Monday, 26 July 2021

SIRI 64 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan

Bab 21: Sifat Marah, Dendam Dan Hasad Dengki

Tajuk Mudarasah: Sebab yang Membangkitkan Kemarahan dan Cara Mengatasinya

Halaman Rujukan Kitab : 317

Nota Mudarasah:

Mengatasi sifat marah secara amali pula ialah dengan bersikap tenang, minta berlindung dengan Allah dan mengubah kedudukannya. Sekiranya dia marah ketika sedang berdiri, dia hendaklah duduk dan sekiranya sedang duduk, dia hendaklah berbaring. Kita juga disuruh untuk berwuduk ketika marah. Semua perkara tersebut terdapat dalam hadis-hadis Nabi s.a.w..

Hikmat berwuduk ketika marah ada dinyatakan dalam satu hadis riwayat Abu Waail yang berkata: Kami sedang duduk bersama Urwah bin Muhammad di mana ada seorang lelaki memperkatakan sesuatu kepadanya. Tiba-tiba Urwah naik marah mendengar kata kata lelaki itu. Lalu dia bangun dan kemudiannya berwuduk. Kemudian dia datang semula seraya berkata: Ayahku menceritakan kepadaku melalui datukku Atiyyah yang merupakan seorang sahabat-, katanya: Rasullullah s.a.w. bersabda:

419 Riwayat Ahmad (4/226), Abu Daud (4784) dan al-Bukhari dalam kitab at Tarikh (4/1/8). Pada sanadnya terdapat dua orang yang tidak dikenalpasti sebagaimana yang dinyatakan oleh Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al-Ahadis ad-Do'ifah (582).

Manakala hikmat duduk atau baring ketika marah, kemungkinan perintah itu hanya untuk mendekatkan dirinya kepada tanah yang merupakan asal kejadian manusia. Ketika itu, dia akan teringatkan asal kejadiannya itu lalu merasa hina diri. Mungkin juga hikmatnya adalah agar dia merasa rendah diri dengan cara menghinakan dirinya seperti itu kerana marah berpunca dari sifat takabur. Dalilnya ialah riwayat Abu Said daripada Nabi s.a.w. ketika disebut berkenaan sifat marah lalu baginda bersabda yang bermaksud:
Sesiapa yang mendapati dirinya ada perasaan itu, hendaklah dia lekapkan pipinya ke tanah.⁴²⁰
420 Riwayat al-Khatib dalam kitab at-Tarikh (1/127) dengan sanad hasan. Sila lihat kitab Majma' az-Zawaid (1/128).

Diceritakan bahawa pada satu hari Khalifah al-Mahdi telah naik berang terhadap seorang lelaki lalu dia memanggil tukang sebat untuk menyebat lelaki tersebut. Apabila Syabib melihat keadaan khalifah yang amat marah itu sehingga menyebabkan orang ramai menundukkan kepala dan senyap membisu, dia pun berkata: Wahai Amirul Mukminin! Janganlah marahmu kerana Allah itu melebihi kemarahan Allah terhadap perbuatan lelaki tersebut. Lalu al-Mahdi pun berkata: Lepaskanlah dia.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment