana adanya dorongan dari tabiat dan naluri manusia itu sendiri. Mendiamkan diri merupakan satu satunya jalan menyelamatkan diri dari bahananya. Kita mulakan perbincangan ini dengan menyebut kelebihan sifat mendiamkan diri terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan penyakit-penyakit lidah yang akan dibincangkan secara terperinci, insya Allah.

Mendiamkan diri akan menjadikan perhatian seseorang itu tertumpu (ke arah kebaikan) dan melapangkan mindanya. Nabi s.a.w. bersabda:

366 Riwayat al-Bukhari (11/264) dan at-Tirmizi (2410) daripada Sahl bin Saad r.a..

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w. bersabda:

367 Al-Hafiz Iraqi menyatakan dalam kitab al-Mughni (3/109): Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Abu Dunia dalam kitab as-Somt dan diriwayatkan oleh al-Kharaiti dalam kitab Makarimul Akhlak dengan sanad yang doif.Az Zubaidi dalam kitab al-Ithaf (7/451) berkata: Hadis ini diriwayatkan juga oleh Ahmad dan al-Baihaqi. Kemudian dia memaparkan hadis riwayat Ibnu Abu Dunia dengan berkata: Juga ada riwayat daripada Ali bin Mas'adah. Ibnu Hibban menyatakan: Ali ini seorang perawi yang tidak boleh dibuat hujah.

Pada penghujung hadis riwayat Muaz r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Hendaklah kamu menahan ini (sambil baginda menunjuk kepada lidahnya). Lalu aku berkata: Wahai Rasulullah! Apakah kita akan dipersoal dengan apa yang kita tuturkan? Nabi s.a.w. pun menjawab: Tidakkah manusia akan diheret di atas muka mereka masuk ke dalam api neraka pada hari kiamat dengan sebab dosa lidah-lidah mereka? Dalam riwayat lain: Diheret di atas hidung-hidung mereka.³⁶⁸
368 Keratan hadis ini merupakan riwayat at-Tirmizi (2619), Ibnu Majah (3973), Ahmad (5/231), Abdul Razak (20303) dan at-Tobrani dalam kitab al-Kabir (20/130) daripada Muaz r.a. dengan sanad yang hasan.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment