Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 20: Penyakit Lidah
Tajuk Mudarasah: Kelonggaran Mengumpat dan Kafarahnya
Halaman Rujukan Kitab : 301
Nota Mudarasah:
Berkenaan kafarah (penebus) dosa mengumpat, ketahuilah bahawa orang yang mengumpat telah melakukan dua jenayah:
i. Jenayah terhadap hak Allah Taala kerana dia melakukan perkara yang dilarang oleh-Nya. Oleh itu sebagai kafarahnya, dia hendaklah bertaubat dan menyesal di atas perbuatannya.
ii. Jenayah terhadap kehormatan makhluk. Sekiranya umpatan tersebut sampai ke telinga mangsanya, dia hendaklah pergi meminta maaf darinya dan menyatakan penyesalannya.
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

397 Riwayat oleh al-Bukhari (5/73) dan at-Tirmizi (2421)
Jika umpatan tersebut masih belum sampai ke telinga orang yang diumpat, memadailah dia beristighfar untuknya sebagai ganti kepada tindakan meminta maaf darinya agar umpatan yang dia tidak pernah dengar itu tidak diberitahu kepadanya kerana mungkin ia boleh menyebabkannya menjadi marah (jika diberitahu).
Terdapat satu hadis yang menyebut bahawa:
Kafarah dosamu terhadap orang yang kamu umpat ialah kamu memohon keampunan untuknya.³⁹⁸
398 Hadis riwayat Ibnu Abu Dunia dalam as-Somt, al-Haris bin Abi Usamah dalam al-Musnad karangannya, al-Kharaiti dalam kitab al-Masawi', al Baihaqi dalam kitab as-Sya'ab, Abu as-Syeikh dalam kitab at-Taubikh, ad-Dainuri dalam kitab al-Mujalasah dan al-Khatib dalam kitab at-Tarikh dan juga kitab al-Ithaf (7/558). Pada sanadnya terdapat Anbasah bin Abdul Rahman. Al-Bukhari berkata: Ulamak hadis telah meninggalkan riwayatnya. Abu Hatim berkata pula: Anbasah selalu memalsukan hadis. Begitu jugalah pendapat Syeikh Albani seperti yang terdapat dalam kitab Doiful Jami' (4195).
Mujahid pula berkata: Kafarah dosa kamu memakan daging saudaramu (mengumpat) ialah dengan kamu memujinya dan berdoa dengan kebaikan untuknya. Begitulah juga (kamu perlu lakukannya) jika dia sudah meninggal dunia.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment