Tuesday, 6 July 2021

SIRI 45 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan

Bab 20: Penyakit Lidah

Tajuk Mudarasah: Penyakit Percakapan

Sub Tajuk: Mengumpat

Halaman Rujukan Kitab : 296

Nota Mudarasah:

Ketahuilah bahawa setiap perkara yang membawa kepada maksud cemuhan adalah termasuk dalam makna mengumpat, sama ada ia berbentuk perkataan atau selainnya seperti mengenyit, membuat isyarat ataupun menulis. Tulisan adalah lidah yang kedua kepada seseorang manusia.

Seburuk-buruk jenis mengumpat ialah yang dilakukan oleh golongan zuhud yang riya'. Umpamanya: Apabila disebut kepada mereka berkenaan seseorang insan (yang kerap bertemu raja), mereka lalu berkata: Segala puji bagi Allah yang tidak menguji kita dengan berdampingan dengan raja atau pemerintah, lalu menghina diri kerana inginkan habuan duniawi. Atau mereka berkata: Kami berlindung dengan Allah dari kurang perasaan malu atau kami memohon kepada Allah agar menghindarkan kami (dari penyakit itu). Kata-kata mereka itu mempunyai serampang dua mata iaitu mencemuh orang lain dan memuji diri mereka sendiri.

Boleh jadi ada antara mereka apabila diceritakan perihal seseorang, lalu berkata: Kasihan si dia, dia telah diuji oleh Allah Taala dengan penyakit yang kronik. Moga-moga Allah mengampunkan kami dan juga dia. Kata-kata sebegini nampaknya seperti doa tetapi tersirat di dalamnya tujuan yang tidak baik (mengumpat).

Orang yang mendengar umpatan juga dikira sama-sama bersubahat. Dia tidak terlepas dari dosa mendengar umpatan tersebut kecuali jika dia mengingkarinya sama ada dengan lidahnya atau dengan hatinya jika dia bimbangkan keselamatan dirinya. Sekiranya dia mampu bangun meninggalkan orang yang mengumpat, atau memotong cakapnya dengan membawa tajuk lain, dia mesti melakukannya.

Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

391 Riwayat Ahmad (3/486) dan at-Tobrani dalam kitab al-Kabir (5554) daripada Sahl bin Hanif. Al-Haithami meriwayatkannya dalam kitab Majma' (7/267) dan berkata: Pada sanadnya terdapat Ibnu Luhai'ah, seorang perawi yang baik riwayat hadisnya tetapi mempunyai sedikit kelemahan. Perawi lain adalah thiqah. Pengarang berkata: Sebenarnya, riwayat Ibnu Luhai'ah daripada Ubadilah adalah sahih tetapi riwayatnya daripada orang lain kesemuanya adalah daif.

Sabda Nabi s.a.w. lagi:

392 Riwayat Abu Daud (4883), Ahmad (3/441), Ibnu Mubarak dalam az-Zuhd (686) dan at-Tobrani dalam kitab al-Kabir (20/194). Pada sanadnya terdapat Ismail bin Yahya al-Ma'afiri yang tidak dikenali dan Abdullah bin Sulaiman yang benar tetapi kerap tersilap.

Amru bin Utbah³⁹³ melihat hambanya sedang duduk bersama seorang lelaki bercakap-cakap mengenai seseorang yang lain. Lalu dia menegur hambanya itu dengan berkata: Celaka kamu, bersihkan telingamu dari mendengar perkara yang keji sebagaimana kamu membersihkan diri kamu sendiri dari kata-kata buruk itu. Orang yang mendengar sama-sama bersubahat dengan orang yang berkata. Apa yang berlaku ialah dia (orang yang sedang bercakap itu) mencurahkan segala keburukannya kepada ruang-ruang kosong di dalam hatimu. Sekiranya kata-kata bodoh itu dapat dibalas balik oleh orang yang diumpat, pasti dia akan rasa gembira dan orang yang mengumpat tadi akan merasa sengsara pula.
393 Dalam cetakan Syamiah: Namanya Umar bin Utbah, pembetulan dari kitab Hilyatul Auliya' (4/155).

Terdapat banyak hadis yang membincangkan tentang hak sesama muslim. Ia telah diterangkan dalam bab persahabatan.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment