Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 20: Penyakit Lidah
Tajuk Mudarasah: Penyakit Percakapan
Sub Tajuk: Mengumpat
Halaman Rujukan Kitab : 294
Nota Mudarasah:
Dalam al-Quran, jelas termaktub larangan mengumpat. Malah al-Quran telah mengumpamakan orang yang melakukannya seperti orang yang makan daging mayat (mangsa umpatannya sendiri). Dalam satu hadis, baginda s.a.w. bersabda:

Bab 20: Penyakit Lidah
Tajuk Mudarasah: Penyakit Percakapan
Sub Tajuk: Mengumpat
Halaman Rujukan Kitab : 294
Nota Mudarasah:
Dalam al-Quran, jelas termaktub larangan mengumpat. Malah al-Quran telah mengumpamakan orang yang melakukannya seperti orang yang makan daging mayat (mangsa umpatannya sendiri). Dalam satu hadis, baginda s.a.w. bersabda:
387 Riwayat al-Bukhari (3/452) dari Ibnu Abbas r.a.. Juga ada riwayat daripada Ibnu Umar, Jabir dan lain-lain.
Abu Barazah al-Aslami meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
388 Riwayat Abu Daud (4880) dan Ahmad (4/421). Hadis sahih.
Dalam hadis lain, baginda bersabda yang bermaksud:
Jauhkan diri dari mengumpat kerana sesungguhnya mengumpat itu lebih buruk daripada berzina. Seseorang itu mungkin berzina dan minum arak kemudian dia bertaubat dan Allah Taala menerima taubatnya. Sedangkan orang yang mengumpat pula tidak akan diampunkan oleh Allah sehinggalah orang yang diumpat itu memaafkannya.³⁸⁹
389 as-Somt, Ibnu Hibban dalam kitab ad-Du`afaa' dan Ibnu Marduwaih dalam at-Tafsir. Ibnu Zubaidi berkata dalam kitab al-Ittihaf (7/532): Ibnu Abu Dunia juga meriwayatkannya dalam kitab Zammul Ghibah dan Abu Syeikh Asbahani dalam kitab at-Taubikh. At-Tobrani meriwayatkannya daripada Jabir r.a., dengan lafaz: Mengumpat itu lebih buruk dari berzina. Lafaz yang lain adalah sama seperti hadis di atas. Pada sanadnya terdapat Ubbad bin Kathir yang merupakan seorang perawi yang tidak dipakai riwayatnya (matruk).
Ali bin Husain r.a. berkata: Jauhilah mengumpat kerana sesungguhnya ia merupakan lauk-pauk anjing-anjing manusia.
Hadis-hadis dan athar yang berkait dengannya amat banyak dan begitu masyhur.
Makna mengumpat ialah kamu menyebut mengenai saudara kamu di belakangnya dalam perkara yang dia benci kalau mengetahuinya. Ia berlaku dengan menyebut kekurangan yang terdapat pada badannya seperti bermata rabun, kesek, juling, kepala botak, tinggi, rendah dan sebagainya.
Ataupun menyebut kekurangan pada keturunan seperti: Bapanya seorang Nibti, India, fasik atau hina dan lain-lain. Atau menyebut kekurangan pada akhlaknya seperti: Perangainya jahat, kedekut, sombong dan sebagainya.
Begitu juga menyebut kekurangan pada pakaian seperti: Dia memakai baju yang labuh, berlengan luas dan berpakaian kotor. Dalil kepada perkara-perkara di atas ialah jawapan Nabi s.a.w. kepada lelaki yang bertanya berkenaan makna mengumpat dengan sabdanya:
390 Riwayat Muslim (2589), Abu Daud (4874) dan at-Tirmizi (1935) daripada Abu Hurairah r.a..
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.
No comments:
Post a Comment