Wednesday, 7 July 2021

SIRI 46 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan

Bab 20: Penyakit Lidah

Tajuk Mudarasah: Penyakit Percakapan

Sub Tajuk: Mengumpat

Halaman Rujukan Kitab : 298

Nota Mudarasah:

Faktor Pendorong Mengumpat dan Cara Mengatasinya

Terdapat banyak faktor yang membawa kepada berlakunya umpatan. Antaranya ialah:

i. Untuk meredakan perasaan marahnya terhadap saudaranya atas sesuatu sebab. Apabila kemarahannya memuncak, dia akan mengumpat saudaranya itu untuk meredakan kemarahannya.

ii. Mengiya, merai serta mempertahankan kata-kara rakannya. Dia berpendapat, jika ditegur ketika mereka yang sedang merendah rendahkan maruah seseorang atau dipotong perbualan mereka, mereka tentu merasa tertekan lalu merenggangkan diri mereka darinya. Dengan bersikap sedemikian, dirasakan bahawa dia telah menolong mereka secara tidak langsung dan menganggap itu adalah intipati pergaulan yang baik.

iii. Ingin mengangkat diri sendiri dan merendahkan orang lain. Dia akan berkata: Orang itu jahil, lembab, cetek pemahaman nya dan sebagainya. Tujuannya hanyalah untuk menonjolkan kelebihannya, kononnya dialah yang lebih alim. Demikian juga, ia lahir dari sifat dengkinya terhadap orang yang dipuji dan disayangi oleh orang ramai, lalu dia membuat umpatan umpatan sebegitu untuk menghilangkan kelebihan orang tersebut.

iv. Bermain-main dan berlawak jenaka. Dia menyebut pelbagai perkara yang dapat mentertawakan orang ramai dengan cara mengajuk atau mengejek-ngejek seseorang lain³⁹⁴. Sehinggakan ada manusia yang menjadikannya satu profesion.
394 Pelakon dan pelawak yang merupakan profesion yang popular masakini. Syeikh al-Ghumari telah mengarang kitab Iqamatu ad-Dalil Ala Hurmati Tamthil yang mengutarakan banyak faedah dalam bab ini.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment