Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 21: Sifat Marah, Dendam Dan Hasad Dengki
Tajuk Mudarasah: Berkenaan Marah
Halaman Rujukan Kitab : 313
Nota Mudarasah:
Hakikat kemarahan ialah darah yang menggelegak di dalam hati kerana menuntut untuk melakukan tindak balas. Apabila manusia marah, api kemarahannya akan menjadikan darah dalam hatinya mendidih, kemudian mengalir ke seluruh urat saraf dan seterusnya naik ke bahagian atas badan sebagaimana air yang menggelegak di dalam periuk naik ke permukaan.
Oleh kerana itu muka, mata dan kulit akan menjadi kemerahan. Semuanya membayangkan darah merah yang terselindung di sebaliknya seperti gelas kaca yang akan menyerlahkan warna air yang ada di dalamnya. Darah akan menyirap naik seperti itu jika dia marah kepada orang yang lebih rendah kedudukan darinya di samping dia merasakan boleh bertindak ke atasnya. Sekiranya kemarahan itu kepada orang yang lebih tinggi kedudukannya dan mustahil untuk dia bertindak balas, ketika itu darah akan menyusut turun dari permukaan kulit masuk ke lubuk hati.
Dengan itu dia akan merasa sedih. Disebabkan kesedihan tersebut kulitnya bertukar menjadi kuning dan pucat. Sekiranya dia marah kepada orang yang setaraf dengannya, darah akan sentiasa naik dan turun. Justeru, dia kelihatan sentiasa berubah-ubah antara merah, pucat dan keluh kesah. Melakukan tindak balas adalah makanan kepada kemarahan yang memuncak itu.
Tahap marah pada diri manusia terbahagi kepada tiga peringkat iaitu melampau, terlalu kurang dan sederhana.
Kemarahan yang melampau adalah tercela kerana ia akan mematikan fungsi akal dan agama serta menjadikan manusia tidak lagi mempunyai pertimbangan, pemikiran atau ikhtiar.
Sikap kurang marah juga adalah tercela kerana seseorang itu tidak lagi mempunyai semangat dan keghairahan. Siapa; yang tiada langsung sifat marah, dia tidak akan berdaya untuk melatih dirinya kerana latihan diri hanya akan sempurna apabila sifat marah dapat mengatasi nafsu syahwat. Dengan itu dia akan memarahi dirinya apabila ia cenderung kepada nafsu syahwat yang hina. Oleh itu, ketiadaan sifat marah adalah suatu keadaan yang tercela. Justeru, bersederhana dalam marah adalah dituntut.
Apabila api kemarahan memuncak, ia akan menjadikan seseorang itu buta dan tuli terhadap sebarang nasihat yang dituju kan kepadanya. Ini kerana api kemarahan telah naik kepada otak lalu melitupi akal fikiran dan mungkin juga perasaannya. Matanya akan menjadi gelap sehingga dia tidak dapat melihat secara waras. Baginya dunia telah menjadi gelap gelita. Otaknya menjadi seumpama sebuah gua yang dinyalakan api. Suasananya menjadi kelam dan panas serta penuh dengan asap. Sebelumnya ada obor tetapi ia terlalu malap dan akhirnya terpadam.
Ketika itu, pendiriannya tidak lagi teguh, percakapan tidak lagi didengari, gambaran sebenar tidak lagi kelihatan dan dia tidak mampu lagi untuk memadamkan api kemarahan tersebut. Begitulah sifat marah akan lakukan terhadap hati dan otaknya, dan kemungkinan kemarahannya akan bertambah parah sehingga dia tergamak membunuh saingannya itu.
Antara kesan luaran kepada sifat marah ialah perubahan warna kulit, anggota badan menjadi gementar, membuat kerja tidak teratur dan bertukar tingkah laku serta berperangai seperti orang gila. Sekiranya orang yang marah melihat keadaannya ketika itu bahawa betapa buruk dan hodohnya dia, pasti dia akan merasa jelek terhadap dirinya sendiri secara spontan. Kita semua sedia memaklumi bahawa keburukan batin adalah lebih teruk dari itu lagi.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment