Saturday, 26 June 2021

SIRI 35 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan

Bab 20: Penyakit Lidah

Tajuk Mudarasah: Memelihara Lidah dan Penyakit Percakapan

Halaman Rujukan Kitab : 286

Nota Mudarasah:

Dalam hadis lain pula, baginda s.a.w. bersabda:

369 Riwayat Ibnu Abu Dunia dalam kitab al-Somt, Abu Ya'la, Ibnu Syahin, al-Kharaiti dalam kitab Masawi`ul Akhlak dan ad-Dhiyaa' dalam kitab al-Mukhtarah daripada Ibnu Umar r.a.. Pada sanadnya terdapat Hisyam bin Abu Ibrahim, seorang perawi yang tidak dikenali (majhul). Lihat kitab Syarah Ihya' (7/452) dan Majma' az-Zawaid (10/298).

Ibnu Mas'ud r.a. berkata: Tidak ada sesuatu pun yang paling lama perlu dipenjarakan selain dari lidahku sendiri.

Abu Darda' r.a. pula berkata: Berilah kesaksamaan antara kedua telinga dan mulutmu. Kamu dijadikan mempunyai dua telinga dan satu mulut supaya kamu lebih banyak mendengar daripada bercakap. Itulah kesaksamaannya.

Makhlad bin al-Husain pula berkata: Semenjak lima puluh tahun dahulu, aku tidak pernah bercakap sesuatupun yang perlu dimohon maaf.

Penyakit Percakapan

1. Bercakap dalam Perkara yang Tidak Berkenaan (Tidak Bermanfaat)

Siapa yang benar-benar mengetahui kepentingan atau nilai masa hayatnya di dunia dan meyakini bahawa itulah sahaja modal yang ada padanya (sebagai bekalan ke hari akhirat), tentu dia tidak akan menghabiskannya kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment