Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 20: Penyakit Lidah
Tajuk Mudarasah: Memuji-Muji
Halaman Rujukan Kitab : 306
Nota Mudarasah:
Bencana yang timbul kepada orang yang memuji ialah día mungkin bercakap apa yang belum dipastikannya dan tiada jalan untuk mengetahuinya dengan pasti. Contohnya dia berkata: Si fulan memang seorang yang wara' dan zuhud. Antara bencananya juga ialah kadangkala pujiannya itu melampau sehingga sampai ke peringkat berbohong. Begitu juga kadang kala dia memuji orang yang sepatutnya dicela.
Dalam sebuah hadis, sabda baginda bermaksud:
Allah Taala amat murka apabila orang fasik dipuji.⁴⁰²
402 Al-Hafiz Iraqi menyatakannya dalam kitab al-Mughni (3/160): Ibnu Abu Dunia meriwayatkannya dalam kitab as-Somt dan al-Baihaqi pula dalam kitab as-Sya'ab, daripada Anas r.a.. Pada sanadnya terdapat Abu Khalaf, khadam kepada Anas r.a. yang merupakan seorang perawi yang daif.
Al-Hasan berkata: Sesiapa yang mendoakan si zalim agar kekal berkuasa, sesungguhnya dia suka agar Allah terus diderhakai.
Bencana yang akan timbul kepada orang yang dipuji pula ialah timbulnya penyakit-penyakit yang membinasakan iaitu takabur dan ujub (bangga diri). Oleh kerana itu, ketika Nabi s.a.w. mendengar seorang lelaki memuji lelaki lain, baginda bersabda kepadanya:

403 Riwayat al-Bukhari (5/202), Muslim (3000) dan Abu Daud (4805) daripada Abu Bakrah r.a..
Hadis ini adalah masyhur.
Diceritakan kepada kami daripada al-Hasan katanya: Ketika Umar r.a. duduk dikelilingi oleh orang ramai sambil tangannya memegang tali cemeti, tiba-tiba muncullah Jarud datang menga dapnya. Seorang lelaki berkata: Inilah ketua kaum Rabi'ah. Kata kata itu didengar oleh Umar, orang ramai dan juga Jarud. Apabila Jarud menghampiri Umar, lantas Umar memukulnya dengan cemetinya itu. Jarud kehairanan lalu bertanya: Apa kena mengenanya aku denganmu wahai Amirul Mukminin. Umar menjawab: Apa kena mengenanya aku denganmu? Tidakkah kamu dengar tadi? Jarud berkata: Ya, saya dengar tetapi apa salahnya? Umar menjawab: Sebenarnya aku bimbang hati kamu akan diresapi sesuatu perasaan (bangga diri) lalu aku ingin menundukkannya darimu. Apabila manusia dipuji kerana sesuatu kebaikan, dia akan rasa senang hati dan menyangka telah mencapai maksud lalu menjadikannya lemah untuk meneruskan amalan. Oleh kerana itulah Nabi s.a.w. bersabda:

Apabila sesuatu pujian itu bebas dari penyakit-penyakit sebegini, maka ia tidaklah mengapa. Nabi s.a.w. sendiri pernah memuji Saidina Abu Bakar, Umar dan juga sahabat-sahabatnya yang lain r.a..⁴⁰⁴
404 Lihat kitab Imam Ahmad bin Hambal: Fadailus Sohabah cetakan Mekah Mukarramah.
Orang yang dipuji mestilah berwaspada dari perasaan sombong, merasa bangga dan leka dari beramal. Dia tidak akan dapat melepaskan diri dari bahaya-bahaya ini melainkan jika dia benar benar mengenali dirinya sendiri dan berfikir bahawa jika orang lain benar-benar mengenali dirinya sebagaimana yang dia tahu dan kenal, tentu orang itu tidak akan memujinya.
Seorang yang soleh ketika dipuji telah berdoa: Ya Allah Ya Tuhanku! Mereka tidak mengenaliku tetapi Engkau yang benar benar mengenaliku.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment