Friday, 13 August 2021

SIRI 82 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan

Bab 21: Sifat Marah, Dendam Dan Hasad Dengki

Tajuk Mudarasah: Dunia Yang Tercela (Yang Melalaikan)

Halaman Rujukan Kitab : 341

Nota Mudarasah:

Contoh yang lain: Diriwayatkan daripada al-Hasan katanya, telah sampai kepadaku daripada Rasulullah s.a.w. bahawa baginda bersabda yang bermaksud:
Perumpamaan aku, kamu dan dunia seperti sekumpulan manusia yang merentasi padang pasir yang kering kontang sehingga sampai ke satu tempat yang mereka tidak mengetahui manakah yang lebih dekat antara tempat yang dituju atau tempat asal mereka.

Ketika itu mereka kehabisan bekalan dan binatang tunggangan. Maka tinggallah mereka di padang pasir tersebut tanpa bekalan dan kenderaan. Mereka kesemua yakin akan mati (dengan keadaan tersebut). Ketika mereka dalam keadaan begitu, tiba-tiba muncul seorang lelaki berpakaian kemas dan rambut yang masih berminyak dan tersisir rapi. Mereka pun berkata: Tentu orang ini datang dari pekan yang berhampiran (yang penuh dengan tanaman dan air). Sedang dia menghampiri mereka, lelaki itu berkata: Bagaimana keadaan kalian semua? Mereka berkata: Sebagaimana keadaan yang kamu lihat ini. Dia berkata: Apakah kamu akan buat, jika aku tunjukkan kamu ke tempat air yang boleh menghilangkan dahaga dan kebun hijau yang menyegarkan? Mereka berkata: Kalau kamu buat begitu, tentu kami tidak akan menderhakaimu.

Lelaki itu berkata: Hendaklah kamu berjanji dengan Allah Taala. Sabda baginda lagi: Lalu mereka memberi perjanjian Perumpamaan aku, kamu dan dunia seperti sekumpulan manusia yang merentasi padang pasir yang kering kontang sehingga sampai ke satu tempat yang mereka tidak mengetahui manakah yang lebih dekat antara tempat yang dituju atau tempat asal mereka.

Ketika itu mereka kehabisan bekalan dan binatang tunggangan. Maka tinggallah mereka di padang pasir tersebut tanpa bekalan dan kenderaan. Mereka kesemua yakin akan mati (dengan keadaan tersebut). Ketika mereka dalam keadaan begitu, tiba-tiba muncul seorang lelaki berpakaian kemas dan rambut yang masih berminyak dan tersisir rapi. Mereka pun berkata: Tentu orang ini datang dari pekan yang berhampiran (yang penuh dengan tanaman dan air). Sedang dia menghampiri mereka, lelaki itu berkata: Bagaimana keadaan kalian semua? Mereka berkata: Sebagaimana keadaan yang kamu lihat ini. Dia berkata: Apakah kamu akan buat, jika aku tunjukkan kamu ke tempat air yang boleh menghilangkan dahaga dan kebun hijau yang menyegarkan? Mereka berkata: Kalau kamu buat begitu, tentu kami tidak akan menderhakaimu.

Lelaki itu berkata: Hendaklah kamu berjanji dengan Allah Taala. Sabda baginda lagi: Lalu mereka memberi perjanjian dan ikrar mereka kepada Allah bahawa mereka tidak akan sekali-kali menderhakai lelaki tersebut. Lalu lelaki tersebut ke tempat yang mempunyai air dan kebun yang subur. Mereka tinggal di sana beberapa lama yang dikehendaki oleh Allah. Selepas itu lelaki itupun bangun dan berkata: Wahai semua! Marilah kita berpindah dari tempat ini. Mereka berkata: Berpindah ke mana? Katanya: Ke tempat yang ada air dan kebun yang tidak sama dengan air dan kebun kamu ini.

Lalu majoriti mereka berkata: Demi Allah, kami telah menperolehi kesenangan sebegini rupa hinggakan kami rasa tiada lagi kehidupan yang lebih baik dari ini. Kami tidak berhajat kepada kehidupan yang lebih baik dari ini. Manakala segelintir mereka berkata: Tidakkah kamu telah berjanji dan bersumpah dengan nama Allah bahawa kamu tidak akan menderhakai perintah lelaki ini? Dahulu dia telah bercakap benar dan demi Allah, kinipun dia sedang bercakap benar. Sabda baginda lagi: Lalu orang yang mengikutnya pun beredar tetapi kebanyakan mereka tinggal di situ sehingga musuh datang menyerang, membunuh dan menawan mereka.
⁴⁵⁰
450 Az-Zubaidi menyatakan dalam kitab Syarah al-Ihya' (8/115) bahawa al-Iraqi telah berkata: Hadis ini hadis mursal yang diriwayatkan oleh Ibnu Abu Dunia. Manakala Ahmad, at-Tobrani dan al-Bazzar pula meriwayatkannya daripada Ibnu Abbas r.a. dengan lafaz: Rasulullah s.a.w. didatangi oleh dua malaikat dalam mimpinya lalu salah satu malaikat tersebut berkata: Bandingan orang ini (Rasulullah) dan umatnya adalah seperti sekumpulan manusia yang bermusafir... sehingga lafaznya disebut...padang pasir. Dia (Ibn Abbas r.a.) menyebut keseluruhan hadis ini dengan lebih ringkas. Sanadnya adalah hasan. Az-Zubaidi berkata: Al-Hafiz Ibnu Hajar menulis: Sanad hadis ini adalah sahih dan lafaz yang diletakkan oleh pengarang menunjukkan ia hadis hasan daripada Ibnu Abu Dunia. Ibnu Asakir juga telah meriwayatkan hadis sepertinya daripada Ibnu Mubarak dan berkata: Al-Hasan telah memberitahu kami mengenainya. Ibnu Asakir berkata: la adalah hadis Mursal dan sanadnya terputus iaitu di antara Ibnu Mubarak dan al-Hasan.

Terdapat dalam sahih al-Bukhari dan Muslim hadis riwayat Abu Musa r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Perumpamaan aku dan ajaran yang aku bawa adalah seumpama seorang lelaki yang berjumpa kaumnya lalu berkata: Wahai kaumku! aku melihat musuh dengan mataku sendiri. Aku mengingatkan kamu secara terang-terangan, agar kita semua akan terselamat. Sebahagian dari kaum mengikutnya lalu mereka berjalan perlahan-perlahan pada awal malam dan akhirnya terselamat. Tetapi segolongan yang lain menganggapnya berdusta. Mereka terus kekal di tempat tersebut sehingga musuh datang mengepung, membunuh serta menghapuskan mereka. Demikianlah perumpamaan orang yang mentaati serta patuh kepada ajaranku dan juga perumpamaan orang yang menderhakai serta ingkar terhadap kebenaran yang aku bawa.⁴⁵¹ 451 Riwayat al-Bukhari (13/218) dan Muslim (2283)

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment